- Bagi beberapa artropod, jantina ditentukan melalui jangkitan.
- Penugasan terkini dapat ditentukan daripada Senarai ccTLD IANA.
- Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang.
- Sesetengah ciri individu ditentukan oleh kesan gabungan beberapa gen.
- Ini membenarkan pentakrifan bukti formal ditentukan tanpa sebarang kesamaran.
- Sebenarnya, nilai dalam EFE ditentukan sebagai melalui kedua-dua penghampiran ini.
- Dasar luar ditentukan oleh Presiden dan dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Rusia.
- Dalam erti kata lain, aliran menerusi x mesti ditentukan pada setiap masa untuk setiap elemen.
- Buat masa ini, fungsi trigonometri hanya ditentukan bagi sudut di antara 0 dan 90 darjah sahaja.
- Kawasan pilihan raya ditentukan oleh Suruhanjaya Sempadan Interim, yang ditubuhkan pada tahun 2010.
- Mereka percaya bahawa masa QiyÄmah telah ditentukan oleh Allah tetapi tidak diketahui oleh manusia.
- Status kesatuan antara Serbia dan Montenegro telah ditentukan oleh satu referendum pada 21 Mei 2006.
- Manakala status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak.
- Kedudukan geografinya juga ditentukan oleh Banjaran Titiwangsa ke utara dan timur Selat Melaka ke barat.
- Jantina bagi sesuatu organisma dapat ditentukan melalui berbagai-bagai faktor genetik atau persekitaran.
- Dalam sesetengah spesies reptilia, termasuknya aligator, jantina ditentukan oleh suhu telurnya yang dieram.
- Ops Matador tidak pernah dilaksanakan, dan dengan demikian tidak dapat ditentukan keberkesanan rancangan itu.
- Magnitud Richter suatu gempa bumi ditentukan daripada logaritma amplitud gelombang yang direkodkan seismograf.
- Untuk menjadi sebuah kumpulan, keempat syarat berikut harus benar bagi G dan operasi yang ditentukan ke atas G:
- Mengikut teori ini, perubahan dalam kadar pertukaran ditentukan oleh perubahan takat harga di kedua-dua negara.
- Menurut baginda, sempadan baru antara Kedah dan Siam harus ditentukan mengikut kriteria sempadan yang sedia ada.
- Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan oleh adanya curah hujan yang tinggi, sekitar 2,000-2,500 mm setahun.
- Sebutan sesuatu perkataan boleh ditentukan sepenuhnya menurut ejaan, kecuali sebilangan kecil istilah geografi seperti Mxxico.
- Secara teori, mana-mana perihal yang tidak ditentukan dalam Jadual Kesembilan boleh digubal undang-undang di peringkat negeri.
- Manakala status Tubir Selatan yang terletak lebih ke selatan akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak.
- Penyebutnya adalah nombor asas sepuluh yang dikuasakan dengan nombor yang ditentukan oleh bilangan digit di kanan titik perpuluhan.
- Pewarisan sesuatu ciri atau rupa ditentukan oleh “unit“ atau “faktor“ yang diwarisi oleh progeni, dan unit ini tidak berubah.
- Dengan cara ini, apabila satu asas ruang vektor V pada F telah dipilih, V mungkin boleh ditentukan dengan koordinat ruang-n-space Fn.
- Nasib Estonia pada Perang Dunia II ditentukan oleh Pakatan Non-agresif Jerman-Soviet dan Protokol Tambahan Rahsia pada bulan Ogos 1939.
- Pengubahsuaian ini dibuat agar operasi ini dapat dilaksanakan dengan segera apabila ditentukan Jepun hampir melancarkan serangan mereka.
- Menurut astrologi, ciri-ciri dan masa depan seseorang ditentukan oleh kedudukan Matahari dan anggota Sistem Suria lain ketika dilahirkan.
- Pangkat jeneral yang tepat boleh ditentukan dengan menggabungkan awalan, umpamanya Mejar Jeneral, atau akhiran, umpamanya Jenderal Besar,.
- Kegiatan lembaga ditentukan oleh kuasa, kewajipan, dan tanggungjawab yang ditugasinya atau diberikannya oleh pihak berkuasa di luar bidang kuasanya.
- Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian.
- Komposisi Nationalrat ditentukan setiap lima tahun dengan pilihan raya umum di mana setiap rakyat lebih 16 tahun (sejak 2007) mempunyai hak mengundi.
- Kaitan antara urutan nukleotida dan urutan asid amino protein ditentukan oleh hukum selular mudah terjemahan, dikenali keseluruhannya sebagai kod genetik.
- Kalkulus vektor mengkaji pelbagai pengoperasi pembezaan yang ditentukan pada medan skalar dan vektor, yang biasanya diungkap dalam istilah pengoperasi del ().
- Peraturan-peraturan khas untuk dipatuhi oleh orang ramai juga akan ditentukan untuk menjaga suasana gawai yang meriah tanpa pergaduhan dan gangguan yang lain.
- Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar.
- Kelangsungan kereta kebal untuk terus beroperasi ditentukan oleh ketebalan perisainya, di samping daya gerak dan kepantasan memusnah musuh oleh persenjataannya.
- Dialah Pelindung kami'…" Bagi Muslim, segala di dunia yang berlaku, baik atau jahat, telah ditentukan dan tiada apa yang boleh berlaku kecuali atas izin Allah.
- Sistem koordinat geografi membenarkan setiap lokasi di dunia ditentukan oleh tiga koordinat dalam sistem koordinat sfera yang dijajarkan dengan paksi putar Bumi.
