- Kacukan D x P menghasilkan buah tenera.
- Reaksi asid dengan soda menghasilkan gas.
- Beliau telah menghasilkan novel dan cerpen.
- Ini menghasilkan kesan yang dikenali sebagai liukan.
- Kedua-dua gerabak dan landasan menghasilkan medan magnet.
- Malah bintang tidak mampu menghasilkan cahaya tanpa oksigen.
- Reformasi ini menghasilkan perubahan besar di wilayah Baltik.
- Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.
- Ovari ialah organ perempuan yang menghasilkan ovum atau telur.
- Ia merupakan anaerob obligat yang mampu menghasilkan endospora.
- Ini menghasilkan roti berperisa dengan tekstur yang lebih baik.
- Penyuburan ialah lakuran gamet untuk menghasilkan organisma baru.
- OIC menghasilkan Deklarasi Hak Asasi Manusia Kaherah dalam Islam.
- Di sinilah kimia memainkan peranan untuk menghasilkan benda baru.
- Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
- Tumbuh-tumbuhan bukan pemangsa kerana menghasilkan makanan sendiri.
- Mereka juga telah menghasilkan sebanyak empat filem berbahasa Melayu.
- Telah diketahui bahawa hanya ayam betina yang mampu menghasilkan telur.
- Pendaraban antara dua nombor, dipanggil faktor menghasilkan hasil darab.
- Ayam betina tetap menghasilkan telur ayam yang boleh dimakan dan berkhasiat.
- Bakteria bertahan inilah yang menghasilkan generasi bakteria yang seterusnya.
- Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon.
- Dibandingkan dengan petroleum, gas asli tidak menghasilkan banyak pencemaran.
- Kaedah doh masam menghasilkan roti gandum sepenuhnya dan rye yang bercitarasa.
- Contohnya, pengayun harmonik ringkas menghasilkan pola gerakan berulang-ulang.
- Kajian yang teliti telah menghasilkan dua formula empirik yang penting, iaitu:
- Pencariran ini menghasilkan gunung berapi dan menghasilkan kerak laut yang baru.
- Pokok betina akan mengeluarkan putik yang boleh menghasilkan ratusan biji benih.
- Perjanjian Passarowitz menghasilkan satu era yang aman di antara tahun 1718-1730.
- Beliau dipercayai menghasilkan kebanyakan daripada karyanya antara 1586 dan 1616.
- Betina ialah jantina sesuatu ataupun sebahagian organisma yang menghasilkan ovum .
- Berbanding dengan saudaranya, kelapa, kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur.
- Kekilauannya dan antara muka kristal yang banyak menghasilkan permata yang menarik.
- Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir.
- Semasa zaman kegemilangannya, studio ini telah menghasilkan sebanyak 159 buah filem.
- Pada tahun 2006, Singapura menghasilkan kira-kira 10% keluaran wafer faundri sedunia.
- Yis menapai karbohidrat dalam tepung dan sebarang gula, menghasilkan karbon dioksida.
- Pembahagian sesuatu nombor oleh nombor sifar akan menghasilkan nombor tidak tertakrif.
- Bakteria dan virus tidak terlibat dalam pembiakan seks untuk menghasilkan progeni baru.
- Teknik ini biasa digunakan untuk menghasilkan muffin dan roti manis seperti kek pisang.
- Bahagian ini menghasilkan produk kemegahan Microsoft, iaitu sistem pengendalian Windows.
- Capahan sempadan kepingan bumi menghasilkan dasar laut baru dan kepulauan gunung berapi.
- Susunan ini menghasilkan dua "lembaran"; setiap satu lembaran ialah satu lapisan molekul.
- Perang ini menghasilkan banyak kaum pengungsi Palestin yang mengungsi dari daerah Israel.
- Agen penaik yang digunakan untuk memasak menghasilkan karbon dioksida menyebabkan doh naik.
- Membahagikan pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama juga menghasilkan pecahan setara.
- Paten bagi peti nyanyi pula tiada peranti pertama yang merakam dan menghasilkan semula bunyi.
- Tembuni (placenta) kini berfungsi sepenuhnya dan fetus mulai menghasilkan insulin dan kencing.
- Ini menghasilkan jawatan Ketua Negara atas nama iaitu Presiden dan juga jawatan naib presiden.
- Hampagas biasanya digunakan bagi menghasilkan sedutan, turut mempunyai penggunaan lebih meluas.
- Barometer Berti menghasilkan hampagas di atas tiang air, tetapi dia tidak mampu menjelaskannya.
- Probiotik berkeupayaan menghasilkan vitamin seperti dan vitamin C dan beberapa jenis vitamin B.
- Sifat ini meningkatkan kemungkinan untuk menghasilkan biji tetapi mengehadkan kelainan genetik.
- Mereka telah menghasilkan filem pertama selepas perang Singapura di Waktu Malam pada tahun 1947.
- HTML ialah skim pengekodan yang digunakan untuk menghasilkan dan memformatkan sebuah dokumen web.
- Di sini mereka membahagi banyak kali bagi menghasilkan sejumlah besar sporozoite halus memanjang.
- Untuk tumbuhan berbunga, suatu stamen akan menghasilkan gamet-gamet yang digelarkan butir debunga.
- Beliau menghasilkan novel ini dari April 1985 hingga Januari 2005 iaitu selama 23 tahun enam bulan.
- Karbon dioksida biasanya disuntik masuk kedalam atau bersebelahan untuk menghasilkan telaga minyak.
- Ovari yang menghasilkan gamet-gamet itu kemudian bertumbuh menjadi buah yang meliputi biji-biji itu.
- Terdapat operasi binari yang menggabungkan mana-mana dua unsur G yang menghasilkan unsur lain untuk G.
- Baru-baru ini, pembuat roti domestik yang menghasilkan roti secara automatik menjadi popular di rumah.
- Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 bertajuk Syair Singapura Terbakar.
- Sperma Y dan telur X akan menghasilkan jantan, sedangkan sperma X dan telur Y akan menghasilkan betina.
- Menurut teori Earnshaw, gabungan magnet-magnet pegun tidak dapat menghasilkan keseimbangan yang stabil.
- HTML membolehkan pembenaman imej dan objek, serta boleh digunakan untuk menghasilkan borang interaktif.
- Virus menawan sel perumah untuk memenuhi pusingan hidupnya iaitu menghasilkan lebih banyak zarah virus.
- Korea Utara menggunakan artis untuk menghasilkan seni untuk eksport di Studio Seni Mansudae di Pyongyang.
- Asid Deoksiribonukleik merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen.
- Buku-buku pada ruas yang pendek menghasilkan struktur-struktur yang dapat diubah suai untuk menjadi daun.
