Contoh Ayat menggunakan Perkataan "bumi" dalam bahasa Melayu
- Gempa bumi tersebut berkekuatan 5.9 pada skala Richter.
- Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
- Kajian mengenai sains bumi boleh dibahagikan kepada 4 bahagian:
- Gempa bumi cukup lazim berlaku, kadang-kadang disertai tsunami.
- Disebabkan muka bumi yang berbeza, dialek Jermannya juga berbeza.
- Minyak bumi terdiri dari hidrokarbon, paduan hidrogen dan karbon.
- Ini bermakna bahawa Indonesia sering mengalami gempa bumi dan tsunami.
- Tentera Nasional Indonesia dikerah bagi membantu mangsa gempa bumi itu.
- Mereka menjadi sebahagian penghuni di bumi bersama-sama dengan manusia.
- Kawasan geografi Republik Czech merangkumi muka bumi yang berbeza-beza.
- Berlian melambangkan kekayaan hasil bumi yang dinikmati rakyat Malaysia.
- Erti daripada sengkala ini adalah “sirna hilanglah kemakmuran bumi â€.
- Rata-rata satu gempa bumi yang berukuran seperti itu terjadi setiap tahun.
- Gempa bumi itu dirasakan hingga ke Johor Bahru, Lembah Kelang dan di Kedah.
- Senyawaan dari minyak bumi ini semuanya dalam bentuk cair dalam suhu ruangan.
- Walaupun hipopusat gempa bumi berada di laut, ia tidak mengakibatkan tsunami.
- Walau bagaimanapun, teater tradisional ini telah lama lenyap dari bumi Perak.
- Peralihan benua dan pergerakan kerak bumi memperluaskan lagi kawasan daratan.
- Bengkulu terletak di Sesar Sunda yang cenderung mengalami gempa bumi dan tsunami.
- Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi.
- Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut.
- Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik.
- Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.
- Gempa bumi Bengkulu 2007 mula terjadi pada hari Rabu, 12 September 2007 jam 6.10 malam.
- Ini ada kaitannya dengan keadaan muka bumi sekitar kawasan sungai Segamat pada masa itu.
- Bandar Nairobi bersebelahan dengan sisi timur Lembah Rift, gempa bumi dan gegaran kecil.
- Capahan sempadan kepingan bumi menghasilkan dasar laut baru dan kepulauan gunung berapi.
- Walaupun dipertikaikan, sains bumi bolehlah dianggap sebagai satu cawangan sains planet.
- Sebelum Zaman Kambria, lautan di bumi dipenuhi dengan organisma sel tunggal seperti alga.
- Arah angin ini akan berubah menjadi Angin Monsun Barat Daya kerana bentuk bumi yang sfera.
- Beliau dikritik kerana keputusannya untuk berperang dengan orang Arab di bumi Arab sendiri.
- Pada bulan September 2007 pula, satu siri gempa bumi melanda Bengkulu dan membunuh 13 orang.
- Gempa bumi tersebut juga dapat dirasakan di Solo, Semarang, Purworejo, Kebumen, dan Banyumas.
- Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair.
- Gempa bumi besar seperti yang terjadi di Alaska tahun 1964, mempunyai magnitud 8.0 atau lebih.
- Masa geologi bumi disusun menjadi beberapa unit menurut peristiwa yang terjadi pada tiap tempoh.
- Tidak seperti Jepun jiran atau utara China, Korea Utara mengalami beberapa gempa bumi yang teruk.
- Bukti-bukti dari peninggalan radiometri menunjukkan bahawa bumi berumur sekitar 4,570 juta tahun.
- Kawasan timur negara ini, Moravia, mempunyai muka bumi berhilir-hilir dan di lintasi Sungai Morava.
- Gempa bumi susulan terjadi beberapa kali, umpamanya pada pukul 06:10 WIB, 08:15 WIB, dan 11:22 WIB.
- Lokasi dan kedudukan pusat penyiaran tersebut dipilih mengikut konsep putaran bumi mengelilingi suria.
- Selepas dimusnahkan dalam Gempa bumi San Francisco 1906, San Francisco telah dibina semula dengan cepat.
- Keadaaan rupa bumi daerah ini adalah berbukit- bukit di kawasan timur, sebahagian kawasan utara dan barat.
