Thursday 19 January 2017

Contoh Ayat Perkataan "ataupun"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "ataupun" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Tumbuhan boleh mendebungakan sendiri ataupun mendebungakan kacuk.
  2. Ahli paleontogi berpendapat ia mungkin kantung telur ataupun mata.
  3. Perjalanan ini boleh mengambil masa berjam-jam ataupun berhari-hari.
  4. Oleh itu tiada sebab untuk meminum arak meskipun seteguk ataupun setitik.
  5. Jarang-jarang berlakunya kelahiran anak kembar empat, lima, ataupun enam.
  6. Ini tidak meliputi senarai kapal dalam Armada Auksilari ataupun simpanan.
  7. Sesetengah organisma boleh membiak, baik secara seks ataupun secara aseks.
  8. Corak batik yang digunakan menggambarkan motif kelerai ataupun anyaman buluh.
  9. Kulapuk dalam pakan kambing boleh menyebabkan kambing jatuh sakit ataupun maut.
  10. Kitab-kitab yang ditambah ini dikenali sebagai Deuterokanonika ataupun Apokrifa.
  11. Judi ialah permainan yang melibatkan pertaruhan harta ataupun penaruhan "nilai".
  12. Mangsa rogol juga mungkin berasa "kotor" ataupun berasa bahawa dia yang bersalah.
  13. Pemain yang bermasalah ataupun tidak konsisten seperti El Hadji Diouf dilepaskan.
  14. Betina ialah jantina sesuatu ataupun sebahagian organisma yang menghasilkan ovum.
  15. Kemudahan hotel, motel ataupun sekadar chalet tersedia dengan kos yang berpatutan.
  16. Selalunya ia adalah dalam bentuk Bahasa Inggeris yang disingkatkan ataupun diubah suai.
  17. Seruling ataupun flut ialah sebuah alat muzik dari famili alat tiup kayu atau woodwind.
  18. Scouse kini lebih dikaitkan dengan aksen ataupun pelat percakapan orang-orang Liverpool.
  19. Sebaran penduduk umumnya terkonsentrasi di pusat-pusat kota, baik kabupaten ataupun kota.
  20. Pada suatu masa, getah sintetik ataupun tiruan bersaing dengan hebatnya dengan getah asli.
  21. Perkataan ‘Kad’ pula boleh bermaksud kad ataupun singkatan kepada ‘Kad Akuan Diri’.
  22. Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal.
  23. Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah ataupun secara hisab (kiraan).
  24. Bagaimanapun, ini tidak dapat menyekat pengaruhnya ataupun menghentikan desakan untuk perubahan.
  25. Persoalan falsafah ataupun masalah falsafah ialah topik yang dibincangkan dalam bidang falsafah.
  26. Salur falopia ataupun oviduktus merupakan dua tiub halus yang menghubungkan ovari dengan uterus.
  27. Archaeocyatha yang rangkanya terlakur mungkin mewakili bunga karang ataupun filum yang berasingan.
  28. Pasukan ini terkenal dengan cogan kata Agi Hidup Agi Ngalaban ataupun Selagi Hidup Selagi Melawan.
  29. Anomalocaris ataupun Udang Gergasi merupakan salah satu haiwan yang paling ganas pada Zaman Kambria.
  30. Senator yang telah dilantik pada tahun 2000 bertanding semula dalam pilihanraya ini ataupun bersara.
  31. Sindrom Rengsa Usus biasanya bermula pada usia remaja ataupun sebelum seseorang itu menjangkau 40 tahun.
  32. Pada peringkat antarabangsa, Benfica menjuarai Liga Juara Eropah ataupun Piala Eropah pada 1961 dan 1962.
  33. Haiwan yang bersusunan sebegini dipanggil metazoa, ataupun eumetazoa bagi memaksudkan haiwan pada umumnya.
  34. Ini mungkin disebabkan oleh kaitan saiz badan dengan ruang persekitarannya, ataupun kurangnya bekalan mangsa.
  35. Terdapat dua jenis hari perayaan ataupun cuti umum di Malaysia, di peringkat kebangsaan dan peringkat negeri.
  36. Bey yang lemah tidak berupaya untuk mengatasi serangan-serangan tersebut ataupun menentang penjajahan Eropah.
  37. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau".
  38. Bakteria ini boleh menembusi badan melalui membran kulit dan mukus yang rosak, ataupun melalui penarikan nafas.
  39. Pesakit serius di selatan Kedah baru dikenakan dibawa ke Pulau Pinang antara berdekatan ataupun Hospital Perlis.
  40. Ianya merupakan kali pertama dalam 15 tahun yang mana liga tidak dimenangi oleh sama ada Rangers ataupun Celtic.
  41. Para perantau biasanya telah pergi merantau sejak usia belasan tahun, baik sebagai peniaga ataupun penuntut ilmu.
  42. Daerah Kota Setar ataupun Bandaraya Alor Setar dengan mempunyai penduduk melebihi daripada 366,787 orang di Kedah.
  43. Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah.
