Saturday, 14 May 2016

Contoh Ayat Perkataan "memudahkan"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "memudahkan" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Ia dicipta untuk memudahkan kerja-kerja mengaturcara.
  2. Ia dikenali sebagai mengurangkan atau memudahkan pecahan.
  3. Buku cek dan urus niaga elektronik memudahkan lagi pertukaran.
  4. Ambil ubat bersama segelas air kosong supaya memudahkan ubat sampai ke perut.
  5. Penggunaan Kad Pengenalan juga diwajibkan bagi memudahkan proses idenfifikasi diri.
  6. Orang minyak bertujuan bagi memudahkan menceroboh ke dalam rumah bagi matlamat tertentu.
  7. Negara yang gagal ini memudahkan serangan-serangan Algeria yang berlaku tidak lama kemudian.
  8. Sel yang kompeten bermakna sel berada dalam persekitaran dan memudahkan kemasukan unsur luar.
  9. Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini.
  10. Kemudahan ini dibina bagi memudahkan semua penduduk di daerah Jelebu menunggu bas dengan selesa dan selamat.
  11. Angka-angka ini memudahkan pengiraan operasi matematik yang rumit berbanding pengiraan menggunakan angka Rumi.
  12. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain.
  13. Telefon merupakan sistem perhubungan yang utama dalam kehidupan seharian.Telefon memudahkan kita dalam melaksanakan kerja.
  14. Ia merupakan satu penyusunan dari pelbagai elemen daripada bahasa berlainan dengan matlamat untuk memudahkan belajar bahasa.
  15. Tarikh lahir beliau yang didaftarkan pada 20 Disember 1925 oleh bapanya adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan.
  16. Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di setiap daerah bagi kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama Islam.
  17. Untuk memudahkan perdagangan ini, kota-kota didirikan di persisiran pantai Afrika Barat seperti Pulau James, Accra dan Pulau Bunce.
  18. Enzim dikenali sebagai helicase mengurai untaian-untaian DNA untuk memudahkan kemajuan enzim pembaca urutan seperti Polimerase DNA.
  19. Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh menjadi petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.
  20. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.
  21. Sesetengah bakteria juga mengandungi kapsul atau lapisan lendir yang memudahkan pembentukan biofilem dan pelekatan bakteria kepada permukaan.
  22. Beliau juga memajukan gambar rajah Feynman yang memudahkan proses pengkonsepan dan pengiraan tindak balas antara zarah-zarah di dalam ruang-masa.
  23. Sepanjang setengah abad lebih, hampir 40 juta ekor bison Amerika disembelih untuk kulit dan dagingnya serta memudahkan peluasan landasan kereta api.
  24. Setiap permukaan vilus diliputi dengan microvilus, yang bertujuan untuk meningkatkan luas permukaan untuk memudahkan penyerapan nutrien dan sebagainya.
  25. Pembakar roti sekeliling dunia dengan cepat menggunakan ibu roti bagi memudahkan penghasilan roti, dengan itu membenarkan lebih ruang bagi masa kedai roti beroperasi.
  26. Seterusnya, terdapat seorang pengarah eksekutif yang dilantik untuk memudahkan perhubungan dan bertindak sebagai penyelia di setiap sidang kemuncak atau perhimpunan lain.
  27. Rejimen Artileri turut mempunyai peralatan dan radar pengesan persenjataan musuh serta peralatan kajicuaca bagi memudahkan data-data tembakan diberi dengan cepat dan tepat.
  28. Ordinal diperkenalkan oleh Georg Cantor pada tahun 1897 untuk memudahkan turutan tidak terhingga dan untuk mengklasifikasi set dengan beberapa jenis struktur tertiban padanya.
  29. Sebahagian besar eksperimen Mendel melibatkan pokok-pokok berbaka tulen kerana ia memudahkan pengukuran ciri-ciri yang "mutlak" seperti warna, bentuk, dan kedudukan anak pokok.
  30. Konsep "Kawasan Putih" dan "Kawasan Hitam" juga diguna pakai untuk memudahkan Pihak Pentadbiran Tentera British melaksanakan kerja mereka dalam mengekang aktiviti-aktiviti komunisme.
  31. Ini dapat dilihat dalam kimi moden di mana ahli kimia meminjam perkataan yang tidak ada dalam dokumen alkimia daripada kitab-kitab pagan dan Bible untuk memudahkan pengenalan sesuatu.
  32. Fipple memberi alat timbre yang berlainan daripada seruling yang tidak mempunyai fipple dan memudahkan permainan alat tersebut; walau bagaimanapun, pemain kehilangan sedikit kawalan alat.
