Contoh Ayat menggunakan Perkataan "runtuh" dalam bahasa Melayu
- Ia dibina pada 1967 dan runtuh pada 2007.
- Jambatan runtuh di hadapan Jambatan 10th Avenue Bridge.
- Galang hijau dari jambatan runtuh tercacak keluar dari sungai.
- Stesen televisyen Metro TV melaporkan beberapa bangunan runtuh dan terbakar.
- Punca jambatan itu runtuh masih belum dapat dipastikan, namun bukan disebabkan aktiviti pengganas.
- Tumpuan ini menjadi semakin tumpat sehinggalah mereka runtuh ke dalam akibat graviti dan membentuk protoplanet .
- Apabila komunisme runtuh 1989, Mongolia meninggalkan komunisme dan mendokong perlembagaan demokratik mulai 1992.
- Kerajaan ini runtuh sepenuhnya pada abad ke-13 disebabkan pelbagai faktor, antaranya ialah kebangkitan kerajaan Jawa Majapahit.
- Setelah runtuhnya kerajaan Rom, sekitar akhir abad ke 5, bahasa Latin tidak turut runtuh malah terus berkembang dengan pesatnya.
- Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta.
- Apabila Empayar Melaka runtuh pada 1511 oleh Portugis, Empayar Johor-Riau-Lingga telah ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah pada 1528.
- Tamadun Lembah Indus runtuh pada pertengahan alaf kedua SM dan diikuti oleh Tamadun Vedik yang menjangkau sebahagian besar dataran Indo-Ganges.
- Jambatan I-35W asal runtuh dari tebing kiri hingga ke tebing kanan sungai menyembah bumi pada jam 6.05 petang waktu tempatan 1 Ogos 2007, ketika waktu sesak.
- Selepas itu, baginda memilih Kota Buruk untuk dijadikan kawasan pentadbirannya, namun gagal kerana kubu pertahanan yang cuba baginda dirikan runtuh serta-merta.
- Kubah runtuh biasanya menjana aliran piroklas dan letupan yang lebih besar, yang mana ia akan menghasilkan turus letupan, akhirnya menyebabkan turus tadi runtuh.
- Pada tahun 1920, negara Dervish telah runtuh selepas pengeboman udara bertubi-tubi oleh Britain, dan kawasan-kawasan Dervish telah bertukar menjadi kawasan negeri naungan.
- Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026.
- Lebih 15,000 rumah dan bangunan runtuh , 23 kematian dan 88 cedera selepas 40 gegaran gempa bumi melanda pantai Bengkulu , Padang dan barat Sumatera sejak 13 September - 15 September 2007.
- Beberapa dinasti memerintah Kelantan bermula dari keturunan Maharaja Sriwijaya yang berundur ke Langkasuka (Pattani sekarang) selepas Sriwijaya runtuh diserang Kerajaan Chola pada abad ke-10.
- Setelah bertahun-tahun terpencil, negara yang runtuh akibat perang ini disatukan semula dengan pemerintana beraja pada 1993 dan menyaksikan pembangunan ekonomi pesat sambil membina semula dari sisa kebinasaan perang.
- Pada 6 Oktober 2010, hujan lebat di Putai dan Nungun di hulu Baleh dikata telah menyebabkan tanah runtuh besar yang membawa balak dan serpihan ke dalam Sungai Baleh, anak sungai di hulu Kapit, dan kemudian ke dalam Sungai Rajang.
- Tujuannya kerana pertimbangan keselamatan dan laluan alternatif.Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming mempersoalkan krebiliti kontraktor yang membina Stadium Gong Badak di Kuala Terengganu yangruntuh tahun 2009 selepas setahun digunakan.
- Dalam masa yang sama, Stalin terpaksa membina semula ekonomi Soviet yang telah runtuh akibat perang, sambil meneruskan polisi lamanya iaitu membangunkan industri berat dan ketenteraan, serta menindas para pembangkang dan melanggar hak asasi manusia.
No comments:
Post a Comment