- Pada bulan Jun 2000, sebuah gempa bumi mengakibatkan kerosakan serta kematian sekurang-kurangnya 100 orang.
- Magnitud Richter suatu gempa bumi ditentukan daripada logaritma amplitud gelombang yang direkodkan seismograf.
- Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi.
- Bagaimanapun, Candi Borobudur yang terletak tidak jauh dari tempat gempa bumi tidak mengalami banyak kerosakan.
- Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas.
- Masa Archaeozoic merupakan masa awal pembentukan batuan kerak bumi yang kemudian berkembang menjadi protokontinen.
- Kekuatan gempa bumi ditetapkan dengan penggunaan logaritma gandaan gelombang yang dirakamkan oleh mesin seismograf.
- Kedua-dua kawasan berbentuk muka bumi yang hampir sama, iaitu pinggir laut yang landai, hutan tebal dan bukit bukau.
- Afrika adalah daratan terbesar daripada tiga daratan jika dilihat dari arah selatan di bahagian muka bumi di angkasa.
- Sains bumi menggunakan fizik, matematik, kimia, dan biologi untuk mendirikan satu kefahaman kuantitatif mengenai bumi.
- Tsunami, yang disebabkan oleh gempa bumi di dasar laut, telah menghancurkan banyak pulau dan menghapuskan seluruh kota.
- Daerah tersebut dilanda oleh bencana gempa bumi pada 27 Mei 2006 yang mengakibatkan 1.2 juta orang tidak mempunyai rumah.
- Mengapakah kita harus belajar tentang tumbuh-tumbuhan? Tumbuh-tumbuhan merupakan sebahagian asas kehidupan dalam bumi ini.
- Pengawasan seismos bermula pada tahun 1924, dan letupan 1930 didapati telah dimulai oleh satu gempa bumi yang sangat kuat.
- Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata.
- Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.
- Sesetengah nimfa juga memburu di darat, satu kebolehan yang agak biasa pada zaman dahulu ketika pemangsa di bumi masih lembab.
- Tinjauan Kajibumi Amerika Syarikat (USGS) menganggarkan gempa bumi berpusat di 9.295x S 107.347x E, 48.6 km di bawah dasar laut.
- Setiap disiplin sains bumi mempunyai sudut pandangan "paradigm" penting yang membentuk asas kepada bidang pengajian yang khusus.
- Semasa pertengahan Zaman Trias, bentuk muka bumi moden beransur-ansur kelihatan jelas menunjukkan perpecahan superbenua Pangaea.
- Bahagian barat Ossetia Selatan terjejas teruk akibat gempa bumi Racha-Java 1991, membunuh 200 dan 300 buah keluarga hilang rumah.
- Kawasan ini dikelaskan sebagai kawasan Zon III Seismik, yang bererti jangkaan gempa bumi sehingga magnitud 6.5 pada skala Richter.
- Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua.
- Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh menjadi petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.
- Keluasan dan kepelbagaian geografi, ekologi, vegetasi dan bentuk bumi Kanada turut menimbulkan kepelbagaian iklim di seluruh negara.
- Jarak ke pusat bumi boleh dipergunakan untuk kedudukan-kedudukan yang amat dalam mahupun untuk kedudukan-kedudukan di ruang angkasa.
- Kawasan itu musnah dalam kebakaran besar pada tahun 1913, dan kemudiannya hampir disapu bersih oleh satu gempa bumi pada tahun 1923.
- Suatu ketika dahulu, ahli pelayaran menyangka bumi berbentuk sekeping papan dan sesiapa pelayar yang pergi ke hujung dunia akan jatuh.
- Ini bermakna tekanan atmosfera berbeza mengikut lokasi dan masa kerana jumlah udara di permukaan bumi berbeza mengikut tempat dan masa.
- Gempa bumi pertama terjadi dengan kekuatan 8.4 skala Richter di 155 km barat daya Bengkulu, selatan Sumatera dan 718 km dari Johor Bahru.
- Pengurusan dan siaran beritanya beredar dari Kuala Lumpur ke Doha, London dan Washington DC mengikut konsep putaran bumi mengelilingi suria.
- Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud.
