Friday 18 December 2015

Contoh Ayat Perkataan "prasekolah"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "prasekolah" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan sekolah rendah.
  2. Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500.
  3. Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  4. Satu set komputer, pencetak yang lengkap dengan meja, kerusi, dan perisian diagihkan untuk kelas prasekolah yang terpilih.
  5. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual.
  6. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau DG41 manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan jawatan Pembantu Tadbir.
  7. Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.
  8. Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
  9. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

3 comments:

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...