Thursday 19 January 2017

Contoh Ayat Perkataan "berdaulat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "berdaulat" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Ia adalah negara berdaulat terkecil di Amerika, dari segi keluasan dan populasi.
  2. Sejarah awal El Salvador sebagai negara berdaulat ditandai oleh beberapa revolusi.
  3. Satu enklaf Rom ialah Kerajaan Kota Vatican, wilayah berdaulat Holy See dan negara paling kecil di dunia.
  4. Ireland Utara ialah satu-satunya wilayah UK yang bersempadan darat dengan negara berdaulat yang lain, iaitu Republik Ireland.
  5. Sejak sekitar 550 SM, banyak kerajaan dan republik berdaulat yang dikenali sebagai Mahajanapada ditubuhkan di seluruh negara.
  6. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis.
  7. Pada tahun 1815, Dom Joxo VI, ketika itu pemangku bondanya yang hilang upaya, menaikkan taraf Brazil dari jajahan menjadi Kerajaan berdaulat yang bersatu dengan Portugal.
  8. Pihak kerajaan bertegas bahawa Singapura selaku negara berdaulat berhak untuk menentukan sistem kehakiman sendiri dan mengenakan hukuman yang setimpal seperti yang dirasainya.
  9. Permaisuri Sheba telah mengamanahkan payung merah sebagai pengiktirafan kerajaan berdaulat agar dipelihara kerukunan pelbagai suku kaum di sana dengan tertubuhnya kerajaan purba Luwuk.
  10. Selepas Perang Anglo-Afghan Ketiga dan pemeteraian Perjanjian Rawalpindi pada tahun 1919, Raja Amanullah Khan mengisytiharkan Afghanistan yang berdaulat dan negara yang merdeka sepenuhnya.
  11. Domain peringkat tinggi kod negara ialah sebuah domain peringkat tinggi Internet yang umumnya digunakan atau disimpan untuk sesebah negara (baik yang berdaulat atau kebergantungan jajahan).
  12. Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.
  13. United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, lebih dikenali sebagai United Kingdom, UK, atau Britain, ialah sebuah negara berdaulat yang terletak di luar pesisir pantai barat laut tanah besar Eropah.
  14. Parlimen UK merupakan lembaga perundangan mutlak di United Kingdom kerana parlimen terdevolusi di Scotland serta dewan-dewan undangan di Ireland Utara dan Wales bukannya badan berdaulatdan boleh dimansuhkan oleh parlimen UK.
  15. Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).
  16. Negara Malaysia dan Amerika Syarikat merupakan pengecualian dalam kes ini, kerana negeri-negeri dalam Malaysia dan Amerika sememangnya merupakan negeri yang berdaulat secara sendirinya, tetapi memilih secara sukarela untuk menganggotai sebuah persekutuan.
  17. Ini diterjemahkan oleh Ossetia sebagai menentang Ademon Nykhas dan membawa kepada Ossetia mengisytiharkan Ossetia Selatan sebagai Republik Demokratik Ossetia Selatan pada 20 September 1990.Negara baru ini berdaulat sepenuhnya di Republik Kesatuan Soviet Sosialis.
  18. Serbia, ahli-ahli Kesatuan Eropah dan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah berkata akan mengiktiraf kemerdekaan Montenegro, dan ini telah memungkinkan jalan tampa halangan kepada Montenegro menjadi negara berdaulat terbaru dunia.
  19. Ia pernah menjadi sebuah Kerajaan merdeka dan berdaulat yang diperintah oleh Sultan Ali Iskandar Shah dalam masa yang singkat, apabila penguasaan negeri Johor (kecuali Muar dan Kesang) telah diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali Iskandar Shah.
  20. Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia.
  21. Ketua negara Kota Vatican ialah Paus yang dipilih kardinal-kardinal.Vatican City / vxtɪkÉ™n sɪti / (bantuan x info), secara rasmi Negara Kota Vatikan (Itali: Stato della Cittx del Vaticano, Itali pengucapan: [sta (ː) untuk tʃitta della del vatika (ː) no]), [11 ] adalah terkurung daratan bandar-negara berdaulat yang wilayahnya terdiri daripada daerah poket berdinding di dalam kota Rom, ibu negara Itali.
  22. Oleh sebab hierarki teori untuk gelaran-gelaran diraja tidak membayangkan kepentingan yang benar untuk negeri-negeri berdaulat kerabat diraja, pihak British memperkenalkan pemangkatan alternatif berdasarkan tembakan hormat untuk melebihi seratus negeri India (dan sesetengah negeri yang lain) yang terutama, tanpa mengira sebarang gelaran diraja asli (yang mereka terus menganugerahkan), tetapi mengaitkan gaya Barat, His Highness, kepada kelas tembakan hormat yang berpangkat lebih tinggi.
  23. Lebih jauh daripada ini, selama keruwetan penyerahan tanah Amarnath 2008, kutukan OIC terhadap "penggunaan kekuatan berlebihan dan berterusan yang tidak berasas terhadap orang-orang Kashmir" disambut oleh tindakbalas India sebagai berkata: "OIC telah sekali lagi memilih untuk mengulas Jammu dan Kashmir dan urusan dalaman India yang mana tidak mempunyai locus standi... Untuk menyeru penglibatan antarabangsa dalam urusan dalaman India yang berdaulat adalah tidak berasas, haram dan hanya mencerminkan pengembalian kepada pola fikiran yang telah menimbulkan keputusan yang tidak baik bagi Pakistan pada masa lalu.
  24. Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengistihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pualu Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...