Thursday, 19 January 2017

Contoh Ayat Perkataan "didiami"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "didiami" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Pada tahun 1869, pulau ini didiami oleh 100,000 orang.
  2. Bumi Switzerland moden ini mula didiami sejak akhir Zaman Batu.
  3. Pada tahun 2012, Lembah Klang didiami oleh kira-kira 7.5 juta orang.
  4. Namun begitu, hanya kira-kira 200 pulau sahaja yang didiami oleh manusia.
  5. Kepulauan Solomon didiami oleh orang Melanesia selama lebih 30,000 tahun.
  6. Ia tidak didiami orang kecuali beberapa orang jakun yang merayau-rayau di sini.
  7. Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Perak telah didiami sejak zaman prasejarah.
  8. Pada asalnya Jelebu didiami oleh kaum orang asli keturunan Temuan dari suku Biduanda.
  9. Negara ini didiami oleh tiga kelompok etnik yang utama: kaum Bosnia, kaum Serbia dan kaum Croatia.
  10. Tanah yang kini menjadi Kanada pernah didiami oleh pelbagai kaum orang asli sejak ribuan tahun dahulu.
  11. Ketika itu, pulau ini telah didiami oleh orang-orang Amerindian yang dikenali sebagai Taxno dan Ciboney.
  12. Vienna mula didiami sejak 500 SM, ketika tapak Vienna dan Sungai Danube "diselenggarakan" oleh puak Celt.
  13. Mesir purba telah banyak dipengaruhi oleh sungai Nil, yang telah membolehkan negara Mesir didiami manusia.
  14. Kawasan itu didiami lebih 9000 orang wanita, ramai antara mereka yang menghidap penyakit kelamin pada tahun 1893.
  15. Mereka menakluk England di bawah Raja Sweyn Forkbeard pada 1013, Ireland dan Perancis pula didiami puak Normandy.
  16. Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli yang terdiri daripada suku kaum Semelai, Semai dan Jakun.
  17. Kedua-dua kawasan ini didiami oleh 7,000 warganegara Cyprus dan 7,500 kakitangan tentera British dan keluarga mereka.
  18. Kawasan-kawasan ini didiami oleh majoriti penduduk Melayu Islam dan aktiviti gerakan pemisah telah aktif sejak tahun 80an.
  19. Kawasan Sepanyol hari ini pernah didiami oleh penduduk Celt, Iberia dan Basque sebelum penjajahan oleh Empayar Rom pada 412 M.
  20. Pada 2005, Economist Intelligence Unit menyatakan Vienna pada kedudukan pertama bandar-bandar yang paling sesuai didiami di dunia.
  21. Ptolemy juga mereka dan membekalkan arahan untuk mencipta peta seluruh dunia yang didiami oleh manusia serta provinsi-provinsi Rom.
  22. Semenanjung Tanah Melayu merujuk kepada tempat yang didiami oleh sebagian daripada masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara.
  23. Kawasan Seattle sudah didiami manusia sejak 4,000 tahun, akan tetapi penempatan bangsa Eropah hanya bermula pada pertengahan kurun ke-19.
  24. Sejarawan abad ke-12 Syria, Yaqut al-Hamawi menulis bahawa Mogadishu telah didiami oleh Berber berkulit gelap, nenek moyang Somalia moden.
  25. Pada 21 April 753S.M, Romulus telah membuka sebuah bandar di sini, di Lembah Latium yang didiami oleh penduduk-penduduk Latin pada masa itu.
  26. Satu contoh kawasan yang didiami oleh masyarakat Minangkabau dan masih mengamalkan adat dan budaya Minangkabau adalah Negeri Sembilan di Malaysia.
  27. Daerah Kulim dipercayai dibuka dan didiami sejak pertengahan abad ke-18 lagi iaitu dengan jumlah 100 orang yang berasal dari keturunan Melayu Pattani.
  28. Kepulauan Solomon telah didiami oleh orang Melanesia sejak sekitar 30,000 tahun dahulu dan menjadi sebuah negeri naungan United Kingdom sejak 1890-an.
  29. Pada tahun 1882, Syarikat ini telah mengasaskan sebuah penempatan kecil di kawasan yang dikenali sebagai Teluk Gaya yang didiami oleh suku kaum Bajau.
  30. Sepanjang pertengahan kurun ke-18, kawasan Chicago telah didiami terutamanya oleh puak Potawatomi, yang mengambil tempat orang Miami dan Sauk dan Rubah.
  31. Australia adalah benua terkering yang didiami manusia, serta benua yang paling datar, dan mempunyai tanih-tanih yang tertua serta yang paling kurang subur.
