Tuesday, 26 January 2016

Contoh Ayat Perkataan "alkimia"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "alkimia" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Sejarah alkimia sudah menjadi bidang akademik yang luas.
  2. Ahli alkimia menggunakan pelbagai alatan yang sama pada hari ini.
  3. Kimia moden berkembang daripada ilmu alkimia semasa revolusi kimia 1773.
  4. Dalam zaman moden awal, aliran teras alkimia bertukar menjadi kimia moden.
  5. Higga ke kurun ke-16, alkimia telah dianggap ilmu sains yang penting di Eropah.
  6. Simbol Venus juga mewajahkan kewanitaan, dan mewakili tembaga dalam alkimia kuno.
  7. Penggunaan symbol alkimia telah digunakan secara meluas pada kurun ke-20 oleh Ahli Psikologi dan falsafah.
  8. Ahli alkimia membina simbol itu daripada bulatan yang melambangkan roh di atas palang yang melambangkan jirim.
  9. Oleh itu, simbol-simbol alkimia dilihat mempunyai pelbagai makna, rujukan, dan analagi kepada perkara yang berlainan.
  10. Dalam erti kata yang lain, ahli alkimia tidak pernah berpendapat memisahkan aspek kimia fizikal mereka dari pandangan metafizik.
  11. Selain itu, alkimia juga digambarkan merujuk kepada pencarian batu ahli falsafah, yang boleh mengubah kepada emas atau menambah hayat.
  12. Hari ini disiplin alkimia hanya menarik minat ahli sejarah sains dan falsafah, dan untuk ciri-ciri aspek mistik, esoterik, dan artistiknya.
  13. Sebagai contoh, Issac Newton telah memberi sepenuh masa terhadap penulisan alkimia berbanding dengan subjek yang lain seperti optik atau fizik.
  14. Antara ahli alkimia yang terkenal di Barat pada waktu itu ialah Roger Bacon, Saint Thomas Aquinas, Tycho Brahe, Thomas Browne, dan Parmigianino.
  15. Sistem alkimia sering diterima iaitu setiap satu dari tujuh planet dikenalpasti dalam penandaan astrologi purba atau di kaitkan dengan beberapa logam.
  16. Kebanyakan cubaan penukaran gagal apabila ahli alkimia secara tidak sengaja mencipta unsur yang tidak stabil ditambah dengan keadaan yang tidak selamat.
  17. Objektif utama ahli alkimia yang terkenal ialah mengubah logam biasa kepada emas, bahan yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dan memanjangkan hayat.
  18. Sejak dari zaman awalnya, alkimia telah berkait rapat dengan astrologi-seperti di dunia Islam dan Eropah, yang bermaksud tradisi sekolah astrologi Greek.
  19. Ahli alkimia pada zaman itu sangat berpengaruh meskipun bukan pada asalnya mencari sesuatu yang tiada, tetapi mengkaji sesuatu yang seterusnya menjadi asa kepada kimia moden.
  20. Walau bagaimanapun, alkimia merupakan salah satu pelopor utama dalam sains moden, dan banyak bahan dan proses kimia kuno terus menjadi asas dalam kimia moden dan industri logam.
  21. Ini dapat dilihat dalam kimi moden di mana ahli kimia meminjam perkataan yang tidak ada dalam dokumen alkimia daripada kitab-kitab pagan dan Bible untuk memudahkan pengenalan sesuatu.
  22. Walaupun alkimia mempunyai banyak bentuk berlainan, dalam budaya kini, ia banyak digambarkan dalam cerita, filem, wayang dan permainan sebagai proses untuk menjadikan plumbum kepada emas.
  23. Alkimia Barat sentiasa dikaitkan dengan Hermeticism, satu sistem falsafah dan spiritual yang bertunjangkan Hermes Trismegistus, seorang syncretic dewa Mesir-Greek dan ahli alkimia lagenda.
  24. Namun begitu, alkimia semakin tidak dapat diterima sejak kurun ke-18 di mana kelahiran kimia moden yang lebih persis dan situasi kerjanya yang lebih selamat telah menidakkan keupayaan alkimia.
  25. Bermula dari zaman pertengahan lagi, ahli alkimia Eropah telah berusaha untuk mencari batu falsafah, bahan kuno yang dikatakan dapat menambahkan secara mendadak pengetahuan seseorang tentang alkimia.
  26. Sejak dari zaman pertengahan, beberapa ahli alkimia memilih untuk melihat aspek metafizik tersebut sebagai asas utama alkimia, bahan kimia, keadaan fizikal, proses bahan dan metafora kepada transformasi.
  27. Dalam kurun ke-19, seorang ahli kimia yang terkenal, Baron Carl Reichenbach, bekerja dalam konsep yang sama seperti alkimia kuno seperti daya Odic, tetapi kajiannya tidak diterima dalam aliran sains yang utama pada waktu itu.
  28. Walaupun sesetengah ahli alkimia dianggap seorang yang mengada-ngada, penipu dan mengaku dirinya pandai, kebanyakan daripada mereka merupakan sekular yang berpengetahuan tinggi dan saintis yang berwibawa seperti Isaac Newton dan Robert Boyle.
  29. Dalam sejarah sains, alkimia atau kimia kuno merujuk kepada kedua-dua jenis penyelidikan sains alam dan disiplin falsafah dan rohaniah yang menggabungkan unsur kimia, metalurgi, fizik, perubatan, astrologi, semiotik, mistik, spiritualisme dan seni yang digabungkan menjadi suatu daya yang kuat.
  30. Dalam masa yang sama, adalah jelas kepada ahli alkimia bahawa sesuatu yang terlibat dalam proses kimia disimpan, meskipun dalam perubahan yang amat ketara dari segi fizikal dan rupa; adalah, bahan itu mengandungi "prinsip" yang mungkin disembunyikan dalam bentuk luaran dan didedahkan menggunakan manipulasi yang betul.
  31. Menerusi seluruh sejarah disiplin, ahli alkimia berusaha untuk memahami keadaan semulajadi prinsip-prinsip tersebut, dan mencari beberapa susunan dan memahami keputusan eksperiment kimia mereka yang sering dilemahkan oleh reagen yang tidak berkualiti, kekurangan pengukuran kuantitatif, dan sistem penamaan yang membingungkan dan tidak selaras.
  32. Oleh sebab bahasa alkimia hermetic telah banyak di ketahui, para sejarawan menjadi lebih cenderung untuk mengkaji hubungan di antara displin dan segi sejarah budaya Barat seperti sosiologi dan psikologi komuniti cendekiawan, kabbalalisma, spiritualisma, Rosikrusianisma, dan pelbagai gerakan mistik yang lain umpamanya kriptografi, ilmu sihir, dan evolusi Sains dan falsafah.
  33. Persepsi masyarakat pada ketika itu menganggap ahli alkimia adalah pseudosaintis, penipu dan orang yang mengaku dirinya pandai akan sesuatu, yang menguji bagaimana hendak menukar bahan murah kepada emas, mempercayai bahawa Bumi terkandung daripada empat elemen utama iaitu tanah, air, api dan angin, dan menghabiskan masa mereka-reka sesuatu yang ajaib, racun, dan penawar magis.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...