Saturday, 27 August 2016

Contoh Ayat Perkataan "meluluskan"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "meluluskan" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Dewan Negara boleh bertindak untuk tidak meluluskan satu-satu rang undang-undang.
  2. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa meluluskan undang-undang adalah Dewan Undangan Negeri.
  3. Pada tahun 1918, perundangan Serb di Podgorica meluluskan pengambilan negara ini oleh Serbia.
  4. Kali ketiga, satu undian akan dibuat sama untuk meluluskan atau menolak rang undang-undang berkenaan.
  5. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh Dewan Rakyat.
  6. Speaker Dewan Rakyat meluluskan laporan itu tanpa sebarang perbahasan di antara parti pembangkang dan pemerintah.
  7. Bagaimanapun, tiada Parlimen yang boleh meluluskan undang-undang yang tidak boleh diubah oleh Parlimen masa hadapan.
  8. Pada 28 Ogos 2008, Parlimen Georgia meluluskan satu resolusi yang mengisytiharkan Abkhazia sebuah wilayah yang diduduki Rusia.
  9. Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan meluluskan cadangan persempadanan baru kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
  10. Ahli parlimen Kenya sebulat suara meluluskan perkongsian kuasa pada 18 Mac 2008, yang bertujuan untuk menyelamatkan negara Kenya.
  11. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.
  12. Pada 28 Disember 2007, parlimen sementara meluluskan rang undang-undang yang mengisytiharkan Nepal sebagai republik demokratik persekutuan.
  13. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:
  14. Menurut Tony Snow, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Presiden Bush telah menyedari komplot itu sejak 6 Ogos dan meluluskan kenaikan peringkat amaran pada 9 Ogos.
  15. Pada November 2006, kerajaan Malaysia telah meluluskan projek pembinaan rel yang akan menghubungkan bangunan terminal utama kepada Terminal Penerbangan Tambang Murah.
  16. Persidangan pertama itu telah meluluskan Rang Undang-Undang Perbandaran Kuala Lumpur, Rang Undang-Undang Pemindahan Kuasa dan Rang Undang-Undang Peminjaman dan Hutang.
  17. Edgar Hoover yang telah menjadi pengarah selama penggal 48 tahun, Kongres meluluskan Public Law 94-503, yang menghadkan penggal setiap Director FBI selama hanya 10 tahun.
  18. Sebuah Dewan Undangan yang tunggal 386 ahli merupakan alatan kekuasaan negeri yang tertinggi dan melaksanakan dan meluluskan perundangan yang ditaja oleh Perdana Menteri.
  19. Pada 25 Mei 2010, Mahkamah Jenayah Thailand meluluskan satu waran tangkap kerana menghasut dan membiayai bantahan besar-besaran sehingga mencetuskan kekacauan dan kematian lebih 88 orang.
  20. Pada tahun 1953 dalam Perhimpunan Agung UMNO di Melaka meluluskan usul agar British mengadakan pilihan raya pada tahun 1954 bagi memilih 4/5 daripada 98 Ahli Dewan Perundangan Persekutuan.
  21. Pada tahun 1695, Parlimen Scotland meluluskan piagam kepada Syarikat Scotland, yang meneruskan pembinaan penempatan di segenting Panama pada tahun 1698 dengan tujuan membina terusan di sana.
  22. Keluaran asal Internet Explorer 7 memerlukan komputer meluluskan semakan pengesahan Windows Genuine Advantage sebelum dipasang, tetapi pada 5 Oktober 2007, Microsoft menanggalkan keperluan ini.
  23. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
  24. Peristiwa ini terbentuk hasil Perjanjian Kesatuan yang dipersetujui pada 22 Jun 1706, kemudian diratifikasi oleh Parlimen England dan Parlimen Scotland yang meluluskan Akta Kesatuan masing-masing pada tahun 1707.
  25. Lembaga ini mengulas permintaan kewangan dan cadangan belanjawan lalu memperuntukkan dana bagi setiap universiti dalam sistem, serta juga meluluskan program pengajaran baru dan juga membatalkan atau mengubah suai program sedia ada.
  26. Di Malaysia wujudnya perbahasan sama ada negara ini wajar mengamalkan kerajaan berdasarkan sekular atau Islam, memandangkan ada negeri yang meluluskan undang-undang Islam tetapi tidak berkuatkuasa kerana ditentang oleh kerajaan persekutuan.