  44. Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh.
  45. Sebaliknya, sesetengah takson yang tidak bersaudara serupa wajahnya kesan daripada evolusi tumpu ataupun kemimikan.
  46. Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang merupakan kuasa kecil ataupun tengah.
  47. Jika terdapat kondisi yang cocok baik dengan qaul qadim ataupun dengan qaul jadid, maka dapat digunakan salah satunya.
  48. Kelab profesional juga kebiasaanya memaparkan nama pemain ataupun nama samaran dibelakang baju, diatas nombor pasukan.
  49. Ketika peningkatan populasi, sekitar satu daripada tiga penduduk Vienna merupakan orang Slav ataupun keturunan Hungary.
  50. Bidang falsafah memberikan nilai yang tinggi kepada soalan yang baik, ataupun soalan yang mempunyai nilai kefalsafahannya.
  51. Sewaktu pembiakan, jantan boleh menyampaikan sperma X ataupun sperma Y, sedangkan betina hanya dapat menyampaikan telur X.
  52. Ini boleh terjadi secara partenogenesis, yang mana telur yang subur dihasilkan tanpa mengawan, bercambah ataupun berpecah.
  53. Sehingga kini, tiada bukti mengesahkan hujung berbentuk bebola ataupun struktur seperti mulut adalah kepala organisma ini.
  54. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata.
  55. Serangan pertama terhadap Pearl Harbor adalah pada 07:53 7 Disember, Masa Hawai ataupun 03:23 8 Disember Masa Piawaian Jepun.
  56. Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia.
  57. Dengan penemuan dan pemerhatian sistem planet di bintang lain, penjelasan ini boleh diperincikan lagi, disemak ataupun diganti.
  58. Di sebahagian kawasan di Bumi seperti di Indonesia, ia juga merupakan sumber makanan yang dimakan sama ada dewasa ataupun larva.
  59. Bahan-bahan tadi diletakkan di satu tempat, sama ada di hujung kampung, di pinggir hutan, dihanyutkan di sungai ataupun di laut.
  60. Oslo ditubuhkan sekitar tahun 1000 M, dan menubuhkan sebuah "kaupstad" ataupun tempat perdagangan pada 1048 oleh Raja Harald III.
  61. Ia biasanya digunakan untuk 'melembutkan' orang tahanan bagi pemisitan ataupun untuk menakutkan mereka supaya mematuhi peraturan.
  62. Pasukan elit paling ternama dalam Tentera British adalah pasukan Special Air Service ataupun lebih terkenal dengan singkatan SAS.
  63. Orang Jakun ataupun biasa dipanggil orang Ulu oleh orang Melayu Endau merupakan peghuni kawasan hutan rimba di pedalaman Johor ini.
  64. Jika pagar kambing dihamparkan, dilanggar, ataupun diatasi dengan apa jua cara, maka kambing sudah hampir tentu akan melarikan diri.
  65. Songkhla juga dikenali sebagai "Singgora" ataupun â€œKota Singa” khususnya di kalangan negara-negara barat sebelum Perang Dunia II.
  66. Pakar kaji purba tidak pasti sama ada penulisan ini dimajukan oleh orang Mesir sendiri ataupun datangnya daripada penduduk Mesopotamia.
  67. Mangsa-mangsa akan terpaksa menderita seorang diri dan dilarang berkahwin, ataupun mungkin akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin.
  68. Wang dari para perantau biasanya juga dipergunakan untuk memperbaiki sarana-sarana nagari, seperti masjid, jalan, ataupun pematang sawah.
  69. Perkataan ini merujuk kepada "Dan" yang merujuk kepada Dani ataupun tokoh bersejarah, Dan dan perkataan tepat - "mark" pada penghujungnya.
  70. Spesies kripta merupakan spesies yang kelihatan amat serupa, ataupun terang-terangan seiras rupa, tetapi jauh berbeza dari segi pembiakan.
  71. Biasanya jamuan makanan dimulakan dengan hidangan sama ada sup cair yang boleh mengandungi daging ataupun sup sayur berkrim (caldo de leche).
  72. Ini bukan membawa maksud fizikal tetapi dari segi kerohanian dan tabiat ataupun budaya ataupun personaliti manusia, insan tidak akan sempurna.
  73. Sesuatu soalan itu akan menjadi persoalan falsafah apabila soalan itu tidak dapat diselasaikan melalui kaedah pengamatan ataupun kaedah sains.
  74. TV3 ataupun Sistem Televisyen Malaysia Berhad merupakan saluran televisyen swasta pertama di Malaysia di bawah naungan konglomerat Media Prima.
