Friday, 22 January 2016

Contoh Ayat Perkataan "semakin"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "semakin" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Ini menjadikan penggunaan kubah semakin meluas.
  2. Sejak itu, acara marathon menjadi semakin popular.
  3. Sektor-sektor ekonomi semakin berkembang dengan pesat.
  4. Internet juga semakin banyak digunakan di tempat awam.
  5. Dengan itu, kekuatan tentera British semakin berkurangan.
  6. Ekonomi negeri Terengganu sekarang ini semakin berkembang.
  7. Pelancong asing yang berkunjung ke Terengganu juga semakin bertambah
  8. Semakin lama zaman silamnya, semakin berlainan rupa bentuk fosilnya.
  9. Di Eropah, kereta api laju dua tingkat semakin menjadi satu kebiasaan.
  10. Sukan air seperti sukan bot kawalan jauh juga semakin diminati di Sibu.
  11. Sekolah-sekolah di Oslo juga semakin dibahagikan mengikut kumpulan etnik.
  12. Kelemahan mereka semakin ketara apabila Jepun mula menduduki Tanah Melayu.
  13. Kira-kira 30 juta tahun dahulu, Bumi mula menjadi semakin dingin dan kering.
  14. Dengan Lapangan Vetch yang semakin teruk, Swansea kelihatan untuk berpindah.
  15. Pada abad ke-19, penduduk di Anderlecht semakin meningkat berbanding Brussels.
  16. Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas Yunani .
