Wednesday, 23 March 2016

Contoh Ayat Perkataan "kira-kira"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "kira-kira" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Tempoh kebuntingan kambing kira-kira 150 hari.
  2. Terdapat kira-kira 1,500 spesies yis berlainan.
  3. Ia terletak kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur.
  4. Penapaian tuak mengambil masa selama kira-kira sebulan.
  5. Batuan tertua tercatat berumur kira-kira 3.800.000.000 tahun.
  6. Terdapat kira-kira 1,220 spesies teritip yang diketahui kini.
  7. Ini diperkenalkan kira-kira 2,000 tahun lalu oleh puak Batad.
  8. Kedudukan ini kira-kira 30 batu daripada perbatasan Thailand.
  9. Vokal panjang kira-kira dua kali ganda kepanjangan vokal pendek.
  10. Lebah ratu yang aktif mampu bertelur kira-kira 2,000 biji sehari.
  11. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau ke barat daya Sri Lanka.
  12. Ia juga berjaya menarik kira-kira lima juta pelancong setiap tahun.
  13. Zaman ini bermula 250 dan berakhir kira-kira 203 juta tahun dahulu.
  14. Pada tahun 2012, Lembah Klang didiami oleh kira-kira 7.5 juta orang.
  15. Zaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun dahulu.
  16. Dianggarkan jumlah bilangan spesies nematod mungkin kira-kira 1,000,000.
  17. Kebuluran pada 1695-1696 membunuh kira-kira 10% daripada penduduk Norway.
  18. Namun begitu, hanya kira-kira 200 pulau sahaja yang didiami oleh manusia.
  19. Filipina mempunyai kira-kira 85 juta penduduk mengikut perangkaan banci 2005.
  20. Akhbar Berita Harian mengatakan, kira-kira 30 mayat penceroboh telah ditemui.
  21. Pusat peranginan ini terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari pusat bandar.
  22. Sektor pelombongan merupakan kira-kira 75% daripada eksportnya pada tahun 1999.
  23. Universiti ini diasaskan di pekan Cambridge, England kira-kira pada tahun 1209.
  24. Jitra berhampiran dengan sempadan Kedah - Thailand, kira-kira 35 km dari sempadan.
  25. Penggunaan nama ini bermula sewaktu Dinasti Qing China, kira-kira pada tahun 1700.
  26. Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu.
  27. Zaman paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu.
  28. Zaman ini berakhir antara 490 hingga 443 juta tahun dahulu, kira-kira 47 juta tahun.
  29. Ia terletak di pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai Igan, kira-kira 60 km dari laut.
  30. Keluasan PJ adalah kira-kira 97.2 km2, menjadikannya bandar paling pesat di Selangor.
  31. Pada tahun 2006, Singapura menghasilkan kira-kira 10% keluaran wafer faundri sedunia.
  32. Sehingga 2000, populasi Tawau dianggarkan berjumlah kira-kira 304,888 orang penduduk.
  33. Bahasa Hindi mengandungi sistem konsonan yang besar dengan kira-kira 38 fonem berbeza.
  34. Bilangan penutur Bahasa Gaelik telah merosot ke kira-kira 1% daripada jumlah penduduk.
  35. Ia meletakkan abu cendawan magnitud pada kira-kira 285 km persegi dan batu-batu panas.
  36. Bandar ini terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan.
  37. Kadar pengangguran di kepulauan ini adalah rendah iaitu kira-kira 11.3% pada tahun 2006.
  38. Pada tahun 2010, Sumatera diduduki lebih dari 50 juta orang atau kira-kira 105 orang/kmx.
  39. Asal usul sistem ukuran semasa kita berbalik kepada tamadun Sumer iaitu kira-kira 2000 SM.
  40. Penghijrahan manusia ke rantau ini dipercayai berlaku kira-kira 20,000-30,000 tahun dahulu.
  41. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah.
