Monday, 21 March 2016

Contoh Ayat Perkataan "selaku"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "selaku" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Macdonald selaku Perdana Menteri yang pertama ketika itu.
  2. Namun Sir Oliver Lyttleton selaku Setiausaha Kerajaan British menolak usul itu.
  3. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan.
  4. Majlis Tertinggi UMNO melantik Ghafar selaku ketua perunding untuk menyelesaikan krisis itu.
  5. Di dalam pertempuran ini, Lt Ibrahim Al-Dita selaku ketua platun telah membuktikan keberaniannya.
  6. Jawatan beliau selaku Ketua Pemuda UMNO pada masa itu dipangku oleh Datuk Hishamudin Tun Hussien.
  7. Ketika itu Tun Dr Mahathir bin Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia dilaporkan berada di China.
  8. Usaha pembinaan semula memakan masa 10 tahun di bawah penyeliaan Robert Hooke selaku Juruukur London.
  9. Ketua negara Palestin sekarang ialah Mahmoud Abbas selaku Presiden Palestin ke-2 selepas Yasser Arafat.
  10. Namun apabila John Prentice menjadi pengurus pasukan, beliau menyingkirkan tugas Ferguson selaku jurulatih.
  11. Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri.
  12. Armenia Arsakiah, negeri pertama yang memeluk agama Kristian selaku agama rasmi, mempunnyai wilayah di Anatolia.
  13. Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara persekutuan dipilih di kalangan sembilan raja untuk sepenggal lima tahun.
  14. Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu.
  15. Kini Bandar Sungai Petani adalah kawasan perumahan terbesar di Kedah mengalahi Bandaraya Alor Setar selaku ibu negeri.
  16. Yusof bin Ishak mengangkat sumpah selaku Presiden, manakala Lee Kuan Yew menjadi perdana menteri pertama Republik Singapura.
  17. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat.
  18. Negara raja berperlembagaan ini dinaungi oleh Norodom Sihamoni, iaitu raja yang terpilih selaku ketua negara oleh Majlis Takhta Diraja.
  19. Pada tahun 324, maharaja Rom, Constantinus I memilih Byzantium selaku ibu kota baru Empayar Rom, lalu menukar namanya kepada Rom Baru .
  20. Pertubuhan W3C selaku penyelenggara piawaian HTML dan CSS, menggalakkan penggunaan CSS daripada mana-mana penanda persembahan yang lain.
  21. Prestasi terbaik kelab ini ialah selaku finalis Piala FA pada tahun 1975 dan kedudukan ke-9 dalam Liga Perdana Inggeris pada musim 2003-04.
  22. Perhimpunan pemuda UMNO di Stadium TPCA ini mendesak Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan.
  23. Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UMNO ke-41.
  24. Ekoran Gencatan Senjata Mudros pada 30 Oktober 1918, Pihak Berikat selaku pemenang memecahkan negara Uthmaniyyah melalui Perjanjian Sxvres 1920.
  25. Raja Joxo VI kembali ke Eropah pada 26 April 1821, meninggalkan putera sulungnya, Putera Pedro de Alcxntara selaku pemangku yang memerintah Brazil.
  26. Walaupun beratus-ratus bahasa yang dituturkan di Indonesia, namun bahasa Indonesia selaku bahasa rasmi republik ini merupakan bahasa perantaraannya.
  27. Akhirnya, kerakusan kuasa kerabat diraja membawa padah kepada Tsar Nikolai II selaku Maharaja terakhir yang digulingkan di penghujung Perang Dunia Pertama.
  28. Pada tahun 1968 Ghafar dilantik Senator dan secara paksa dilantik ke dalam Kabinet selaku Menteri Tanpa Portfolio oleh Tunku, ketika dalam lawatan ke Rusia.
  29. Kanada ialah sebuah negara persekutuan yang ditadbir sebagai demokrasi berparlimen dan negara raja berperlembagaan dengan Ratu Elizabeth II selaku ketua negara.
  30. Sungguhpun selaku jeneral berpengalaman dan komander untuk dua Panji-panji pada masa kenaikannya, pemerintahan Hung Taiji tidak bermula dengan baik dari segi ketenteraan.
  31. Pihak kerajaan bertegas bahawa Singapura selaku negara berdaulat berhak untuk menentukan sistem kehakiman sendiri dan mengenakan hukuman yang setimpal seperti yang dirasainya.
  32. Sembilan negeri Melayu diketuai oleh seorang Raja turun-temurun selaku ketua negeri diiringi seorang Menteri Besar eksekutif sebagai ketua kerajaan yang bertanggungjawab politik.
  33. Pemilihan Ronald Reagan selaku presiden pada tahun 1980 mengarak perubahan haluan politik AS ke arah kanan, yang dicerminkan dalam perubahan besar dalam keutamaan percukaian dan perbelanjaan.
  34. Murad Ibrahim selaku pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro yang juga merupakan kumpulan pemisah terbesar di Filipina telah menyatakan bahawa MILF tidak terlibat langsung dengan konflik ini.
  35. Secara rasmi mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, selaku Ketua Negara, dan biasanya pemimpin sesebuah parti politik atau parti komponen terkuat dalam Parlimen akan dipilih dan dilantik.
  36. Jurnal Asian Wall Street yang menerbitkan makalah-makalah itu diharamkan dengan segera, dan Dr Mahathir selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membatalkan permit-permit kerja Berthelsen dan Pura.