- Bunga mengandungi organ-organ tumbuhan, dan fungsinya ialah untuk menghasilkan biji-biji melalui pembiakan.
- Syarikat ini telah menghasilkan sebanyak 159 buah filem bermula daripada penubuhannya hinggalah tahun 1967.
- Terdapat juga tumbuhan yang tidak berbenih tetapi tetap menghasilkan embrio, seperti briofit dan paku-pakis.
- Buah tenera menghasilkan minyak yang lebih banyak berbanding buah dura kerana perbezaan ketebalan tempurung.
- Kedai roti di Chillicothe, Missouri adalah yang pertama menggunakan mesin ini bagi menghasilkan roti keping.
- Udara sejuk di atas daratan menimbulkan kawasan tekanan tinggi yang menghasilkan bayu dari daratan ke lautan.
- Jangkitan subklinikal juga biasa, maka setiap haiwan sering menghasilkan antibodi yang khusus untuk jenisnya.
- Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap.
- Terpulang kepada penyumbang, stimulasi ini boleh menghasilkan sebarang puncak syahwat dan ejakulasi air mani.
- Kebanyakan lohong ini menghasilkan kon lebih kecil seperti Pu'u 'Ō'Šdi sisi gunung berapi Kīlauea, Hawai.
- Namun masalah angin Angin Monsun Barat Daya sekarang ini tidak cukup berkesan untuk menghasilkan hujan tiruan.
- Ibu roti menghasilkan hasil yang sekata, cepat, dan tetap, tetapi tanpa rasa yang rumis seperti roti doh masam.
- University of Cambridge telah menghasilkan beberapa orang ahli sains yang berpengaruh sejak abad-abad yang lalu.
- Apabila pembahagian menghasilkan sifar sebagai bakinya, nihil yang juga bermaksud tiada ada satu pun, digunakan.
- Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.
- Kesemua labah-labah menghasilkan sutera, meskipun tidak kesemua menggunakannya bagi menganyam perangkap yang rapi.
- Transformasi banyak dilakukan dalam makmal untuk menghasilkan bakteria yang mempunyai kandungan genetik yang khas.
- Dataran ini menghasilkan minyak baik dari permukaan tanah maupun dari bawahnya, iaitu minyak sawit dan minyak bumi.
- Ia menjadikan penghasilan pantas, membenarkan kedai roti menghasilkan roti segar dari awal sekerap tiga kali sehari.
- Pakar astronomi Maharaja Cina menghasilkan takwim yang boleh diharap dan mampu menjangkakan bila gerhana berlakunya.
- Semasa kajian awal beliau dijalankan, Tesla membuat beberapa tetapan berkenaan eksperimen untuk menghasilkan sinar-x.
- Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.
- Mereka membela penggunaan asetaminofen memandangkan bahan kimia ini tidak menghasilkan kesan kesan toksik asetanilida.
- Walaubagaimanapun, tidak kesemua jujukan nukleotid pada sesuatu gen dikodkan untuk menghasilkan protein yang berfungsi.
- Indentiti pendaraban ialah nombor 1, kerana apa-apa nombor yang didarab dengan 1 akan menghasilkan nombor itu yang sama.
- Penyejukan wap pantas pada kulit akan menghasilkan frost, terutama sekeliling mulut, tetapi ia bukanlah ancaman melampau.
- Zaman Paleolitik Jepun menghasilkan alat-alatan buatan batu-batan tergilap yang pertama di dunia, sekitar tahun 30000 SM.
- Spesies boleh dibahagikan lagi kepada kedudukan taksonomi, dan menghasilkan nama trinomial atau trinomen untuk subspesies.
- Pertanian dikenali ketika itu dengan ladang kurma dan gandum serta ladang yang menghasilkan daging dan susu dan olahannya.
- Fenotip campuran boleh hadir apabila terdapat alel separa lengkap menghasilkan ciri perantaraan dalam individu heterozigus.
- Ia menghasilkan pertumbuhan baru setiap tahun, dan mengekalkan ketinggian dan ukur lilit maksimum semasa musim pertumbuhan.
- Penaik adalah proses menambah gas pada doh sebelum dibakar bagi menghasilkan roti yang lebih gebu, ringan dan mudah dimamah.
- Sistem EMS berupaya menghasilkan apungan dan juga perejangan sekaligus dengan menggunakan motor linear yang ada pada gerabak.
- orang-orang Cina mula menggunakan kiraan 'Tahun' yang terdiri daripada 365 hari, yang membolehkan mereka menghasilkan takwim.
- Sistem ringkas ini boleh menimbulkan tingkah laku yang menghasilkan sistem yang lebih rumit dan demikian semua fenomena cuaca.
- Menurut kajian yang dilakukan oleh USDA , pernafasan purata orang biasa menghasilkan sekitar 450 liter karbon dioksida sehari.
- Orbit dari ISS menghasilkan satu hari per satu malam, setiap 90 minit, masalah mengenai puasa di bulan Ramadhan juga ditujukan.
- Bagi tumbuhan, haiwan dan sesetengah protis, zigot itu akan berpecah secara mitosis untuk menghasilkan satu organisma multisel.
- Cakera imbasan Baird menghasilkan imej berleraian 30 baris yang cukup untuk memperlihatkan muka manusia dari pilin kembar kanta.
- Walaubagaimanapun, perubahan genotip tidak semestinya menghasilkan perubahan fenotip, iaitu ciri yang ditunjukkan oleh organisma.
- Ini menghasilkan Mach 2 kelajuan terbang mendatar, laju sebanyak 1,350 km/j di altitud rendah dan kadar pendakian sebanyak 230 m/s.
- Orang-orang Jepun merasa terancam dengan kebudayaan Cina yang jelas maju dan berharap untuk menghasilkan hasil kerja yang setanding.
- Tambahan lagi, semasa kanak-kanak, kelenjar thymus, yang terdapat di mediastinum, merupakan sumber penting menghasilkan lymphocytes.
- Spesies-spesies itu terutamanya terdiri daripada pokok-pokok hutan hujan tanah rendah tropika yang menghasilkan buah-buah dua sayap.
- coli fermentasi menggunakan campuran asid dalam keadaan anaerobik, menghasilkan laktat, suksinat, etanol, asetik dan karbon dioksida.
- Banyak ahli Firmicutes menghasilkan endospora, yang tahan kepada keadaan kering dan mampu betahan didalam persekitaraan yang ekstrim.
- Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata.
- Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya.
- Ofset yang mengimbangi kedua-dua medan magnet pada gerabak dan landasan menghasilkan daya yang dapat menggerakkan kereta api ke hadapan.
