Monday, 2 May 2016

Contoh Ayat Perkataan "kebiasaannya"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "kebiasaannya" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Nama tersebut kebiasaannya italik atau digaris.
  2. Pokok rumput kebiasaannya merupakan tumbuhan renek atau herba.
  3. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri.
  4. Aktiviti ini kebiasaannya akan di lakukan di dalam sekelompok manusia yang mempunyai minat yang sama.
  5. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha.
  6. Pada kebiasaannya rumpai dikelaskan kepada tiga kategori utama iaitu rumpai daun tirus, rumpai daun lebar dan rusiga.
  7. Kelengkapan semasa keluar pula kebiasaannya ialah jersi berwarna putih dengan seluar hitam dan stokin berwarna putih.
  8. Pepatung betina bertelur di dalam atau berhampiran dengan air, pada kebiasaannya di atas tumbuhan terapung atau tumbuhan baru.
  9. Virus kebiasaannya terdiri daripada lapisan protin sebagai pelindung, teras protin yang menyimpan gen virus, dan gen virus itu sendiri.
  10. Setiap kawasan mempunyai pasukan bersenjata sendiri tetapi ia diperintah oleh pegawai am, dan sekiranya dipangil bertugas, ia kebiasaannya bagi kerja awam.
  11. Dalam budaya Barat, persona musim luruh kebiasaannya menarik, wanita-wanita penuh dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang telah ranum pada musim ini.
  12. Pembuangan najis dilihat berlaku apabila najis yang dikeluarkan dari dubur yang pada kebiasaannya dalam bentuk pepejal menjadi lembut, berair atau sangat berair.
  13. Sementara, pihak Jepun mempunyai jumlah kapal terbang yang kurang sedikit, kapal terbang pejuang mereka pada kebiasaannya lebih baik dan mencapai kelebihan udara.
  14. Dalam penggunaan harian pula, "bahasa Kantonis" pada kebiasaannya merujuk kepada dialek pusat bandar Guangzhou yang dikenali sebagai 廣府話 (gwong2 fu2 waa2) dalam bahasa tempatan.
  15. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut.
  16. Sesebuah undang-undang yang ingin dicadangkan mestilah disediakan rangkanya terlebih dahulu - kebiasaannya oleh Jemaah Menteri atau sesebuah kementerian dengan dibantu oleh Jabatan Peguam Negara.
  17. Sarang ini diperbuat daripada sutera labah-labah, seutas benang protein yang halus dan kukuh yang dihasilkan oleh labah-labah daripada spineret yang pada kebiasaannya terdapat pada hujung abdomen.
  18. Komponen-komponen secara umumnya akan disambungkan bersama-sama, pada kebiasaannya akan dipaterikan pada papan litar bercetak, untuk membina sebuah litar elektronik mengikut fungsi-fungsi tertentu.
  19. Ia diamalkan oleh orang tua dahulu, kebiasaannya bomoh atau guru silat dengan memuja semangat harimau dan membaca jampi serapah.Ia diwariskan secara turun temurun apabila pengamalnya uzur atau sakit tenat.
  20. Pada kebiasaannya bot kecil jarak dekat seperti ini dapat dimusnahkan dengan mudah lama sebelum sampai ke jarak sasaran, ia boleh beroperasi dalam armada dengan kapal besar, selagi armada berhampiran dengan pengkalan.
  21. Objek-objek lingkaran dalaman dijangka lebih berjisim secara umumnya daripada objek-objek luar lingkaran., dan supaya ahli astronomer lebih menemukan objek-objek Eris di orbit-orbit berkecondongan lebih tinggi, yang mana kebiasaannya tidak dipedulikannya.
  22. Berpindak kepada hos baru atau ketika tempoh sukar, pembiakan seksual kebiasaannya lebih baik kerana ia menghasilkan pengocakan gen yang secara purata menghasilkan individual yang lebih menyesuaikan diri pada persekitaran baru.Faktor tekanan ini menyebabkan kebanyakan sel menjadi aktif.
  23. Dalam kes ini, geometri Euclid adalah lebih konkrit daripada kebanyakan sistem-sistem aksiom moden seperti teori set, yang mana kebiasaannya menegaskan kewujudan objek-objek tanpa mengatakan bagaimana untuk membina mereka, atau menegaskan kewujudan objek-objek yang tidak boleh dibina di dalam ruang teori berkenaan.
  24. Buah ini sering diamalkan oleh sesetengah masyarakat di Sarawak sebagai penawar kepahitan tekak dan kebiasaannya buah ini dimasak secara rebusan dengan air di mana keunikan rasanya yang masam adalah rahsia buah ini sebagai pembangkit selera makan terutamanya kepada seseorang yang sedang demam atau hilang selera makan.
  25. Terdapat juga tanglung yang digubah berbentuk bintang yang disebut sebagai Parol, yang secara kebiasaannya digantung di hadapan rumah-rumah terutamanya ketika meraikan perayaan Hari Krismas atau hari-hari keagamaan besar yang lain, kebanyakan penduduk gemar menjadikan Parol sebagai salah satu hiasan di hadapan rumah mereka.
  26. Pada kebiasaannya saka ini diwarisi dikalangan keluarga pemilik asal, tetapi terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa saka ini boleh diwariskan kepada kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula terdiri sama ada menerusi perbuatan seperti bersalaman atau menerusi lafaz seperti: “engkaulah sahabat aku dunia dan akhirat.”
  27. Pelajar tingkatan 6 pada kebiasaannya berlainan dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah, seperti memakai uniform yang berbeza dengan pelajar lain, diberi jawatan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum dalam persatuan dan terdapat juga pelajar di sekolah tertentu menghadiri perhimpunan dan mempunyai tempoh rehat yang berlainan dengan sekolah lain.
  28. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri.
  29. Selain telur sebagai bahan makanan, kadangkala telur juga dibuat bahan balingan kearah rumah,kereta, dan orang ramai.Adegan ini pada kebiasaannya berlaku tatkala untuk meraikan sambutan Hari Halloween atau Hari Lahir Seseorang.Perkara ini biasanya dikenali sebagai Egging dalam kebanyakan Negara-negara pertuturan Bahasa Inggeris (English-speaking countries), perbuatan seperti ini dianggap sebagai Minor Vandalism kerana kesan negetif yang mungkin diterima dari putih telur mampu merosakkan dinding rumah selain melunturkan warna kerena,juga mampu menyebabkan masalah mata yang serius jika terkena pada mata.Selain dari itu, telur juga turut menjadi bahan balingan untuk menandakan protes dan tunjuk perasaan bagi sesuatu perkara.
  30. Sebilangan Tradisi popular di sesetengah tempat di dunia meraikan Easter adalah dengan mendekorasi kulit telur yang sepenuh masak(pada kebiasaannya dekorasi dibuat dengan menggunakan taktik dyeing tetapi kadangkala turut menggunakan taktik semburan lukisan).Orang dewasa akan menyorokkan telur yang sudah didekorasi lalu meminta untuk kanak-kanak mencarinya,aktiviti ini digelar sebagai “Pencarian Telur Easter”.Tradisi mendekorasi warna telur turut mendapat sambutan perayaan masyarakat Parsi disesetengah tempat didunia, Misalnya perayaan Sambutan Tahun Baharu Parsi yang digelar Norouz sebelum Musim Bunga Ekuinoks,melalui perayaan ini setiap daripada ahli keluarga akan mendekorasi kulit telur sepenuh masak dan seterusnya menghimpunkan kesemua telur-telur itu dalam mangkuk.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...