  17. Protes menentang Shah semakin meningkat dan akhirnya terjadilah Revolusi Iran.
  18. Penduduk Sibu semakin bertambah dan banyak kawasan perumahan baru telah dibina.
  19. Semenjak itu, perilaku Mia semakin berubah, makin tahun makin yakin dan berseri.
  20. Pada tahun 1340an, Empayar Mongolia semakin mundur akibat pertelingkahan dalaman.
  21. Bentuk sel-sel jernih ini juga, akan semakin pipih apabila menjauhi bekalan darah.
  22. Aktiviti perdagangan dan perindustrian, selain pelancongan dijangka semakin rancak.
  23. Johor Bahru semakin berkembang dari segi saiznya dari tahun 1960-an dan seterusnya.
  24. Akhirnya pada 1836, Texas mendapat kemerdekaan dan Republik Mexico semakin mengecil.
  25. Pengiktirafan armada Laksamana Cheng Ho terhadap Melaka semakin menguntungkan Melaka.
  26. Retta semakin ingin tahun dengan sosok Jamroni dan dia menjelaskan alasan yang kabur.
  27. Pada 5 Disember 1941, apabila ancaman serangan oleh Jepun semakin memuncak, Jeneral A.
  28. Ketika itu, Sukarno juga semakin sakit dan pengsan di khalayak ramai pada 9 Ogos 1965.
  29. Apabila pokok sinkona semakin berkurangan pada 1880-an, sumber alternatif mula dicari.
  30. Bagaimanapun, nautilius dan trilobit yang banyak di Zaman Ordovician semakin berkurang.
  31. Pada masa yang sama, konsep “Masa Depan Tersurat” semakin mendapat sambutan hangat.
  32. Namun, pembinaan stesen angkasa ini sering dilambatkan oleh kos yang semakin meningkat.
  33. Melainkan hubungannya dengan Kerajaan Austro-Hungary, Jerman menjadi semakin terpinggir.
  34. Melihat keadaan itu Portugis merasa tercabar kerana hasil perdagangannya semakin kurang.
  35. Beliau memberi alasan tekanan yang semakin bertambah selepas 15 tahun menerajui Liverpool.
  36. Walau bagainamapun, ekonomi tidak begitu berkembang, dan akhirnya ekonomi semakin merosot.
  37. Lama-kelamaan pertindanan wilayah harimau betina muda itu dengan ibunya semakin berkurangan.
  38. Pada tempoh sepuluh tahun yang berikut, perjuangan untuk kemerdekaan semakin bertambah kuat.
  39. Ibu negera Honiara di Guadalcanal semakin dihuni oleh pendatang-pendatang dari pulau Malaita.
  40. Pegawai kerajaan yang semakin banyak dipanggil burukrasi sempena perlaksanaan Idea Republikan.
  41. Bertahun-tahun kemudian, ketiga-tiga pemerintah feudal dan wilayah mereka semakin berautonomi.
  42. Kekuatan Kerajaan Melayu Melaka semakin terserlah di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah .
  43. Cecil semakin tertekan kerana pemegang sahamnya mahu meraih keuntungan daripada penerokaan ini.
  44. Bilangan pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang, telah mewujudkan budaya Internet.
  45. Kuasa Rusia yang semakin bertumbuh di barat mulai menjejaskan Kekhanan Siberia pada abad ke-16.
  46. Dengan dihapusnya perhambaan pada tarikh 1 Julai 1863, kehidupan ekonomi semakin tidak menentu.
  47. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain.
  48. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.
  49. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap.
