- Tsunameter atau boya DART ini dimajukan oleh Makmal Alam Sekitar Marin Pasifik NOAA di Seattle, Washington.
- Waktu rasmi dimajukan (biasanya) satu jam lebih awal daripada zon waktu yang rasmi dan dilakukan selama musim bunga dan musim panas.
- Pakar kaji purba tidak pasti sama ada penulisan ini dimajukan oleh orang Mesir sendiri ataupun datangnya daripada penduduk Mesopotamia.
- Ubi kentang, tomato, lada, labu, dan beberapa jenis kacang, serta juga tembakau, dan berbagai-bagai tanaman yang lain juga dimajukan di Dunia Baharu.
- Kali pertama imej bergerak dipancarkan secara elektrik adalah melalui mesin faks mekanik yang terawal, termasuk pantelegraf yang dimajukan pada akhir abad ke-19.
- Selepas tahun 70-an, Pekerja estet kaum Tamil dan Telugu sudah mula berhijrah ke bandar akibat banyak ladang-ladang getah telah ditutup dan dimajukan untuk tujuan lain.
- Windows Internet Explorer, ialah sesiri pelayar web bergrafik yang dimajukan oleh Microsoft sebagai satu komponen sistem pengendalian Microsoft Windows sejak tahun 1995.
- Kawasan berdekatan dengan lapangan terbang akan dimajukan dengan pembinaan kemudahan riadah untuk penumpang yang keletihan, padang golf, taman tema, pusat membeli-belah, hotel dan taman rimba air.
- Delta Sungai Merah, sebuah kawasan rata berbentuk segi tiga yang meliputi 3,000 kmx, sungguhpun lebih kecil namun lebih pesat dimajukan dan lebih padat pendudukannya berbanding Delta Sungai Mekong.
- Teori sistem dinamik menekankan analisa sistem secara kualitatif yang ditetapkan oleh persamaan kebezaan, manakala banyak kaedah berangka telah dimajukan untuk menentukan penyelesaian dengan setepat-setepatnya.
- Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.
- Diletaknya 40 minit daripada Kuala Lumpur melalui lebuh raya, Genting Highlands dimajukan oleh Lim Goh Tong yang telah membayangkan sebuah destinasi cuti tepi bukit untuk sesiapa yang hendak merehatkan diri daripada kesibukan bandar raya.
- Shah Alam yang pada ketika itu hanyalah ladang kelapa sawit dan hutan mula dibuka pada tahun 1963 bagi dimajukan untuk dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Selangor yang baru setelah Kuala Lumpur dirancang untuk dijadikan Wilayah Persekutuan.
- Di samping itu, trigonometri yang berkembang di dunia Hellenistik dan telah diperkenalkan ke India kuno melalui terjemahan buku Yunani, berkembang lanjut di India, dan khususnya, takrifan-takrifan moden bagi sinus dan kosinus dimajukan di sana.
- Namun jarang sekali tanah dikawasan ini dimajukan untuk tujuan pertanian, kebanyakkan dimajukan untuk penempatan, industri dan komersial kerana keluasan tanah yang terhad di Kuala Terengganu selain daripada permintaan yang tinggi untuk hartanah dan pembangunan.
- Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort Homes.
- Daripada jumlah keluasan tersebut seluas 2.807 juta hektar kelapa sawit ditanam oleh pihak estet swasta (59.8%) sementara 20.2% dimajukan oleh Skim Kerajaan (FELDA - 675,167 ha, RISDA- 80,262 dan FELCRA- 160,832), 321,947 hektar (7,1%) oleh Skim Kerajaan Negeri dan bakinya seluas 540,194 hektar (12.98%) oleh pekebun kecil.
Sunday, 4 September 2016
Contoh Ayat Perkataan "dimajukan"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "dimajukan" dalam bahasa Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
Contoh Ayat Perkataan "adat"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai adat pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...
No comments:
Post a Comment