Contoh Ayat menggunakan Perkataan "hulu" dalam bahasa Melayu
- Di bahagian hulu sungai, balak diangkut mengunakan jalan sungai ini.
- Ekspedisi oleh Michel Piessel menyatakan Zanaqu sebagai hulu sungai Mekong.
- Di negara Laos, hulu sungai Mekong terletak di Sungai Ruak, di segi tiga emas.
- Ia telah ditubuhkan di sekitar di hulu sungai Batanghari di Sumatra, Indonesia.
- Catatan lain menunjukkan wujudnya kota Foloan, di Kuala Berang, di hulu Sungai Terengganu.
- Catatan tradisional China menyatakan hulu Sungai Mekong terletak di negara Tibet yang dipanggil Daza Chu.
- Ia terletak bersebelahan Jambatan 10th Avenue dan 24 km ke arah hulu Jambatan Sungai Minnesota I-35W, satu lagi jambatan utama di Minnesota.
- Pekan Endau dikatakan maju kerana menjadi tumpuan orang-orang Cina berniaga, menjadi nelayan dan pembalak-pembalak di kawasan hulu Sungai Endau.
- Kemunculan kelompok Melayu Deutero ini secara tidak langsung menyebabkan kumpulan Melayu Proto dan penduduk asli berundur ke pedalaman dan hulu sungai.
- Disebabkan juga lokasi Sabah yang berhubung dengan Brunei, ianya telah dikatakan bahawa Sabah adalah perkataan Melayu Brunei yang bermaksud hulu atau sebelah utara sungai.
- Pendudukan orang Eropah bermula dengan penubuhan penempatan perdagangan kulit haiwan oleh orang Belanda yang digelar "New Amsterdam", di hulu selatan Manhattan pada tahun 1614.
- Dan selanjutnya perkataan bhumi malayu juga telah dipahatkan (tahun 1286) pada sebuah patung Padang Roco di hulu sungai Batanghari (termasuk kawasan negeri Dharmasraya sekarang).
- Pad abad ke-11, Raja Edward sang Pengaku menubuhkan semula dan membina Westminster Abbey dan Westminster, sebuah kawasan kediaman diraja yang terletak tidak jauh ke hulu sungai dari London.
- Sejarah silam daerah Segamat sering dikaitkan dengan kehebatan kerajaan Malim Dewa yang kononnya pada suatu masa dahulu pernah wujud di satu kawasan luas merintangi Kuala Muar hinggalah ke huludaerah Segamat.
- Kedudukannya yang baik di hulu air Sungai Volga menghasilkan pembangunan yang tetap dan selama banyak tahun, Moscow menjadi sebuah kerajaan yang stabil serta makmur, dan menarik banyak orang pelarian dari seluruh Rusia.
- Pada 6 Oktober 2010, hujan lebat di Putai dan Nungun di hulu Baleh dikata telah menyebabkan tanah runtuh besar yang membawa balak dan serpihan ke dalam Sungai Baleh, anak sungai di hulu Kapit, dan kemudian ke dalam Sungai Rajang.
- Dengan demikian, adalah jelas Sungai Sat adalah hulu utama Sungai Golok, seperti mana yang dimaksudkan dalam cadangan protokol sempadan bertarikh 24 Ogos 1909, iaitu "the main source of the Golok at or near the hill called Bukit Jeli".
- Dalam keadaan demikian, meskipun Sungai Buloh tidak dapat dianggap sebagai hulu Sungai Golok, pihak Siam masih mendesak supaya garisan tersebut perlu dikekalkan kerana ia telah diadakan dalam "sketch Map" yang dilampirkan dalam protokol sempadan.
- Sungai Sat ialah sungai yang mengalir sejauh dua batu dari Bukit Jeli, manakala Sungai Lanah pula mengalir sejauh sembilan batu dari Bukit Jeli.Bagi pihak British, sungai Sat merupakan hulu kepada Sungai Golok, tetapi wakil Siam berpendapat sungai Lanah adalah punca utama Sungai Golok.
- Pada masa itu di Palembang dan sekitarnya bermunculan kuasa-kuasa tempatan seperti kumpulan Panglima Bagus Kuning di hilir Sungai Musi, kumpulan Si Gentar Alam di daerah perbukitan, kumpulan Tuan Bosai dan Junjungan Kuat di daerah hulu Sungai Komering, kumpulan Panglima Gumay di sepanjang Bukit Barisan, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment