Monday, 2 May 2016

Contoh Ayat Perkataan "pedagang"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "pedagang" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Harris dan beberapa orang pedagang Cina.
  2. Mereka adalah pedagang rempah-rempah dan kemenyan.
  3. Pada tahun 1825, pedagang Petrus Dillon menemui kayu cendana di pulau Erromango.
  4. Laporan dari pedagang British turut mengatakan mengenai orang negrito di Borneo.
  5. Para pedagang Arab dan Swahili merupakan rakan dagang utama dengan empayar tersebut.
  6. Para pedagang Arab yang pertama telah membawa pengaruh Islam ke pulau-pulau berkenaan.
  7. Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum Masihi.
  8. Ketika Majapahit didirikan, pedagang Muslim dan para mubaligh mula memasuki Nusantara.
  9. Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terdiri terutamanya daripada pedagang dan peniaga.
  10. Hubungan perdagangan antarabangsa hanya terhad kepada pedagang Belanda di Pulau Dejima, Nagasaki.
  11. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya.
  12. Oleh itu, dipercayai bahawa pedagang Portugis inilah yang memperkenalkan nama negara Jepun ke Eropah.
  13. Pada tempoh beberapa abad yang berikut, hanya beberapa misi penjelajahan dan pedagang menghuni di Siberia.
  14. Menjelang 1511, Melaka mempunyai jumlah penduduk 50,000 termasuk komuniti pedagang yang bertutur 84 bahasa.
  15. Bertempat di pangkalan inilah para pedagang berjual-beli di bawah sebatang pohon tinggi yang merendang di kawasan itu.
  16. Fesyen-fesyen di pekan tersebut sering kali berubah, mencipta permintaan besar terhadap golongan pedagang dan artisan.
  17. Ketika perlombongan bijih timah besar-besaran, Sungai Linggi merupakan jalan pengangkutan utama untuk pedagang bijih timah.
  18. Pada zaman ini, Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan tersohor yang menarik ramai pedagang dan saudagar dari seluruh rantau.
  19. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai ketika itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.
  20. Ini secara lambat menambahkan martabat Melayu yang berdagang pelbagai barangan tempatan, termasuk emas, dengan para pedagang asing.
  21. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh Abdullah.
  22. Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abad ke 15.
  23. Sungai Langat merupakan laluan utama pedagang dan pelombong mengangkut bijih timah dan getah ke luar negara, khususnya ke negara Britain.
  24. Pada awal kurun ke-19, ramai pedagang asing seperti pedagang Inggeris, India, China dan Sumatera telah datang ke Kota Setar untuk berdagang.
  25. Ia kemungkinannya tentera Mongol dan kafilah pedagang secara tidak sengaja membawa wabak bubonik dari Asia tengah ke Eropah dan Timur Tengah.
  26. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.
  27. Ini disebabkan Bandar itu terletak dekat muara sungai dan selalu terdapat ramai pedagang Melayu dari lain-lain Negeri Melayu bersinggah disitu.
  28. Pelabuhan utama ialah Kataha (atau Chiecha dalam rekod Cina) dan Temasik yang sering dikunjungi oleh pedagang dari Asia Tenggara, China, India, dan Timur Tengah.
  29. Setiap pedagang atau saudagar yang berulang alik ke tempat tersebut menggelarkan kawasan tersebut sebagai “Pelabuhan Pohon Kangar” bersempena nama pokok tersebut.
  30. Pada mula-mulanya, kumpulan-kumpulan pedagang dan orang-orang Kossak memasuki kawasan ini dan kemudiannya, tentera Rusia mula membina kubu-kubu mereka semakin ke timur.
  31. Nama negara Jepun dalam bahasa Melayu lama ialah "Jepang" yang dipinjam dari suatu loghat bahasa Cina, lalu ditemui oleh para pedagang Portugis di Melaka pada abad ke-16.
  32. Kegiatan perdagangan semakin merosot akibat perperangan yang berlaku kerana tiada jaminan keselamatan kepada pedagang untuk menjalankan urusniaga di kawasan bergolak ini.
  33. Pada abad ke-16, para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat.
  34. Battuta menyifatkan Mogadishu sebagai "kota yang sangat besar" dengan pedagang kaya yang banyak, yang terkenal dengan kain berkualiti tinggi yang dieksport ke Mesir dan tempat-tempat lain.
  35. Semenanjung Melayu menyambut pedagang dan penghuni dari India dan China seawal-awal abad pertama Masihi, di mana mereka membuka pelabuhan dan bandar di kawasan itu pada abad ke-2 dan ke-3 M.
  36. Pendapatan tidak hanya datang dari dagangan bijih timah tetapi juga dari kutipan cukai yang banyak yang tidak disukai para pedagang dan kolonial British di pelabuhan terdekat iaitu di Melaka.
  37. Gangguan bekalan timah menyebabkan pedagang Cina di Pulau Pinang, yang membuat pelaburan besar di dalam industri perlombongan bijih, merasa rimas dan resah, kerana perniagaan mereka kini terjejas.
  38. Dari abad kesebelas hingga kelima belas, perdagangan dengan pulau Madagascar dan pedagang dari Timur Tengah telah berkembang, muncul pula desa-desa yang lebih kecil, dan bandar-bandar yang ada diperluas.
  39. Thamboosamy Pillai, seorang pedagang India.Beliau mendapat inspirasi daripada pintu masuk utama gua yang berbentuk 'vel' dan dan mendapat inspirasi untuk membina sebuah kuil untuk Dewa Murugan dalam gua tersebut.
