Saturday, 21 May 2016

Contoh Ayat Perkataan "merata"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "merata" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat.
  2. Sehingga Mac 1957, Ghana dikenali di merata dunia sebagai 'Pantai Emas'.
  3. Pelbagai komuniti berlainan keturunan mencari tempat tinggal di merata Kuala Lumpur.
  4. Seperti universiti-universiti Islam yang lain, para penuntutnya datang dari merata dunia.
  5. Sebatian oksigen didapati di merata Alam dan spektrum oksigen diperhatikan dalam cahaya bintang.
  6. Barang-barang buatan tradisional Gojoseon dapat dijumpai di merata Korea dan di selatan Manchuria.
  7. Ribuan penghijrah dari merata Brazil dan juga Portugal berbondong-bondong ke kawasan perlombongan.
  8. Perlembagaan Brazil pertama diisytiharkan pada 25 Mac 1824, setelah diterima oleh majlis-majlis perbandaran di merata negara.
  9. London menjadi pelabuhan utama di Laut Utara, dan dipenuhi dengan para penghijrah yang tiba dari merata England dan luar negara.
  10. Restoran Minangkabau yang sering digelar "Restoran Padang" dapat dijumpai di merata Indonesia dan di negara-negara jiran yang lain.
  11. Kejadian ini diwar-warkan ke merata dunia lalu menarik kecaman antarabangsa serta sekatan-sekatan dikenakan terhadap kerajaan China.
  12. Masjid sudah menjadi kelaziman di merata tempat di seluruh negara dan suara Azan dapat didengari dari kubah-kubah masjid 5 kali setiap hari.
  13. Dengan hanya berpandukan enjin gelintar seperti Google, pengguna di merata dunia mempunyai capaian serta-merta kepada bermacam-macam maklumat.
  14. Sejak mesyuarat yang pertama, Majlis Keselamatan telah meneruskan sessi di merata tempat dan mengadakan mesyuarat di banyak bandar seperti Paris dan Addis Ababa.
  15. Sejak mencapai kemerdekaan, India telah mengalami keganasan dan pemberontakan sektarian di merata negara, namun masih mampu mengekalkan perpaduan dan demokrasinya.
  16. Ahli falsafah dan pujangga muzik agung yang pernah hidup di bawah empayar-empayar ini melancarkan gerakan sosio-agama dan kesusasteraan kesan pemuliaannya dirasai di merata tempat.
  17. Peluang perniagaan di Mumbai dan juga potensi menawarkan taraf hidup yang lebih tinggi, menarik ramai penghijrah dari merata India, sehingga menjadikan bandaraya ini berbilang masyarakat dan budaya.
  18. Kesannya, peninggalan Empayar British meluas di merata dunia, dalam sistem perundangan dan kerajaan, amalan ekonomi, ketenteraan, pendidikan, sukan, dan juga peluasan penggunaan bahasa Inggeris di seluruh dunia.
  19. Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia.
  20. Sewaktu abad ke-12, institusi-insitusi kerajaan pusat yang sebelum ini sentiasa mengiringi kerabat diraja yang berpindah-randah ke merata negara, menjadi semakin besar dan canggih dan juga tertumpu di satu tempat, iaitu Westminster pada kebiasaannya, namun perbendaharaan diraja yang berpindah dari Winchester pula menetap di Menara London.
  21. Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke meratadunia.
  22. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa Inggeris di merata dunia adalah kesan jangkauan Empayar British, tetapi penetapan bahasa Inggeris sebagai lingua franca antarabangsa selepas Perang Dunia II banyak berpunca dari peluasan bahasa ini melalui peluasan kebudayaan dan teknologi dari Amerika Syarikat serta penekanan di institusi-institusi antarabangsa; contohnya, urutan kerusi dan panggilan nama di sesi PBB dan cabang-cabangnya mengikut susunan abjad Inggeris; padahal terdapat enam bahasa rasmi PBB, hanya dua bahasa adalah bahasa urusan.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...