Wednesday, 2 November 2016

Contoh Ayat Perkataan "sosial"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "sosial" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan.
  2. Perkembangan ekonomi dan sosial juga amat ketara.
  3. Bakuto mempunyai kedudukan sosial yang lebih rendah daripada peniag.
  4. Penumpuan khusus pada anthropologi budaya sosial telah banyak berubah.
  5. Kelompok sebegini menunjukkan susunan sosial berhierarki yang lebih ketara.
  6. Persatuan Belia Melayu yang pada asalnya bercorak sosial berubah kepada motif politik.
  7. Sosiobiologi cuba menjelaskan dan mengkaji tingkah laku sosial dalam konteks tersebut.
  8. Ketika era Republik Pertama, demokrat sosial mengambil alih dan banyak membuat perubahan.
  9. Era 1930-an menyaksikan banyak pembaharuan sosial yang diperkenalkan kerajaan Barisan Popular.
  10. Selain itu, negara ini cukup terkenal dengan sistem pendidikan dan sistem sosial yang cemerlang.
  11. Kini teori permainan banyak digunakan dalam model-model multiagen dalam fizik sosial dan ekonofizik.
  12. Globalisasi dan Dunia Bandar Terkemuka (GaWC) mentakrifkan Nairobi sebagai pusat sosial yang terkenal.
  13. Selain kesamarataan sosial dan ekonomi, masyarakat pemburu-pengumpul juga sering mengamalkan kesamaan seks.
  14. Sejarah pembangunan sukan boleh mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlaku dan sifat sukan tersebut.
  15. Tetapi kesimpulan Geertz ini banyak ditentang kerana ia mencampurkan golongan sosial dengan golongan kepercayaan.
  16. Sistem sosialis autoritarian menjadi semakin goyah dan agak lambat bertindak untuk mengatasi krisis sosial tersebut.
  17. Surah Madaniyyah berikutnya kebanyakannya membincangkan isu sosial dan moral yang berkaitan dengan masyarakat Muslim.
  18. Dalam peranan ini, tugas utamanya adalah untuk menyelia rancangan-rancangan sosial kerajaan untuk orang-orang miskin.
  19. Kerajaan nampak turut bersimpati dengan keadaan kaun India terutama sekali dalam bidang ekonomi, sosial serta pelajaran.
  20. Negara ini telah berjaya membangunkan gaya hidup yang tinggi dan menubuhkan satu sistem keselamatan sosial yang menyeluruh.
  21. Sosiobiologi merupakan kajian saintifik yang berasaskan andaian tingkah laku atau perlakuan sosial yang menyebabkan evolusi.
  22. Individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau sosial yang membawa kepada penyelewangan tingkah laku dan kerosakan akhlak.
  23. Algeria kemudian menikmati kestabilan selama 25 tahun di bawah sistem satu parti sosial Boumedienne dan pengganti-penggantinya.
  24. Golongan-golongan ini membawa dan mengembangkan kemahiran pertukangan besi dan ide-ide baru untuk pertubuhan sosial dan politik.
  25. Ia mewakili satu daripada usaha-usaha pertama Yayasan Perisian Bebas untuk mencari punca sama dengan aktivis sosial aliran utama.
  26. Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat.
  27. Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah oleh penjajah Inggeris.
  28. Majlis Ekonomi dan Sosial PBB membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa.
  29. Institusi sosial Algeria mencapai ke tahap kemuncak apabila kadar pandai membaca, menulis, dan mengira jatuh ke tahap yang paling rendah.
  30. Berpaling tadah sedemikian memutuskan ikatan individual dengan kumpulan tersebut, dan dia tidak lagi boleh mencapai modal sosial unitnya.
  31. Terdapat juga kemungkinannya wujud hubungan sosial dan emosi antara lelaki dan perempuan, manakala pelacur hanyalah khusus secara seksual.
  32. Selain daripada kritikan yang keras, beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosial dengan Persekutuan Tanah Melayu.
  33. Pencerobohan Turki-Afghan di samping faktor sosial dan politik yang lain memadamkan institusi-institusi ini daripada latar masyarakat India.
  34. Bunuh diri atau percubaan untuk membunuh diri sebagai cara untuk menghasilkan perubahan sosial atau politik adalah berkait dengan kesyahidan.
  35. Pengaruh politik, sosial dan ekonomi di Eropah menjadikannya sebuah kuasa serantau besar di samping United Kingdom, Perancis, Jerman dan Rusia.
