Thursday 25 August 2016

Contoh Ayat Perkataan "setanding"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "setanding" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Badan-badan Eksekutif dan Dewan Undangan Ireland Utara memegang kuasa yang setanding dengan yang dipegang oleh Scotland.
  2. Kapal kecil ini mempunyai kelajuan setanding dengan kapal besar, dan boleh memecut hampir, melepaskan torpedo, dan cabut lari.
  3. Taraf hidup penduduk Monaco adalah tinggi, dan lebih kurang setanding dengan para penduduk di kawasan-kawasan metropolitan Perancis yang kaya.
  4. Syarikat malahan tidak setanding di rantau tersebut dengan Empayar Mughal yang berkuasa, yang membenarkan hak syarikat berdagang pada tahun 1617.
  5. Walaupun namanya dimasukkan ke dalam senarai penyair terkemuka sezaman, kalibernya tidak dianggapi setanding dengan Edmund Spenser ataupun Philip Sidney.
  6. Kota-kota ini memeliharakan banyak aspek kebudayaan Maya tetapi tidak pernah berupaya untuk mencapai saiz dan kuasa yang setanding dengan kota-kota klasik.
  7. Kaedah ini lebih laju dan senyap berbanding sistem-sistem pengangkutan awam beroda yang lain dan berupaya mencapai kelajuan yang setanding dengan turboprop dan pesawat jet.
  8. Beberapa burung mempunyai kebijaksanaan yang setanding dengan monyet besar, malah bagi ini, bahagian otak yang membentuk neokorteks mamalia adalah sebenarnya hampir tiada sepenuhnya.
  9. Di masyarakat-masyarakat yang tidak mengakui kaum perempuan sebagai penduduk-penduduk yang setanding dengan kaum lelaki, proses ini akan memberatkan lagi kepayahan mangsa-mangsa wanita.
  10. Feynman berkata bahawa beliau juga mempunyai rasa hormat kepada Bohr yang setanding dengan orang-orang lain tetapi apabila membincangkan fizik, beliau akan terlupa perkara-perkara yang lain.
  11. (Sebagai contoh, pasangan dewa pencipta Izanami dan Izanagi jelas setanding dengan yin and yang.) Bagaimanapun, cubaan tersebut menjadi pelantar bagi kebangkitan Shinto negara, selepas pemulihan Meiji.
  12. Negeri Selangor mempunyai sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka dengan KDNK per kapita (PPP) yang tertinggi di Malaysia iaitu sekitar USD33,147 pada tahun 2008, setanding dengan nilai per kapita negara eropah barat dan Hong Kong.
  13. Pengkritik romantis seperti Samuel Taylor Coleridge kemudian mempertingkatkan kekaguman kepada Shakespeare sehingga tahap penyanjungan, selaras dengan rasa hormat Romantis kepada penyair yangsetanding dengan rasa hormat kepada nabi dan genius.
  14. Dari segi matlamat strategik serangan ke atas Pearl Harbor merupakan, dalam tempoh singkat ke serdahana, kejayaan gemilang yang melampaui mimpi terbaik perancangnya dan mempunyai sedikit yangsetanding dengannya dalam sejarah ketenteraan sebarang era.
  15. Siri Bercakap Dengan Jin' dianggap sebagai karya klasik setanding dengan Misa Melayu, Anggun Cik Tunggal, Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Malim Dewa (oleh Pawang Ana dan menjadi magnum opus atau karya agung bagi negeri Perak.
  16. Memandangkan Muar tidak pernah menjadi ibu negeri atau bandar terbesar di Johor, kewujudan rangkaian keretapi eksklusif di Muar setanding dengan sistem LRT pada hari ini, satu kemudahan yang malahan ibukota Kuala Lumpur tidak memilikinya pada waktu itu, adalah pencapaian yang menakjubkan.
  17. Pemerintah bukan Islam yang terakhir yang mempunyai kuasa yang setanding ialah Nicholas II, Tsar Rusia yang terakhir, meskipun secara rasmi, Raja British merupakan penyatuan yang sama antara gereja dengan negara kerana baginda merupakan kedua-kedua ketua negara serta Gabernor Agung Gereja England.
  18. Bagaimanapun, negara-negara yang berdasarkan sistem Tentera Udara Diraja British menggunakan Marshal atau Marsyal Udara sebagai ganti, dengan Pegawai Udara merupakan gelaran am. Dalam kebanyakan angkatan tentera laut di dunia, pangkat yang setanding ialah Laksamana, dengan panggilan Pegawai Berbendera; bagaimanapun, pernah juga berlaku dalam sejarah penggunaan pangkat General at Sea atau Jeneral di Laut, ketika era Oliver Cromwell memerintah England.
  19. Daerah Segamat dibahagikan kepada 2 daerah pentadbiran iaitu Majlis Daerah Segamat dan Majlis Daerah Labis di pekan Labis dahulu dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat Selatan.Kerajaan masih belum ada perancangan untuk menaiktaraf Segamat kepada sebuah Perbandaran meskipun pembangunan dan kemajuan di Segamat sudah setanding dengan Kuantan dan Kota Bharu yang diiktiraf Majlis Perbandaran.Penduduknya seramai 207,000 orang terutama Melayu,Cina dan India.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...