  33. ini memudahkan lagi penukaran ulang alik dari pengekodan terdahulu serta membolehkan aplikasi untuk menggunakan Unicode sebagai format teks dalaman tanpa perlu melaksanakan aksara gabungan.
  34. Walaupun terdapat perbezaan dalam asal-usul,tetapi perkahwinan antara pelbagai suku bahasa, menyebabkan kewujudan pelbagai dialek yang berbeza untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain.
  35. Pada abad ke-18, beberapa perubahan dilakukan pada skrip oleh mubaligh Itali bernama Constanzo Beschi, dikenali oleh orang-orang Tamil sebagai Veeramamunivar, bagi memudahkan cetakan skrip tersebut.
  36. Perkhidmatan keretapi ini adalah menguntungkan dan telah memudahkan pergerakan penduduk serta barangan di samping menggalakan pertumbuhan ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang kelapa di sepanjang koridor rel.
  37. Disebabkan rekabentuk yang hampir serupa ini, ketiga-tiga kapal ini mempunyai banyak persamaan dengan sistem yang terdapat di atas kapal-kapal kelas Lekiu dan akan memudahkan integrasi ke dalam armada TLDM kelak.
  38. Tajuk-tajuk geografi yang diberikan adalah hanya untuk memudahkan pemahaman berbanding sebuah senarai tidak terstruktur, dan harus tidak dianggap sebagai sebarang "superkeluarga" untuk keluarga-keluarga bahasa ini.
  39. Atur cara penggunaan ini mempunyai pentafsir garis perintah sebagai antara muka pengguna asas tetapi sejak pertengahan dekad 1980-an, ia telah digantikan dengan antara muka pengguna grafik untukmemudahkan pengendalian.
  40. Lebuhraya yang menyusuri persisiran bandar Muar ini akan memudahkan perjalanan dengan mengalihkan aliran trafik daripada kawasan bandar dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan di Jambatan Sultan Ismail Muar yang lebih tua.
  41. Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa.
  42. Kerajaan keindiaan ini meninggalkan kuil-kuil tersergam dan bersejarah seperti Angkor Wat yang kini merupakan Tapak Warisan Dunia, serta memudahkan penyebaran agama Hindu disusuli agama Buddha ke sebahagian besar Asia Tenggara.
  43. Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya adalah 10 Julai 1925, tapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untukmemudahkan urusan pendaftaran persekolahan.
  44. Dalam takrif-takrif perubatan dan sah dalam masyarakat, kehamilan insani adalah agak secara arbitrari terbahagi kepada tiga tempoh trimester, sebagai satu cara untuk memudahkan rujukan kepada perkembangan janin daripada pelbagai peringkat.
  45. Ketika melalui kawasan Kulim bekas-bekas pelombong ini mendapati dalam sungai dan tanah ada tanda bahawa wujudnya bijih timah dan telah mengambil keputusan untuk tinggal menetap dan membuka perkampungan bagi memudahkan mereka mendulang bijih timah.
  46. Untuk mengawal lapangan minyak, mengawal rusuk mereka semasa mara ke Malaya dan untuk memudahkan serangan mereka ke atas Sumatera dan Jawa barat, pihak Jepun memutuskan, sebagai operasi sampingan kepada kempen Malaya mereka, untuk merampas British Borneo.
  47. Untuk memudahkan pentadbiran, negara ini dibahagikan kepada 33 provinsi, iaitu Daerah Istimewa Yogyakarta, dan dua daerah dengan autonomi khusus iaitu Nanggroe Aceh Darussalam dan Papua serta satu Daerah Khusus Ibu kota (DKI), iaitu Daerah Khusus Ibukota Jakarta Raya.
  48. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan.
  49. Seiring dengan usaha British membangunkan pertahanan teknikal seperti ASDIC dan radar, pihak U-boot Jerman bertindak balas dengan memburu kapal-kapal musuh dalam kumpulan yang disebut sekawan serigala, yang melihat beberapa kapal selam berada berdekatan satu sama lain, yang memudahkan mereka untuk menenggelamkan sasaran tertentu.
  50. Pergantian presiden dari taraf oligarki El Salvador, baik konservatif dan liberal, sepanjang separuh terakhir abad ke-19 umumnya bersetuju munculnya kopi sebagai hasil bumi utama, pada perkembangan infrastruktur (rel dan kemudahan pelabuhan) terutama dalam menyokong perdagangan kopi, pada penghapusan pemilikan tanah komunal untuk memudahkan pengeluaran kopi lebih lanjut, pada bahagian hukum anti-pergelandangan untuk memastikan bahawa campesino yang terlantar dan penduduk kampung menyediakan tenaga kerja yang cukup untuk finca kopi (ladang), dan pada peredaman ketidakpuasan desa.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...