  27. Baginda boleh membubarkan parlimen meskipun sesi perkhidmatannya masih lagi awal ataupun jika Perdana Menteri tidak lagi mempunyai keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan kerana tewas samada melalui undi percaya atau meluluskan belanjawan.
  28. Disebabkan penagih-penagih sering masih dapat memperoleh bekalan heroin secara sah, Kongres Amerika Syarikat meluluskan undang-undang tambahan pada tahun 1924 untuk mengharamkan semua penjualan, pengimportan atau pengilangan heroin di Amerika Syarikat.
  29. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu mempunyai kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu.
  30. Rahman Ya'kub mengetuai sekumpulan ahli politik Sarawak yang kecewa dari Parti Kebangsaan Sarawak dan PBDS untuk berkumpul di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur untuk meluluskan mosi hilang keyakinan terhadap kepimpinan Taib dengan mengumpulkan tandatangan ADUN pada surat.
  31. Dengan menggunakan kekuasaan pemerintahan yang baru dipulihkan, pada 18 Mei 2006, Dewan Perwakilan Rakyat sebulat suara meluluskan usul untuk menghehadkan kuasa raja lalu mengisytiharkan Nepal sebuah negara sekular, sekaligus menghapuskan status rasminya sebagai negara Hindu.
  32. Idea itu telah ditolak oleh Joseph Stalin tetapi dengan pembangunan senjata nuklear Soviet, kemenangan Mao Zedong di China dan petunjuk Cina bahawa ia akan menghantar tentera dan sokongan yang lain untuk Korea Utara, Stalin meluluskan serangan yang membawa kepada Perang Korea.
  33. Selepas Operasi Lalang pada tahun 1987 di mana kerajaan menahan beberapa penentang politik tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Negeri, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan Karpal Singh untuk dibebaskan daripada tahanan disebabkan masalah teknik terhadap cara beliau ditahan.
  34. Dewan Undangan Nasional juga telah meluluskan pindaan perlembagaan memberi penduduk Taiwan, Pescadores, Quemoy, dan Matsu satu-satunya hak memerintah republik melalui pilihanraya melantik Presiden dan keseluruhan Legislatur bersama dengan pilihanraya meluluskan pindaan pada perlembagaan Republik China.
  35. Dengan kenaikan jumlah trafik penumpang yang menggunakan Terminal Penerbangan Tambang Murah, Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), syarikat yang menguruskan KLIA telah meluluskanpembesaran LCCT bermula pada awal 2007 untuk menampung trafik penumpang yang meningkat setelah LCCT yang sedia ada hampir mencapai kapasiti penuhnya.
  36. Disebabkan tiadanya perbezaan teknikal antara statut biasa dan "undang-undang perlembagaan," Parlimen United Kingdom boleh melakukan "pembaharuan perlembagaan" dengan sekadar meluluskanAkta Parlimen, justeru memegang kuasa politik untuk mengubah atau memansuhkan apa sahaja unsur yang bertulis atau tidak bertulis dalam perlembagaan.
  37. Jikalau parlimen meluluskan suatu resolusi tidak keyakinan, atau menolak kelulusan suatu bil penting seperti belanjawan, oleh itu kerajaan harus sama ada meletakkan jawatan supaya sebuah kerajaan berlainan dapat dilantik atau mencari suatu pembubaran parlimen supaya pilihanraya umum baru dapat dijalankan supaya dapat mengesahkan semula atau menolak mandat kerajaan.
  38. Mahathir memulakan bidasan-bidasan hangat terhadap badan kehakiman, dan memberitahu majalah Time, "Badan kehakiman berkata, ' Walaupun kamu meluluskan undang-undang dengan menimbangkan sesuatu, kami berfikir bahawa fikiran kamu adalah salah, dam kami hendak memberikan tafsiran sendiri.' Kalau kita tidak bersetuju, Mahkamah-mahkamah akan berkata, 'Kami akan mentafsirkan pertentangan pendapat kamu.' Kalau kami [kerajaan dan Parlimen] mengikut, kami akan hilang kuasa perundangan." Mahathir juga mengecam "kambing hitam [hakim]... yang hendak... kebebasan yang keterlaluan," dan menuduh mereka kerana bermuka-muka.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...