  36. Bidang kecil sosial dan budaya telah dipengaruhi oleh teori strukturalist dan pos-moden, termasuk juga peralihan terhadap analisa budaya moden.
  37. Rusuhan ini menyebabkan 196 orang terkorban, lantas menyebabkan pembaharuan besar dalam dasar ekonomi negara untuk keadilan sosial yang menyeluruh.
  38. Sementara itu, Quebec mengalami perubahan sosial dan ekonomi mendalam melalui Revolusi Senyap pada 1960-an yang melahirkan gerakan nasionalis moden.
  39. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan.
  40. Setakat ini, dekad 2000-an telah ditandakan dengan persoalan-persoalan sosial yang diwarisi oleh dunia dari dekad 1990-an dan penamatan Perang Sejuk.
  41. Sikap sosial tentang rogol dan hukuman yang sewajarnya adalah persoalan yang masih diperdebatkan dengan bersungguh-sungguh dibeberapa kebudayaan Barat.
  42. Kajian berkaitan kekeluargaan dan organisasi sosial merupakan tumpuan utama bagi anthropologi budaya, kerana kekeluargaan adalah sifat manusia sejagat.
  43. Namun, masalah kekurangan infrastruktur dan gejala sosial yang meningkat menghambat kemajuannya sebagai sebuah pusat ekonomi terpenting di Asia Tenggara.
  44. Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran
  45. Akhirnya, sosiologi tidak menggantikan sains sosial yang lain, tetapi salah satu dari mereka, dengan penekanan tersendiri pada segi subject matter dan kaedah.
  46. Betty Friedan, Gloria Steinem, dan lain-lain menerajui gelombang feminisme baru yang memperjuangkan kesaksamaan politik, sosial dan ekonomi untuk kaum wanita.
  47. Oleh yang demikian, manusia yang terkecuali daripada aktivit sosial amat sedikit ataupun mereka diklasifikasikan sebagai manusia abnormal ataupun manusia gila.
  48. Kesan pengangguran terhadap sosial termsuk pengaruh negatif dalam keluarga dan mewujudkan ketidaktenteraman yang boleh membawa kepada pergaduhan dan penceraian.
  49. Liberalisasi politik di bawah pemerintahan Raja Hamad bin Isa Al Khalifa didampingi dengan kemahuan yang besar untuk mengkaji sikap sosial masyarakat terdauhulu.
  50. Pergolakan sosial dan ekonomi New York reda pada tahun 1980-an apabila kebangkitan dalam industri kewangan yang amat penting memulihkan kesihatan fiskal kota ini.
  51. Dalam teori satu negara adalah entiti yang mempunyai autonomi luas dalam hal ehwal ekonomi dan sosial dalamannya dan bebas daripada pengaruh negara dan kuasa lain.
  52. Negara ini mengekalkan model negara kebajikan Nordic dengan penjagaan kesihatan sejagat, subsidi pendidikan tinggi, dan sistem keselamatan sosial yang komprehensif.
  53. Perubahan dalam kehidupan sosial juga berubah - perasaan terhadap kaum wanita sedang berubah, dan sukan-sukan baru sedang menjadi popular di samping perlumbaan unta.
  54. Langkah dianjurkan oleh Islam ialah langkah mencegah kerana ia jauh lebih baik daripada usaha memperbaiki atau mengatasi masalah yang timbul akibat gejala sosial ini.
  55. Perkahwinan dan interaksi sosial secara perlahan-lahan membawa kepada pertambahan populasi tersebut hingga sebuah komuniti yang agak besar berkembang di sekitar Lhasa.
  56. Dikaitkan dengan peraturan yang merumitkan tentang pewarisan serta orang bangsawan yang amat berkuasa, kerusuhan sosial dan politik yang dialami tidak dapat dielakkan.
  57. Dalam masyarakat yang mempunyai pantang sosial yang teguh, penyiksaan seksual biasanya digunakan untuk memusnahkan amanah dan pengaruh pembangkang-pembangkang politik.
  58. Menurut buku yang dikeluarkan oleh Ä°ttihat ve Terakki Cemiyeti, kejayaan dapat dicapai sekiranya perubahan dilakukan terhadap institusi sosial dan politik Uthmaniyyah.
  59. Penyerta-penyerta dalam perkahwinan biasanya mencari pengakuan sosial untuk hubungan mereka, dan banyak masyarakat memerlukan kebenaran rasmi daripada badan agama atau sivil.