  50. Tekanan masih semakin banyak, hingga menyebabkan rampasan kuasa oleh tentera pada 19 September 2006.
  51. Matahari menjadi semakin cerah; awal dalam sejarahnya ianya 70 peratus secerah sepertimana hari ini.
  52. Kadar pelarian semakin meningkat akibat pemerintahan kuku besi Presiden Zimbabwe iaitu Robert Mugabe.
  53. Dengan kesihatan Presiden Conte kini semakin merosot, keadaan kelihatan merupakan keakhiran rejimnya.
  54. Bunyi bising daripada pembalakan menyebabkan binatang dan burung serta ikan semakin hilang dan pupus.
  55. Keadaan ekonomi di Kulai semakin berkembang berikutan pertambahan kilang yang dibina di Kulai dan Senai.
  56. Lombong-lombong ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang semakin diterima sebagai bandar sempadan.
  57. Pergantungan Charles kepada Henry berkurang selepas ini, sementara kuasa England di Eropah semakin lemah.
  58. Retta dan Jamroni semakin tersepit ketika Jamroni menghadapi seorang pembunuh berdarah dingin iaitu Sueb.
  59. Dalam sebilangan masyarakat, terdapat perdebatan yang semakin bertambah tentang bentuk-bentuk perkahwinan.
  60. Perkhidmatan perubatan swasta di Melaka semakin dicari oleh pesakit-pesakit sejauh Indonesia dan Singapura.
  61. Mereka merupakan Saburai, orang suruhan, tetapi kelebihan sebagai golongan bersenjata solo semakin menonjol.
  62. Sungguhpun tanah gersang semakin jarang, alam liar dapat ditemui di banyak tempat yang dahulu dihuni manusia.
  63. Sekarang masyarakat makin mengenali budu dan semakin tahu khasiat budu yang dikenali dengan nama "sos bilis".
  64. Motto bandar raya ini ialah "Vires acquirit eundo" yang bermaksud "kami semakin kuat sewaktu mara kehadapan".
  65. Pembiakan seks ialah sejenis pembiakan yang menyebabkan kepelbagaian genetik keturunan yang semakin bertambah.
  66. Baru- baru ini setelah pengunduran tentera Zionis dari Gaza, sokongan yang diberikan kepada Hamas semakin kuat.
  67. Tumpuan ini menjadi semakin tumpat sehinggalah mereka runtuh ke dalam akibat graviti dan membentuk protoplanet .
  68. Namun sekarang bandar ini tengah berbenah dan semakin mempercantik diri untuk menjadi sebuah bandar antarabangsa.
  69. Pada akhir masa jabatannya, Sukarno semakin bergantung kepada sokongan tentera dan PKI - Parti Komunis Indonesia.
  70. Maxwell menyedari bahawa Brigade ke-22 semakin tertekan, tetapi gagal menghubungi Taylor dan risaukan pengepungan.
  71. Bintang-bintang dibahagikan kepada buruj khusus; pencerapan bermula di negara lain, dan takwim semakin diperbaiki.
  72. Sistem sosialis autoritarian menjadi semakin goyah dan agak lambat bertindak untuk mengatasi krisis sosial tersebut.
  73. Sewaktu Perang Dunia II semakin menghampiri Tanah Melayu,pemuda-pemuda KMM telah menyemarakan semangat anti-British.
  74. Perang Dingin juga membawa kepada penemuan dan penggunaan teknologi baru dan penggunaan senjata yang semakin canggih.
  75. Ketegangan juga berlaku kerana wujud kejadian-kejadian yang dicetuskan oleh imigran-imigran China yang semakin ramai.
  76. Pada tahun 1899, pengaruh British yang semakin bertambah menyebabkan Kuwait menjadi salah satu negeri naungan British.
  77. Disebabkan ini, orang dewasa, yang tidak terancam besar dari batuk kokol, semakin digalakkan untuk mendapatkan vaksin.
  78. Dari sekitar tahun 1300, dengan semakin tebal dan bagus penghasilan zirah, hiasan pedang terus berevolusi dengan cepat.
  79. Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat.
  80. Dari sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk demokrasi menjadikan rakyat semakin tidak tenteram.
  81. Tidak lama kemudian, semakin banyak kanton menyertai persekutuan menjadikan kekuatan angkatan tentera Switzerland bertambah.
  82. Sedangkan dekad 1960-an menyaksikian aktivisme sosial, masyarakat semakin beralih kepada kekhusyukan diri pada dekad 1970-an.
  83. Deria sentuh menjadi semakin sensitif menyebabkan sentuhan fizikal menjadi lebih seronok, tetapi MDMA bukanlah agen afrodisia .
  84. Kadar bikarbonat dikawal dan sekiranya ia meningkat, kita bernafas semakin cepat bagi menyingkirkan karbon dioksida yang lebih.
  85. Sejak kebelakagan ini, industri animasi tempatan semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia.
  86. Ibrahim Yaakob mengundur diri dari arena politik apabila demokrasi terpimpin semakin kuat di Indonesia akibat pengaruh komunis.
  87. kawasan ini kemudian di majukan sebagai kawasan perniagaan pada tahun 1990 untuk menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah.
  88. Masalah kesesakan lalulintas yang semakin menjadi-jadi mencetuskan pembentukan rangkaian rel bandar setempat yang pertama di dunia.
  89. Walau bagaimanapun, pertikaian terhadap Sabah dilihat semakin sepi dan tidak dibangkitkan secara serius oleh kerajaan Filipina lagi.
  90. Setelah wilayah Malaysia ditakluki semula oleh Pihak Berikat, masyarakat tempatan semakin menyambut baik perjuangan demi kemerdekaan.
  91. Di Hong Kong, Bahasa Kantonis kekal sebagai bahasa pengantar pendidikan dan pengucapan, tetapi pengaruh Bahasa Mandarin semakin kuat.
  92. Selepas perang, ekonomi Belanda menjadi semakin maju dengan Belanda menjadi ahli anggota ekonomi Benelux dan Komuniti Ekonomi Eropah.
  93. Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu.
  94. Ini membawa kepada konflik sempadan yang semakin meningkat selari ke-38 dan percubaan untuk merundingkan pilihan raya bagi seluruh Korea.
  95. Muzik semakin berupa kaji diri (melalui pergerakan penyanyi-penggubah lagu) serta bebas tanpa kerunsingan dengan kebangkitan muzik disko.
  96. Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunku mengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum Komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya.
  97. Bahagian sayap Greek yang kuat mengundurkan pada bahagian sayap ringan Parsi, memaksa barisan Parsi semakin mampat dalam kepungan berganda.