  42. Semuanya terbentuk daripada keranapan awan molekul gergasi kira-kira 4.6 bilion tahun lalu.
  43. Tempat ini terletak di tepi laut Selat Melaka iaitu kira-kira tujuh batu dari Bandar Melaka.
  44. Siberia mempunyai kepadatan penduduk sebanyak kira-kira tiga orang setiap kilometer persegi.
  45. Batalion tunggal ini mengandungi kira-kira 1,050 orang soldadu diperintah oleh Mejar CM Lane.
  46. Terdapat kira-kira 60% tanah di Hong Kong adalah diperuntukkan bagi Hutan Rizab dan Taman Desa.
  47. Pasukan Internet Explorer terdiri daripada kira-kira 100 orang dalam tiga bulan pembangunan IE3.
  48. Akibatnya hampir 1,000 maut dan kira-kira 100,000 etnik Ossetia melarikan diri ke Utara Ossetia.
  49. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik.
  50. Pada penghujung Perang Dunia II, jumlah populasi orang Yahudi di Palestin kira-kira 600,000 orang.
  51. Dalam tahun 1950-an, kira-kira 1.6% daripada penduduk Minneapolis adalah bukan bangsa kulit putih.
  52. NBC boleh didapati di kira-kira 97% isi rumah AS pada tahun 2003, iaitu mencapai 103 orang penonton.
  53. Panjang banjaran ini kira-kira 500km manakala tingginya 900 meter hingga 2,100 meter dari aras laut.
  54. Berdasarkan banci sehingga tahun 2006, dianggarkan jumlah penduduk di sini berjumlah kira-kira 1,493.
  55. Empayar ini meliputi lebih kurang 33 juta kmx, juga kira-kira x daripada jumlah keluasan tanah di Bumi.
  56. Agama rasminya adalah agama Buddha aliran Theravada yang dianuti oleh kira-kira 95 peratus penduduknya.
  57. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.
  58. Pada tahun 2005, terdapat kira-kira 400 bilion pokok di Dunia, dengan purata 61 pokok untuk setiap orang.
  59. Wilayah Persekutuan Labuan terletak kira-kira 8km dari persisir pantai pulau Borneo bahagian pantai barat.
  60. Penduduk negara ini menutur kira-kira tiga bahasa iaitu, bahasa Belanda, bahasa Perancis dan bahasa Jerman.
  61. Dalam bentuk piawainya (seperti pada tahun 2005) AFA mengandungi kira-kira 107 aksara asas dan 55 pengubah.
  62. Terdahulu, Biro Perangkaan Australia melaporkan jumlah penduduk dianggarkan kira-kira 1,508 dari Banci 2001.
  63. Nasib baiklah perhimpunan panas yang bermula jam 2.00 petang ini disirami hujan lebat kira-kira 5.00 petang.
  64. Sektor pertanian menyumbang kepada 90% KDNK pada 1985 dan mengambil kerja kira-kira 80% tenaga kerja negara.
  65. Rangka tersebut merupakan seorang lelaki dengan satu ketinggian kira-kira 157 cm, yang berusia sekitar 50-an.
  66. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
  67. Dengan 10,007,400 kilometer persegi luasnya, Siberia merupakan kira-kira 58% daripada seluruh kawasan di Rusia.
  68. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu.
  69. Daripada seramai 625,000 orang yang berkhidmat, kira-kira 60,000 orang terkorban sementara 173,000 lagi cedera.
  70. Ia mempunyai anggaran populasi dari 27.6 juta, dan saiznya kira-kira 2,150,000 km persegi (830,000 batu persegi).
  71. Menurut Manual Perubatan Merck], norma untuk kehamilan insani adalah kira-kira 266 hari dari tarikh persenyawaan.
  72. Mulai akhir 1610-an hingga zaman Revolusi Amerika, kira-kira 50,000 banduan dihantar ke koloni British di Amerika.
  73. Antara undang-undang terawal yang ditemui seperti Kod Hammurabi, dikatakan telah diamalkan pada kira-kira 1700 SM.
  74. Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara yang mempunyai paling banyak bahasa, iaitu kira-kira 200-300 bahasa.
