Thursday 28 January 2016

Contoh Ayat Perkataan "jatuh"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "jatuh" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Bursa saham Thailand jatuh 75% pada 1997.
  2. Baht jatuh menjunam dan hilang setengah harganya.
  3. Singapura jatuh ke tangan Jepun dua minggu kemudian.
  4. Maulidur Rasul pada jatuh pada Rabiulawal setiap tahun.
  5. Pada tahun 1987, Feynman jatuh sakit kerana menghidap barah.
  6. Tambahan lagi, nilai relatif perak terhadap emas turut jatuh .
  7. Korda diletakkan bersama jaring supaya bola dapat jatuh ke tanah.
  8. Jumlah penduduk di negeri-negeri ini jatuh mendadak sebanyak 30%.
  9. Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad.
  10. Akibat daripada kematian bondanya, Nikola Tesla telah jatuh sakit.
  11. Baht jatuh ke titik terendah di 56 kepada dolar pada Januari 1998.
  12. Akhirnya, keseluruhan Turki jatuh ke tangan bangsa Turki pada 1331.
  13. Blok-blok batu pijar telah kerap jatuh ke dalam rusuk gunung berapi.
  14. DI Malaysia, ia jatuh di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984.
  15. Tiga daripada empat pusat ini jatuh kembali ke tangan Korea pada 75 SM.
  16. Constantinople setelah jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453.
  17. Kulapuk dalam pakan kambing boleh menyebabkan kambing jatuh sakit ataupun maut.
  18. Tumbuhan jatuh dalam salah satu antara lima kumpulan berdasarkan jangka hayat ia.
  19. Penghujung tali pusat yang terlekat pada abdomen anak akan jatuh pada diri sendiri.
  20. Kebanyakan spekulasi mengenai asal mereka jatuh kedalam salah satu kategori berikut:
  21. Daerah Guyana sepenuhnya jatuh ke tangan Inggeris sejak tahun 1630 hingga tahun 1639.
  22. Kemudiannya Austria jatuh ke tangan Habsburg dan diperintah sehinggalah awal abad ke 20.
  23. Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut.
  24. Ia jatuh kepada tujuh negara-negara Eropah untuk mengikat bersama-sama membentuk persatuan ini.
  25. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.
  26. Semasa malam dan pagi 15 Julai 2006, getaran berterusan, letupan-letupan, pengeluaran abu, dan jatuh batu.
  27. Menjelang hujung minggu pertama Januari, keseluruhan daerah utara Tanah Melayu telah jatuh ke tangan Jepun.
  28. Akan tetapi, kehendak itu terhalang apabila Perang Dunia II meletus dan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.
  29. Namun kerana dia sering jatuh sakit ketika berumur lima tahun namanya diubah menjadi Soekarno oleh ayahnya.
  30. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam.
  31. Pada 1567, Ayutthaya jatuh di tangan Burma sebuah ibu kota sementara ditubuhkan di seberang sungai dari Bangkok.
  32. Bilangan pin yang jatuh direkodkan, dan pemain dengan skor tertinggi dalam permainan beliau memenangi perlawanan.
  33. Liverpool tersingkir daripada 2014-15 Liga Juara-Juara Eropah selepas seri menentang FC Basel, jatuh ke Liga Eropah.
  34. Tuanku Mizan ialah Raja Melayu pertama yang dilahirkan selepas Hari Kemerdekaan Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos 1957.
  35. Politik tempatan jatuh di bawah tangan dominasi Tammany Hall, satu jentera politik yang didukung oleh pendatang Ireland.
  36. Pada 30 Disember 1942, Kuantan telah jatuh ke tangan askar Jepun yang menyerang Asia Tenggara semasa Perang Dunia Kedua.
  37. Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida atau Haji Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu wafat.
  38. Selepas kejatuhan Tanah Melayu pada 31 Januari 1941, Singapura jatuh dalam julat bedilan artileri Tentera Imperial Jepun.
  39. Bandar ini telah dibakar oleh pihak British ketika Perang Dunia Kedua bagi mengelakkan ia daripada jatuh ke tangan Jepun.
  40. Walaubagaimanapun, kesan daripada kemasukan nagara baru ini akan menyebabkan GDP EU jatuh untuk tempoh masa yang singkat.