- Gempa bumi Bengkulu 2007 pada skala 8.4 skala Richter ternyata memberi kesan gegaran kepada bangunan tinggi di Kuala Lumpur seperti TH Selborn.
- Oleh itu, suatu vektor yang dilukis dari pusat bumi ke titik 39.3x di utara khatulistiwa dan 76.6x di barat Greenwich akan merentasi Baltimore.
- Perindustrian umumnya bertumpu pada sektor Minyak bumi dan Petrokimia terutamanya selepas penemuan sumber sumber minyak pada tarikh 3 Mac 1938.
- Dalam salah sepucuk surat kepada keluarganya, Darwin telah mengatakan bahawa beliau melihat bentuk muka bumi "seolah-olah mempunyai mata Lyell".
- Keadaan muka bumi di Jelebu kebanyakannya berbukit bukau terutama dikawasan sebelah utara yang merupakan unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa.
- Di kalangan orang asli yang dikenali sebagai Bangsa-Bangsa Pertama, terdapat lapan cerita unik mengenai penciptaan bumi dan adaptasi-adaptasinya.
- Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan.
- Bagaimanapun, oleh sebab perbezaan dalam latitud dan kepelbagaian muka bumi topografi yang ketara, maka iklim banyak berbeza dari tempat ke setempat.
- Anthropologi biologi mencipta teori tentang bagaimana bumi diduduki manusia, termasuk juga cubaan menjelaskan variasi manusia berciri geografi dan ras.
- Komponen kimia dari minyak bumi dipisahkan oleh proses penyulingan, yang kemudian, setelah diolah lagi, menjadi minyak tanah, bensin, lilin, aspal, dll.
- Walaupun sering tidak mudah dilihat, kulat bertumbuh di setiap persekitaran di bumi dan memainkan peranan yang amat penting di dalam kebanyakan ekosistem.
- Muka bumi berbeza dari dataran subtropika di selatan sehingga banjaran Himalaya di utara, dengan beberapa puncak melampaui tujuh ribu meter (23,000 kaki).
- Istilah-istilah lain yang digunakan, berasaskan jarak sesuatu titik dari permukaan bumi atau datum yang lain, termasuk altitud, ketinggian, dan kedalaman.
- Pagi ini satu gempa bumi berukuran 7.8 Richter telah menggemparkan penduduk di rantau Asia Tenggara apabila amaran tsunami dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
- Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di latitud 2.7 selatan dan longtitud 100.7 timur, 575km barat daya Johor Bahru.
- Umbi pokok adalah pada lazimnya terbenam dalam bumi dengan itu membentuk pasak untuk biomass di permukaan tanah dan menyerap air dan garam-galian dari tanah.
- Matahari, bulan dan badan lain menarik bonjolan ini, dan ini menjadikan paksi bumi kelihatan beroleng dengan amat perlahan, seperti gasing yang hendak jatuh.
- Jambatan I-35W asal runtuh dari tebing kiri hingga ke tebing kanan sungai menyembah bumi pada jam 6.05 petang waktu tempatan 1 Ogos 2007, ketika waktu sesak.
- Tetapi kerana putaran bumi mengelilingi matahari hanya berlangsung selama 365.2422 hari, maka setiap satu millenium, Kalendar Julian akan berlebih 7 - 8 hari.
- Dalam pertembungan itu, litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.
- Jirim ialah sebarang benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.Semua bahan sama ada pepejal, cecair ataupun gas yang terdapat di bumi ini merupakan jirim.
- Astrobiologi merupakan kajian asal-usul, evolusi, pengagihan dan masa hadapan kehidupan dalam alam semesta, iaitu kehidupan di luar bumi dan kehidupan di Bumi.
- Istilah kedua ini merujuk kepada zaman primordium dalam sejarah bumi ketika Arkea dan Bakteria kedua-dua merupakan organisma bersel yang tunggal di planet ini.
- Skala Richter yang dikembangkannya merupakan gandaan matematik untuk membezakan sesuatu kekuatan gempa bumi dan diterima pakai secara meluas setelah diubah suai.
- Kebanyakan satelit buatan beroperasi dalam kawasan ini yang dikenali sebagai orbit bumi rendah dan perlu menghidupkan enjin sekali sekala bagi mengekalkan orbit.
No comments:
Post a Comment