- Kebanyakan mamalia, termasuknya manusia, boleh ditentukan melalui sistem penentuan jantina XY yang mentakrifkan kromosom seks XY untuk jantan dan XX untuk betina.
- Ia telah ditentukan terlebih dahulu yang, tuan rumah Jerman akan ditempatkan dalam Kumpulan A, oleh itu terjamin venue perlawanan kumpulan mereka dahulu dalam undian.
- Komponen kualiti tandan seperti peratusan perahan minyak dan hasil isirung ditentukan melalui kaedah 'analisis tandan', dengan 3 - 5 tandan dianalisis bagi setiap pokok.
- Ramai ahli falsafah percaya yang matematik tidak boleh ditentukan kebolehpalsuannya melalui eksperimen, jadi ia bukanlah sejenis sains berdasarkan pengertian Karl Popper.
- Nama-nama rasmi unsur kimia ditentukan oleh International Union of Pure and Applied Chemistry, yang biasanya menggunakan nama yang dipilih oleh ahli sains yang menemuinya.
- Kepentingan perbezaan ini boleh ditentukan melalui penggunaan kejuruteraan alometrik yang mana satu atau kedua-dua spesies dimanipulasikan untuk memfenosalin spesies yang lain.
- Struktur kerajaan Korea Selatan ditentukan oleh Perlembagaan Republik Korea yang pernah disemak beberapa kali sejak mula-mula diisytiharkan pada tahun 1948 sebaik sahaja merdeka.
- Hal ini terjadi meskipun sistem ini deterministik, yang bererti perilaku masa depan mereka sepenuhnya ditentukan oleh keadaan awal mereka, tanpa unsur-unsur rawak yang terlibat..
- Tetapan nilai pH ditentukan berdasarkan kepekatan sel galvanik, yang merupakan perbezaan keupayaan elektrod antara elektrod hidrogen dan elektrod piawanan seperti argentum klorida.
- Peraturan gol di tempat lawan juga diaplikasikan di akhir tambahan masa sekiranya tiada gol dijaringkan di akhir perlawanan, maka keputusan akan ditentukan melalui sepakan penalti.
- Pada sebarang masa yang diberi, satu sistem dinamik mempunyai keadaan yang ditentukan oleh satu set nombor nyata yang boleh diwakili oleh satu titik dalam ruang fasa yang bersesuaian.
- Operasi algebra yang asas dalam kalkulus vektor adalah dikenali sebagai algebra vektor, ia ditentukan untuk ruang vektor dan diaplikasikan dengan meluas pada medan vektor, dan terdiri daripada:
- Batas antara Oligosen dan Miosen tidak dapat ditentukan secara mudah dengan suatu peristiwa, melainkan terdapat batas yang ketara antara Oligosen yang lebih panas dengan Miosen yang lebih sejuk.
- Bakteria daripada genus Wolbachia dapat menggantikan jantina mereka; beberapa spesies artropod terdiri daripada jantan pada keseluruhannya, dengan wujudnya betina ditentukan oleh kehadiran Wolbachia.
- Pada 23 Mei 2008, Mahkamah memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara Batuan Tengah milik Malaysia Status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak.
- Jika sebuah objek yang lebih ringan berbanding bola boling itu diletakkan dekat 'lekuk' tersebut, umpamanya bola pingpong, objek itu akan memecut menujui bola boling dengan cara yang ditentukan oleh 'lekuk' itu.
- Keadaan yang v1, v2, …, vn merentangi V menjamin yang setiap vektor v boleh diberi koordinat, sementara ketakbersandaran linear v1, v2, …, vn menjamin yang koordinat-koordinat ini ditentukandengan cara yang unik.
- Kedudukan persatuan itu yang lebih tinggi seperti yang ditentukan oleh kriteria, lebih banyak pasukan mewakili persatuan itu dalam Liga Juara-Juara, dan pusingan kelayakan yang kurang pasukan persatuan itu mesti bersaing.
- Terdapat 20 jenis Asid Amino yang digunakan untuk membentuk rantaian polipeptida (protein) Fungsi, bentuk, saiz dan jenis protein akan ditentukan oleh jenis, bilangan dan taburan asid amino yang terdapat di dalam struktur tersebut.
- Hanya persamaan kebezaan yang teringkas membenarkan penyelesaian yang diberi oleh formula-formula yang tidak tersirat; itupun, sesetengah ciri-ciri penyelesaian persamaan kebezaan tertentu bolehditentukan tanpa mencari bentuk tepatnya.
- Waktu tempatan bagi sebahagian besar tempat di Bumi ini ditentukan daripada garisan longitud tetapi ianya tidak dapat ditentukan di Kutub Selatan kerana tiada garisan longitud wujud di sini dan juga Matahari hanya terbit sekali dalam masa setahun.
- Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Rasulullah Lestari atau tidaknya dakwah ditentukanolehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-
- Berbanding dengan haiwan ciri jantina haiwan tidak semestinya ditentukan oleh kromosom X dan Y tetapi juga dilambangkan dengan kromosom yang berlainan seperti V dan W, mempunyai bilangan kromosom yang lebih besar daripada jantina perempuan bagi haiwan jantan dan lain-lain lagi.
Tuesday, 24 January 2017
Contoh Ayat Perkataan "ditentukan"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "ditentukan" dalam bahasa Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
Contoh Ayat Perkataan "adat"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai adat pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...
No comments:
Post a Comment