  41. Kadar merokok di Amerika Syarikat telah jatuh separuh dari 1965 hingga 2006 jatuh daripada 42% ke 20.8% untuk orang dewasa.
  42. Palestin, Syria dan Mesir jatuh ke tangan Arab meskipun mereka dapat mempertahankan Turki dan menyekat kemaraan orang Arab.
  43. Curah hujan terbesar jatuh pada bulan Mei dan Oktober, sedangkan curah hujan terkecil (bulan kering) jatuh pada bulan Juli.
  44. Kebanyakan Sumatera jatuh di bawah kawalan kerajaan Hindia Timur Belanda, dan menjadi pengeluar utama lada, getah, dan minyak.
  45. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata.
  46. Anatolia ditawan oleh Empayar Achaemenid Parsi ketika abad ke-6 dan ke-5 SM, kemudian jatuh di tangan Iskandar Agung pada 334 SM.
  47. Vaisakhi jatuh pada hari pertama bulan Vaisakh dalam kalendar Nanakshahi suria, bersamaan dengan 14 April dalam kalendar Gregory.
  48. Pertukaran berpunca daripada peristiwa dimana beliau jatuh sakit ketika melewati kota ini dalam peperangan menentang tentera Uzbek.
  49. 205 RAF yang diketuai oleh Pegawai Penerbangan Bedell, ditembak jatuh oleh pesawat Jepun semasa cuba memantau kemajuan angkatan Jepun.
  50. Senjata, bot, bekalan, dan radia station yang berfungsi ditinggalkan begitu sahaja dalam tergesa-gesa dan jatuh ketangan tentera Jepun.
  51. Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatuh pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin.
  52. Berikutan kekalahan Baji Rao II, hampir seluruh kawasan Deccan jatuh dalam ketuanan British, lalu digabungkan dalam Kepresidenan Bombay.
  53. Institusi sosial Algeria mencapai ke tahap kemuncak apabila kadar pandai membaca, menulis, dan mengira jatuh ke tahap yang paling rendah.
  54. Sesetengah ahli sejarah mengatakan bahawa raja yang muda itu jatuh cinta dengan Catherine, duda abangnya yang jauh lebih tua daripadanya.
  55. Jumlah penduduk hamba merosot sejak Brazil merdeka: peratusan penduduk hamba Brazil jatuh dari 29% pada tahun 1823 kepada 5% pada tahun 1887.
  56. Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun.
  57. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut.
  58. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan.
  59. Korea jatuh ke tangan Mongolia setelah 30 tahun bertahan dan kedua-dua kerajaan telah menandatangani sebuah persetujuan yang memihak kepada Mongolia.
  60. Pada tahun 1913, selepas jatuh semula ke Divisi Kedua, mereka berpindah menyeberangi Sungai Thames ke stadium baru Arsenal di Highbury, North London.
  61. Menjelang 1990-an hubungan antara kaum makin tenang, kadar jenayah jatuh mendadak, dan satu gelombang pendatang baru tiba dari Asia dan Amerika Latin.
  62. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun.
  63. Pada 108 SM, Gojoseon jatuh kepada kerajaan Han Cina dan empat komanderi Cina ditubuhkan di utara Korea dan Manchuria sebagai pusat penempatan komersial.
  64. Kerajaan Goguryeo, Silla, dan Baekje sering bersaing antara satu sama lain dan negeri-negeri kecil sering jatuh atau bergabung dengan kuasa-kuasa besar ini.
  65. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
  66. Pada 1902, seorang anak perempuan luar nikah yang dilahirkannya selepas Einstein jatuh hati pada Mileva Mariv, seorang penuntut kolejnya yang berbangsa Hungary.
  67. Pada akhir tahun 1998, beliau didakwa kerana fitnah bagi 250 juta ringgit oleh Vincent Tan, jutawan era Mahathir , yang kemudiannya jatuh selepas hampir sedekad.
  68. Selepas kerajaan tentera jatuh pada 1983, Argentina telah berusaha untuk menjadi kerajaan demokratik tetapi terpaksa berhadapan dengan masalah ekonomi yang teruk.
  69. Justifikasi bagi penciptaan kerelatifan am datang dari prinsip kesetaraan, yang meyatakan yang pencerap yang jatuh bebas adalah yang berada dalam pergerakan inersia.