- Bunuh diri yang sungguh berani dan yang bertujuan untuk menghasilkan kebaikan yang lebih besar kepada orang-orang lain sering disanjung.
- Di akhir setiap instar, larva itu bersalin kulit lamanya, maka kulit baru berkembang lalu mengeras dan menghasilkan pigmen dengan cepat.
- Dalam contoh di atas, fungsi square menerima satu argumen x dengan jenis data float dan menghasilkan output dengan jenis data float juga.
- Ives dari Bell Labs memancarkan imej bergerak dari cakera 50 bukaan yang menghasilkan 16 bidang seminit melalui kabel dari Washington, D.C.
- Dianggarkan lima sehingga tujuh peratus sapuan Pap menghasilkan keputusan tidak normal, seperti dysplasia, keadaan berkemungkinan pra-barah.
- Bunuh diri atau percubaan untuk membunuh diri sebagai cara untuk menghasilkan perubahan sosial atau politik adalah berkait dengan kesyahidan.
- Persoalan mengenai samaada paramecia memaparkan pembelajaran telah menjadi objek banyak ujikaji, menghasilkan keputusan yang bercampur-campur.
- Yu umumnya lambat mencapai kedewasaan seksualnya dan menghasilkan sedikit sekali keturunan dibandingkan dengan ikan-ikan lainnya yang dipanen.
- Sebelum penemuan asetaminofen, kulit sinkona digunakan sebagai agen antipiretik, selain digunakan untuk menghasilkan drug antimalaria, kuinina.
- Tumbuh-tumbuhan menghasilkan oksigen, makanan, gentian, bahan api, dan ubat yang membenarkan bentuk-bentuk hidup yang lebih tinggi untuk wujud.
- Dalam tahun 1994, kubah sampai di pinggir kawah, dan daripada situ, jatuhan batu daripada kubah menghasilkan aliran piroklas yang berulangkali.
- Banyak negara seperti Monaco dan Andorra mempunyai perjanjian khas dengan kesatuan ini membolehkannya mengguna dan menghasilkan mata wang Euro.
- Sebilangan tumbuhan, seperti Rafflesia, titan arum, dan pawpaw Amerika Utara didebungakan oleh lalat dan oleh itu, menghasilkan bau daging basi.
- Strain ini juga boleh menguntungkan perumah mereka dengan menghasilkan vitamin K2,, dan dengan mencegah pembentukan bakteria patogen dalam usus.
- Kaedah pencahayaan sampel menghasilkan cahaya sekata dan mengatasi kontras terhad dan resolusi yang dihadkan oleh teknik awal pencahayaan sampel.
- Tetapi kini terdapat akhbar percuma yang menghasilkan pendapatan mereka semata-mata dari pengiklanan dan diedarkan secara percuma kepada pembaca.
- Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun.
- Pertumbuhan cepat berlaku dan ciri-ciri luaran utama embrio mula terbentuk, dalam proses pembezaan yang menghasilkan sel-sel yang pelbagai jenis .
- Kulat juga digunakan untuk menghasilkan bahan kimia perindustrian seperti asid laktik, antibiotik, dan juga untuk membuat jean yang pudar warnanya.
- Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.
- Filem Anak Pontinak merupakan jawapan oleh Shaw Brothers’ Malay Film Production, selepas kejayaan Cathay Keris menghasilkan siri filem pontianak.
- Karena banyak pusat fermentasi asam campuran menghasilkan gas hidrogen, pusat ini memerlukan tahap hidrogen menjadi rendah, seperti halnya ketika E.
- Kapsul besi juga dijual sebagai bekalan gas mampat bagi pistol udara, penanda bola cat (paintball), dan bagi menghasilkan air berkarbonat - seltzer.
- Selepas tempoh pembakaran buku tersebut, Dinasti Han menghasilkan karya matematik yang dianggapkan berkembang pada karya-karya yang hilang sekarang.
- Sel-sel hidup yang menghasilkan generasi sel-sel anak memindahkan maklumat genetiknya melalui kromosom dengan bilangan yang sama, kecuali sel gamet.
- Akan tetapi, dalam kebanyakan bahasa pengaturcaraan, sesuatu fungsi boleh menghasilkan 'kesan sampingan' dan melanggar hukum-hukum fungsi matematik.
- Percaya bahawa kandungan tempatan adalah caranya, TV3 terus melabur dalam pekerja dan peralatan bagi menghasilkan kandungan tempatan yang berkualiti.
- Pola fraktal juga menggunakan magnifikasi atau penskalaan yang menghasilkan kesan yang dikenali sebagai serupa diri atau tidak berubah terhadap skala.
- Percantuman ini akan menghasilkan rantaian peptida yang lebih dikenali sebagai polipeptida dengan mempunyai dua hujung rantaian yang berbeza sifatnya.
- Gegelung perejangan pada landasan digunakan untuk menghasilkan daya pada magnet yang terletak pada gerabak dan menggerakkan kereta api itu ke hadapan.
- Tumbuhan maging sukar dimasukkan ke dalam pengelasan ini kerana menghasilkan makanan sendiri sambil menghadam apa-apa sahaja yang terperangkap dalamnya.
- Berbagai-bagai organisma dengan organisasi peringkat protis pada asalnya diolahkan sebagai kulat kerana organisma-organisma itu menghasilkan sporangium.
- Sepanjang kerjayanya, Schumacher terkenal kerana berupaya untuk menghasilkan masa pusingan yang pantas pada detik-detik penting dalam sebuah perlumbaan.
- Tujuan statistik adalah menghasilkan maklumat "terbaik" daripada data yang ada, sesetengah orang menggolongkan statistik sebagai cabang teori keputusan.
- Kontradiksi antara lain OIC dan pemahaman ahli PBB keganasan telah terhalang upaya PBB untuk menghasilkan persidangan komprehensif keganasan antarabangsa.
- Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan.
- Di samping itu Nasi Dagang adalah nasi jenama masyarakat Terengganu , hanya masyarakat Terengganu yang dapat menghasilkan Nasi Dagang yang sedap dan asli.
- Rekaan pam air telah meningkat sehinggakan pada satu tahap ia menghasilkan hampagas yang boleh diukur, tetapi perkara ini tidak difahami dengan serta merta.
- Kejatuhan tekanan sekecil 13 kPa , yang tidak menghasilkan symptom sekiranya berlaku perlahan-lahan, mungkin membunuh sekiranya ia berlaku secara mengejut..
- Meiosis adalah proses pembahagian sel-sel pembiakan bagi menghasilkan gamet-gamet yang bilangan kromosomnya adalah separuh berbanding sel induknya (diploid).
- Labah-labah merupakan haiwan invertebrat pemangsa yang menghasilkan sutera, dan mempunyai dua tagma, lapan kaki, mulut tidak boleh mengunyah dan tiada sayap.
- Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanji.
- Sejak masa itu, kemunculan ekonomi pasaran di Moscow telah menghasilkan ledakan peruncitan, perkhidmatan, seni bina, dan gaya hidup yang bersifat gaya Barat.
- Dari segi pendapatan pengiklanan, syarikat mengekalkan kedudukan kepimpinannya dan berterusan menghasilkan pertumbuhan hasil yang kukuh daripada iklan-iklan.
- Contoh ini menghasilkan HTML; di kebanyakan pelayan, apabila kursor ditujukan ke singkatan itu, maka diperlihatkannya teks tajuk "Hypertext Markup Language."
- Istilah tumbuhan yang lebih luas adalah semua autotrof — iaitu, yang menghasilkan makanannya sendiri daripada bahan mentah bukan organik dan cahaya matahari.
- Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik.
- Oleh itu, ilmu kimia amat luas, daripada mengkaji zarah-zarah asas dalam sesuatu bahan hingga bagaimana bahan ini bertindak balas menghasilkan bahan yang baru.
- Kubah runtuh biasanya menjana aliran piroklas dan letupan yang lebih besar, yang mana ia akan menghasilkan turus letupan, akhirnya menyebabkan turus tadi runtuh.
- Era ini juga merupakan era berkembangnya sianobakteria, suatu jenis bakteria yang menggunakan proses fotosintesis biokimia untuk menghasilkan tenaga dan oksigen.
- Sesetengah tumbuhan seperti paku pakis juga menghasilkan satu pola menggunakan transformasi afin yang menggabungkan translasi, penskalaan, putaran dan refleksi!.
- HTML menyediakan cara menghasilkan dokumen berstruktur dengan menandakan semantik struktur teks seperti tajuk, perenggan, senarai, pautan, petikan, dan lain-lain.
- Evangelista Torricelli menghasilkan hampagas dalam makmal pertama pada tahun 1643, dan teknik ujikaji lain dibangunkan hasil teorinya berkenaan tekanan atmosfera.
- Gaya dan soalan radikalnya tentang nilai dan objektiviti kebenaran menghasilkan banyak ulasan dan tafsiran, terutamanya di tradisi kebenuaan dan falsafah analisis.
- Stesen TV3 telah menjadi perintis fesyen dengan menghasilkan pengeluaran rancangan tempatan berkualiti dan telah manarik perhatian dan kesetiaan penonton Malaysia.
- Ia mempunyai beberapa sel pembiakan khusus yang menjalani meiosis untuk menghasilkan spermatozoon yang kecil tetapi motil, atau ovum yang besar tetapi tidak motil.
- Suharto berjaya mendapatkan pelaburan luar negeri yang besar untuk Indonesia, dan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, meskipun tidak merata, di Indonesia.
- Menjelang tahun 1879, beliau dapat menghasilkan konsep baru, iaitu lampu rintangan tinggi dalam vakum yang amat tinggi, yang mampu membara selama beratus-ratus jam.
- Penambahan dan pendaraban dilihatkan sebagai operasi am, dan definisi tepat untuk operasi-operasi ini menghasilkan struktur seperti kumpulan, gelanggang, dan medan.
- Pembentukan tanah, atau pedogenesis, merupakan kesan gabungan proses fizikal, kimia, biologi dan antropogen pada bahan asal geologi yang menghasilkan lapisan tanah.
- Inductrack dan EDS tidak juga boleh mengapungkan gerabak ketika dalam keadaan pegun, meskipun Inductrack mampu menghasilkan apungan pada kelajuan yang sangat rendah.
- Dalam fasa post-pengimplanan, [blastosista]] merembeskan hormon gonadotrofin korion yang merangsang korpus luteum di ovari wanita itu untuk menghasilkan progesteron.
- Mignolet bermain dalam setiap perlawanan pada musim berikutnya, mengekalkan jersi bersih banyak kali dan menghasilkan beberapa persembahan pemain terbaik perlawanan.
- Cubaan membiak baka dua ekor kambing yang dinyah tanduk secara menghasilkan sejumlah besar individu interseks yang rata-rata mandul dalam kalangan anak-anak kambing.
- Laktobasillus mendapat makanan hasil sampingan penapaian yis, dan ini menukarkan doh menjadi masam dengan menghasilkan asid laktik, yang melindunginya daripada rosak .
- Probiotik seperti Laktobasilus gasseri menghasilkan laktase, oleh itu ia dapat membantu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus mengurangkan gejala alahan ini.
- Selain daripada merakamkan kejadian menakjubkan seperti gerhana dan komet, termasuk menghasilkan takwim yang boleh digunakan, orang-orang Cina tidak memajukan astronomi.
- Melalui pembiak-bakaan dalam pokok kacang pis , Mendel medapati bahawa progeni mempunyai rupa kedua-dua induk bunga jantan dan betina tanpa menghasilkan rupa perantaraan.
- Semua sel mempunyai DNA, iaitu bahan kebakaan gen, dan RNA yang mengandungi maklumat yang perlu untuk menghasilkan pelbagai protein seperti enzim, iaitu jentera utama sel.
- Sesetengah spesies juga boleh tergolong dalam genus, tetapi ahli-ahli yang berbeza spesies dalam sesuatu genus itu tidak mampu berkacuk untuk menghasilkan anak yang subur.
- Semua import, eksport, dan imbangan perdagangan umum adalah dalam tahap rekod, dan aliran dolar eksport telah menghasilkan penilaian semulayang cukup dalam Colombian Peso.
- Meiosis merupakan salah satu kaedah pembiakan asekual yang berlaku dalam tumbuhan dan haiwan untuk menghasilkan zuriat yang dapat mewarisi ciri-ciri genetik daripada induk.
- Antaranya terdapat banyak cara yang dapat digunakan dengan mengelompokkan bisnis mengelaskan perniagaan berdasarkan aktiviti yang dilakukannya dalam menghasilkan keuntungan.
- Kesemua reaktor skala utiliti memanaskan air bagi menghasilkan stim, yang mana kemudian ditukarkan kepada kerja mekanikal untuk menghasilkan kuasa elektrik atau pendorongan.
- Terdapat juga pokok herba yang tidak dimakan secara langsung, tetapi digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan minyak atau dipuput sebelum diletakkan di bahagian yang sakit.
- Warna neutral juga merujuk kepada warna kroma campuran dua warna penggenap dengan nisbah tertentu dan menghasilkan warna baru yang telah hilang nilai kedua-dua warna asalnya.
- Perbezaan kecil dalam keadaan awal menghasilkan keputusan yang sangat mencapah untuk sistem kekacauan, menyebabkan ramalan jangka panjang menjadi tidak munasabah secara amnya.
