- Sindrom Rengsa Usus biasanya bermula pada usia remaja ataupun sebelum seseorang itu menjangkau 40 tahun.
- Kehadiran darah dalam najis perlu diberikan perhatian serius kerana ia bukan ciri-ciri sindrom Rengsa Usus.
- Sindrom Rengsa Usus tidak juga akan bertukar menjadi barah dalam jangka panjang sebagaimana yang menjadi kebimbangan ramai.
- Sungguhpun begitu, penghidap sindrom Rengsa Usus masih berasa belum puas dan akan mengulanginya selepas beberapa jam kemudian.
- Pemeriksaan fizikal dan ujian darah perlu dilakukan bagi mengetahui punca-punca lain yang boleh menyebabkan gejala seperti sindrom Rengsa Usus.
- Malah dalam kes cirit-birit, terdapat penghidap sindrom Rengsa Usus yang membuang air besar sehingga 10 kali sehari tetapi yang keluar berupa cecair sahaja.
- Punca sebenar sindrom Rengsa Usus masih belum diketahui tetapi faktor utama yang sering kali dikaitkan dengannya ialah interaksi di antara otak dengan usus.
- Walaupun gejala-gejala yang ditunjukkan oleh sindrom Rengsa Usus ada kalanya serius, gangguan itu sendiri bagaimanapun tidak dikategorikan sebagai satu penyakit.
- Sindrom Rengsa Usus merupakan masalah perubatan yang kedua kerap diadukan selepas selesema sekali gus menjadi antara penyebab utama ketidakhadiran di tempat kerja.
- Terdapat beberapa penyakit usus lain seperti keradangan, barah dan jangkitan boleh menyerupai sebahagian atau kesemua gejala yang ditunjukkan oleh sindrom Rengsa Usus.
- Jika orang sihat membuang air besar sama ada satu atau dua kali sehari, ada pesakit sindrom Rengsa Usus yang melakukannya dua kali seminggu atau hanya sekali dalam tempoh dua minggu.
- Sindrom Rengsa Usus atau juga dikenali sebagai Irritable Bowel Syndrome merupakan gangguan terhadap fungsi usus yang ditandai dengan sakit perut yang bukan sahaja berulang-ulang tetapi juga kronik.
- Seseorang itu mungkin pernah mengalami jangkitan akibat keracunan makanan yang boleh mengganggu urat sarafnya dan mengakibatkan mereka boleh mendapat sindrom Rengsa Usus selepas beberapa tahun kemudian.
- Ujian endoskopi seperti sigmoidoskopi atau kolonoskopi akan dilakukan sekiranya doktor mengesyaki gejala usus tidak tepat bagi sindrom Rengsa Usus dan perlu memastikan tidak ada penyakit usus yang lain.
Thursday, 19 January 2017
Contoh Ayat Perkataan "Rengsa"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "Rengsa" dalam bahasa Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
Contoh Ayat Perkataan "adat"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai adat pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...
No comments:
Post a Comment