  60. Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja.
  61. Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah.
  62. Kemusnahan ekonomi dan sosial akibat Perang Dunia Pertama mendorong sesetengah rakyat Itali cenderung beralih arah kepada Parti Fasis Negara yang dipimpin oleh Benito Mussolini.
  63. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman.
  64. Pada usia tiga dia telah diangkat oleh Francesco dan Silvia Balotelli selepas ibu bapanya meminta perkhidmatan sosial bagi membantu kehidupan Mario kerana keadaan kesempitan hidup.
  65. Walaupun begitu, Shanghai dapat mengekalkan kestabilan sosial serta daya pengeluaran ekonomi yang tinggi, termasuk juga pada tempoh-tempoh Revolusi Kebudayaan yang paling huru-hara.
  66. Masalah kesihatan Mario dan keadaan hidup yang sempit menyebabkan keluarga Barwuah memutuskan untuk meminta bantuan perkhidmatan sosial yang disyorkan agar Mario dijaga oleh orang lain.
  67. Ia merupakan cabang antropologi yang membawa kaedah linguistik untuk menangani masalah antropologi, menghubungkan analisis bentuk-bentuk linguistik dan proses penafsiran proses sosial budaya.
  68. Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran dengannya.
  69. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosialsejagat.
  70. Sosiobiologi menerangkan bahawa tekanan dalam pemilihan menyebabkan haiwan mengalami evolusi dalam interkasinya dengan alam semula jadi, yang mengakibatkan evolusi genetik perlakuan sosialyang bermanfaat.
  71. Cara bersosial berbagai-bagai, meskipun tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kaedah sosial manusia sangat kompleks dan lebih maju dari pelbagai aspek dari haiwan yang paling terdekat kebijakannya dari manusia.
  72. Ahli sosiologi sering kali bergantung kepada kaedah kuantitatif untuk menghurai corak hubungan sosial, dan untuk membina model model yang boleh membantu dalam meramal perubahan sosial dan kesannya kepada manusia.
  73. Masyarakat pemburu-pengumpul juga cenderung mengamalkan struktur sosial yang agak egalitarian, tanpa hierarki, terutamanya dalam masyarakat yang lebih berpindah-randah yang amnua tidak mampu menyimpan makanan tambahan.
  74. Para strategi parti tersebut telah mencipta dasar aparteid (yang dikuatkuasakan pada tahun 1948), suatu cara untuk mengawal sistem ekonomi dan sosial negara dengan mengekalkan penguasaan kulit putih dan diskriminasi perkauman.
  75. Hal ini bahkan telah menyebabkan jabatan berpecah, misalnya pada tahun 1998-9 akademik di Universiti Stanford, di mana "saintis" dan "bukan-saintis" dibahagikan menjadi dua jabatan: antropologi, dansosial budaya & Antropologi.
  76. Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit.
  77. Individu yang dilantik mesti berjaya mencapai kepujian dalam kerjaya, perniagaan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau khidmat sosial atau wakil dalam kaum-kaum minoriti atau berkebolehan dalam mewakili kepentingan pribumi ".
  78. Pelantar istimewa dan tilam kapas empuk akan dibuat terutamanya di ruai Ketua Rumah atau Gawai sebagai tempat singgah-sana para tetamu khas yang dijemput hadir semasa upacara duduk berbaris mengikut kedudukan sosial masing-masing nanti.
  79. Ekonomi (daripada bahasa Greek οίκος [oikos], 'rumah', and νέμω [nemo], 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia.
  80. Salah satu sebabnya adalah kerana ilmu kepentingan roti dari dahulu lagi sebagai makanan asas, secara tradisional, amat susah untuk mendapatkan makanan, roti telah mendapat kepentingan sosial dan emosi yang menjangkaui kepentingan nutrisi.
  81. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.
  82. Stigma sosial yang lebih besar terhadap kemurungan lelaki, serta kekurangan rangkaian sokongan dan bantuan sosial untuk kemurungan mereka sering dikenal pasti sebagai alasan-alasan yang utama untuk kadar membunuh diri lelaki yang tidak seimbang.
  83. Adakah juruterbang-juruterbang tersebut terlibat dalam sebuah tindakan yang sungguh berani tanpa mementingkan diri atau adakah mereka hanya berbuat demikian kerana menghadapi tekanan sosial yang kuat sangat merupakan suatu persoalan perdebatan sejarah.
  84. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani.