- Cip mikropemproses pada konsol generasi keempat ini membolehkan konsol menghasilkan unsur gambar berdasarkan piksel yang popular dalam arked permainan video dan komputer rumah.
- Cuma perbezaannya telur yang tidak disenyawakan tidak mampu hidup subur meskipun diperam untuk menghasilkan anak ayam, manakala telur yang tersenyawa mampu menetaskan anak ayam.
- Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah.
- Dengan kata lain, elektron dalam atom akan sentiasa menghasilkan gelombang elektromagnet tetapi tenaga keupayaan yang dimiliki oleh elektron perlu dikorbankan untuk tujuan itu .
- Walaupun sektor pertaniannya hanya menyediakan peluang pekerjaan kurang daripada 4% daripada populasi, Belanda mampu menghasilkan lebihan dalam industri makanan untuk dieksport.
- Tradisi lama pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua menghasilkan peluasannya sebagai lingua franca di Belanda dan Denmark, dan juga serba sedikit di Sweden dan Norway.
- Gunung berapi Super adalah istilah popurlar bagi gunung berapi besar yang biasanya mempunyai kawah yang besar dan mampu menghasilkan kemusnahan besar kadang-kala pada skala benua.
- Oleh itu, Siberia menghasilkan melebihi 10% daripada tangkapan ikan tahunan di dunia, meskipun industri perikanan telah mengalami setakat kemerosotan sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.
- Yis roti menghasilkan karbon dioksida melalui penapaian doh, sementara penaik kimia seperti dan (baking soda) membebaskan karbon dioksida apabila dipanaskan atau terdedah kepada asid.
- Pesawat Su-30 dijanakan oleh gabungan 2 unit enjin Saturn AL-31FP turbofan bersaluran rendah pembakaran lanjut yang menghasilkan kuasa tujahan pembakaran lanjutr berjumlah 25,000 kgf .
- Kuasa nuklear adalah merupakan sebarang teknologi nuklear yang direka bagi menghasilkan tenaga yang boleh digunakan daripada nukleus-nukleus atom melalui tindak balas nuklear terkawal.
- Buih sabun biasanya beberapa ratus nanometer tebal—lebih kurang sama dengan panjang gelombang cahaya, dan inilah sebab mengapa kesan gangguan menghasilkan pelangi pada permukaan buih.
- Kebanyakan tukang roti di Europah masih menghasilkan roti doh masam, dan di Amerika Syarikat, semakin ramai artis tukang roti (termasuk sebagai hobi) kembali kepada seni roti doh masam.
- Node sinoatrial, sering dikenali sebagai perentak jantung, terletak di bahagian atas dinding atrium kanan dan bertanggungjawab menghasilkan impuls eletrik yang memulakan pengecutan atrium.
- Sungguhpun ia memenuhi takrifan angkasa lepas, kepadatan atmosfera dalam beberapa ratus kilometer pertama melepasi garis Kxrmxn masih mencukupi untuk menghasilkan seretan besar pada satelit.
- Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap.
- Howard Kendall dilantik sebagai pengurus Everton untuk kali ketiga pada tahun 1997, tetapi pelantikan itu gagal menghasilkan kejayaan selepas Everton mengakhiri liga di tempat ketujuh belas.
- Simptom pada awalnya sederhana, dan kemudiannya berkembang menjadi batuk kokol, yang menghasilkan bunyi "whoop" nyaring bagi bayi dan kanak-kanak apabila mereka menghirup udara selepas batuk.
- Di pawagam, air batu kering digunakan bagi menghasilkan kesan khas kabus: apabila air batu kering ditambah kepada air, penyejatan campuran CO2 dan udara lembap sejuk terpeluwap sebagai kabus.
- Dalam fasa pasca implantasi, blastosista akan merembeskan gonadotrofin korion manusia , sejenis hormon yang merangsang korpus luteum di dalam ovari wanita supaya terus menghasilkan progesteron.
- Galian arkeologi telah membongkar bukti bahawa terdapat sekumplan kecil pemburu pada Zaman Batu, diikuti dengan populasi yang lebih besar pada Zaman Logam yang menghasilkan lesung dan alat besi.
- Pada abad ke-14, al-Kashi, seorang ahli matematik Parsi, dan Ulugh Beg , seorang ahli matematik Timurid, menghasilkan jadual-jadual fungsi trigonometri sebagai sebahagian kajian astronomi mereka.
- Setelah mendidih alkaloid morfina kontang dengan asetik anhidrida selama beberapa jam, beliau menghasilkan satu bentuk morfina berasetilat yang lebih poten dan yang kini digelarkan diasetilmorfin.
- Lipid-lipid tersusun sendiri membentuk struktur ini disebabkan kesan hidrofobik yang menghasilkan tindak balas yang terlalu bertenaga di antara ekor lipid yang hidrofobik dengan air di sekeliling.
- Tumbuhan berbunga merupakan kumpulan tumbuhan moden utama, merangkumi tumbuhan yang menghasilkan benih dalam organ pembiakan khusus yang dikenali sebagai bunga, di mana ovulari atau karpel tertutup.
- Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.
- Konfigurasi aerodinamik bersepadu, yang digabungkan bersama dengan keupayaan Kawalan Tujahan Vektor, menghasilkan kebolehan manuver yang sukar dijangka dan ciri-ciri unik semasa berlepas dan mendarat.
- Bagaimanapun, tempat ini kemudian hilang sama sekali pada zaman Keyunanian dan sejak dari masa itu, matematik Babylon bergabung dengan matematik Yunani dan Mesir untuk menghasilkanmatematik Keyunanian.
- Bahagian utara dan barat laut mengalami iklim sederhana, namun, satu gabungan pengaruh maritim, latitud dan altitud menghasilkan kepelbagaian iklim di baahgian-bahagian lain dalam Perancis Metropolitan.
- Katanya, kilang yang beroperasi di atas tanah seluas 65 hektar di pinggir bandar Windhoek itu, kini mempunyai seramai 5,000 pekerja yang berupaya menghasilkan sehingga 700,000 kilogram baju kait setahun.
- Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta sama ada suatu produk atau proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu, ataupun penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah.
- Dalam matematik, kumpulan ialah suatu struktur algebra yang terdiri daripada sebuah set dan dilengkapi dengan operasi dedua yang menggabungkan dua unsur daripada set tadi untuk menghasilkan unsur ketiga.
- Peluasan ini sering diperlukan bagi kewujudan penyelesaian, dan ia juga menghasilkan ciri-ciri penyelesaian yang lebih munasabah dari segi fizik, seperti kehadiran kejutan dalam persamaan jenis hiperbola.
