Wednesday, 27 January 2016

Contoh Ayat Perkataan "berterusan"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "berterusan" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Pertempuran berterusan selama dua hari.
  2. Operasi ini berterusan sehingga tahun 1955.
  3. Pengembangan berterusan bandar menimbulkan kemarahan Maasai.
  4. Sempadan itu berterusan merentasi Teluk Suez, Laut Merah, dan Teluk Aden.
  5. Aktiviti berterusan dengan perlahan untuk sesebuah bulan, sehingga 16 Ogos.
  6. Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun Dr. Mahmud.
  7. Petempatan Troy bermula pada zaman Neolitik, dan berterusan hingga Zaman Besi.
  8. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II .
  9. Aktiviti ketenteraan yang berterusan ini dikenali sebagai Pertempuran Atlantik.
  10. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.
  11. Letupan terbaru sebelum ini adalah pada 1992 dan berterusan selama sepuluh tahun.
  12. Pengambilan kafeina secara berterusan akan menyebabkan badan menjadi toleren dengan kehadiran kafeina.
  13. Membran-membran ini adalah helaian-helaian rata yang membentuk penghadang berterusan di sekeliling sel.
  14. Membran penggarisan sisterna mungkin berterusan dengan membran nukleus, membran plasma dan jasad golgi.
  15. Kemajuan dibawah Joe Royle berterusan pada musim 1995–96 selepas mereka menduduki tempat keenam dalam liga.
  16. Ketika itu, Sharon mula mengalami keadaan vegetatif berterusan dan sehinggalah kematiannya lapan tahun kemudian.
  17. Walau bagaimanapun, usaha yang berterusan tidak membantu dalam menghalang proses kemerosotan sistem Uthmaniyyah.
  18. Liverpool beraksi secara berterusan di dalam Liga Perdana Inggeris sejak Liga tersebut bermula dalam tahun 1992.
  19. Tempoh Pradinasti Mesir berterusan sepanjang tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai oleh kebudayaan Naqada.
  20. Penghijrahan Yahudi berterusan dengan beberapa gelombang ketiga dan keempat (1924 – 1929) selepas Perang Dunia I.
  21. Beberapa kilang petrokimia gergasi telah dibuka di Gebeng, menandakan pertumbuhan berterusan dalam sektor industri.
  22. Penemuan-penemuan terbaru dalam matematik berlaku sepanjang sejarah manusia dan proses in berterusan sehingga hari ini.
  23. Sesuatu fungsi yang berterusan boleh dianalisa dengan tepat melalui kalkulus yang diberi nama infinitesimal calculus ini.
  24. Namun demikian, perang gerila telah berterusan sehinggalah 1899 apabila pihak British berjaya membunuh ketua pemberontak.
  25. Oleh sebab itu, ia memerlukan penghasilannya yang berterusan dari waktu jantan mencapai kematangan seks sehingga kematiannya.
  26. Proses evolusi matematik boleh dilihat sebagai satu penambahan berterusan siri-siri pengabstrakan, atau satu pengembangan isi.
  27. Pelaburan yang berterusan dalam pemain dalam musim berikutnya, dan hasil mula menampakkan hasil dengan peningkatan kualiti pemain.
  28. Bournemouth dan Boscombe Athletic Football Club kekal dalam rekod sebagai ahli paling lama secara berterusan dalam Divisyen Ketiga.
  29. Ancaman Viking berterusan hingga tahun 886 apabila Alfred yang Agung menawan semula London dan berdamai dengan ketua Denmark, Guthrum.
  30. Pembaikpulihan ekonomi negara dijangka berterusan untuk beberapa tahun yang akan datang dengan kadar pertumbuhan dalaman yang konstan.
  31. Bagaimanapun, pertumbuhan Hanover berterusan sehingga Perang Dunia II, apabila dua pertiga daripada bandar telah dibom sehingga musnah.
  32. Tempoh embrio dalam manusia bermula pada proses persenyawaan dan berterusan hingga akhir minggu gestasi ke-10 (minggu ke-8 umur gestasi).
  33. Ketegangan antara Belanda dan Inggeris di Singapura berterusan sehingga tahun 1824, ketika mereka menandatangani Perjanjian Anglo-Belanda.
  34. Bagaimanapun, penghasilan pedang berterusan kembali, meskipun ini disebabkan oleh keperluan budaya dan bukannya disebabkan oleh peperangan.
  35. Namun begitu, dominasi Jurchen yang berterusan dalam kerajaan dipastikan oleh satu kuota etnik untuk pelantikan birokratik peringkat atasan.