  75. Hampir seluruh kawasan di timur Sabah terkenal dengan jumlah warga Filipina yang tinggi, termasuk yang tinggal secara sah ataupun secara haram.
  76. Selepas beberapa bulan ataupun tahun, organ seksnya akan berkembang sehingga menjadi matang dan binatang itu dikatakan mencapai kematangan seks.
  77. Teknologi baru membolehkan kad pengenalan mengandungi maklumat biometrik, seperti gambar, geometri muka dan tangan, ukuran iris ataupun cap jari.
  78. Angka direkodkan dalam pelbagai sistem seperti kayu pengira ataupun untaian bersimpul yang dikenali sebagai quipu yang digunakan oleh orang Inca.
  79. Sesebuah sistem televisyen boleh memakai pelbagai piawaian teknikal seperti analog, digital (DVB, ATSC, ISDB dsb.) ataupun definisi tinggi (HDTV).
  80. Protis merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada berbilang hidupan yang merangkumi semua eukariot yang bukannya haiwan, tumbuhan ataupun kulat.
  81. Walau bagaimanapun, menurut peraturan hak cipta hari ini, nota muzik asal tidak lagi boleh diubah suai sesuka hati tanpa alasan ataupun arahan rasmi.
  82. Contohnya di negara komunis, seseorang itu akan dibunuh sekiranya ia dianggap "anti-revolusi" ataupun pemikirannya itu "berbahaya kepada masyarakat".
  83. Ramai orang telah mengagak kehidupan Shakespeare dan memperdebatkan adakah orang lain yang mengarangkan sebahagian ataupun kesemua drama dan puisinya.
  84. Beliau menyelidiki pelbagai ciri-ciri geologi, fosil dan organisma hidup, serta bertemu dengan ramai orang, baik orang tempatan ataupun orang penjajah.
  85. Ini adalah sesebuah rumah ataupun keluarga boleh dianggap mewah dan berada jika mempunyai garam kerana pada masa itu garam amat sukar untuk diperolehi.
  86. Dedaun malar hijau mampu bertahan selama beberapa bulan, ataupun berpuluh-puluh tahun (contohnya, dedaun Pinus longaeva boleh bertahan lebih 30 tahun ).
  87. Aurat merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan.
  88. Walaupun namanya dimasukkan ke dalam senarai penyair terkemuka sezaman, kalibernya tidak dianggapi setanding dengan Edmund Spenser ataupun Philip Sidney.
  89. Pada Februari 1934, tentera kerajaan persekutuan Austria di bawah Engelbert Dollfuss, telah menutup ruang pertama parlimen persekutuan ataupun Nationalrat.
  90. Di samping itu, lembah Valles Marineris ataupun 'Parut Marikh' ialah lembah terbesar di sistem suria kita, dengan panjang 4000km dan kedalaman berukur 7km.
  91. Taman Negara Niah boleh dilawati oleh semua pelawat melalui jaringan jalanraya yang menghubungkan kawasan ini dengan bandaraya Miri ataupun bandar Bintulu.
  92. Kedatangan agama Islam mengajar bahawa tidak terdapat mambang ataupun hantu dan yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
  93. E. Percival berhasrat menyerang Thailand sekiranya Jepun menyerang Thailand, ataupun pihak Thailand menjemput pasukan Tentera Jepun masuk ke wilayah Thailand.
  94. Jirim ialah sebarang benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.Semua bahan sama ada pepejal, cecair ataupun gas yang terdapat di bumi ini merupakan jirim.
  95. Oleh yang demikian, manusia yang terkecuali daripada aktivit sosial amat sedikit ataupun mereka diklasifikasikan sebagai manusia abnormal ataupun manusia gila.
  96. Istilah ini digunakan oleh hampir semua negara di dunia, dan dengan sendirinya sebagai satu pangkat, ataupun sebagai istilah am untuk "pegawai-pegawai jeneral".
  97. Sebatang pistil majmuk mungkin mempunyai hanya dua karpel, ataupun langsung tidak mempunyai kaitan dengan generalisasi monokot dan dikot yang dihuraikan di atas.
  98. Lautan adalah laut yang luas dan merupakan himpunan air masin yang sambung menyambung meliputi permukaan bumi yang dibatasi oleh benua ataupun kepulauan yang besar.
  99. Dalam bidang matematik, nombor asli boleh bermaksud satu unsur dalam set {1, 2, 3,...} ataupun satu unsur dalam set {0, 1, 2, 3},...} (iaitu integer bukan-negatif).
  100. Gejala-gejala ini menjejaskan kerjanya, terutama pada waktu tekanan seperti waktu menghadiri perjumpaan ataupun sewaktu terlibat dalam kontroversi mengenai teorinya.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...