"Contoh Ayat menggunakan Perkataan "sejenis" dalam bahasa Melayu
- Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.
- Paru-paru berair merupakan sejenis penyakit radang raru-paru.
- Pedang adalah sejenis senjata tajam yang mempunyai bilah panjang.
- Hantu bajang adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia.
- Hantu polong adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia.
- Hantu pelesit adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia.
- Maskot untuk temasya ini ialah Karak, sejenis Kakaktua Hitam Ekor Merah.
- Rebab merupakan sejenis alat muzik bertali yang berasal dari Afghanistan.
- Semua haiwan dan tumbuhan yang sejenis tergolong dalam spesies yang sama.
- Morfina ialah sejenis drug analgesik narkotik yang dijumpai di dalam candu.
- Jin'ﻦﻲﺟ @(genie) merupakan sejenis makhluk halus yang dicipta dari api.
- Teritip merupakan sejenis artropod yang tinggal di laut dalam subfilum Krustasea.
- Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan.
- Petroleum merupakan sejenis cecair gelap dan pekat yang juga dipanggil emas hitam.
- Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur.
- Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu.
- Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar.
- Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul.
- Purdah adalah sejenis pakaian yang menutup hampir keseluruhan diri wanita kecuali mata.
- Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul.
- Berbagai-bagai laporan berita menyebut sejenis bahan letupan yang berdasarkan peroksida.
- Bunga Raya merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan.
- Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu.
- Hantu puaka adalah sejenis makhluk halus yang hidup bebas dan tidak dipelihara oleh manusia.
- Hantu keramat adalah sejenis makhluk halus yang hidup bebas dan tidak dipelihara oleh manusia.
- Kupu-kupu, adalah sejenis serangga terbang daripada order Lepidoptera, sama seperti rama-rama.
- Ia turut dinilai sebagai sejenis baja yang boleh meningkatkan hasil tanaman pada keseluruhannya.
- Namanya dipilih oleh ayahandanya yang juga meletakkan sejenis kotak kayu di tepi bantal anaknya.
- Jembalang tanah adalah sejenis makhluk halus yang hidup bebas dan tidak dipelihara oleh manusia.
- Dokumen pengenalan merupakan sejenis dokumen yang digunakan untuk memastikan identiti pembawanya.
- Tetapi jembalang tanah boleh dipelihara apabila sejenis mentera dibacakan dan dihidangkan makanan.
- Shuyuan yang muncul pada abad ke-8 ketika Dinasti Tang adalah sejenis institusi pengajian yang lain.
- Nama asal bandar Kulim mendapat namanya jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil pokok Kulim
- Hyolitha merupakan sejenis haiwan kecil tanpa tulang belakang dan mempunyai cangkerang berbentuk kon.
- Walau apapun, harimau tetap menjadi salah sejenis megafauna berkarisma yang paling terkenal di dunia.
- Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah.
- Tularemia ialah sejenis penyakit berjangkit serius yang disebabkan oleh bakteria Francisella tularensis.
- Tumbuhan-tumbuhan juga menyerap karbon dioksida, sejenis gas rumah tanaman, melalui proses fotosintesis.
- Hantu air merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair.
- Tembaga diangkut paling banyak dalam aliran darah oleh sejenis protein plasma yang dipanggil seruloplasmin.
- Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian.
- Cendawan ini juga mempunyai bau seperti pokok jintan manis kerana kehadiran sejenis kimia iaitu benzaldehid.
- Kuman ini terutamanya menjangkiti makrofaj, sejenis sel darah putih, justeru mampu terlepas dari sistem imun.
- Sistem angka ialah sejenis rangka kerja yang mana satu set nombor dilambangkan melalui angka secara konsisten.
- Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk; lihat Hantu, yang dipercayai berkeliaran dikawasan berbukit-bukau.
- Pembiakan seks ialah sejenis pembiakan yang menyebabkan kepelbagaian genetik keturunan yang semakin bertambah.
- Ini adalah kerana istilah pluton telah lama digunakan oleh ahli geologi untuk mewakili sejenis perejahan magma.
- Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional.
- Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri.
- Mengikut kepercayaan penduduk tempatan, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini.
- Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM adalah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang.
- Francisella tularensis ialah sejenis bakteria intrasel, iaitu ia boleh hidup sebagai parasel di dalam sel perumah.
- Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah.
- Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.
- Murtabak atau juga dikenali sebagai martabak ialah sejenis makanan yang ada dijual di Malaysia, terutamanya di Johor.
- Selepas itu, mereka yang ingin memasuk agama ini harus meminum air "Amrit" sejenis air madu yang digaul dengan Kirpan.
- Eukariot ialah sejenis organisma yang sel-selnya mengandungi struktur-struktur kompleks yang terlindung dalam membran.
- Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura, dahulunya digelar Salientia (bahasa Latin saltare, "melompat").
- Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot.
- Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida.