  70. Maka peluru meriam itu jatuh melepasi simpang tiga Sungai Kapuas dan Sungai Landak yang kini lebih dikenal sebagai kawasan Beting-Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur.
  71. Contoh masalah yang melibatkan persamaan kebezaan ialah penentuan halaju sebiji bola yang jatuh melalui udara, dengan hanya mengambil kira graviti dan rintangan udara.
  72. Simptom lain termasuk rahang bawah kecil , cubitus valgus (siku menonjol (turned-out)), kuku lembur melengkung ke atas, kedutan Simian dan kelopak mata jatuh (Ptosis).
  73. Untuk mengumpulkan makanannya, Paramecium menggunakan cilianya bagi menyapu makanannya sepanjang bersama air ke dalam mulut sel selepas ia jatuh ke dalam liang tekak .
  74. Maka peluru meriam itu jatuh melepasi di simpang tiga Sungai Kapuas dan Sungai Landak yang kini lebih dikenal sebagai kawasan Beting-Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur.
  75. Ketika Kesultanan Melayu Melaka jatuh akibat serangan Portugal pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Riau, dan meninggal dunia di sana dalam tahun 1528.
  76. Kapal pengiring tentera Jepun melepaskan tembakan anti pesawat yang sengit, menembak jatuh sekurang-kurangnya dua pesawat Lockheed Hudson itu dan merosakkan tiga yang lain.
  77. Dalam pilihan raya umum November 1999, Barisan Nasional telah kembai berkuasa dengan tiga perempat daripada keseluruhan kerusi parlimen, tetapi kerusi UMNO telah jatuh dari 94 ke 72.
  78. Semasa Jun, Hemisfera Utara condong ke arah matahari, jadi pada mana-mana latitud cahaya matahari akan jatuh lebih menegak berbanding pada Disember (lihat kesan sudut matahari pada iklim).
  79. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung tikar.
  80. Bagaimanapun, FIFA jatuh bangun semasa Perang Dunia I, dengan banyak pemainnya dihantar untuk berperang dan dengan kemungkinan membuat perjalanan untuk permainan antarbangsa terlalu terhad.
  81. Secara kasarnya, tekanan atmosfera jatuh kira-kira 50% pada ketinggian altitud 5 km (ataupun jumlah berat atmosfera di bawah 5 km adalah separuh daripada jumlah berat keseluruhan atmosfera).
  82. Sebelum pembukaan KL Monorail satu kemalangan berlaku melibatkan roda keselamatan dari sebuah tren jatuh dan terkena seorang pengguna jalan raya yang sedang berjalan di bawah viaduk monorel.
  83. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
  84. Gaya ini menyebabkan Dudek kadang kala membuat kesilapan besar yang menyebabkan Liverpool kehilangan mata dan akhirnya menyebabkan Dudek jatuh di belakang Jose Reina dan Scott Carson di Anfield.
  85. Berhadapan dengan pembangkang bersenjata menggalakkan, Amanullah Khan dipaksa turun takhta pada Januari 1929 selepas Kabul jatuh kepada pasukan pemberontak yang diketuai oleh Habibullah Kalakani.
  86. Selepas dua musim dalam Divisyen Satu, City jatuh ke divisyen terendah dalam mereka sejarah, menjadi pemenang trofi Eropah kedua yang diturunkan ke liga peringkat ketiga negara mereka, selepas 1.
  87. Bagi meneruskan penguasaan terhadap pulau ini dan menghalangnya daripada jatuh kembali ke tangan pihak Parsi, mereka menjalinkan persahabatan dengan United Kingdom dan menjadi negeri naungan British.
  88. Menurut fahaman Syiah, hari tersebut jatuh pada 17 Rabiulawal serentak dengan hari kelahiran Imam keenam iaitu Ja'far al-Sadiq dan kelahiran Nabi Muhammad dan bagi Sunni pula jatuh pada 12 Rabiulawal.
  89. Penjajahan Arab di daerah meningkat ketika berhampiran Zanzibar jatuh ke pentadbiran Arab Oman, dan kebudayaan Comorian, terutama senibina dan agama, juga semakin berada di bawah kawalan empayar Arab.