  75. Jumlah penduduk Rijnmond ("Muara Sungai Rhine") di kawasan Metropolitan Greater Rotterdam kira-kira 1.2 juta orang.
  76. Kelaparan besar pada tahun 1695-1697 telah mengorbankan kira-kira 70,000 jiwa, atau hampir 20% penduduk ketika itu.
  77. Kerajaan awal Melayu Chih-Tu dikatakan wujud pada awal abad sebelum Masihi lagi, kira-kira 100 tahun sebelum Masihi.
  78. Fosil tertua yang telah ditemukan adalah fosil stromatolit dan Cyanobacteria dengan umur kira-kira 3.500.000.000 tahun.
  79. Ataupun mengikut kiraan kalendar gregory adalah kurang sedikit daripada 9 bulan: iaitu kira-kira 8 bulan dan 22.5 hari.
  80. Yang paling banyak adalah dataran Pyongyang dan Chaeryong, masing-masing yang meliputi kira-kira 500 kilometer persegi .
  81. Orang Khmer adalah kelompok etnik utama di Kemboja, merangkumi kira-kira 90% dari 14.8 juta penduduk di negara tersebut.
  82. Sejak permulaannya kira-kira 10,000 tahun yang lalu, pertanian telah berkembang pesat daripada segi keluasan dan hasilnya.
  83. Sumber-sumber Ossetia mendakwa kira-kira 5,000 rakyat Ossetia terbunuh dan 13,000 mati ekoran kelaparan dan wabak penyakit.
  84. Pada kira-kira tahun 150 SM, Hipparchus, seorang ahli matematik Yunani, menyusun sebuah jadual untuk menyelesaikan segi tiga.
  85. Sebaliknya, KDNK nominal per kapita Jepun bernilai kira-kira AS$37,600, tetapi perangkaan pariti kuasa belinya hanya AS$30,615.
  86. Selepas kira-kira seratus tahun Triti Westphalia dimeterai, negara dalam bentuknya yang moden menjadi melalui Revolusi Perancis.
  87. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
  88. China atau Tionghua merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud selama kira-kira 3,500 tahun di Asia Timur.
  89. Inilah satu contoh bukti evolusi melalui fosil: terjumpanya fosil terlama bagi kuda prasejarah yang berusia kira-kira 52 juta tahun.
  90. Zaman Paleolitik — purba dan λίθος (lithos) — batu) adalah zaman yang bermula kira-kira 50 000 hingga 100 000 tahun dahulu.
  91. Bagaimanapun, banyak peta, memasukkan Scheur sebagai sebahagian Nieuwe Waterweg dan menyebabkan panjangnya kira-kira 19.5 kilometer.
  92. Pada permulaan peringkat janin, janin biasanya berukuran kira-kira 30 mm dari mercu kepala ke pinggul, dan beratnya kira-kira 8 gram.
  93. Opabinia adalah makhluk berbadan lembut yang menggunakan kira-kira 14 pasang anggota badan berbentuk seperti pendayung untuk berenang.
  94. Menjelang tahun 1921, Empayar British meluaskan pengaruhnya terhadap lebih 458 juta orang, iaitu kira-kira 23% daripada populasi dunia.
  95. Secara geografi, Ghana lama terletak kira-kira 500 batu dari utara Ghana kini, dan menduduki kawasan antara Sungai Senegal dan Nigeria.
  96. Matematik terawal India kuno yang diketahui wujud sejak dari kira-kira 3000-2600 SM di Tamadun Lembah Indus di India Utara dan Pakistan.
  97. Pada masa darurat, kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa Rejimen Askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir-anasir komunis.
  98. Bandar Haadyai adalah kira-kira satu jam perjalanan dengan kenderaan dari sempadan Malaysia dan dekat dengan Yala, Pattani and Narathiwat.
  99. Kedudukan tempat yang hendak dijadikan Bandar adalah kira-kira 15 kilometer dari kuala sungai Batu Pahat, sebelah kanan tebing mudik sungai.
  100. Sejak abad-19, Kesatuan Soviet melakukan pengembangan wilayah dan mengilhak hampir seluruh Manchuria yang kira-kira seluas 1/9 wilayah China.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...