Tuesday 21 June 2016

Contoh Ayat Perkataan "dipengaruhi"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "dipengaruhi" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna.
  2. Budaya Vietnam banyak dipengaruhi jirannya China.
  3. Kekuasaan yudisial tidak dipengaruhi oleh dua kuasa tersebut.
  4. Kebudayaan di wilayah ini kini dipengaruhi oleh banyak agama.
  5. Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang.
  6. Yogyakarta masih sangat amat dipengaruhi oleh kebudayaan Jawanya.
  7. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.
  8. Suu Kyi sangat dipengaruhi oleh falsafah tanpa kekerasan dan idealisme Mahatma Gandhi.
  9. Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut.
  10. Sukan Asia, Pan Am, Sukan Afrika dan Sukan Musim Sejuk dipengaruhi oleh faktor geografi.
  11. Menjelang lewat abad ke-11, Nepal selatan dipengaruhi oleh Empayar Chalukya di India Selatan.
  12. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam, sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam.
  13. Iklim India kuat dipengaruhi banjaran Himalaya dan Gurun Thar, kedua-duanya memacu dinamik monsun.
  14. Selepas perang, Hungary kuat dipengaruhi fahaman Komunis yang dibawa masuk oleh pendudukan Soviet.
  15. Kebanyakan kejohanan dunia dipengaruhi faktor geografi, tetapi Sukan Komanwel wujud oleh faktor sejarah.
  16. Perkembangan agama Buddha di Jepun dan seni ukir patung banyak dipengaruhi oleh agama Buddha dari China.
  17. Mesir purba telah banyak dipengaruhi oleh sungai Nil, yang telah membolehkan negara Mesir didiami manusia.
  18. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu.
  19. Setelah Palembang menjadi bagian kerajaan Majapahit sejak tahun 1293, kota ini amat dipengaruhi oleh budaya Jawa.
  20. Malaysia berkata yang pemilihan Doha tidak munasabah dan pemilihan Doha telah dipengaruhi oleh kekayaan ekonomi Qatar.
  21. Pentas politik di Kepulauan Solomon dipengaruhi oleh kepentingan diplomatik yang dianggap oleh China dan Taiwan (ROC).
  22. Kemudian, bahasa Inggeris kuat dipengaruhi oleh bahasa Norse, yang ditutur oleh orang Viking yang menduduki timur laut.
  23. Kerajaan Funan dikatakan kuat dipengaruhi oleh kebudayaan India, dan menggunakan rakyat India untuk pemerintahan negara.
  24. Penanaman padi sawah ini berkembang dengan pesat adalah dipengaruhi oleh sistem pengairan yang digunakan sejak abad ke-19.
  25. Pada musim panas 1880, beliau memulakan pengajian dan semasa tempoh pengajiannya beliau banyak dipengaruhi oleh Ernst Mach.
  26. Bahasa Creole, yang berasaskan Bahasa Perancis dan dipengaruhi Bahasa Inggeris dan Bahasa Afrika, juga digunakan secara meluas.
  27. Orang Jawa terkenal kerana kebudayaan seni yang sebahagian besarnya dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha, iaitu pementasan wayang.
  28. Pemilihan beliau banyak dipengaruhi oleh para aktivis di Internet, kali pertama Internet menjadi medan pengaruh pilihan raya Korea.
  29. Setelah Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presiden PKMM yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini telah dipengaruhi oleh komunis.
  30. Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik.
  31. Penyebar-luasan pemikiran Mazhab Syafii berbeda dengan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki, yang banyak dipengaruhi oleh kekuasaan kekhalifahan.
  32. Kerajaan Srivijaya banyak dipengaruhi oleh agama-agama besar dari India, pada mulanya oleh agama Hindu kemudian diikuti pula oleh agama Buddha.
  33. Bidang kecil sosial dan budaya telah dipengaruhi oleh teori strukturalist dan pos-moden, termasuk juga peralihan terhadap analisa budaya moden.
  34. Ketika zaman sosialis, kehidupan kebudayaan Vietnam banyak dipengaruhi oleh media yang dikawal kerajaan dan pengaruh kebudayaan rancangan sosialis.
  35. Dilahir di New York kepada keluarga Yahudi, Feynman dipengaruhi oleh bapanya yang sering menggalakkannya untuk menyoal supaya mencabar fikiran ortodoks.
  36. Agama Buddha di Sri Lanka amat dipengaruhi oleh kepercayaan dan tradisi asli, dan juga oleh pengaruh mazhab-mazhab Buddha yang sedia ada di Asia Tenggara.
  37. Perhatikan bahawa tarikh-tarikh ini dipengaruhi oleh waktu-waktu peperangan dan penaklukan, kerana tembaga sangat mudah untuk dilebur dan digunakan kembali.
  38. Menjelang 250 SM, kawasan itu dipengaruhi oleh Empayar Maurya di India utara, dan kemudian menjadi sebuah negeri boneka di bawah Dinasti Gupta pada abad ke-4.
  39. Perlakuan ini bermula secara organik di Jepun sepanjang melangkau beberapa abad dan dipengaruhi oleh hubungan Jepun dengan agama negara lain, terutamanya China.