  90. Mereka adalah salah satu daripada lapan kelab yang tidak pernah jatuh ke peringkat kedua bola sepak Inggeris, menghabiskan 56 daripada 88 musim dalam Divisyen 1 atau Liga Perdana Inggeris sehingga tahun 2014.
  91. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767 di tangan Burma, Dinasti Chakri yang baru ditubuhkan dan berjaya menghalau penjajah Burma dari Siam, menaruh minat untuk meluaskan pengaruhnya ke selatan termasuk Patani.
  92. Menjelang pertengahan dekad 1400-an, kemaharajaan Hungary dilemahkan oleh peluasan Empayar Otoman ketika kebanyakan kawasan gunung-ganang yang kini dikenali sebagai Bosnia dan Herzegovina jatuh kepada tentera Turki.
  93. Semasa Macdonald telah jatuh dalam Pasifik Skandal pada tahun 1873, Gabenor Jeneral, Lord Dufferin, telah menelefon Mackenzie, beliau telah mengetuai Parti Liberal dengan beberapa bulan, untuk menjadi parti itu benar.
  94. Walau bagaimanapun, dengan kebanjiran pendatang dan pekerja asing dari negara bukan Islam seperti Filipina dan Sri Lanka, peratusan keseluruhan masyarakat Muslim di negara terbabit telah jatuh pada tahun yang terkini.
  95. Dalam dua pertempuran, Hurricanes menembak jatuh enam kapal terbang Jepun dengan kehilangan satu kapal terbang mereka sendiri — mereka kembali ke Kallang pertengahan pertempuran, mengisi minyak dan kembali bertempur.
  96. Sepanjang pilihan raya 2006, PRI telah ternyata semakin lemah dan jatuh menjadi kuasa politik ketiga terbesar menurut bilangan kerusi dalam Dewan Perwakilan Chamber of Deputies selepas PAN dan Parti Demokratik Revolusi.
  97. Senator Conrad Burns dari Montana menerima saingan sengit daripada Gabenor Brian Schweitzer ketika tahun 2000 meskipun dipilih semula dengan kelebihan hanya 3%, di negeri jatuh ke tangan Bush dengan margin sebanyak 20%.
  98. Lebih dari 150 tahun berikut, kemewahan keluarga Saud naik dan jatuh beberapa kali laksana pemerintah Saudi bersaing dengan Mesir, Empayar Uthmaniyyah, dan keluarga Arabia lain untuk penguasaan pada semenanjung tersebut .
  99. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika Syarikat jatuh , maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi.
  100. Pada pertengahan abad ke-XII, kekuasaan Kekaisaran Turki Seljuk pun jatuh yang dikalahkan oleh Genghis Khan yang pada ketika itu berhasil merebut kekuasaan di wilayah timur Laut Kaspia dalam rangka pengembaraannya ke barat.
  101. Merujuk kepada ahli sejarah, Geoffrey Parker, "Pendudukan Sweden menyeebabkan kemerosotan dalam bidang pertanian dan kekurangan kapita, hasil tuaian jatuh mendadak dan wabak Maut Hitam melanda negara ini pada tahun 1647 dan 1651.
  102. Selepas rampasan kuasa jatuh pada minggu yang berikutnya, Akayev dan Naib Presiden, German Kuznetsov, mengumumkan peletakan jawatan mereka daripada Parti Komunis Kesatuan Soviet , dan semua ahli biro dan sekretariat meletakkan jawatan.
  103. Semenjak September 24, 2006, seorang telah mati, dan 171 orang telah jatuh sakit, termasuklah 27 yang menghidap sejenis kegagalan fungsi buah pinggang dinamakan sindrom hemolitik uremik selepas memakan bayam yang telah dicemari dengan E.
  104. "Jika sekretariat OIC benar-benar ingin mempromosikan penyebab keamanan dan harmoni di tiga wilayah selatan Thailand, tanggungjawab jatuh pada sekretariat OIC mengutuk keras militan, yang melakukan keganasan terhadap Muslim dan Buddha Thai.
  105. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat.
  106. Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis.
  107. Bagaimanapun, tokoh sains terkemuka, Isaac Newton mendakwa tarikh Krismas telah dipilih agar bersempena dengan perayaan habisnya musim sejuk Rom kuno.Walaupun tarikh moden solstis itu jatuhpada 21 atau 22 Disember, namun orang Rom menandanya pada 25 Disember.