  98. Saiz ketidaksamaan, kemudian, adalah saiz penyimpangan purata dari 1, semakin besar deviasi rata-rata, semakin besar ketidaksamaan tersebut.
  99. Sarawak ialah sebuah jajahan milik Kesultanan Brunei sehinggalah James Brooke mendapat tanah dan lama kelamaan Sarawak menjadi semakin besar.
  100. Pada tahun 1921, Reza Khan (juga dikenali sebagai Reza Shah) mengambil alih takhta melalui rampasan kuasa daripada Qajari yang semakin lemah.
  101. Barbados merupakan sebuah pulau yang agak datar yang semakin mencuram di kawasan central highland dengan puncak tertinggi di Gunung Hillaby .
  102. Assam semakin menjadi destinasi popular untuk pelancongan hidupan liar dan terutama sekali, Kaziranga dan Manas merupakan Tapak Warisan Dunia.
  103. Tanah jajahan ini telah membawa kekayaan dan kuasa politik kepada Sepanyol, namun Zaman Kegemilangan ini semakin merosot menjelang abad ke-20.
  104. Selain itu, Jepun semakin mempergunakan pertikaian-pertikaian dalaman antara puak-puak Cina untuk mengurangkan kekuatan mereka satu demi satu.
  105. Golongan samurai menganggap Keshogunan Tokugawa semakin goyah, lalu memberontak sehingga tercetusnya Perang Boshin dari tahun 1867 hingga 1868.
  106. Ketika itu beliau pernah berkata: "Kami akan memastikan elektrik semakin murah hinggakan hanya orang-orang kaya yang sanggup menyalakan lilin."
  107. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan dan sukar dilihat dengan mata kasar.
  108. Benua lain terletak bersebelahan satu sama lain di garisan khatulistiwa disebabkan perluasan Lautan Lapetus dan jarak antara benua semakin jauh.
  109. Oleh sebab kadar kelahiran tinggi, kadar kematian rendah, dan kedatangan penghijrah yang mantap, bilangan penduduk jajahan-jajahan semakin ramai.
  110. Vienna semakin berkembang dan akhirnya menjadi ibu negara de facto Empayar Suci Rom dan juga merupakan sebuah pusat budaya seni, muzik dan sains.
  111. Bermula abad ke-19, kaedah-kaedah yang lebih canggih muncul, di mana jenis-jenis kamiran serta kawasan dimana kamiran dilakukan semakin kompleks.
  112. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia Selatan dan Timur, kini semakin berkurangan bilangannya.
  113. Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia menjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember 1964.
  114. Selain terkenal dengan perindustrian dan pelabuhan, bidang pertanian juga semakin berkembang maju meskipun hanya menyumbang 3.1% kepada KDNK negeri.
  115. Namun apabila semakin banyak objek ditemui di kawasan yang sama, mereka dikelaskan sebagai asteroid, berserta dengan saudara mereka di orbit yang sama.
  116. Pendirian terhadap perhambaan semakin berubah; terdapat satu fasal dalam Perlembagaan yang mempertahankan perdagangan hamba Afrika sehingga tahun 1808.
  117. Sektor industri, yang hingga kebelakangan ini didominasi oleh baja, kini semakin beranekaragam dan merangkumi pula kimia, getah, dan produk-produk lain.
  118. Pada masa sekarang, bekalan air bersih untuk kegunaan manusia dianggarkan semakin berkurangan disebabkan oleh pencemaran, dan permintaan yang meningkat.
  119. Kebelakangan ini, ekonomi negara ini telah menjadi semakin baik, dengan KNK per-kapita dianggarkan pada $951 pada 2008, dibandingkan dengan $390 pada 1994.
  120. Sewaktu Gorbachev dipilih sebagai setiausaha agung CPSU dan ketua negara Soviet pada 1985, kemelut dalam sistem sosialis Soviet telah menjadi semakin teruk.
