Saturday 27 August 2016

Contoh Ayat Perkataan "keadilan"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "keadilan" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Biasanya, hukuman mati itu dilaksanakan demi menegakkan keadilan di dalam masyarakat.
  2. Semasa pemerintahan Dinasti kedua belas terdapat perkembangan dalam keadilan masyarakat dan pencapaian pemikiran.
  3. Amalan ini mirip dengan Orange Revolution di Ukraine, yang juga merupakan gerakan yang menuntut keadilan pilihan raya.
  4. Parti tersebut berjaya mendirikan pemerintahan diktator yang rupa-rupanya tidak menyebelahi keadilan politik dan hak asasi manusia.
  5. Rusuhan ini menyebabkan 196 orang terkorban, lantas menyebabkan pembaharuan besar dalam dasar ekonomi negara untuk keadilan sosial yang menyeluruh.
  6. Ketidakupayaan mendapat keamanan dijelaskan sebagai ada pekerjaan yang belum selesai, seperti mangsa yang mencari keadilan atau dendam selepas mati.
  7. "Tentera keramat" ini bertujuan membaktikan sepanjang umur mereka untuk membantu yang lain dan mengejar keadilan demi segala insan tanpa mengira agama.
  8. Maka kesimpulannya, dari segi analisis hierarki nilai, mereka yang menyokong hukuman mati, sebenarnya telah meletakkan nilai keadilan di atas nilai "sayang kepada nyawa".
  9. Kemudiannya, Anwar telah ditangkap, dipukul ketika ditahan di penjara, dan didakwa dengan kesalahan melakukan rasuah, dalam kedua-dua konteks undang-undang dan moral, pendakwaan-pendakwaan termasuklah halangan keadilan dan liwat.
  10. Walaupun perbualan awal menjurus kepada kaedah mendapatkan ilmu pengetahuan, dan kebanyakan yang terakhir mengenai keadilan dan moral pratikal, hasil kerjanya yang paling penting menggambarkan pandangan (synoptic view ) mengenai moral (ethics), metafizik, sebab (reason), pengetahuan, dan kehidupan manusia.
  11. Jika kita mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.
  12. Objektif utama badan bukan kerajaan ini adalah untuk menggesa Kerajaan Malaysia yang berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional untuk mengolah kembali dan membaik pulih sistem pemilihan atau pilihanraya berdasarkan konsep keadilan sejagat yang lebih bebas, terbuka dan bersih dari unsur sabotaj, ketirisan dan rasuah pilihanraya. Selain itu sebagai suatu platform bagi mendesak Kerajaan Malaysia mengamlakan sistem pemerintahan lebih demokratik, saksama dan tidak berat sebelah. Perhimpunan Bersih 4 ini merupakan jalinan perhimpunan awam berbangkit sama seperti yang pernah diadakan pada tahun 2007, 2011, 2012.
  13. Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengistihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pualu Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...