- Namun, takrifan rasmi ini masih belum diterima meluas oleh komuniti astronomi sendiri apatah lagi masyarakat umum.
- Namun demikian, di tempat lain wujudnya juga mikroiklim tropika, apatah lagi bukan semua tempat di sepanjang rantau khatulistiwa beriklim khatulistiwa.
- Kawasan dalam lingkungan lebuh raya pekeliling M25 juga sering dianggap sebagai 'London' yang sebetulnya, apatah lagi sempadan London Raya juga dijajarkan dengan lebuh raya itu di sesetengah tempat.
- Sebelum menjadi Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, apatah lagi pada 1980-an dan awal 1990-an, nama baik Tunku Mahmud pernah dinodai oleh beberapa peristiwa kontroversi yang mendapat perhatian media.
- Parlimen British mendapat gelaran "Induk Segala Parlimen" kerana ia dijadikan contoh bagi kebanyakan sistem parlimen yang lain di dunia, apatah lagi Akta-Akta yang digubal di sini turut mewujudkan banyak lagi parlimen lain.
- Sungguhpun Krisis Suez pada tahun 1956 menyekat peranan politik pasca-perang Britain, namun peluasan bahasa Inggeris selama ini menandakan kesinambungan pengaruh sastera dan budayanya, apatah lagi budaya popularnya yang tersebar ke seluruh dunia sejak 1960-an lagi.
- Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi pada ketika itu, rantau di Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran jatuhnya kerajaan Vietnam Selatan ke tangan komunis dan terbinalah cita-cita "Teori Domino" komunis.
- Setakat itu, tidak satu pun tuntutan Bersih yang ditunaikan, apatah lagi dengan tanda-tanda bahawa kerajaan Malaysia bakal menyeru pilihan raya umum tanpa sebarang pembaharuan dalam sistem pilihan raya, Bersih mengumumkan perhimpunan ketiga untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 28 April 2012.
- Sungguhpun memerlukan pertumbuhan ekonomi untuk memacu pembangunan, namun kerajaan RRC mula bimbang bahawa pertumbuhan ekonomi pesat telah menjejaskan kekayaan sumber dan alam sekitar negara, apatah lagi sesetengah kelompok masyarakat tertentu tidak menikmati faedah pembangunan ekonomi negara dengan secukupnya.
- Bagaimanapun, salah satu kelemahan utama amalan penulisan Jawi ialah ketidakseragaman sesama pengguna dari segi ejaan, yang mana menurut Pendeta Za'ba, "kebiasaan penulis-penulis yang ramai... ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang", apatah lagi terdapat ketidaksepakatan sesama kamus-kamus bahasa Melayu yang sedia pada zaman dahulu.
Thursday, 5 May 2016
Contoh Ayat Perkataan "apatah"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "apatah" dalam bahasa Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
Contoh Ayat Perkataan "adat"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai adat pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...
No comments:
Post a Comment