- Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh Allah."
- Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku "
- Kambing jarang memakan makanan kotor atau meminum air tercemar melainkan kebuluran.
- Hanya melainkan spesies dan genus, famili ialah aras yang terpenting dalam taksonomi.
- Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.
- Satu penggal di DUN adalah lima tahun, melainkan perhimpunan dibubarkan awal oleh ketua negeri atas nasihat Ketua Menteri.
- Usul al-Fiqh tidak dikenal pada masa Nabi dan sahabat, melainkan ilmu ini baru lahir setelah Imam Syafii menulis Ar-Risalah.
- Dewan Rakyat bersidang selama maksimum lima tahun dan kemudian terbubar sendiri melainkan jika dibubarkan lebih awal dari itu.
- Ini berdasarkan fakta/peraturan bahawa Speaker tidak mempunyai kuasa memanggil sidang DUN melainkan mendapat perkenan daripada Sultan Perak.
- Ini dijelaskan dalam ayat al-Qur'an seperti "Katakan: 'Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami.
- Semasa kejohanan, kebanyakan stadium dikenali dengan nama yang berbeza, kerana FIFA melarang penajaan stadium melainkan para penaja stadium adalah penaja-penaja rasmi FIFA.
- Lelaki tukang zina tidak berkahwin, melainkan dengan perempuan penzina atau musyrik; dan seorang perempuan tukang zina tidak berkahwin, melainkan dengan lelaki penzina atau musyrik.
- Kambing tumbuh tanduk melainkan ia "dinyah tanduk" , iaitu tidak dibolehkan pertumbuhan tanduk disebabkan genetik ataupun tanduk itu ditanggalkan, selalunya sebaik sahaja selepas lahir.
- Tidak ada Tuhan melainkan Dia" [Fatir: 3], dan berfirman Allah: "Maka adakah sesiapa yang mencipta sama seperti sesiapa yang tidak mencipta? Maka tidakkah kamu semua ingat?" [An-Nahl: 17]
- Terdapat sista, contohnya sista bukal bifurkasi dengan sifat penyelesaian sendiri, di mana hanya pemantauan rapi diperlukan melainkan jika sista tersebut dijangkiti dan menunjukkan gejala.
- Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu.
- Batas antara Oligosen dan Miosen tidak dapat ditentukan secara mudah dengan suatu peristiwa, melainkan terdapat batas yang ketara antara Oligosen yang lebih panas dengan Miosen yang lebih sejuk.
- Kanak-kanak juga boleh menjadi Imam dalam solat, tapi pemerintah Muslim rata-rata kurang setuju dengan tugasan ini melainkan jika kanak-kanak itu bersolat bersama dengan golongan kanak-kanak yang lain.
- Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkankerana kepentingan tertentu.
- Dengan pembunuhan raja pemerintah Kesultanan Johor Lama, Sultan Mahmud, oleh Bendahara Abdul Jalil dalam tahun 1699, berakhirlah pemerintahan waris-waris Kesultanan Melayu Melaka di negeri-negeri Melayu melainkan di negeri Perak.
- Untuk Lautan Selatan, pada beberapa negara dan kebudayaan di dunia, tidak dikenal sebagai suatu lautan tersendiri, melainkan terbahagi atas Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan batas selatannya pantai benua Antartika.
- Tetapi oleh kerana perjanjian 1826 menetapkan supaya Perak ditadbir mengikut adat dan resam Kesultanan Perak, pihak British tidak dapat campur tangan melainkan meminta supaya keamanan dipulihkan agar bekalan bijih timah tidak terganggu.
- Human Rights Watch mengatakan bahawa OIC telah "tekad berjuang" dan berjaya dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi negara daripada kritikan,melainkan jika bersangkutan pada kritikan terhadap Israel.
- Oleh sebab Kuantan merupakan sebuah bandar yang "muda" secara relatifnya, ia tidak mempunyai banyak budaya tradisi tempatan yang unik, melainkan yang dibawa oleh mereka yang berasal dari luar dan menetap di Kuantan, khususnya dari negeri Terengganu dan Kelantan.
- Meskipun perang ini berlangsung sepanjang masa pemerintahan lima orang raja England dan lima raja orang Perancis , tempoh ini bukan bermakna perang yang terjadi terus-menerus, melainkan satu rangkaian kempen yang dipisahkan kekadang oleh masa gencatan senjata yang panjang atau konflik bertekanan tinggi, baik di luar negara maupun di dalam negara.
- Sementara penyokong tuntutan itu mendakwa bahawa ianya bukan merupakan alternatif daripada UDHR, melainkan saling melengkapi, Perkara 24 menyatakan bahawa "Semua hak-hak dan kebebasan yang ditetapkan dalam Perisytiharan ini tunduk pada syariat Islam" dan seterusnya, Perkara 25 menyatakan bahawa dengan "syariat Islam adalah satu-satunya sumber rujukan bagi penjelasan atau klarifikasi dari salah satu artikel daripada Perisytiharan ini." Percubaan untuk ungkapan ini diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Dewan HAM telah menemukan penambahan kritikan, kerana bertentangan daripada UDHR, termasuk daripada kumpulan-kumpulan Muslim liberal.
Wednesday, 23 March 2016
Contoh Ayat Perkataan "melainkan"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "melainkan" dalam bahasa Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
Contoh Ayat Perkataan "adat"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai adat pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...
No comments:
Post a Comment