- Setelah belajar 25 tahun, barulah Tunku layak menjadi peguam.
- Selepas fikirannya matang dan benar-benar berkebolehan, barulah beliau mengajar.
- Setelah selesai upacara, barulah Guru merenjiskan amrit pada kelima-lima orang itu.
- Setelah 3 kali pihak pendakwa memindah tuduhan, barulah Anwar disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi.
- Sehingga 1973 barulah Ibrahim kembali ke Malaysia kerana sebelum itu kerajaan Malaysia melarang beliau kembali.
- Hanya pada tahun 1872, barulah pemukiman ini bertukar nama menjadi "Kuching" semasa pemerintahan Charles Brooke.
- Hanya pada tahun 1928, apabila Rohwedder mencipta mesin yang memotong dan membungkus roti, barulah roti keping menjadi popular.
- Hanya pada tahun 1923 barulah Sultan Abdul Hamid membuat perjanjian dengan British bahawa Kedah secara rasmi menjadi naungan British.
- Setelah Othello menyebut tentang sapu tangan sebagai bukti, barulah Emilia menyedari dan membongkarkan perbuatan Iago, lalu Iago membunuhnya.
- Jauh sedikit dari bandar Kuantan sendiri, iaitu ke arah barat dan selatan, barulah budaya tradisi Pahang dapat diperhatikan sedikit demi sedikit.
- Apabila Itali berjaya merampas Negeri-Negeri Kepausan daripada Perancis, barulah ibu negara Itali yang bersatu sepenuhnya diletakkan di kota Rom.
- Bahasa Perancis dijadikan bahasa rasmi tunggal Kesatuan Pos Sejagat, sementara pada tahun 1994 barulah bahasa Inggeris disertakan sebagai bahasa urusan.
- Maka, oleh sebab adanya halangan lain, setelah lima tahun berlalu barulah Yayasan Nobel dapat ditubuhkan dan hadiah-hadiah pertamanya dianugerahkan pada 10 Disember 1901.
- Lama-kelamaan, orang Yunani biasa memanggilkan "Italia" untuk sebuah kawasan yang lebih besar, tetapi pada zaman penaklukan Rom barulah nama itu diluaskan untuk meliputi seluruh semenanjung.
- Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat.
- Thomas Edison memulakan kerjayanya sebagai pencipta di bandar Newark, New Jersey, bermula dengan pengulang automatik dan peranti-peranti telegrafi yang lain, tetapi setelah mencipta peti nyanyibarulah namanya dijulang pada tahun 1877.
- Menurut bidang kuasa yang diberikan, DBP akan melihat dari segi penggunaan bahasa dan visual pada iklan berkenaan terlebih dahulu dan apabila diluluskan, barulah pihak yang membuat permohonan iklan boleh memohon lesen daripada PBT sebelum iklan boleh dipasang.
- Pada tahun 1861, setelah banyak mengharungi peperangan dengan kuasa-kuasa asing, barulah lahirnya sebuah pergerakan penyatuan Itali yang terdiri daripada bekas jajahan atau naungan empayar asing di bawah sebuah pemerintahan beraja, berkat usaha nasionalis dan monarkis Itali yang taat setia kepada Wangsa Savoia untuk menubuhkan sebuah negara bersatu yang meliputi seluruh Semenanjung Itali, sehingga mampu mencabar kekuasaan empayar Habsburg.
Thursday, 19 January 2017
Contoh Ayat Perkataan "barulah"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "barulah" dalam bahasa Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
Contoh Ayat Perkataan "adat"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai adat pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...
No comments:
Post a Comment