- Glikogen ialah sejenis polimer glukosa dan merupakan karbohidrat simpanan yang terdapat dalam tisu haiwan dan mikroorganisma.
- Bahasa Tamil ditulis dengan sistem tulisan bergelar vaá¹á¹eḻuttu, iaitu sejenis abugida yang tergolong dalam famili Brahmi.
- Loyang, sejenis aloi zink dan tembaga, diketahui oleh orang Yunani tetapi julung kali digunakan dengan meluasnya oleh orang Rom.
- Sesetengah orang mempercayai nama tersebut dipetik daripada sejenis kerang-kerangan iaitu tiram kerana perisanya yang agak sama.
- Pepatung merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota atau, lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera.
- Opioid ialah bahan kimia yang merangsang reseptor opioid, sejenis sel yang dijumpai di otak, saraf tunjang dan saluran gastrousus.
- Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais.
- Antara teknologi yang dipertimbangkan ialah sejenis motor linear yang terdiri daripada gegelung perejangan dan dipasang pada landasan.
- Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh.
- Dalam konflik tersebut, sejenis kapal baru yang ternyata amat berkesan – bot torpedo yang lincah dan kecil, dicipta oleh John Ericsson.
- Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara..
- Salah sejenis pakaian tradisional Vietnam yang terlaris ialah " xo Dxi" yang dipakai untuk peristiwa khas seperti perkahwinan atau pesta.
- Saka turut merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan memeliharakan diri.
- Getah merupakan sejenis polimer hidrokarbon kenyal yang terhasil dari koloid dalam sap beberapa jenis pokok, antaranya adalah pokok Getah.
- Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu.
- Persediaan untuk menyambut Gawai Dayak bermula bila tibanya bulan Mei dengan penapaian "tuak" iaitu sejenis minuman tradisi komuniti Dayak.
- Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang terdapat dalam hutan.
- Aspirin adalah jenama yang digunakan oleh syarikat Bayaer daripada Jerman untuk asid asitilsalisilik, sejenis dadah daripada famili salisilat.
- Sesetengah menganggapkan seks oral sebagai kebesaran ego, mempercayai bahawa tindakan demikian adalah sejenis penguasaan ke atas teman asmaranya.
- Enzim ialah sejenis protein yang bertindak sebagai mangkin organik yang dapat mengawal atur serta mempercepatkan tindak balas biokimia dalam sel.
- Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia.
- Untuk clown fish, sejenis ikan tropika, ikan yang dominan di dalam sesuatu kumpulan akan menjadi betina, sedangkan yang lain kekal menjadi jantan.
- Menurut teori terbaru tentang perkembangan mentalnya, beliau dianggap menghidapi sindrom Asperger, sejenis penyakit yang berkaitan dengan autisme.
- Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri.
- Pada musim 1962, Lotus memperkenalkan sejenis kereta dengan rangka monokok helaian aluminium sebagai ganti kepada rekaan bingkai ruangan yang biasa.
- Dalam organisma hidup, maklumat genetik disimpan dalam kromosom yang dibentuk daripada molekul DNA dan sejenis protein yang dikenali sebagai histon.
- Sebenarnya penanggalan adalah sejenis penyakit keturunan, bagi pengamal-pengamal ilmu ini mereka akan menjangkitkan keturunan mereka melalui makanan.
- Virus juga merupakan sejenis parasit intrasel obligat, yang membiak dengan cara menawan sel-sel lain kerana mereka tidak berupaya untuk membiak sendiri.
- Nikotin ialah sejenis sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi di dalam pokok tembakau (daun tembakau mempunyai kandungan nikotin paling tinggi).
- Kitin merupakan sejenis polisakarida terubah suai yang mengandungi nitrogen; ia disintesiskan daripada unit-unit N-asetilglukosamina -2-deoksi-D-glukosa).
- Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk pada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting.
- Sekarang, RTS dianggap sebagai sejenis balasan psikologi dan fisiologi yang biasa dialami oleh seorang mangsa rogol, dan bukan sejenis penyakit psikologi lagi.
- Siklooksigenase, sejenis enzim yang terlibat dalam penghasilan prostaglandins dan tromboksan, terencat tidak berbalik apabila aspirin mengasetil enzim tersebut.
- Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian.
- Pada zaman Carolingian, Charlemagne mencipta sejenis akademi yang digelar sekolah istana, di Aachen, sebuah kota yang terletak di Jerman seperti zaman sekarang.
- Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa.
- Dadah ini berkesan dalam meransang otak untuk merembes serotonin, sejenis rembesan yang menyebabkan rasa keterbukaan, meningkatkan tenaga, eforia, dan rasa sihat.
- Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan, diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang.
- Bagaimanapun, bagi artropod, ia lazimnya terubah suai menjadi terbenam dalam sklerotin, sejenis matriks berprotein samak yang membentuk sebahagian besar rangka luar.
No comments:
Post a Comment