  121. Jeneral Suharto menjadi presiden pada tahun 1967 dengan alasan untuk mengamankan negara daripada ancaman komunisme terhadap Sukarno yang kini semakin lemah.
  122. Pentadbiran negara semakin goncang kerana prestasi polis dan agensi-agensi kerajaan lain semakin merosost akibat persaingan etnik yang berlaku pada masa itu.
  123. Bandar ini semakin berkembang sehingga menjangkau ke pekan Inanam, Menggatal, Sepanggar, Telipok dan selatan sempadan daerah Penampang, Putatan, dan Lok Kawi.
  124. Bagaimanapun apabila Raja Perancis, Francis I, naik takhta pada tahun 1515, England dan Perancis semakin bertentangan, dan Henry mendamaikan Ferdinand semula.
  125. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.
  126. Keperluan untuk satu badan untuk memantau permainan sedunia ini menjadi jelas pada permulaan abad ke-20 dengan populariti antarabangsa yang semakin meningkat.
  127. Pada akhir 1941, ketika ancaman perang dengan Jepun tersergam semakin besar, Repulse dikeluarkan ke Timur Jauh sebagai penghalang Jepun dari menjadi aggresif.
  128. Selain pengawanan semula jadi, permanian beradas semakin diminati ramai oleh penternak kambing kerana ia memperluas pilihan darah keturunan dengan lebih mudah.
  129. Bilangan kecacatan dikalangan katak semakin meningkat dan ancaman yang baru muncul adalah penyakit kulat, chytridiomycosis, yang telah merebak di seluruh dunia.
  130. Sejak kebelakangan ini, semakin banyak perniagaan telah memindahkan operasinya dari pusat bandar gara-gara kehadiran ramai pendatang tanpa izin di pusat bandar.
  131. Mulanya para peneroka menyokong BSAC tetapi kemasukan bangsa kulit puith yang semakin ramai telah menimbulkan ketegangan antara mereka dan masyarakat kulit hitam.
  132. Kini Tentera British tidak ramai bilangannya, dan semakin berkurangan apabila kajian demi kajian dibuat oleh kerajaan mengenai kedudukan Angkatan Tentera British.
  133. Kawasan persekitaran Pangaea semakin teruk tetapi sesetengah spesies dapat hidup terutamanya haiwan yang mempunyai kekuatan dan membentuk hidupan baru Zaman Trias.
  134. Ketika lahir, rumennya belum selesai tumbuh, tetapi apabila anak kambing mula makan makanan pejal, maka rumen itu segera semakin besar dan mampu untuk menyerap zat.
  135. Titik rujukan EuroMayDay adalah bukan pada kelas pekerja industri, tetapi lebih kepada pekerja-pekerja sementara/fleksi/net yang semakin bertambah dan tidak menentu.
  136. RRC memainkan peranan yang semakin penting dalam menyeru kawasan perdagangan bebas dan pakatan keselamatan di kalangan negara-negara jirannya di rantau Asia Pasifik.
  137. Sesetengah ahli biologi berhujah bahawa proses evolusi berlaku apabila sifat yang berpunca dari genetik semakin berlebihan atau berkurangan dalam sekelompok organisme.
  138. Kebanyakannya tidak berpenghuni, banyak dari jisim tanah bangsa ini terdiri dari rantau gurun dan separa-tandus, dengan populasi Badwi tradisional yang semakin sedikit.
  139. Pada mula-mulanya, kumpulan-kumpulan pedagang dan orang-orang Kossak memasuki kawasan ini dan kemudiannya, tentera Rusia mula membina kubu-kubu mereka semakin ke timur.
  140. Harga getah yang semakin meningkat naik dan memuncak pada tahun 1910, mendorong syarikat-syarikat getah melabur dan mendapatkan konsesi tanah bagi tujuan menanam getah.
  141. Pada tahun 1967, pihak British berundur selepas tekanan yang semakin meningkat daripada pemberontakan tempatan dan serangan-serangan yang disokong oleh Mesir dari utara.
