Contoh Ayat menggunakan Perkataan "kalangan" dalam bahasa Melayu
- Masalah ini timbul terutamanya di kalangan orang tua.
- Exco ini adalah dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
- Calon terbaik ialah kalangan awam, bukan dari kalangan tentera.
- Ini menimbulkan perasaan terkejut di kalangan peminat Liverpool.
- Unit paling terkenal di dunia di kalangan unit-unit Pasukan Khas.
- Manakala jin al-Hinnu adalah kalangan bangsa jin yang lemah.Rujukan
- Haadyai terkenal di kalangan pelancong Malaysia sejak 1960-an lagi.
- Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah.
- Kesemua mereka melantik Yang di-Pertuan Agong di kalangan mereka sendiri.
- Pegangan seperti animisme turut masih diamalkan dalam kalangan Orang Asli.
- Nama Siam masih digunakan di kalangan orang Thai terutama sekali minoriti Cina.
- Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan.
- Dalam kalangan masyarakat Cina beliau dipanggil Bai Mao yang bermakna "rambut putih".
- Ini memberi Raja Mahdi satu kedudukan yang tinggi di kalangan orang Melayu di Kelang.
- Tiada kesepakatan di kalangan ahli matematik mengenai cabang-cabang matematik gunaan.
- Artha adalah lebih baik daripada kama kerana ianya hanya wujud dalam kalangan manusia.
- Tindakannya mencetuskan kemarahan dalam kalangan penduduk Arab di dalam dan luar Mesir.
- Presiden Berisha berhenti, dan penggantinya ialah dari kalangan Sosialis Rexhep Meidani.
- Belize menjadi sebuah negara merdeka di kalangan Negara-negara Komanwel pada tahun 1981.
- Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis.
- Pemilihan raja dibuat dari kalangan keluarga diraja dan dipersetujui oleh golongan ulama.
- Dalam kes orang Afrika dan KNIL, hampir semua anggota direkrut daripada kalangan bekas hamba.
- Persidangan Berlin pada tahun 1884 membahagi-bahagikan Afrika di kalangan kuasa-kuasa Eropah.
- Seterusnya sukan seperti hoki dan ragbi juga mendapat tempat di kalangan para atlit di Malaysia.
- Ini memang benar di kalangan masyarakat-masyarakat yang mempunyai adat-adat kelamin yang pantang.
- Oleh sebab itu Islam telah menyenaraikan mereka di kalangan lapan asnaf yang layak menerima zakat.
- Kemudahan yang disediakan adalah antara yang terbaik di kalangan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris.
- Bagaimanapun kemurungan merupakan fenomena yang paling biasa di kalangan mereka yang membunuh diri.
- Bandar ini dinamakan selepas adanya telaga air di kalangan puak Maasai bermaksud "tempat air sejuk".
- Haji menunjukkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan Muslim serta penyerahan jiwa kepada Allah.
- Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah.
- Di kalangan orang Arab, angka ini juga dikenali sebagai angka Hindu ", kerana asal usulnya dari India.
- Rasionalnya ialah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
- Namun demikian, masih ramai di kalangan orang Melayu beragama Islam yang mengunjungi premis nombor ekor.
- Hampir tiada kesedaran di kalangan mereka akan maksud lain perkataan state sebagai merujuk kepada negara.
- Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik.
- Ia merupakan organ PBB yang berfungsi untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan di kalangan negara-negara.
- Sami Tuomas Hyypix lebih dikenali sebagai Sami Hyypix di kalangan peminat dan penyokong pasukan Liverpool F.C.
- Di kalangan famili tumbuhan, Arecaceae merupakan famili yang paling mudah dikenal pasti oleh kebanyakan orang.
- Di kalangan pelbagai majlis tradisional Vietnam, perkahwinan tradisional Vietnam adalah antara yang terpenting.
- Slovenia mempunyai kadar pendapatan yang tinggi di kalangan negara-negara yang baru menganggotai Kesatuan Eropah.
- Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara persekutuan dipilih di kalangan sembilan raja untuk sepenggal lima tahun.
- Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang merupakan kuasa kecil ataupun tengah.
- Khaosan Road, yang dekat dengan kompleks Istana Agung adalah destinasi popular di kalangan pelancong-pelancong muda.
- Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung.
- Namun begitu, timbulnya keraguan di kalangan warga Nepal mengenai siapa yang bertanggungjawab atas pembunuhan tersebut.
- Kesemua ini harus diterima dengan berhati-hati kerana terdapat kelainan yang amat besar di kalangan lelaki dan perempuan.
- Kyūshū ialah pulau ketiga terbesar di Jepun, dan terletak paling barat daya di kalangan empat pulau utama negara tersebut.
- Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu.
- Di kalangan ini, kitrid kini diketahui mempunyai hubungan dengan kulat yang lain dan biasanya dikelaskan dengan kulat-kulat itu.
- Kejohanan ini dipertandingkan di kalangan 32 kelab daripada 10 liga Asia teratas, dua daripadanya mesti layak menerusi playoffs.
- Dalam kalangan negeri tersebut, Goguryeo, Baekje dan Silla berkembang sehingga menguasai semenanjung sebagai Tiga Kerajaan Korea.
- Senarai ini sangat terkenal di kalangan ahli matematik, dan sekurang-kurangnya enam daripada masalah tersebut telah diselesaikan.
- Pasukan yang paling atas di kalangan pasukan-pasukan yang tidak layak untuk Piala UEFA dibenarkan menyertai Piala Intertoto UEFA.
- Setelah jatuhnya Angkor ke tangan Ayutthaya pada abad ke-15, Kemboja diperintah sebagai negeri lindungan di kalangan jiran-jirannya.
- Songkhla juga dikenali sebagai "Singgora" ataupun “Kota Singa†khususnya di kalangan negara-negara barat sebelum Perang Dunia II.
- Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah oleh penjajah Inggeris.
- Abad ke-5 dan ke-4 SM merupakan zaman kegemilangan falsafah di kalangan peradaban-peradaban yang maju, khususnya di masyarakat Yunani.
- Nasi pulut inin adalah dianggap hidangan istimewa kerana kelekitannya melambangkan perpaduan di kalangan komuniti itu yang menjamahnya.
- Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".
- Samad Ahmad, nama ditukar kepada kepada Kesatuan Melayu Muda, mencontohi 'Turki Muda' yang terkenal di kalangan orang Melayu ketika itu.
- Selain itu, Batu Pahat juga terkenal dari kalangan warga Singapura dan mereka menggelarnya sebagai 'Syurga Membeli-Belah di Johor Utara'.
- Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam.
- Verth dalam bukunya Borneos Wester Afdeling, yang isinya sedikit berbeda dari versi cerita yang beredar di kalangan masyarakat ketika ini.
- Bagi tokoh selain mereka, terdapat percanggahan pendapat di kalangan para sarjana, dan kadangkala identifikasi dibuat hanya dengan tekaan.
- Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim.
- Kenaikan harga saham yang menyusul telah melahirkan empat orang bilionwan dan lebih kurang 12,000 jutawan di kalangan kakitangan Microsoft.
- Shankly memperkenalkan permainan bola sepak 5 sebelah yang mencerminkan falsafah hantar dan gerak beliau di kalangan pemain-pemain Liverpool.
- Tambahan pula, India mengalami kadar malpemakanan yang tertinggi di kalangan kanak-kanak bawah umur tiga tahun (46% pada tahun 2007) di dunia.
- Bagaimanapun di kalangan penganalisa ketenteraan adalah, kecuali dari konteks jenayah bio, senjata biologi tidak berguna bagi kegunaan tentera.
- Vietnam mengalami peratusan kegunaan tanah tertinggi untuk tanaman kekal, iaitu 6.93%, di kalangan negara-negara rantau Subkawasan Mekong Raya.
- Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka.
- Dalam kalangan orang Minangkabau terdapat seorang putera dari Siak iaitu Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud II.
- Kardiovaskular tidal sempurna merupakan kerisauan utama kerana ia merupakan punca utama kematian di kalangan orang dewasa dengan sindrom Turner.
- Tun Razak berkata (terjemahan): "Di kalangan anak-anak muda yang berpotensi, saya telah berniat untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet.
- Di kalangan orang asli yang dikenali sebagai Bangsa-Bangsa Pertama, terdapat lapan cerita unik mengenai penciptaan bumi dan adaptasi-adaptasinya.
- Sheikh Sayyid Saabiq, seorang Ulama Al-Azhar, didalam buku Fiqh Al-Sunnah, mengatakan bahawa sah imam kalangan kanak-kanak (sibyan) yang mumayiz.
- Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad.
- Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai kanser serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia.
- Bahasa Tamil mempunyai sastera yang tertua di kalangan bahasa Dravidia, tetapi adalah sukar untuk mengukur usia bahasa dan sasteranya secara tepat.
- Ia berada di kedudukan nombor satu dari segi kualiti hidup di kalangan bandar-bandar besar Eropah pada tahun 2012 berikut laporan oleh majalah fDi.
- Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain.
- Agama-agama lain yang diamalkan di Alor Setar ialah agama Hindu, Buddha, Konfusianisme dan Taoisme (terutamanya di kalangan kaum Cina) dan Kristian.
- Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan.
- Pada mulanya perjanjian ANZUS telah disepakati di kalangan kerajaan New Sealand, Australia dan Amerika Syarikat, namun kini ini bukan lagi kes tersebut.
- Sistem mahkamah syariah sama paras dengan sistem mahkamah biasa dan menjalani pembaharuan yang menyaksikan pelantikan hakim-hakim dalam kalangan wanita.
- Ramai masih akan pulang ke rumah - terutamanya semasa perayaan utama seperti [Pesta Menuai]] / atau perayaan Bungan kerana ia dikenali di kalangan Punan.
- Sungguhpun mengalami sentimen anti-Jerman selepas Perang Dunia II, namun bahasa Jerman masih dituturkan secara meluas di kalangan ahli-ahli komuniti sains.
- Oleh kerana Perjanjian ini dibuat tanpa pengetahuan Sultan Negeri- Negeri Melayu Utara, sudah tentulah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.
- Laksamana Sathiraphan Keyanont yang merupakan Panglima Tentera Laut Thailand dan ahli CDR mengesahkan calon terbaik semestinya bukan kalangan tentera semasa.
- Sultan Johor yang dilantik haruslah dari kalangan berbangsa Melayu dan berdarah raja iaitu berasal dari keturunan pemerintah Johor kini serta beragama Islam.
- Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas dan Sup Manuk Lihing.
- Depot senjata di seluruh negeri dibongkar dan isinya dirampas sehingga pada tahun tahun itu banyak teredar senjata api tentera di kalangan warga awam Albania.
- Penggunaan bahasa Indonesia berleluasa di kalangan masyarakat Minang, tetapi mereka masih boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka, iaitu, bahasa Minangkabau.
- Campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang.
- Brunei merupakan negara kedua tertinggi bagi Indeks Pembangunan Manusia dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dan dikelaskan sebagai negara maju.
- Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai.
- Kadar kematian tertinggi di kalangan harimau jantan berlaku di kalangan harimau jantan muda yang baru meninggalkan kawasan induknya untuk mencari wilayah sendiri.
- Hantu kum-kum juga kembali popular ketika kumpulan al-Arqam mula aktif di Malaysia yang menyaksikan pemakaian purdah yang di kalangan wanita pengikut kumpulan itu.
- Dengan tergubalnya Undang-undang Tubuh Kerajaan tersebut, raja yang dilantik haruslah dari kalangan zuriat Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim.
No comments:
Post a Comment