- Walau bagaimanapun, teorem biasanya diungkapkan dalam bahasa asli, bukan di dalam bentuk simbolik sepenuhnya, bertujuan membolehkan pembaca mampu menghasilkan pernyataan yang formal dari yang tidak formal.
- Universiti Malaysia Terengganu sedang memohon geran sebanyak RM3 juta untuk tujuan penyelidikan dan merancang untuk membina sebuah makmal bernilai RM10 juta untuk menghasilkan kit anti-toksin untuk dipasarkan.
- Apabila petani mampu menghasilkan makanan yang melebihi keperluan keluarga masing-masing, orang lain di dalam masyarakat mereka dibebaskan untuk mengabdikan hidup mereka dalam projek bukan pemerolehan makanan.
- Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.Mereka juga bercucuk tanam , menangkap ikan , berburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar barang.
- Kerja pembinaan disambung pada bulan Julai 1998 oleh MTrans Holdings, yang menghasilkan kelengkapan sendirinya bagi meringankan kos penyiapan, akhirnya aliran ini selesai dibina setelah memakan kos RM1,180 juta.
- Untuk memproses grafik, Sony menggunakan cip mikpemproses NVIDIA RSX Reality Synthesizer yang mampu menghasilkan resolusi skrin daripada 480i/576i sehingga semaksimum 1080p untuk resolusi berdefinisi tinggi (HD).
- Pada Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.Mereka turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.Mereka juga pandai menghasilkankeranda yang berbentuk perahu.
- Dalam tumbuhan darat, istilah "betina" dan "jantan" merujuk bukan sahaja kepada organisma dan struktur yang menghasilkan telur dan sperma, tetapi juga struktur sporofit yang menghasilkan tumbuhan jantan dan betina.
- Katak menghasilkan pelbagai bunyi, terutamanya semasa musim pembiakan mereka, dan mempamerkan pelbagai jenis tingkah laku kompleks untuk menarik pasangan, untuk menangkis pemangsa dan secara amnya untuk terus hidup.
- Digabungkan dengan kalsium karbonat, seperti dalam cangkerang krustasia, ia menghasilkan komposit yang lebih kuat, lebih keras dan kaku daripada kitin yang jati, lebih tahan lasak daripada bahan mineral itu sendiri.
- Pada tahun 1507, ahli kartografi Jerman, Martin Waldseemxller menghasilkan sehelai peta dunia yang menamakan kawasan di Hemisfera Barat sebagai "America" sempena pengembara dan ahli kartografi Itali, Amerigo Vespucci.
- Kedudukannya yang baik di hulu air Sungai Volga menghasilkan pembangunan yang tetap dan selama banyak tahun, Moscow menjadi sebuah kerajaan yang stabil serta makmur, dan menarik banyak orang pelarian dari seluruh Rusia.
- Lubang-lubang cakera dijarakkan bersudut sama agar cakera tersebut dalam satu putaran dapat membolehkan cahaya melalui setiap lubang hingga mencapai pengesan buatan selenium peka cahaya yangmenghasilkan denyut elektrik.
- Enzim penting dalam process metabolisme untuk membolehkan organisma menghasilkan tindak balas kimia yang memerlukan tenaga dan tidak akan dijana secara automatik, gandingan tindak balas yang berterusan menghasilkan tenaga.
- Lapisan epidermis menghasilkan lapisan kutikle "cuticle" yang melindungi tubuhnya daripada kekeringan, daripada cecair penghadaman, atau dari persekitaran sukar yang lain, juga dalam bentuk unjuran yang membantu pergerakan.
- Telegraf kuadrupleks ini menjadi kejayaan kewangan besar yang pertama buat Edison, maka Menlo Park menjadi institusi pertama yang didirikan dengan tujuan khusus menghasilkan inovasi dan peningkatan teknologi yang berterusan.
- Dengan membolehkan huruf rumi merujuk kepada bunyi tertentu dalam bahasa Cina, pinyin menghasilkan perumian yang padat dan tepat, menjadikannya mudah untuk penutur bahasa Cina sebagai bahasa ibunda serta pengkaji bahasa ini.
- Akhirnya, pada 15 Ogos 1947, India mencapai kemerdekaan dari cengkaman British, namun kemudiannya dipecahkan untuk memenuhi hasrat Liga Muslim, sepanjang sempadan keagamaan untukmenghasilkan negara-bangsa Islam iaitu Pakistan.
- Serupa juga dengan kerelatifan am, objek-objek yang amat besar tidak menghasilkan daya terhadap objek-objek lain yang amat besar seperti yang dihipotesiskan oleh tindakan pada satu jarak, satu idea yang dicadangkan oleh Newton.
- Cunnilingus mudah digandingkan dengan mainan jari atau permainan seks ke dalam faraj, yang membenarkan rangsangan serentak titik G, atau ke dalam anus, yang mana sahaja banyak wanita mendapatimenghasilkan sensasi yang tergigih.
- Astronomi merupakan cabang sains yang melibatkan pembelajaran jasad cakerawala(seperti bintang, planet, komet-komet, nebula, gugusan bintang dan galaksi) yang menghasilkan fenomena-fenomena yang berasal dari luar atmosfera bumi.
- Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian telah memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar Sains & Teknologi Kebangsaan dengan matlamat untuk menghasilkan Polisi Sains & Teknologi Kebangsaan yang ke-2.
- Untuk mengelakkan kemungkinan perselisihan mahkamah dengan Joseph Swan yang meraih peten British setahun sebelum Edison, beliua bersama Swan membentuk syarikat Ediswan untuk mengeluarkan dan menghasilkan ciptaan berkenaan di Britain.
- Gegelung ini sebenarnya ialah sejenis motor linear: Arus ulang-alik yang mengalir melalui gegelung itu menghasilkan medan magnet yang sentiasa berubah-ubah yang bergerak ke hadapan sepanjang landasan dan merangsang gelungan seterusnya.
- Titik panas tidak terletak pada rabung kepingan tektonik, tetapi pada pluma mantel, di mana perolakan Bumi mantel menghasilkan turus bahan panas yang naik sehingga sampai pada kerak, yang cenderung lebih nipis berbanding kawasan lain di Bumi.
- Memahami bagaimana tumbuhan-tumbuhan menghasilkan makanan kita adalah amat penting untuk memberi makan kepada dunia serta untuk memberikan keselamatan makanan untuk generasi-generasi yang akan datang, umpamanya melalui pembiakbakaan tumbuhan.
- Penerbitan sesuatu teorem sering diinterpretasikan sebagai bukti kebenaran sesebuah ungkapan, tetapi jika sistem deduksi yang berbeza digunakan, ia boleh menghasilkan interpretasi yang berbeza, bergantung pada maksud-maksud hukum penerbitannya.