  142. Kegiatan perdagangan semakin merosot akibat perperangan yang berlaku kerana tiada jaminan keselamatan kepada pedagang untuk menjalankan urusniaga di kawasan bergolak ini.
  143. Selain itu, banyak syarikat rakaman serta syarikat penerbitan filem melahirkan kebimbangan mereka mengenai gejala cetak rompak yang semakin menjadi-jadi menerusi internet.
  144. Di utara, kerajaan Goguryeo yang semakin membesar telah bersatu dengan kerajaan Buyeo, Okjeo, dan Dongye dan berjaya menumpaskan komanderi Cina yang terakhir pada tahun 313.
  145. Merkantilisme semakin berkembang dan wujudnya syarikat-syarikat perdagangan monopoli seperti Syarikat Hindia Timur yang meluaskan kegiatan perdagangan ke rantau Dunia Baru .
  146. Inilah satu sebab yang penting Hadiah-hadiah menjadi semakin penting dan berprestij sejak bertahun-tahun sehingga menjadi hadiah-hadiah terpenting dalam bidang masing-masing.
  147. Sejak dua puluh tahun lalu, fenomena ini menjadi semakin penting disebabkan perkembangan dalam kajian teori rentetan, yang meliputi kajian bidang-bidang baru dalam matematik.
  148. Dengan kewujudan kawasan yang kuat dari Adriatik ke China di dalam jalur tanah di antara Rusia dan India, Turki telah memperoleh kepentingan strategik yang semakin bertumbuh.
  149. Sejak ketika itu, aktifiti bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM dan semakin banyak rakyat yang gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya dianjurkan.
  150. Atas penglibatannya di seluruh empayar, beberapa kawasan di Eropah serta semakin besar peranannya di Barisan Barat, jumlah anggota tentera British menjangkau lima juta orang.
  151. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya.
  152. Laut China Selatan semakin penting kerana menjadi laluan kapal laut dari negara China, Jepun , Korea dan Amerika ke Barat iaitu ke Timur Tengah , India , Asia Selatan dan Afrika.
  153. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit.
  154. Ketika beralih dari MS-DOS ke Windows, kejayaan keluaran Microsoft Office membolehkan syarikatnya semakin kuat menyaingi perisian aplikasi lain seperti WordPerfect dan Lotus 1-2-3.
  155. Amalan poligami semakin mahal dalam persekitaran bandar, tetapi lebih berguna di kawasan-kawasan luar bandar kerana kanak-kanak merupakan sumber buruh pertanian untuk masa hadapan.
  156. Demonstrasi jalanan jarang diadakan di Malaysia, tetapi semakin menonjol sejak akhir-akhir ini berikutan peningkatan penggunaan media alternatif serta kebangkitan semula pembangkang.
  157. Majlis Daerah Manjung telah dinaiktarafkan kepada Majlis Perbandaran Manjung pada November 2001 selaras dengan pembangunan hartanah yang semakin meningkat di sekitar daerah berkenaan.
  158. Usaha kerajaan untuk mencapai defisit sifar, menstabilisasikan sistem perbankan, dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi tidak mampu membendung masalah ekonomi yang semakin meningkat itu.
  159. Pada April 2006, aktiviti seismos telah bertambah dalam selang waktu yang semakin berulang dan terdapat bonjolan di dalam kon gunung berapi yang menunjukkan letusan baru adalah hampir.
  160. dan Pac-man dan peningkatan jumlah pengguna yang menggunakan komputer rumah menyebabkan pengguna dan pengedar permainan video semakin hilang kepercayaan terhadap konsol permainan video.
  161. Kebanyakan tukang roti di Europah masih menghasilkan roti doh masam, dan di Amerika Syarikat, semakin ramai artis tukang roti (termasuk sebagai hobi) kembali kepada seni roti doh masam.
