Thursday, 19 January 2017

Contoh Ayat Perkataan "dilengkapi"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "dilengkapi" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Oleh itu mereka kerap dilengkapi dengan torpedo sendiri.
  2. Pesawat ini dilengkapi dengan brek udara di belakang kokpit.
  3. Ada juga yang dilengkapi dengan mata palsu supaya lebih berkesan.
  4. Bentuk GB alternatif yang lebih baru dilengkapi sokongan untuk aksara tradisional.
  5. Setiap 10 lokasi perhentian bakal dilengkapi kemudahan hotel yang menyediakan 2,500 bilik.
  6. Apartmen ini dilengkapi dengan kelab kesihatan, spa, garaj kereta dan kolam mandi yang luas.
  7. Di dalam bangunan perpustakaan yang luas ini dilengkapi dengan banyak ruang untuk pelbagai kemudahan.
  8. Pasar ini adalah bangunan 4 tingkat yang dilengkapi dengan ruang makan di tingkat 2 dan di tingkat 4.
  9. Kapal- kapal ini bagaimanapun tidak dilengkapi hangar dan dan sistem anti udara yang berkemampuan tinggi.
  10. Kerajaan China menjayakan temasya ini dengan dilengkapi prasarana baru dan sistem pengangkutan yang canggih.
  11. Idea asas adalah untuk mempunyai tabir kapal yang sepantas bot torpedo, tetapi dilengkapi meriam bukannya torpedo.
  12. Dalam sejarah angkatan laut, kapal tempur merupakan kapal perang yang paling banyak dilengkapi senjata dan perisai.
  13. Stadium ini sepatutnya dilengkapi dengan bumbung boleh tarik balik, tetapi rancangan ini dibatalkan atas sebab kewangan.
  14. Setelah sekian lama, Subang Jaya berjaya dibangunkan sebagai satu komuniti yang dilengkapi dengan kemudahan secara baiknya.
  15. Versi 5.5 ialah versi terakhir yang dilengkapi Compatibility Mode yang membolehkan Internet Explorer 4 dijalankan bersama dengan 5.x.
  16. Zaman Yayoi kemudian diganti oleh zaman Kofun sekitar tahun 250 M, yang terdiri daripada negeri-negeri yang dilengkapi kekuatan tenteranya.
  17. Anggota awal kepada apa yang dikenali sekarang sebagai samurai dilengkapi senjata oleh pemerintah dan perlu memahirkan diri dalam seni bela diri.
  18. Jepun dilengkapi sistem pertahanan yang cukup dilengkapi dengan kecanggihan teknologi seperti AEGIS serta sebuah armada kapal pembinasa yang besar.
  19. Bac kedua ini lapan meter lebih panjang dan diberitakan akan dilengkapi terus dengan sistem senjata, tidak lagi kapal 'kosong' sepertimana bac pertama.
  20. Ini mendorong kepada perubahan pantas kepada kapal pembinasa ketika perang, yang dilengkapi dengan depth charge dan sonar untuk menangkis ancaman baru ini.
  21. Sementara Rn mempunyai satu asas piawai {e1, e2, …, en}, satu ruang vektor V secara tipikalnya tidak dilengkapi dengan asas dan banyak asas yang berbeza wujud.
  22. Perkampungan itu, yang akan bertukar menjadi bandar perubatan selepas temasya berakhir, dilengkapi sebuah poliklinik, dewan makan, kolam renang dan gelanggang tenis.
  23. Gunakan teleskop, kamera dan binokular yang dilengkapi dengan penuras suria yang selamat serta menggunakan kaedah pantulan terus melalui teleskop, binokular atau cermin.
  24. Rejimen Artileri kini dilengkapi dengan pelbagai meriam jarak dekat dan sederhana (45 km),sistem pelancar roket berganda (90 km), meriam serta peluru berpandu anti pesawat.
  25. Pada tahun 1993, Microsoft mengeluarkan Windows NT 3.1, sebuah sistem pengendalian perniagaan yang dilengkapi antara muka pengguna Windows 3.1 dengan inti yang berbeza sekali.
  26. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi.
  27. Tawau juga kini dilengkapi dengan banyak kemudahan rekreasi dan tempat beriadah seperti Taman Awam Muhibbah Tawau yang menjadi kunjungan para warga Tawau untuk melepas lelah pada hujung minggu.
  28. Dalam matematik, kumpulan ialah suatu struktur algebra yang terdiri daripada sebuah set dan dilengkapi dengan operasi dedua yang menggabungkan dua unsur daripada set tadi untuk menghasilkan unsur ketiga.
  29. Satu contoh gaya "antarabangsa" yang amat berpengaruh di Amerika Syarikat ialah Bangunan Seagram yang menonjol kerana mukanya yang dilengkapi rasuk I berwarna gangsa untuk membangkitkan struktur bangunan.
  30. Bagaimanapun, dengan pertempuran kereta kebal melawan kereta kebal merupakan matlamat utama, ia menjadi jelas bahasa kereta kebal masa hadapan perlu dilengkapi dengan perisai berat dan membawa meriam besar.
  31. Jejantas udara Menara Berkembar Petronas ini juga sentiasa dilengkapi alat pemadam api moden yang terkini, terdapat juga sistem pengesanan haba, asap dan suhu dengan penggera keselamatan dan alat percikan air.
  32. Turut dilengkapi dengan dewan auditorium moden dan lengkap yang selalu menjadi lokasi pelbagai aktiviti dari akitiviti untuk kegiatan untuk pelajar sekolah hinggalah kepada aktiviti persatuan serta akvitivi badan-badan kerajaan.
  33. Ketika mengosongkan bangunan, hanya lif segera boleh digunakan, kerana hanya dilengkapi pintu keluar di tingkat G/1 dan tingkat 41/42; oleh itu sekiranya terjadinya kebakaran di separuh bawah bangunan, syaf yang terlindung ini tidak akan terjejas.
  34. Pada Februari 1926, Duuton menyatakan infrastruktur ke Gunung Kenya akan dilengkapi dengan jalan tar, pokok-pokok bunga, diapit oleh bangunan-bangunan yang mulia; dengan kawasan lapang dan dataran megah; katedral yang sesuai; muzium dan galeri seni, teater dan pejabat awam.
  35. Dimulainya zaman Yayoi pada sekitar 300 SM menandakan kemunculan teknologi-teknologi baru seperti bercucuk tanam padi di sawah yang dilengkapi sistem pengairan dan teknik pembuatan perkakas daripada besi dan gangsa yang dibawa masuk oleh pendatang dari dari China atau Korea.
  36. Kalkulus tensor membenarkan sesuatu manifold yang dipetakan oleh sistem koordinat dilengkapi dengan tensor metrik ruang-masa yang memerihalkan selang tokokan antara koordinat-koordinat supaya kedua-dua gerakan persamaan geodesik dan tensor kelengkungkan ruang-masa dapat ditentukan.
  37. Walaupun Baer telah melakarkan idea katrij yang dilengkapi dengan komponen baru untuk permainan baru, produk yang dikeluarkan oleh Magnavox juga mempunyai fungsi yang sama seperti lakaran idea Baer dan ianya juga membolehkan pengguna memilih permainan yang telah terbina dari Odyssey.
  38. Lif-lif ini dilengkapi beberapa ciri-ciri keselamatan, seperti kebolehan mengeluarkan orang dari lif yang tersekat di antara tingkat dengan memandu salah sebuah lif bersebelahan secara manual ke sisinya, kemudian membuka panel pada dinding untuk membuka laluan kepada penumpang dalam lif yang tersekat agar melintas ke gerabak lif yang lain.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...