  85. Tekiya dianggap sebagai salah satu kumpulan terendah sosial di Edo.Mereka membentuk organisasi mereka sendiri,terlibat dalam beberapa tugas pentadbiran berkaitan dengan perdagangan, seperti agihan gerai-gerai dan perlindungan aktiviti dan perlindungan ahli.
  86. Count von Gxtzen telah berjumpa dengan Tutsi Mwami buat pertama kali pada tahun 1894, bagaimanapun, dengan bilangan 2500 askar di Afrika Timur Jerman, Jerman telah membuat sedikit perubahan kepada struktur sosial di kebanyakan kawasan, terutamanya di Rwanda.
  87. Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
  88. DBKL bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kebersihan awam, pelupusan dan pengurusan sampah dan bahan buangan, perancangan bandar, perlindungan alam sekitar dan kawalan pembinaan, pembangunan sosial dan ekonomi dan penyelenggaraan prasarana bandar secara amnya.
  89. Pakatan ini dibentuk bagi meningkatkan kerjasama antara negara Asia Timur dalam ekonomi, kewangan (termasuk memerhati aliran modal kawasan), pembangunan sosial dan sumber manusia, pembangunan saintifik dan teknikal, budaya dan informasi, dan pembangunan infrastrutur.
  90. Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum Iban khasnya atau bangsa Dayak amnya terjadi semasa zaman kegemilangan Kerajaan Dayak di Tampun Juah, sebelum kaum Iban dan bangsa Dayak berpecah kepada beberapa subsuku-subsuku yang ada sekarang.
  91. Antara jenis maklumat biologi yang diproses dan dikaji pasa permulaan era bioinformasi ialah pembentukan struktur interaksi sosial yang kompleks dengan menggunakan peraturan mudah seperti tingkah laku yang akan dikumpulan untuk penyelenggaraan dalam model evolusi prebiotik.
  92. Sejak dekad-dekad abad ke-20 yang akhir, banyak andaian tradisi mengenai sifat dan tujuan perkahwinan dan keluarga telah dicabar, khususnya oleh gerakan-gerakan sosial LGBT yang tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa perkahwinan harus bersifat heteroseksual secara eksklusif.
  93. Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta pengurusan untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa.
  94. Taksonomi-taksonomi seperti yang dianalisis oleh Durkheim dan Lxvi-Strauss kekadangnya dipanggil taksonomi folk untuk membezakannya daripada taksonomi saintifik yang mendakwa bahawa sistem-sistemnya telah diasingkan daripada perhubungan sosial dan oleh itu, adalah objektif dan sejagat.
  95. Ia merupakan negara berindustri yang pertama di dunia dan juga kuasa terbesar di dunia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, tetapi pengorbanan ekonomi dan sosial akibat dua perang dunia serta kejatuhan empayarnya pada separuh akhir abad ke-20 mengurangkan peranannya sebagai peneraju dalam hal-ehwal dunia.
  96. Ini merupakan pemahaman umum yang telah menjadi dasar environmentalisme, yakni pergerakan politik, sosial dan falsafah yang luas dan yang menyokong pelbagai tindakan dan dasar untuk melindungi apa-apa alam semula jadi yang tinggal, atau mengembalikan serta mengembangkan peranan alam semula jadi di persekitaran ini.
  97. Dalam istilah yang mudah, feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan bahawa jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang.
  98. Setelah memenangi bidaan, Perdana Menteri China Li Lanqing membuat kenyataan pada 17 Ogos 2001: "Kejayaan membida Sukan Olimpik 2008 adalah satu contoh pengiktirafan antarabangsa terhadap kestabilan sosial dan pemesatan ekonomi China serta kesejahteraan hidup rakyat China." Sebelum itu, Beijing melakukan bidaan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2000.
  99. Para sosiologi masa kini menyelidik struktur makro yang membentuk dan seterusnya meladeni masyarakat, seperti kaum atau etnik, kelas masyarakat dan peranan jantina dan institusi seperti keluarga; prosessosial yang mewakili lencongan daripada, atau kehancuran, struktur ini, termasuk jenayah dan perceraian; dan proses mikro seperti interaksi interpersonal
  100. Istilah sains semula jadi juga digunakan untuk memisahkan bidang-bidang yang menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji alam semula jadi daripada sains sosial dan kemanusiaan, yang juga menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji kelakuan manusia dan masyarakat; serta daripada sains formal, seperti matematik dan logik, yang menggunakan metodologi yang berbeza.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...