- Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk.
- Rencana tulisan beliau sering mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar perubahan dilakukan.
- Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan.
- Beliau telah melancarkan beberapa siri tunjuk perasaan untuk mendesak diadakan reformasi pada sistem politik Malaysia.
- AS juga telah mendesak (secara diplomasi, tekanan ekonomi dan ketenteraan) negara lain untuk mengikut jejak langkah mereka.
- Arroyo menyertai masyarakat sivil, dan bersama-sama dengan ramai orang Filipina, mendesak Presiden Estrada meletakkan jawatan.
- Kongres itu juga mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan.
- Perhimpunan pemuda UMNO di Stadium TPCA ini mendesak Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan.
- Pada masa yang sama, penulis berpengaruh seperti Richard Hakluyt dan John Dee mendesak England mendirikan empayarnya sendiri untuk bersaing dengan Sepanyol dan Portugal.
- Beribu-ribu pembantah menujui ke istana presiden pada 1 Mei 2001 dan mendesak bahawa Estrada yang telah ditangkap atas tuduhan rampasan dibebaskan dan jawatannya dikembalikan.
- Pada 7 Julai 2010, ahli parlimen Klang, Charles Santiago mendesak erajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan gadis Penan di Baram terus dirogol oleh pembalak.,
- Penggunaan Opium memuncak pada abad ke-19 setelah Britain dan beberapa kuasa barat mendesak China untuk membenarkan opium diimport daripada India dan beberapa negara Asia yang lain.
- Sebaliknya, kerajaan British mendesak bahawa Malayan Union dilaksanakan dengan segera supaya Pentadbiran Tentera British yang memerintah Tanah Melayu sejak akhir Pendudukan Jepun dapat dibatalkan.
- Ahli-ahli golongan saudagar berkelas atasan yang berpemikiran awam mendesak untuk pendirian Central Park, taman yang menjadi taman berlanskap pertama dalam sesebuah bandaraya Amerika pada tahun 1857.
- Disamping itu beberapa bangsa di dalam kesatuan ini telah mendesak kerajaan untuk memberi wilayah mereka lebih autonomi politik dan ekonomi; Bahkan ada jua yang mahukan kemerdekaan sepenuhnya dari Kesatuan Soviet.
- Kemungkinan yang lebih besar adalah bahawa ayah Catherine, Raja Ferdinand II dari Aragon, ingin menguasai England melalui anak perempuanya dan oleh itu, mendesak Catherine supaya berkahwin dengan raja Inggeris yang baru itu.
- Menurut kepada Moscow Defense Brief, sehingga 2005, Washington mengenakan tekanan diplomatik ke atas Rusia agar menghentikan projek itu.Amerika Syarikat juga mendesak negara lain untuk mengharamkan syarikat mereka dari mengambil bahagian.
- Dalam keadaan demikian, meskipun Sungai Buloh tidak dapat dianggap sebagai hulu Sungai Golok, pihak Siam masih mendesak supaya garisan tersebut perlu dikekalkan kerana ia telah diadakan dalam "sketch Map" yang dilampirkan dalam protokol sempadan.
- Dalam rancangan untuk meyakinkan Othello bahawa Cassio berhubungan sulit dengan Desdemona, Iago menghasut Cassio untuk mendesak Desdemona untuk bertindak sebagai orang tengah antara Cassio dengan Othello untuk meyakinkan Othello untuk mengembalikan pangkat Cassio.
- Selepas menawan Beijing dan bukan menjarah kota itu seperti yang dilakukan oleh para pemberontak sebelum kedatangan mereka, Dorgon mendesak agar Beijing dijadikan ibu kota Qing meskipun dibantah oleh putera-putera lain, lalu melantik semula kebanyakan pegawai Ming kepada jawatan masing-masing.
- Bagaimanapun, perbezaan-perbezaan antara mereka jelas sukar diselesaikan — Pasukan B mendesak untuk mengadakan pemilihan baru, manakala Pasukan A mendesak bahawa tuntutan mahkamah ditarik balik dan satu penyelesaian menutup malu dicapai untuk membenarkan sebilangan ahli daripada Pasukan B untuk mengekalkan keahlian mereka dalam parti.
- Surat yang ditulis oleh Salleh Abas, dan yang dipersetujui oleh semua hakim yang hadir dengan sebulat suara, menyatakan kekecewaan hakim-hakim terhadap "berbagai-bagai komen dan tuduhan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Perdana Menteri terhadap Badan Kehakiman," tetapi tidak mendesak sebarang tindakan yang khusus untuk diambil — sebaliknya, surat itu hanya berakhir dengan ungkapan "harapan bahawa kesemua tuduhan yang tidak berasas itu akan dihentikan".
- Objektif utama badan bukan kerajaan ini adalah untuk menggesa Kerajaan Malaysia yang berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional untuk mengolah kembali dan membaik pulih sistem pemilihan atau pilihanraya berdasarkan konsep keadilan sejagat yang lebih bebas, terbuka dan bersih dari unsur sabotaj, ketirisan dan rasuah pilihanraya. Selain itu sebagai suatu platform bagi mendesak Kerajaan Malaysia mengamlakan sistem pemerintahan lebih demokratik, saksama dan tidak berat sebelah. Perhimpunan Bersih 4 ini merupakan jalinan perhimpunan awam berbangkit sama seperti yang pernah diadakan pada tahun 2007, 2011, 2012.
Saturday, 23 July 2016
Contoh Ayat Perkataan "mendesak"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "mendesak" dalam bahasa Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
Contoh Ayat Perkataan "adat"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai adat pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...
No comments:
Post a Comment