Friday, 27 November 2015

Contoh Ayat Perkataan "cendekiawan"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "cendekiawan" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Bahasa Parsi masih difahami oleh ramai golongan cendekiawan di India, Pakistan dan juga Azerbaijan dan Turki.
  2. Skala masa geologi atau skala waktu geologi digunakan oleh ahli geologi dan cendekiawan lain untuk menjelaskan masa dan hubungan antara peristiwa yang terjadi sepanjang sejarah Bumi.
  3. Catatan cendekiawan China seperti ’Ling-wai-Tai-ta’ karangan Cao-Cu-Fei tahun 1178, menyebut ’Teng-ya-nu’ dan buku ’Cu-fan-Cih’ karangan Cao-Ju-Kua tahun 1226 menyebut Teng-ya-nung’.
  4. Ini disebabkan matematik Greek sejak masa itu bukan hanya ditulis oleh orang-orang Greek tetapi juga oleh para cendekiawan bukan Greek di seluruh dunia keyunanian sehingga hujung timur Mediterranean.
  5. Secara keseluruhannya, Zaman Pembaharuan boleh dilihat sebagai satu percubaan oleh para cendekiawan untuk belajar dan memperbaiki sekular dan keduniaan, kedua-duanya melalui pemulihan idea dari antikuiti dan pemikiran.
  6. Kerajaan ini tidak dapat bertahan lama oleh sebab pemerintahan kuku besinya, dan bertindak memusnahkan banyak sumber-sumber yang dianggap berbahaya kepada pemerintahannya, iaitu para cendekiawan dan gologan terpelajar.
  7. Walpole selalu menafikan bahawa beliau adalah "Perdana Menteri" dan pada sepanjang abad ke-18, para ahli parlimen dan cendekiawan undang-undang meneruskan penafian terhadap adanya sebarang jawatan ini dalam Perlembagaan.
  8. Kitab-kitab Jainisme ditulis dalam tempoh yang amat panjang dan kitab yang paling disebut ialah Tattvartha Sutra, atau "Buku Kenyataan" yang ditulis oleh Umasvati , seorang cendekiawan dan rahib pada melebihi 18 abad dahulu.
  9. Perkataan majmuk Daojiao merujuk kepada Taoisme sebagai sebuah agama (iaitu orang yang bersembahyang di tempat pemujaan), manakala Daojia merujuk kepada kegiatan-kegiatan cendekiawan dalam bidang kajian mereka yang berdasarkan "Tao" atau "dao".
  10. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh para cendekiawan bersama dengan semangat bangga orang Minang dengan identiti mereka menjadikan Tanah Minangkabau, iaitu, Sumatra Barat, sebagai sebuah kuasa utama dalam pergerakan kemerdekaan di Indonesia.
  11. Catatan-catatan awal menunjukkan bahawa universiti ini dikembangkan daripada persatuan para cendekiawan di kota Cambridge, barangkali diasaskan pada tahun 1209 oleh guru-guru yang meninggalkan Universiti Oxford selepas satu perbalahan dengan penduduk tempatan di bandar Oxford.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...