- Beliau merupakan penyumbang utama di dalam penciptaan barangan elektrik pengguna serta lebih dikenali hasil daripada penyelidikannya yang menghasilkan revolusi di dalam pembangunan bidang elektromagnetik pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.
- Dahulunya dikenali sebagai DD 21, program ini akan dikenali sebagai "DD(X)" untuk menggambarkan matlamat program dengan lebih jitu, iaitu menghasilkan keluarga kapal penempur permukaan yang berteknologi tinggi, bukan semata-mata satu kelas kapal baru.
- Penganut-penganut Jainisme telah mempunyai kehadiran yang ketara dalam budaya India, dan telah menyumbang kepada falsafah India, seni, seni bina, sains, dan kepada politik Mohandas Gandhi yangmenghasilkan gerakan tanpa keganasan untuk kemerdekaan India.
- Peristiwa-peristiwa dan arah aliran politik pada 1980-an memuncak dengan penggulingan kerajaan tentera dan rejim autoritarian, termasuknya setiap negara komunis dalam Pakatan Warsaw di Eropah Timur yang menghasilkan penamatan Perang Sejuk berdekad-dekad.
- Kata ini diperkirakan berasal dari bahasa Aram, Eesho atau Eesaa/ didalam teks asli yang dibaca E( Ye ) dan menghasilkan pelbagai perubahan bahasa/loghat sehingga sering disebut sebagai Yesus di Indonesia dan Jesus di Malaysia juga di peringkat antarabangsa.
- Perjumpaan mesyuarat Raja Muda Abdullah, Sir Andrew Clarke dan beberapa Orang-orang Besar Perak tanpa kehadiran Sultan Ismail dan Raja Yusuf di Pulau Pangkor pada 20 Januari 1874 telahmenghasilkan Perjanjian Pangkor dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
- Semasa kanak-kanak, hampir semua tulang manusia menghasilkan sel darah merah; apabila dewasa, penghasilan sel darah merah terhad kepada tulang-tulang besar: bagi haiwan bertulang belakang, tulang dada , tulang selangka, tulang pelvik, dan tulang lengan dan kaki.
- Peradaban-peradaban ini menghasilkan tulisan tertua dan sebagian dari ilmu pengetahuan, matematik, perundangan/hukum-hakam dan falsafah yang pertama di dunia, sehingga menjadikan wilayah ini sebagai pusat yang popular dan dikenali umum sebagai "Buaian Peradaban".
- Dikelaskan sebagai tumbuhan pada asalnya, kulat langsung bukan tumbuhan kerana kulat ialah heterotrof, iaitu organisma ini tidak menghasilkan karbon sendiri melalui proses fotosintesis tetapi sebaliknya, menggunakan karbon yang dihasilkan oleh organisma yang lain.
- Mengikut teori dalam mekanik, apabila elektron bergerak mengelilingi nukleus yang bercas positif, elektron itu sedang mengalami pecutan dan jesteru, mengikut teori elektromagnet klasik, satu zarah bercas yang sedang memecut akan menghasilkan gelombang elektromagnet.
- Seorang ahli biologi yang menggunakan model populasi dan mengaplikasi matematik, mungkin tidak melakukan matematik gunaan, tetapi hanya menggunakannya; tetapi ahli biologi matematik telahmenghasilkan masalah-masalah yang menstimulasikan pembangunan matematik gunaan.
- Sesetengah pemangsa menghasilkan bisa untuk melemahkan mangsa sebelum membahamnya dengan membunuh , atau melumpuhkannya (seperti siput rangkik); ataupun menggunakan bisa itu untuk menghadam mangsa sebelum memakannya (seperti ular orok-orok dan sesetengah labah-labah).
- (Apabila disimpan dalam peti sejuk, pencetus mampu kekal berminggu-minggu tanpa perlu diperbaharui - fed.) Terdapat pencetus yang dimiliki oleh tukang roti dan keluarga yang setua beberapa generasi manusia, amat disanjung kerana menghasilkan tekstur atau rasa istimewa.
- Ia boleh menjadi templat atau model yang boleh digunakan untuk menghasilkan perkara atau sebahagian daripada sesuatu, khususnya jika perkara-perkara yang dibuat telah cukup umum untuk pola asas untuk disimpulkan, dalam kes perkara-perkara ini mempamerkan pola yang unik.
- Sebagai tindak balas kepada pembangunan senjata biologi di Jerman dan Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Kanada memulakan pembangunan program Senjata Biologi pada 1941 yangmenghasilkan tularemia dibuat senjata, penyakit Anthrax, brucellosis, dan toxin botulism.
- Sementara tukang roti Europah kekal menghasilkan roti doh masam, di Amerika Syarikat, sebahagian besar roti doh masam telah digantikan dengan ibu roti, dan hanya baru-baru kini doh masam kembali diterima, sekurang-kurangnya dikalangan tukang roti artis (artisan bakeries).
- Aspek penglihatan hantu boleh dijelaskan melalui fisiologi: penglihatan sisi amat sensitif mengesan pergerakan, tetapi tidak bagi warna atau memfokos bentuk; dengan itu, tirai yang bergerak atau sebarang pergerakan diluar penglihatan fokus boleh menghasilkan ilusi bentuk.
- Pada mulanya, istilah ini ditambah sebagai kata sifat kepada nama pangkat-pangkat yang sedia ada, dan menghasilkan gelaran seperti Colonel General , Captain General (Kapten Jeneral), Lieutenant General (Leftenan Jeneral), dan Sargeant-Major General (Sarjan Mejar Jeneral).
- Skema sosiologinya merupakan yang biasa untuk abad ke-18; dia percaya semua kehidupan manusia melalui tahap sejarah yang jelas berbeza dan bahawa, sekiranya seseorang dapat memahami proses ini, seseorang itu dapat menghasilkan penawar bagi kesemua masalah penyakit sosial.
- Tujuannya ialah untuk mengurangkan kelajuan membelok dan untuk menghasilkan keadaan perlumbaan yang serupa kerpada keadaan hujan dengan menguatkuasakan a smaller tampalan sentuhan di antara tayar dan trek, bagi memupuk kemahiran pemandu dan meningkatkan mutu persembahannya.
- Kelab ini mempunyai kaitan yang sungguh rapat dengan syarikat Philips, syarikat yang menghasilkan mentol ketika itu sehingga kedua-dua entiti tersebut menjadi identiti kebanggaan bandar di mata dunia.PSV ialah antara gergasi dalam liga Eredivisie bersama Feyenoord dan Ajax.