  36. Kota Bharu beriklim monsun tropika yang baik di mana hujan lebat turun berselang-seli dan berterusan pada bulan November, Disember dan Januari .
  37. Pada tahun 1267, Nahmanides menetap di Jerusalem dan sejak masa itu, suatu kehadiran orang Yahudi yang berterusan di Jerusalem telah dikekalkan.
  38. Pada bahagian sisi, bermula di hadapan dan berterusan separuh jalan, adalah liang oral, yang mengumpulkan makanan sehingga ia di sapu masuk ke mulut sel.
  39. Bagaimanapun, rejim tentera berterusan di bawah pengganti yang dipilihnya, Jeneral Joxo Figueiredo, untuk melengkapkan peralihan ke demokrasi sepenuhnya.
  40. TV3 terus meningkatkan perkakasnya untuk pengeluaran dan transmisi, dan kakitangannya menerima latihan dan pendedahan berterusan dalam penerbitan televisyen.
  41. Dari segi pendapatan pengiklanan, syarikat mengekalkan kedudukan kepimpinannya dan berterusan menghasilkan pertumbuhan hasil yang kukuh daripada iklan-iklan.
  42. Penurunan kadar kelahiran yang berterusan di Alor Setar telah menyebabkan peratusan kanak-kanak bawah umur 15 tahun menjunam beberapa peratus pada tahun 2000.
  43. Di Manchukuo, sebuah kempen berterusan dijalankan untuk menewaskan tentera sukarelawan yang muncul, akibat kekecewaan umum terhadap dasar ketaktentangan Jepun.
  44. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh stesen-stesen untuk bersiaran secara berterusan dan cekap, setiap satunya berbeza mengikut cara pembiayaannya:
  45. Hipotalamus terangsang akan merangsang koordinasi badan.Proses ini akan berterusan sehingga persekitaran dinamik dalam badan akan berada pada julat yang normal.
  46. Pajakan ini berterusan sehinggalah Sabah mengecapi kemerdekaan bersama Malaysia pada tahun 1963, bersama-sama dengan Singapura, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
  47. Musim 2009–2010 menyaksian kebangkitan Leicester dibawah Pearson berterusan dengan kelab itu menduduki tempat ke-5 dalam liga dan layak ke play-off Championship.
  48. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511.
  49. Persaingan antara lagenda perlumbaan Ayrton Senna dan Alain Prost benjdai tumpuan utama F1 pada musim 1988, dan berterusan sehinggalah Prost bersara pada akhir musim 1993.
  50. Topologi, yang bercambah dari geometri, tetapi dijadikan kepada disiplin bebas besar, tidak membezakan antara objek yang boleh berterusan dicacatkan kepada satu sama lain.
  51. Penswastaan syarikat-syarikat milikan awam serta pembukaan sektor-sektor tertentu kepada penyertaan swasta dan asing masih berterusan meskipun menghadapi perdebatan politik.
  52. Setelah kerajaan Rom lemah pada 165 SM, Albania dikawal secara hampir berterusan oleh kuasa asing sehingga pertengahan abad ke-20, dengan tempoh singkat pemerintahan sendiri.
  53. Peringkat kelahirannya berada di antara yang tertinggi di dunia dan ada tanda-tanda bahawa trend ini akan berterusan buat masa yang boleh dipercayai di masa yang akan datang.
  54. Keadaan ini sekiranya berlarutan mampu menyebabkan kekeringan air (terdehidrasi) @ dehydrated dan sekiranya berterusan mampu membahayakan pesakit juga boleh menyebabkan maut.
  55. Pada 1965, dengan perpisahan politik Singapura daripada Malaysia, terdapat penglibatan yang berterusan daripada kerajaan Malaysia dan Singapura dalam syarikat penerbangan ini.
  56. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.
  57. Peperangan di Eropah berakhir dengan penyerahan diri oleh Jerman pada 8 Mei 1945, tetapi berterusan di Asia dan Pasifik sehingga 2 September 1945, apabila Jepun menyerah kalah.
  58. Pembangunan Liverpool berterusan sehingga Bootle and Crosby dalam daerah Sefton di sebelah utara, dan sehingga kawasan Huyton dan prescot dalam daerah Knowsley di sebelah Timur.
  59. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.
  60. Kaedah pertanian dan penangkapan ikan yang baharu ini bersama-sama memulakan ledakan kelahiran manusia yang mengerdilkan semua perkembangan dahulu dan masih berterusan pada hari ini.
  61. Litigasi berterusan selama enam tahun sehingga 6 Oktober 1889, apabila hakim menetapkan bahawa hujah peningkatan lampu elektrik bagi "filamen karbon tahan lama" oleh Edison adalah sah.
