Contoh Ayat menggunakan Perkataan "menara" dalam bahasa Melayu
- Mimivirus hidup di dalam ameba di menara penyejuk.
- Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut.
- Simbol yang terkenal di Bandar Kulim adalah menara jamnya yang masih lagi berfungsi.
- Ikon bandar ini yang paling terkenal adalah menara Space Needle yang didirikan pada tahun 1962.
- Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan.
- Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini
- Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun.
- Satu ciri penting yang ada pada bangunan kota ini ialah menara air buatan kayu yang terpasang pada bumbung.
- Selain itu, di Kuala Lumpur terdirinya menara berkembar tertinggi di dunia, iaitu Menara Berkembar Petronas.
- Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Kubu Santiago dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan.
- Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta lengkungannya yang luas.
- Penyiar radio dan televisyen kebangsaan menikmati liputan seluruh negara melalui menara pemancar ulang, sistem satelit dan edaran kabel.
- Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi.
- Skuad pembuangan bom dikerah ke mari tetapi tidak menjumpai apa-apa bom dalam kedua-dua menara Petronas meskipun memindahkan keluar semua orang.
- Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20.
- Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka.
- Menara Berkembar PETRONAS di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101.
- Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat.
- Oleh itu, adalah dirancangkan agar lif boleh digunakan sekiranya kedua-dua menara perlu dikosongkan, lantas dijayakan oleh raptai kecemasan yang mengikut rancangan tersebut pada tahun 2005.
- Resolusi Pengezonan 1916 mewajibkan anjakan dalam bangunan baharu, serta mengehadkan keluasan menara kepada suatu peratusan saiz lotnya, supaya cahaya matahari sampai ke jalan raya di bawah.
- Ribuan orang mengosongkan bangunan setelah menerima panggilan ugutan bom pada 12 September 2001, sehari selepas serangan 11 September membinasakan menara berkembar World Trade Center di Bandar Raya New York.
- Pada abad ke-19, pihak berkuasa bandaraya mewajibkan semua bangunan yang melebihi enam tingkat terpasang menara air untuk mengelakkan tekanan air berlebihan di paras rendah yang boleh memecah paip air bandar.
- Kita tidak mahu ilmu dan teknologi yang dicipta ditinggalkan di menara gading dan sebaliknya mesti diterjemahkan kepada kemakmuran negara, menjana produk, perkhidmatan, peluang pekerjaan, mengeksport dan menjana pendapatan negara.
- Jejantas ini juga berperanan sebagai peranti keselamatan, yang mana sekiranya terjadinya kebakaran atau kecemasan seumpamanya di satu menara, para penghuninya boleh mengosongkannya dengan menaiki jejantas ke menara yang satu lagi.
- Industri pembinaan juga sedang berkembang pesat di Doha, kesan daripada pekembangan aktiviti koperat dan komersial di Doha; ini dapat dilihat dengan jelas melalui perubahan latar langit bandar itu, dengan lebih 40 menara sedang dibina di Doha, dan yang terbesar diantara menara tersebut merupakan Menara Dubai.
No comments:
Post a Comment