  108. Kedatangan Belanda telah membuat banyak negeri-negeri di pulau Sumatera secara beransur-ansur jatuh di bawah kawalan mereka, namun Kesultanan Aceh di utara pulau merupakan halangan utama, yang menyebabkan Belanda terlibat dalam Perang Aceh yang lama dan mahal.
  109. Kenyataan penduduk tempatan turut melaporkan bahawa tahanan perang (POWs) diikat beramai-ramai dengan kawat dan dipaksa berdiri di atas jambatan, sebelum seorang tentera Jepun menembak seorang, menyebabkan yang lain jatuh kedalam sungai Simpang Kiri dan lemas.
  110. Mereka telah berjaya mendapatkan kembali kejuaraan liga pada musim berikutnya dan memulakan musim berikutnya dengan baik, tetapi prestasi mereka telah jatuh secara drastik apabila Rio Ferdinand menerima pengantungan kontroversi selama lapan bulan akibat gagal mengambil ujuan dadah.
  111. Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya.
  112. Walaupun kebanyakan negara menyambut Krismas pada 25 Disember setiap tahun, namun sesetengah gereja di Rusia, Georgia, Mesir, Armenia, Ukraine dan Serbia menyambutnya pada 7 Januari kerana mengikut kalendar Julius yang tarikh 25 Disembernya jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregory.
  113. Ekoran Operasi Hope Restore , pada 4 Oktober 1993, tentera Amerika tamat dan diganti oleh konvoi tentera Pakistan naungan PBB .Dalam operasi itu, seramai 18 tentera AS telah mati dan 73 cedera, manakala dua helikopter Black Hawk AS telah ditembak jatuh dan tiga lagi MH-60-an berundur.
  114. Lagi sebuah contoh langsung ialah kes bagi seorang yang berdiri di atas Bumi dalam keadaan rehat merujuk terhadap koordinat-koordinat permukaan Bumi , tetapi sedang mengalami pemecutan fizikal yang berterusan disebabkan rintangan mekanik permukaan Bumi yang mengekalkannya daripada jatuh bebas.
  115. Serupa juga, dua buah bola yang pada mula-mulanya dalam keadaan rehat terhadap dan di atas permukaan Bumi (yang merupakan laluan-laluan selari disebabkan keadaan rehat antara satu sama lain) mempunyai komponen penumpu halaju relatif ketika kedua-dua bola ini memecut ke arah pusat Bumi disebabkan jatuh bebas yang kemudian.
  116. Selain itu, tindakan jatuh pada grenad, suatu tindakan yang hampir tentu akan mengakibatkan kehilangan nyawa askar yang terlibat dalam proses tersebut dan yang dilakukan dengan harapan untuk melindungi platunnya daripada serpihan-serpihan grenad dan/atau peletupan, boleh diperdebatkan sebagai suatu tindakan bunuh diri ketenteraan.
  117. Selain itu, sekiranya Parti Komunis Malaya memberi tekanan kepada pihak British, sudah pasti pihak British tidak akan melepaskan Tanah Melayu untuk merdeka kerana sekiranya Tanah Melayu jatuhketangan komunis, ini akan menjejaskan bekalan bahan mentah yang amat diperlukan British bagi membangunkan semula industri mereka selepas Perang Dunia II.
  118. Parti gabungan ini sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri di Malaysia, tetapi ia kemudian mengalami penurunan yang drastik semasa Pilihan Raya Umum 2008 yang mana ia hanya mempunyai majoriti bagi kerusi yang dimenangi ke atas 9 daripada 13 negeri, dengan pengecualian negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor, kesemuanya jatuh ke tangan parti pembangkang.
  119. Walaupun persembahan kukuh City berkurangan di pertengahan musim, dan pada satu ketika City jatuh lapan mata di belakang musuh ketat mereka dengan hanya enam perlawanan lagi untuk bermain, kemerosotan tidak diduga oleh juara sebelumnya menyebabkan City kembali memberikan saingan dengan berbaki dua perlawanan, membentuk perlawanan kemuncak liga yang menarik dengan kedua-dua pasukan mempunyai mata yang sama.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...