  40. Pergerakan objek dipengaruhi oleh geometri ruang-masa (pergerakan inersia) yang berlaku sepanjang laluan khusus yang dipanggil ala-masa dan nol geodesik ruang masa.
  41. Dari segi sejarah pula, budaya Korea telah dipengaruhi oleh China, ia berjaya membangunkan identiti budaya yang unik dan berbeza daripada jiran mereka yang lebih besar.
  42. Ada yang berpendapat bahawa tindakan Wu dipengaruhi oleh khabar penindasan terhadap keluarganya dan gundiknya Chen Yuanyuan di tangan para pemberontak setelah jatuhnya ibu kota.
  43. Serbia Selatan dan Tenggara dipengaruhi oleh Laut Mediterranean, manakala musim-musim sejuk di Sandžak adalah agak teruk, akibat keberadaan gunung-gunung yang mengelilingi penara.
  44. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.
  45. Istilah-istilah ini berasal dari bahasa Yunani iaitu chitōn yang bermaksud moluska, yakni dipengaruhi oleh satu lagi perkataan Yunani iaitu khitōn yang bermaksud "tunik" atau "frok".
  46. Grande Coupure menandakan putusnya kesinambungan antara fauna-fauna Eropah yang endemik sebelum putusan, dan fauna-fauna campuran yang kuat dipengaruhi oleh pendatang Asia selepas itu.
  47. Dengan kedudukannya dalam laluan perdagangan laut India-China, beberapa bandar-bandar perdagangan berkembang terutamanya di pantai timur Sumatera dan dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha.
  48. Kaum Lydia dan Lycia bertutur dalam bahasa yang berumpun Indo-Eropah pada pangkalnya, tetapi kedua-dua bahasa itu telah dipengaruhi unsur bukan Indo_Eropah sebelum zaman Hitit dan Keyunanian.
  49. Saintis seperti Nicolaus Copernicus, Johannes Kepler, Galileo Galilei, dan Isaac Newton kesemuanya dipengaruhi oleh Elemen, dan mengaplikasikan pengetahuan tentangnya ke dalam hasil kerja mereka.
  50. Menjelang tahun 130 Masihi, Ptolemy yang dipengaruhi oleh Hipparchus dan orang-orang Babylon, menggunakan satu simbol untuk sifar yang sebelum itu, menggunakan abjad dalam sistem angka perenampuluhan.
  51. Iklimnya amat dipengaruhi oleh arus-arus lautan, termasuk pengayunan selatan El Nixo, yang berhubung kait dengan kemarau berkala, dan sistem tekanan rendah tropika bermusim yang mengakibatkan siklon di Australia utara.
  52. Carthage akhirnya ditaklukkan oleh Rom pada abad ke-2 SM, suatu titik peralihan yang menyebabkan peradaban Mediterranean kuno dipengaruhi khususnya oleh orang-orang Eropah berbanding dengan kebudayaan-kebudayaan Afrika.
  53. Theodore Roosevelt, kemudian menjadi Pembantu Setiausaha Tentera Laut di bawah Presiden McKinley dan seorang penyokong agresif perang dengan Sepanyol berkenaan Cuba, dipengaruhi dengan kesimpulan yang dibuat oleh Mahan.
  54. Juga pada masa yang sama, Tesla telah dipengaruhi oleh falsafah Veda ajaran Swami Vivekananda; sehinggakan Tesla mula menggunakan perkataan Sanskrit untuk menamakan konsep-konsep asas yang berkaitan dengan jirim dan tenaga.
  55. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina, termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).
  56. Ketika Perjanjian Lateran tahun 1929 negara yang memberi bentuk yang sekarang sedang disiapkan, batas-batas wilayah yang dicadangkan itu dipengaruhi oleh kenyataan bahawa banyak daripada itu semua, tapi tertutup oleh lingkaran ini.
  57. Sebuah komposisi kecerunan wujud dalam Sistem Suria, dicipta oleh haba dan tekanan radiasi dari Matahari; objek yang lebih dekat itu kepada Matahari, iaitu lebih dipengaruhi oleh haba dan tekanan radiasi, adalah terdiri dari elemen dengan poin kecairan tinggi.
  58. Yang lain mencadangkan bahawa perubahan nama melalui proses yang lama untuk memulihkan negeri Manchu di hadapan mata bangsa Han zaman Ming yang banyak dipengaruhi sistem pendidikan Neo-Konfusianisme maka melihat bekas dinasit Jin Jurchen sebagai penceroboh asing.
  59. Sepanyol merupakan negara yang bergunung-ganang di barat daya Eropah yang terdiri daripada pelbagai kawasan yang berbeza geografinya dan dikenali kerana warisannya yang pelbagai budaya kerana pernah dipengaruhi banyak negara lain dan tokoh-tokoh sepanjang sejarahnya.
  60. Masyarakat pemburu-pengumpul cenderung berpindah-randah kerana mereka amat bergantung pada keupayaan persekitaran alam tertentu untuk menyediakan sumber yang mencukupi untuk menampung kependudukan merkea dan perubahan keadaan sumber-sumber tersebut yang dipengaruhi oleh keadaan iklim dan musim setempat.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...