Thursday, 19 January 2017

Contoh Ayat Perkataan "menyambut"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "menyambut" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Masing-masing menyambut perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina.
  2. Pada November 21 1552, Francis Xavier pengsan setelah menyambut Misa.
  3. Pemberian hadiah merupakan amalan biasa untuk menyambut kelahiran bayi.
  4. Ini melegakan rakyat Malaysia yang menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.
  5. Baginda juga merupakan sultan keempat yang menyambut pemerintahan yang ke-25 tahun.
  6. Tahun 2008 Kota Palembang menyambut kunjungan wisata dengan nama "Visit Musi 2008".
  7. Pada 31 Ogos 2007, Malaysia telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-50.
  8. Bagi menyambut perayaan, para penganut berkumpul di gurdwara atau tempat ibadah Sikh.
  9. Pada 22 Jun 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50.
  10. DBP menyambut ulangtahun Jubli Emas 50 Tahun DBP dan perasmian Menara DBP pada 22 Jun 2006.
  11. Patung Liberty menyambut kedatangan jutaan penghijrah yang tiba di Amerika pada abad ke-19 dan ke-20.
  12. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
  13. Pada tahun 2007, RRC membatalkan sesi berdialog dengan Jerman gara-gara tindakan Angela Merkel menyambut Dalai Lama.
  14. Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.
  15. Setelah wilayah Malaysia ditakluki semula oleh Pihak Berikat, masyarakat tempatan semakin menyambut baik perjuangan demi kemerdekaan.
  16. Dua tahun kemudian, Jepun menarik diri daripada Liga Bangsa-Bangsa setelah menyambut kecaman antarabangsa mengenai pendudukan Manchuria.
  17. Persediaan untuk menyambut Gawai Dayak bermula bila tibanya bulan Mei dengan penapaian "tuak" iaitu sejenis minuman tradisi komuniti Dayak.
  18. Selepas semua persediaan ini siap, orang ramai mulalah mandi, berpakaian kemas dan bersedia untuk acara malam menyambut gawai pada 31hb Mei.
  19. Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UMNO ke-41.
  20. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika majlis perkahwinan semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.
  21. Pada 14 Mei 1990, Kuala Lumpur menyambut 100 tahun kerajaan tempatannya dengan memperkenalkan lagu dan bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  22. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru.
  23. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya.
  24. BBC dikehendaki oleh piagamnya untuk memastikan dirinya bebas dari pengaruh politik dan komersial serta hanya menyambut kehendak penonton dan pendengarnya.
  25. Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat.
  26. Apabila setiap satu bagi lima nama jenis maskot bersama digabungkan, keputusannya menjadi satu perkataan iaitu 北京欢迎你 yang bermaksud "Beijing menyambut anda".
  27. Pada pertengahan abad ke-18, Bombay mulai berkembang menjadi sebuah bandar perdagangan utama, serta menyambut kedatangan penghijrah secara besar-besaran dari seluruh India.
  28. Pada tahun 1972, di kemuncak perpecahan China-Soviet, Mao dan Zhou Enlai menyambut kunjungan Presiden Richard Nixon di Beijing untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat.
  29. Semenanjung Melayu menyambut pedagang dan penghuni dari India dan China seawal-awal abad pertama Masihi, di mana mereka membuka pelabuhan dan bandar di kawasan itu pada abad ke-2 dan ke-3 M.
  30. Ramai orang Cina seberang laut juga menyambut ulang tahun ini, sama ada sebagai "Hari Sepuluh Ganda" atau "Ulang Tahun Revolusi Xinhai", dan acara-acara sedemikian biasanya diadakan di Chinatown seluruh dunia.
  31. Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga.
  32. Kawasan sekitar bandaraya sentiasa dihias indah untuk menyambut Krismas, termasuk menggantung sepanduk, panji-panji dan lampu berwarna-warni pada dinding bangunan, tiang-tiang lampu, dan pokok-pokok di sekeliling bangunan.
  33. Sebagai pengasas Kesatuan Melayu Muda, dia menyambut baik dan bekerjasama dengan pihak Jepun kerana dia percaya Jepun akan memberikan kemerdekaan pada Malaya dan secara aktif membantu Jepun melalui aktiviti gerakan kelima.
  34. Negara-negara yang hangat menyambut Krismas meskipun bilangan penduduk Kristian yang kecil seperti Jepun, telah menerima kebanyakan aspek-aspek sekular dalam sambutan Krismas seperti bertukar hadiah, hiasan lampu dan pokok Krismas.
  35. Semasa menyambut ulang tahun ke-28 sebagai ketua menteri Sarawak pada 26 Mac 2009 di Dewan Suarah Bintulu, Taib membayangkan Sarawak sebagai sebuah negeri yang paling kaya di Malaysia menjelang tahun 2030 ketika menyampaikan ucapan beliau.
  36. Walaupun kebanyakan negara menyambut Krismas pada 25 Disember setiap tahun, namun sesetengah gereja di Rusia, Georgia, Mesir, Armenia, Ukraine dan Serbia menyambutnya pada 7 Januari kerana mengikut kalendar Julius yang tarikh 25 Disembernya jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregory.
  37. Seperti mana kita menyambut kelahiran jasmani kita, Deepavali ialah sambutan Cahaya Dalaman, khususnya kesedaran akan cahaya ini yang mengatasi segala kegelapan, menyedarkan individu akan sifat sejati dirinya, bukan dalam bentuk jasmani, sebaliknya dalm kenyataan yang abadi, tidak terhingga dan unggul.
  38. Acara-acara tradisi termasuklah meminum air panjang umur, perarakan menyambut Tuhan, pertandingan ratu cantik seperti pekit Kumang dan Keling bagi kaum Iban, pendirian pokok "ranyai", bermain muzik tradisi, menari tarian asal seperti ngajat dan datun jalut, persembahan seni mempertahankan diri dan menyanyikan puisi rakyat.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...