- Pertumbuhan penduduk dijangka akan melimpah sehingga ke daerah berjiranan iaitu Pontian, Kulaijaya dan Kota Tinggi, menghasilkan satu kawasan perbandaran yang boleh jadi lebih besar daripada anggaran pelan induk tersebut, berkemungkinan lebih ganda lima kali saiz Singapura.
- Beliau bersama-sama rakan sekerjanya Gordon Danby membangunkan satu konsep maglev menggunakan magnet pegun yang dipasangkan pada kenderaan bergerak untuk menghasilkan daya mengangkat elektrodinamik dan juga daya menstabil pada gelung yang dibentuk khas di atas sebuah laluan.
- Oven masyarakat kemudiannya berubah menjadi apa yang kita kenali hari ini sebagai kedai roti, apabila sebilangan orang khusus dalam pembuatan roti, dan kemudiannya meningkatkan proses sehinggakan mampu menghasilkan rotu murah secara pukal untuk semua orang dalam kampung itu.
- Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta pengurusan untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa.
- Pam enam silinder blok tunggal oleh Taqi al-Din, dicipta pada 1551, juga mencipta separa hampagas, yang erbentuk "ketika pemberat timah hitam ("lead") naik ke atas, ia menarik piston bersamanya,menghasilkan hampagas yang mearik air melalui injap satu hala edalam silinder piston."
- Jika arah aliran semasa dalam pemerosotan tanah berterusan di Afrika, benua itu mungkin hanya berupaya menghasilkan makanan untuk 25% daripada penduduknya menjelang 2025, menurut Institut untuk Sumber Semula Jadi yang dikendalikan oleh United Nations University (UNU) di Ghana, Afrika.
- Salah satu pencapaian matematik yang paling penting pada abad ke-20 adalah kajian bersama ahli-ahli matematik yang dimuatkan dalam 10,000 halaman jurnal yang sebahagian besar diterbitkan antara tahun 1960 dan 1980, yang menghasilkan klasifikasi lengkap untuk kumpulan ringkas terhingga.
- Berpindak kepada hos baru atau ketika tempoh sukar, pembiakan seksual kebiasaannya lebih baik kerana ia menghasilkan pengocakan gen yang secara purata menghasilkan individual yang lebih menyesuaikan diri pada persekitaran baru.Faktor tekanan ini menyebabkan kebanyakan sel menjadi aktif.
- Selain bukti kehadiran manusia Zaman Paleolitik pada tempoh Pleistocene Akhir, para cari gali turut menjumpai bukti pendudukan pada awal tempoh Holocene oleh Mesolithic foragers, dan kemudiannya tapak pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu.
- Banyak buku teks tentang algebra abstrak bermula dengan definisi aksiomatik tentang pelbagai struktur algebra dan kemudian membentuk sifat-sifatnya, menghasilkan tanggapan salah berkenaan kemunculan dahulu aksiom dalam algebra, yang kemudiannya dijadikan motivasi dan asas untuk kajian lanjut.
- Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkanketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.
- Jadi suami-isteri atau zaujan (dalam bahasa Arab), berarti dua orang yang serupa dan seirama, tidak bertolak belakangnya antara yang baik dan yang buruk baik ditinjau secara hukum syar'i ataupun secara ukuran biasa, tidak akan dapat menghasilkan keserasian, seirama, kecintaan dan kasih-sayang.
- Heinrich Hertz, secara kebetulan, mendapati bahawa apabila dua sfera logam yang berlawanan cas dan dipisahkan pada jarak tertentu tidak akan menghasilkan bunga api apabila berada dalam bilik yang gelap tetapi radas yang sama, jika diletakkan di bawah sinaran matahari, akan menghasilkan bunga api.
- Ia juga boleh dipergunakan untuk menghasilkan peletup-peletup reka ganti... Umpamanya, TATP atau HMTD boleh dimasukkan ke dalam sebatang tiub atau picagari untuk bersentuhan dengan sebatang filamen mentol yang terdedah, seperti yang terdapat dalam mentol pokok Kristmas, untuk menghasilkan letupan."
- Televisyen komersil terawal yang dijual oleh Baird di UK pada tahun 1928 berbentuk penerima radio ditambah dengan peranti TV yang terdiri daripada tiub neon di belakang cakera berputar mekanik berlubang yang menghasilkan imej kemerahan bersaiz setem pos, yang boleh dibesarkan lagi dengan kanta pembesar.
- Kewujudan infrabunyi semulajadi, di mana berlaku pada bawah frekuensi yang boleh didengari manusia , mampu menjelaskan kecenderungan merasakan "kehadiran" dalam bilik, atau menjelaskan perasaan gelisah atau seram, kerana frekuensi infrasonik tertentu diketahui menghasilkan perasaan sedemikian kepada tubuh manusia.
- Dengan KDNK 2005 €94.376 bilion , bandar raya itu menghasilkan 6.7% daripada KDNK negara (lebih daripada mana-mana bandar raya yang lain di Itali), dan kadar penganggurannya, dikurangkan dari 11.1% ke 6.5% di antara 2001 dan 2005, kini adalah salah satu daripada kadar terendah di semua ibu negara Kesatuan Eropah.
- Penaklukan ini mencetuskan permusuhan mendapatkan kekuasaan di antara kerajaan Solomonid yang beragama Kristian dan Ifat yang beragama Muslim yang menghasilkan beberapa kemusnahan perang yang akhirnya berakhir dengan kemenangan penting di pihak Solomonik terhadap Kerajaan diRaja Ifat selepas kemangkatan Sultan Sa'ad ad-Din II yang popular di Zeila oleh Dawit II.
- Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai budu.Budu salah satu makanan yang paling popular di negeri kelantan.Sekarang masyrakat makin mengenali budu dan semakin tahu khasiat budu.Di samping itu nasi kerabu juga popular di negeri kelantan , hanya masyarakat kelantan dapat menghasilkan nasi kerabu yang sedap.Terdapat macam-macam makanan yang sedap-sedap dinegeri kelantan.
- Dibandingkan dengan pencipta awal yang menghasilkan pencahayaan elektrik dalam keadaan makmal, seawal demonstrasi dawai membara oleh Alessandro Volta pada tahun 1800, Edison memberi tumpuan kepada kegunaan komersil, maka beliau dapat menjual konsepnya kepada perumahan dan perniagaan dengan menghasilkan mentol lampu yang lebih tahan lama secara besar-besaran serta melengkapkan sistem janaan dan pengedaran elektrik.
Friday, 12 February 2016
Contoh Ayat Perkataan "menghasilkan"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "menghasilkan" dalam bahasa Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
Contoh Ayat Perkataan "adat"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai adat pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...
No comments:
Post a Comment