  62. Walaubagaimananpun, pelabuhan tersebut telah gagal menempakan kejayaan jangka panjang, berikutan serangan berterusan pihak lanun dan British telah meninggalkan pulau tersebut pada 1805.
  63. Keganasan dan kemusnahan oleh pengunjung ke Bournemouth berterusan pada hujung minggu cuti, menyebabkan kerosakan lebih daripada x1 juta dan kecederaan kepada penyokong dan pegawai polis.
  64. Kedua-dua simetri berasingan dan berterusan memainkan peranan penting dalam geometri, dahulunya dalam topologi dan teori kumpulan geometrik, yang terkemudian dalam teori Lie dan geometri Riemann.
  65. Letusan membangun adalah berunsur suatu sumber berterusan lava kira-kira satu kilometer berkedudukan di atas kawah, gas, dan abu tiang-tiang dianggarkan pada 13 hingga 14 km, dan aliran piroklas.
  66. Migrasi Luo berterusan sehingga abad ke-16, dengan beberapa orang Luo tinggal bersama orang Bantu di Uganda Timur, manakala yang lain menghala ke pantai barat Tasik Victoria di Kenya dan Tanzania.
  67. Mereka yang menyokong kemerdekaan mendakwa bahawa referendum ini diadakan dalam situasi yang tidak demokratik, dengan propaganda berterusan daripada media milik kerajaan untuk undian pro-kesatuan.
  68. Sungguhpun begitu, tentangan terhadap pendapat bahawa hampagas wujud dalam alam semulajadi berterusan sehingga Revolusi Saintifik, dengan ilmuan seperti Paolo Casati mengambil belah pihak anti-vacuist.
  69. Objek yang paling menyerupai jasad hitam ialah satu bekas yang mempunyai satu lubang yang sangat kecil kerana sebarang sinaran yang memasuki lubang itu akan terpantul secara berterusan di dalam bekas itu.
  70. Vietnam mencapai sekitar pertumbuhan KDNK setahun sekitar 8% dari tahun 1990 hingga 1997 dan berterusan pada sekitar 7% dari tahun 2000 hingga 2005, menjadikannya ekonomi kedua paling pesat bertumbuh di dunia.
  71. Angkatan Tentera Malaysia mengalami evolusi yang berterusan daripada sekadar pasukan tambahan di dalam Tentera British kepada pasukan menentang insurgensi seterusnya dibentuk menjadi sebuah angkatan konvensional.
  72. Budaya Sepanyol berakar umbi dalam budaya Celtiberia, Latin, Visigothik, Katolik, dan secara kecil-kecilan, Islam, serta perselisihan yang berterusan antara negeri pusat dengan beberapa rantau dan golongan minoriti.
  73. Skuasy berterusan hampir secara eksklusif permainan bagi kelas pertengahan atas dan / atau kelas atasan sehingga sekitar tahun 1950-an, apabila pengendali-pengendali komersial mula membina gelanggang untuk orang awam.
  74. Seterusnya, pada tahun 70-an, golongan homoseksual mula berpindah ke kawasan Castro, dan memulakan hak-hak aktivis homoseksual, menyebabkan budaya homoseksual berkembang di San Francisco yang berterusan hingga sekarang.
  75. Namun demikian, dengan Perang Dingin berterusan di antara Blok Timur dan Blok Barat, Britain menempatkan British Army of the Rhine yang kuat di Jerman, sebagai komitmen mereka dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara .
  76. Enzim penting dalam process metabolisme untuk membolehkan organisma menghasilkan tindak balas kimia yang memerlukan tenaga dan tidak akan dijana secara automatik, gandingan tindak balas yangberterusan menghasilkan tenaga.
  77. Selepas tempoh kacau bilau perperangan yang berterusan dan beberapa cubaab kemerdekaan selepas Revolusi Russi 1917 dan Perang Dunia, Ukraine muncul pada tahun 1922 sebagai salah satu negara yang mengasaskan republik Soviet Union.
  78. Penggunaan opioid secara berterusan akan mendorong pergantungan fizikal, yang boleh dilihat daripada sindrom tarikan akut apabila pengambilan dadah tersebut dihentikan atau dikurangkan secara cepat, atau apabila antagonis digunakan.
  79. Kelemahan ekonomi Sepanyol yang berterusan termasuk inflasi tinggi, ekonomi bawah tanah yang besar, dan sistem pendidikan yang merupakan antara yang paling kurang memuaskan di kalangan negara maju, seperti yang dinyatakan dalam laporan OECD.