  40. Untuk pedagang hamba, perdagangan ini sangat menguntungkan dan menjadi sumber ekonomi utama untuk bandar British seperti Bristol dan Liverpool, yang membentuk apa yang dipanggil perdagangan segi tiga dengan Afrika dan Amerika.
  41. Mereka berpindah dari pulau ke pulau dalam jarak besar di antara New Zealand dan Madagascar, dan mereka berkhidmat sebagai penunjuk arah, kakitangan dan pekerja buruh kepada pedagang India, Arab, Parsi dan China untuk hampir 2000 tahun.
  42. Parameswara yang menjadi Raja Melaka ketika itu dikatakan menyedari bahawa usaha untuk memajukan Melaka adalah dengan memperkembangkan Islam kerana pedagang dari Gujerat, India danpedagang Arab dari Timur Tengah ramai berdagang di Nusantara.
  43. Bagaimanapun, selepas Empayar Melaka menakluk bandar ini, pengaruhnya sebagai pelabuhan terutama di kawasan Asia Tenggara merosot kerana kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan Asia Tenggara.
  44. Sejak abad ke-16, beberapa negara Eropah, termasuk Portugal, Belanda, Perancis, dan United Kingdom, mula tiba sebagai pedagang yang kemudiannya mengambil kesempatan terhadap ketegangan hubungan antara kerajaan-kerajaan tempatan untuk menubuhkan jajahan di India.
  45. Di Somalia Utara, Adal berada di peringkat awal, satu komuniti pedagang kecil telah ditubuhkan oleh pedagang mualaf dari kalangan masyarakat Tanduk Afrika, yang didominasi oleh who were predominantly orang Somalia merujuk kepada hikayat-hikayat Somalia dan Arab.
  46. Semasa pemerintahan Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak.
  47. Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan pelabuhan ini menarik ramaipedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya.
  48. Parti Rakyat Brunei menyokong untuk menyertai Malaysia dengan syarat sebagai satu entiti bersatu dari wilayah utara Borneo dengan sultan mereka sendiri, dan oleh itu cukup kuat untuk menentang penguasaan oleh Tanah Melayu atau Singapura, para pentadbir Melayu atau pedagang Cina.
  49. Alasan untuk menghalang kapal-kapal India daripada memasuki bandar-bandar pelabuhan Arab yang kaya adalah untuk melindungi dan menyembunyikan sifat-sifat eksploitasi yang wujud di dalam amalan dagangan di kalangan pedagang Somalia dan Arab di dalam perdagangan Laut Merah – Laut Mediterranean.
  50. Pedagang Hindu dari Surat dan pedagang Afrika Tenggara dari Pate, cuba untuk memintas kedua-dua kepungan Portugis blockade dan campurtangan Oman, telah menggunakan pelabuhan Somalia iaitu Merca dan Barawa kerana pelabuhan-pelabuhan itu untuk mengendalikan perdagangan mereka dengan selamat dan tana gangguan.
  51. Setelah lawatan sekali-sekala oleh nelayan-nelayan dari utara serta para penjelajah dan pedagang dari Eropah, namun mulai daripada abad ke-17, sebelah timur tanah besar ini dituntut oleh pihak British pada tahun 1770, dan New South Wales dijadikan sebuah tanah jajahan untuk hukuman secara rasmi pada 26 Januari 1788.
  52. Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukanpedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain.
  53. Terkenal sebagai pedagang Hindu, mereka membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar 2,000 tahun dahulu di lembah Mekong dan juga di Kepulauan Melayu di Funan, Chenla, Champa, Khmer, Angkor, Langkasuka, Sailendra, Srivijaya, dll. Pakar sejarah mendapati pedagang Kambuja mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan ke Ligor di utara semenanjung Tanah Melayu, merentasi Thailand dan Kemboja.
  54. Dalam awal 1500-an, pelawat Portugis Tome Pires menjumpai di Melaka "mur dari Kaherah, Makkah, Aden, Abyssinia, Malindi, Ormuz, Parsees, Rumes, Turks, Turkomans, orang Kristian Armenia, Gujaratee, lelaki Chaul, Dabhol, Goa, dari negara Deccan, Malabar dan Kling, pedagang Orissa, Ceylon, Bengal, Arakan, Pegu, Siam, lelaki Kedah, Melayu, lelaki Pahang, Patani, Kemboja, Champa, Cochin China, Cina, Lequeos, lelaki Brunei, Lucoes, lelaki Tamjompura, Laue, Banka, Linga, Moluccas, Banda, Bima, Timor, Madura, Java, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Indragiri, Kappatta, Menangkabau, Siak, Arqua (Arcat?), Aru, Bata, negara Tomjano, Pase, Pedir, Maldives...". Orang-orang ini datang ke Melaka dengan kapal dan pangjava.
  55. Pada tahun 1840,Pangeran Raja Muda Hashim menerima kunjungan seorang pedagang British ynag bernama James Brooke..Beliau telah menerima bantuan daripada James Brooke untuk menamatkan kebangkitan tersebut.Pangeran Raja Muda Hashim berjanji akan melantik James Brooke menjadi Gabenor Sarawak sekiranya kebangkitan itu dapat ditamatkan.Dengan bantuan dan kekuatan tentera James Brooke,Pangeran Raja Muda Hashim berjaya menamatkan kebangkitan rakyat Sarawak.Pangeran Raja Muda Hashim menyedari tindakannya melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak tidak akan mendapat persetujuan Sultan Brunei.Oleh itu,dia melengahkan pelantikan James Brooke.Tindakannya menyebabkan James Brooke marah lalu membedil bandar Kuching.Keadaan ini memaksa Pangeran Raja Muda Hashim melantik James Brooke menjadi Gabenor dan Raja Sarawak yang pertama.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...