Saturday 5 December 2015

Contoh Ayat Perkataan "kawal"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "kawal" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman yang malar.
  2. Dalam mengatasi krisis ekonomi tersebut, kerajaan telah mengambil langkah-langkah seperti liberalisasi perdagangan, pembatalan kawal selia dan penswastaan.
  3. Pada dekad 1980-an, pentadbiran Hawke memulakan proses pembaharuan ekonomi melalui pengapungan dolar Australia pada tahun 1983, serta pembatalan kawal selia sistem kewangan.
  4. Homeostasis merupakan keupayaan sesebuah sistem mengekalkan keadaan dalamannya demi mencapai keadaan yang stabil melalui keseimbangan dinamik berganda yang dikawal oleh mekanisme kawal atur berhubung.
  5. Sejak tahun 1996, kerajaan Howard telah meneruskan proses pembaharuan mikroekonomi, termasuk pembatalan kawal selia separa pasaran buruh dan penswastaan perniagaan-perniagaan milik kerajaan, khususnya industri telekomunikasi.
  6. Sejak pembatalan kawal selia pasaran televisyen dan radio United Kingdom pada dekad 1980-an, BBC telah menghadapi persaingan yang semakin meningkat dari sektor komersil , khususnya perkhidmatan-perkhidmatan televisyen satelit, televisyen kabel, dan televisyen digital.
  7. Fasa kedua projek monorel ini pada mulanya dirancang dengan landasan yang sedia ada akan disambung dengan 1.6 kilometer lagi landasan bermula di Jambatan Chan Koon Cheng ke The Stadhuys.Namun begitu, ianya diubah dari Stesen Hang Jebat di Taman Rempah ke Jalan Tun Mutahir dan Jalan Tun Ali ke Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya sepanjang 1.3 kilometer.Fasa kedua projek itu juga akan mengandungi satu stesen penyelenggaraan di persimpangan Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir bagi memastikan sistem monorel itu menepati piawaian yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat .Antara penambahbaikan yang dilakukan pada fasa kedua projek ini adalah terdapat pintu bantuan kecemasan di gerabak, menyediakan laluan antara gerabak, pusat kawal trafik dan sistem pemindahan automatik selain generator.Proses pembinaan fasa dua bermula pada bulan Disember 2011 dan dijangka siap pada Februari 2013.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...