  80. Tidak seperti pengetahuan tentang kerajaan Singhasari, Majapahit dan sebagainya, tiada pengetahuan yang berterusan tentang Srivijaya meskipun dalam sejarah Indonesia; masa lalunya yang dilupakan sebenarnya telah dicipta semula oleh ahli sejarah asing.
  81. Ekonomi India telah berkembang secara berterusan selama dua dekad yang lalu; namun, pertumbuhan itu nyata tidak sekata apabila kita membandingkan kelompok-kelompok sosial, ekonomi dan rantau geografi yang berbeza, serta kawasan bandar dan luar bandar.
  82. Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentang smartfon iPhone dan sistem video digital Apple TVnya membayangkan peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan tradisionalnya dalam komputer peribadi.
  83. Heras mencadangkan teori bahawa terdapat turutan berterusan raja Pallava, dua puluh empat orang semuanya, yang pada asalnya memerintah di bandar dalam negeri Telugu, kemungkinannya di Dasanapura, di mana Kepingan Tembaga Darsi menyatakannya sebagai adhisthana mereka.
  84. Dalam pernyataan yang dikeluarkan pada 18 Oktober 2005, setiausaha agung OIC, Ihsanoglu telah menyuarakan keprihatinan atas konflik yang berterusan di selatan Thailand yang "meragut nyawa orang tidak bersalah dan memaksa penghijrahan penduduk tempatan keluar dari tempat mereka".
  85. Jika arah aliran semasa dalam pemerosotan tanah berterusan di Afrika, benua itu mungkin hanya berupaya menghasilkan makanan untuk 25% daripada penduduknya menjelang 2025, menurut Institut untuk Sumber Semula Jadi yang dikendalikan oleh United Nations University (UNU) di Ghana, Afrika.
  86. Lagi sebuah contoh langsung ialah kes bagi seorang yang berdiri di atas Bumi dalam keadaan rehat merujuk terhadap koordinat-koordinat permukaan Bumi , tetapi sedang mengalami pemecutan fizikal yang berterusan disebabkan rintangan mekanik permukaan Bumi yang mengekalkannya daripada jatuh bebas.
  87. Persaingan kedua ini dicadangkan pada 27 Jun, 2008 tetapi pada 22 Jun, Tsvangirai menarik diri daripada pilihan raya presiden atas alasan ketidakadilan yang berterusan dan enggan menyertai proses pilihan raya yang ganas dan tidak mengikut undang-undang, sekali gus memberikan kemenangan kepada Mugabe.
  88. Di bawah tekanan berterusan untuk mengikut norma-norma kelelakian, ahli-ahli gerakan kewanitaan tidak bersetuju antara satu sama lain tentang persoalan-persoalan punca ketaksamaan, bagaimana kesamaan harus dicapai, serta takat jantina dan identiti berdasarkan jantina yang harus dipersoalkan dan dikritik.
  89. Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah , berkata, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”
  90. Contoh taklik berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai tebus talak tersebut.”
  91. Bagaimanapun, beliau mengalami serangan yang berterusan bagi kebanyakan tempoh kepresidenannya kerana dikatakan "terlalu lembut terhadap Komunisme." Lagi satu masalah politik dalam negeri ketika itu ialah tanggapan bahawa ahli-ahli pentadbirannya terlibat dalam rasuah: beratus-ratus orang yang dilantiknya terpaksa meletakkan jawatan, akibat skandal-skandal kewangan yang berturut-turut.
  92. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusansehingga hari ini.
  93. Peluruan Briged Ringan dalam Perang Crimea, Peluruan Pickett di Gettysburg dalam Perang Saudara Amerika, dan peluruan pasukan askar berkuda Perancis dalam Pertempuran Sedan, sebahagian Perang Perancis-Prusia, merupakan serangan-serangan yang berterusan meskipun para penyerang itu telah sedar bahawa serangan-serangan mereka itu tidak mungkin akan berjaya dan hanya akan membawa maut kepada kebanyakan mereka.
  94. Lebih jauh daripada ini, selama keruwetan penyerahan tanah Amarnath 2008, kutukan OIC terhadap "penggunaan kekuatan berlebihan dan berterusan yang tidak berasas terhadap orang-orang Kashmir" disambut oleh tindakbalas India sebagai berkata: "OIC telah sekali lagi memilih untuk mengulas Jammu dan Kashmir dan urusan dalaman India yang mana tidak mempunyai locus standi ... Untuk menyeru penglibatan antarabangsa dalam urusan dalaman India yang berdaulat adalah tidak berasas, haram dan hanya mencerminkan pengembalian kepada pola fikiran yang telah menimbulkan keputusan yang tidak baik bagi Pakistan pada masa lalu.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...