  32. Lembah Klang kebanyakannya didiami oleh sebilangan besar pendatang dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia dan kebanyakan pekerja asing dari Indonesia, India dan Nepal.
  33. Bandar ini pada asalnya didiami oleh puak Celt dan Roman sebelum ia bertukar menjadi kota Zaman Pertengahan dan Baroque, serta menjadi ibu negara Empayar Austria-Hungary.
  34. Menurut Lake lagi, sebuah penempatan bernama Londang 75 km daripada stesen kerajaan di Kuala Sembrong didiami oleh Penghulu Che Ma Dagang bersama-sama beberapa orang Melayu.
  35. Kawasan Maghribi moden telah didiami oleh manusia sejak Zaman Neolitik, iaitu sekurang-kurang sejak 8000 SM ketika kawasan Maghrib adalah kurang kering berbanding dengan hari ini.
  36. Ia adalah kesan daripada tindakan orang-orang Melayu yang telah berhimpun di luar rumah tumpangan yang didiami oleh sultan-sultan Melayu yang ingin menghadiri ucapara perlantikan tersebut.
  37. Tanah-tanah kering Namibia telah didiami oleh manusia sejak awal lagi oleh puak-puak Bushmen, Damara, serta Namaqua, dan sejak abad ke-14, oleh orang-orang Bantu dengan pengembangan mereka.
  38. Tidak diketahui bagaimana kawasan Rwanda Hari ini mula-mula didiami tetapi dijangkakan bahawa manusia berpindah ke kawasan itu mengikuti Zaman Ais Terakhir, pada Zaman Neolitik, 10,000 tahun dahulu.
  39. Contohnya, di Xinjiang-Kawasan Autonomi Ugyhur, yang didiami oleh 10% orang Hui, orang Hui mempunyai identiti etnik yang tersendiri berbanding orang Ugyhur, Kazakh, dan Kyrgyz yang merupakan orang-orang Turkik.
  40. Luasnya adalah kira-kira 30,244,050 km2 termasuk kepulauan di sekitarnya, meliputi 20.3% dari jumlah daratan di bumi dan didiami lebih daripada 900 juta orang pada 2005, atau sekitar 14% populasi manusia di bumi.
  41. Manakala kawasan sekitar Attica didiami semasa tempoh Paleolitik Tinggi, bukti arkeologi menunjukkan bahawa gua kecil di seluruh Akropolis batu dan musim bunga Klepsythra digunakan dalam Tempoh Neolitik ( 3000-2800 SM).
  42. Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga era palaeolithic.
  43. Labuan yang dahulunya didiami oleh nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dan Kolej Matrikulasi Labuan.akan menjadi bandar raya.
  44. Bagaimanapun di sekitar tapak bandar Kluang sudah terdiri penempatan-penempatan kecil didiami orang Melayu dan jakun yang berfungsi sebagai pengkalan memungut hasil hutan terutamanya rotan yang dikenali sebagai Londang dan Pengkalan Pan.
  45. Walau bagaimanapun, kajian terkini dalam sains planetari telah mengubah andaian asas tersebut tentang kewujudan hidupan dalam alam semseta melalui anggaran zon yang mampu didiami di bintang lain dan kemungkinan kewujudan mikrob di ruang angkasa.
  46. Bidang ini merangkumi kajian persekitaran yang mampu didiami dalam sistem Suria dan planet yang mampu didiami di luar sistem Suria, untuk mencari bukti prebiotik kimia, maklumat makmal dan kajian lapangan tentang asal-usul serta evolusi kehidupan awal di Bumi.
  47. Kawasan darat yang paling dekat dengan Kutub Utara ialah Pulau Kaffeklubben yang terletak di bahagian utara Greenland sejauh 700km manakala pulau yang tidak didiami manusia yang terletak paling hampir dengan Kutub Utara ialah Alert di dalam kawasan Qikiqtaaluk, Nunavut, Kanada, sejauh 817 km dari kutub.
  48. Selain daripada itu, Australia mempunyai wilayah-wilayah luar yang didiami penghuni, iaitu Pulau Norfolk, Pulau Christmas, serta Kepulauan Cocos, dan beberapa wilayah luar yang tidak banyak berpenghuni: Kepulauan Ashmore dan Cartier, Kepulauan Laut Coral, Pulau Heard and Kepulauan McDonald dan Wilayah Antartik Australia.
  49. Kawasan-kawasan ini telah lama didiami dan dikuasai oleh ketua-ketua suku dimana pada tahun 1738 Sultan Sulaiman telah melawat Kuala Endau dan disambut oleh 9 ketua suku biduanda dan diberi anugerah serta tanda peringatan berupa syiling emas tertulis "Sultan Sulaiman Shah" di hadapan dan dibelakang "Khalifat al Mukminin".

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...