  37. 1880-an Ngah Ibrahim selaku Menteri Larut terpaksa setuju menerima Kapten Speedy mengawasi kongsi gelap Ghee Hin di Larut kerana pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh Ngah Ibrahim tidak berkesan.
  38. Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan.
  39. Konflik demi konflik terus meyelubungi penggalnya selaku presiden, yang disifatkan oleh pergolakan buruh tanpa henti, perbalahan peribadi dengan media, dan ketegangan diplomatik dengan Amerika Syarikat dan Jepun.
  40. Perancis selaku ahli kumpulan negara-negara berindustri peneraju G8 merupakan ekonomi keenam terbesar di dunia pada tahun 2005, mengekori Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Republik Rakyat China dan United Kingdom.
  41. Jawatan Perdana Menteri selaku ketua kerajaan UK, terletak di tangan seorang Ahli Parlimen yang mampu meraih kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat, iaitu selalunya pemimpin semasa parti politik terbesar dalam dewan itu.
  42. Antara insiden terawalnya adalah kehilangan pangkatnya sebagai Tunku Mahkota pada tahun 1961 atas sebab perilaku setelah laporan sulit yang mendakwanya mengurung seorang polis diutuskan kepada ayahandanya selaku sultan.
  43. Walaupun mereka berada di kedudukan kelima dalam Liga Perdana Inggeris 2004-05 , Liverpool telah diberi pengecualian khas oleh UEFA selaku penyandang juara, di mana mereka telah diletakkan di pusingan kelayakan pertama.
  44. Walaupun Muar tidak berstatus sebagai bandar besar, pembinaannya di Muar telah menggambarkan kepentingan Muar dari segi ekonomi dan membolehkannya untuk merampas kembali kedudukannyaselaku bandar kedua terbesar di negeri Johor.
  45. Kiraitu Murungi selaku Menteri Tenaga ,pada mulanya berkata bahawa KPC akan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi kemudian KPC menyatakan bahawa mereka tidak akan berbuat demikian kerana insiden itu di luar tanggungjawab mereka.
  46. Tunku mengarahkan Ghafar selaku Setiausaha UMNO Melaka mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar pada 18 April 1954, di Dewan Perhimpunan Cina / Chinese Assembly Hall dan turut dihadiri Datuk Sir Tan Cheng Lock, Presiden dan wakil MCA.
  47. Bermula dari tarikh itu hingga kini pentadbiran Kuala Lumpur dipindahkan dari Negeri Selangor dan diletakkan terus di bawah Kerajaan Pusat serta diurus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selakuPBT tunggal yang mentadbir bandaraya itu.
  48. Baginda selaku ketua negeri telah memainkan peranan yang penting dalam penentuan kerajaan negeri dengan memutuskan untuk penukaran kerajaan tanpa pembubaran Dewan Undangan Negeri meskipun telah dipohon oleh Menteri Besar Perak sendiri.
  49. Perjanjian ini terdiri daripada lapan artikel, yang pertamanya bertulis: "Duli Yang Maha Mulia selaku Maharaja Korea melaksanakan penyerahan segala hak dan kedaulatan ke atas seluruh Korea kepada Duli Yang Maha Mulia Maharaja Jepun secara menyeluruh dan selamanya."
  50. Guru-guru Melayu melalui Kesatuan Persatuan Guru-Guru Melayu membuat tuntutan kepada Mohamed Khir Johari selaku Menteri Pelajaran, supaya sekolah menengah aliran Melayu diwujudkan pada 1 Februari 1958, seperti yang dijanjikan pada Perhimpunan Agung UMNO 30 Januari 1957.
  51. Demi mengelakkan berulangnya pembolotan kuasa maharaja oleh Dorgon selaku pemangku, Maharaja Shunzhi yang ketika di ambang kemangkatan dengan terdesaknya melantik empat orang menteri jemaah kanan untuk mentadbir negara bagi pihak anakandanya yang masih belum cukup usia itu.
  52. Ekoran bidaan yang diketuai oleh bekas jaguh Olimpik, Sebastian Coe dan Datuk Bandar London ketika itu, Ken Livingstone, London terpilih selaku tuan rumah pada 6 Julai 2005 di Sesi IOC ke-117 di Singapura, mengatasi bidaan dari Moscow, Bandar Raya New York, Madrid dan Paris.
  53. Pada 27 Jun 2008, Bill Gates bersara dari kegiatan seharian syarikatnya, selepas tempoh peralihan dua tahun dari peranannya selaku Ketua Ariktek Perisian yang diambil alih oleh Ray Ozzie, tetapi kekal sebagai pengerusi syarikat, ketua Lembaga Pengarah serta berperanan sebagai penasihat projek-projek utama.
  54. Penyertaan kerabat diraja dan wizurai dalam pentadbiran kerajaan adalah terhad, namun; secara amali, penggunaan kuasa eksekutif mereka diarah oleh Jemaah Menteri yang terdiri daripada menteri-menteri Mahkota yang bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat dan diketuai oleh Perdana Menteri Kanada selaku ketua kerajaan.
  55. Penulis Zabidin lsmail selaku Presiden Persatuan Karyawan Perak menyatakan bahawa 'Siri Bercakap Dengan Jin' merupakan siri cerita kreatif Melayu yang terbanyak dan paling lama bersiaran dalam sebuah majalah di Malaysia. 221 siri telah dibukukan dengan pelbagai tajuk dan paparan corak kulit yang menarik lagi menyeramkan,termuat dalam 16 buah buku.Sebuah buku SBDJ mengandungi kira-kira 24 siri.
  56. Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Acara Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 bersama isteri masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...