Saturday 1 October 2016

Contoh Ayat Perkataan "radio"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "radio" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen.
  2. ke Bandaraya New York, dan juga melalui pancaran radio dari Whippany, New Jersey.
  3. Mikrofon karbon tersebut juga digunakan dalam penyiaran radio dan siar raya pada 1920-an.
  4. Siaran radio dari Australia termasuk Radio Nasional ABC, Radio Wilayah ABC, dan FM Merah.
  5. Selain itu, siaran radio di Negara kita mempunyai siaran radio tempatan dab juga kebangsaan.
  6. Hingga kejatuhan Saddam Hussein, stesen radio yang paling popular di Iraq adalah "Suara Pemuda".
  7. Stesen radio di Selangor boleh didapati di frekuensi FM dan dihantar dari Gunung Ulu Kali, Selangor.
  8. Rancangan televisyen dan radio diedarkan melalui penyiaran radio atau cable, atau kedua-duanya serentak.
  9. Kaedah relang leber radio juga diterima secara meluas untuk menjejaki harimau liar untuk tujuan penyelidikan.
  10. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh dicapai di seluruh dunia.
  11. Stesen-stesen radio di Malaysia dibina bagi membolehkan integrasi nasional yang dapat menyampaikan maklumat kepada seluruh rakyat.
  12. Pihak kerajaan Brunei juga mengendalikan lima stesen radio iaitu Nasional FM, Pilihan FM, Nur Islam FM, Harmoni FM dan Pelangi FM.
  13. Penyiaran TV biasanya disebarkan melalui pancaran radio dalam saluran-saluran yang ditetapkan dalam jalur frekuensi 54-890 megahertz.
  14. Sebagai kanak-kanak, beliau gemar membaiki radio dan ketika berumur 15 tahun, telah menguasai kalkulus kamiran serta kalkulus pembezaan.
  15. Penyiar radio dan televisyen kebangsaan menikmati liputan seluruh negara melalui menara pemancar ulang, sistem satelit dan edaran kabel.
  16. Pembekal media Internet memberikan banyak perkhidmatan media massa, seperti email, tapak web, blog, dan radio dan televisen berasaskan internet.
  17. GE sebelumnya mempunyai RCA dan NBC hingga tahun 1930, ketika dipaksa untuk menjual syarikat radio itu sebagai akibat daripada tuduhan antitrust.
  18. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1920an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat khabar dan majalah yang diedarkan besar-besaran.
  19. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu.
  20. Ia merupakan pembawa yang dimodulatkan oleh penguncian buka-tutup, bertentangan dengan teknik radio yang lebih awal yang menggunakan sela bunga api.
  21. Media ke enam dan tujuh, internet dan mudah alih, sering kali secara berkelompok dikenali sebagai media digital; dan yang keempat dan kelima, radio dan TV, sebagai media siaran.
  22. Stesen radio komersial yang dikendalikan oleh beberapa buah syarikat media seperti AMP Radio Networks Sdn.Bhd, Star RFM Sdn.Bhd, Media Prima Berhad, Suara Johor Sdn.Bhd dan BFM Media.
  23. Penyiaran radio dan televisyen satelit boleh meliputi kawasan-kawasan sebesar seluruh benua, manakala saluran Internet boleh mengedar teks atau audio dan video berstrim ke seluruh dunia.
  24. Sebelum dekad 1950-an, bidang ini dipanggil sebagai teknologi radio kerana penggunaannya menggunakan prinsip rekabentuk dan teori pancaran gelombang radio, penerimaan gelombang radio dan juga tiub vakum.
  25. Semasa siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian 'huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata raifal M16.
  26. Sebuah syarikat penyiaran swasta dari Malaysia, ASTRO dengan usahasama sebuah syarikat dari Brunei, Kristal Sdn Bhd telah menyediakan perkhidmatan televisyen kabel berbayar dan radio di negara itu yang dikenali sebagai Kristal-Astro dan Kristal FM.
  27. Perbezaan antara elektrikal dan elektronik ini bermula pada tahun 1906 apabila Lee De Forest telah berjaya merekacipta triod yang pertama, ini membawa kepada kemampuan untuk menguatkan isyaratradio dan isyarat audio tanpa menggunakan peranti bukan mekanikal.
  28. Sejak pembatalan kawal selia pasaran televisyen dan radio United Kingdom pada dekad 1980-an, BBC telah menghadapi persaingan yang semakin meningkat dari sektor komersil, khususnya perkhidmatan-perkhidmatan televisyen satelit, televisyen kabel, dan televisyen digital.
  29. Sistem penyiaran yang terkecil merupakan sistem siar raya berinstitusi yang memancarkan perbualan dan muzik dalam lingkungan tempat-tempat terbatas seperti sekolah atau hospital, dan stesen radio atau televisyen berkuasa rendah yang memancarkan program dalam kawasan setempat yang kecil.
  30. Stesen radio komuniti tempatan termasuk UFM yang dikendalikan oleh Universiti Teknologi MARA (hanya terdapat di Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya), dan Putra FM (90.7) dikendalikan oleh Universiti Putra Malaysia (hanya terdapat di Serdang dan Seri Kembangan) yang mensasarkan pelajar universiti.
  31. Televisyen komersil terawal yang dijual oleh Baird di UK pada tahun 1928 berbentuk penerima radio ditambah dengan peranti TV yang terdiri daripada tiub neon di belakang cakera berputar mekanik berlubang yang menghasilkan imej kemerahan bersaiz setem pos, yang boleh dibesarkan lagi dengan kanta pembesar.
  32. Walaupun terdapat kegunaan televisyen yang lain seperti televisyen litar tertutup, namun kegunaan yang paling utama ialah penyiaran televisyen yang berasaskan sistem penyiaran radio sedia ada yang dibangunkan pada 1920-an, menggunakan pemancar frekuensi radio berkuasa tinggi untuk menyiarkan isyarat televisyen ke penerima TV.
  33. Stesen radio komersial yang terdapat di Selangor termasuklah Era, Sinar FM (96.7), Melody FM (103.0), Hot FM (97.6), Suria FM (105.3), Best104 (104.1), Hitz.fm (92.9), Mix FM (94.5), Lite FM (105.7), Red FM (104.9), Fly FM (95.8), BFM (89.9), Capital FM (88.9), 988 (98.8), My FM (101.8), One FM (88.1), UFM 101.3, dan THR (99.3).

1 comment:

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...