  162. Biarpun tidak pernah dipertikaikan ketaatan Oboi, namun keangkuhan keperibadiannya serta pendirian konservatif dalam hal politik menjadikannya semakin bermusuhan dengan Maharaja muda itu.
  163. Walau judul bukunya yang membayangkan pandangan Admiralti British, Flinders menggunakan perkataan "Australia" dalam bukunya yang dibaca secara meluas dan istilah itu semakin tersebar luas.
  164. Dengan ledakan teknologi perhubungan digital pada akhir kurun ke-21 dan awal kurun ke-21, persoalan mengenai media apa yang patut dikelaskan sebagai "media massa" menjadi semakin menonjol.
  165. Pada 9 Januari, kedudukan pasukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke utara Johor, dan meninggalkan Kuala Lumpur.
  166. Langkah untuk penciptaan kalkulus moden ini semakin dikukuhkan oleh Barrow dan Torricelli pada awal kurun ke-17 apabila kedua-duanya menyatakan terdapat hubungan antara pembezaan dan kamiran.
  167. Namun begitu, alkimia semakin tidak dapat diterima sejak kurun ke-18 di mana kelahiran kimia moden yang lebih persis dan situasi kerjanya yang lebih selamat telah menidakkan keupayaan alkimia.
  168. Kuantan yang dahulunya merupakan sebuah bandar yang damai dan digambarkan sebagai "sesuai untuk mereka yang sudah bersara", kini semakin sibuk dan mula mengejar status sebagai sebuah bandaraya.
  169. Pada 27 Ogos 1955, ibu negeri Pahang yang asalnya di Kuala Lipis sepanjang era residensi British telah dipindahkan ke Kuantan, dan kepentingan bandar ini dari segi pentadbiran semakin meningkat.
  170. Setengah-setengah cabaran masih dihadapai oleh Shanghai pada permulaan abad ke-21, dengan bandar raya ini menghadapi penghijrahan pekerja yang semakin meningkat serta jurang kekayaan yang besar.
  171. Antara pemerintah-pemerintah keturunan moden yang ingin menekankan kuasa sekular mereka di bawah kedaulatan undang-undang, gelaran 'Raja' semakin digunakan sebagai gantian untuk gelaran 'Sultan'.
  172. Keadaan ekonominya semakin meruncing pada 2001 dengan "widening of spreads" pada Bon Argentina, pengeluaran secara besar-besaran daripada bank serta kejatuhan keyakinan pengguna dan para pelabur.
  173. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap.
  174. Bagaimanpun, menjelang permulaan tahun 2007, persatuan-persatuan sekerja menyeru mogok-mogok baru untuk menentang kos sara hidup yang semakin meningkat, rasuah kerajaan, serta salah urusan ekonomi.
  175. Tuntutan itu semakin menjadi selepas didirikannya beberapa parti politik yang ditubuhkan pada dekad itu, semakin hebat menyampaikan tuntutan agar Suriname diberikan kebebasan penuh secepat mungkin.
  176. Namun, selepas kejatuhan komunisme di Eropah Timur, Austria menjadi semakin aktif dalam hal ehwal Eropah dan pada 1995, Austria menyertai Kesatuan Eropah dan Euro menjadi matawang Austria pada 1999.
  177. Oleh sebab semakin menggeruni kekuasaan maharaja Mughal Humayun, Sultan Bahadur Shah dari Kesultanan Gujarat terpaksa menandatangani Perjanjian Bassein dengan Empayar Portugis pada 23 Disember 1534.
  178. Sambil Banjaran Titiwangsa semakin menirus menghala tanah rendah Johor, rupa bumi bergunung-ganang dan hutan belantara beransur berubah menjadi ladang-ladang getah dan kelapa sawit di sebelah barat.
  179. Penjajahan Arab di daerah meningkat ketika berhampiran Zanzibar jatuh ke pentadbiran Arab Oman, dan kebudayaan Comorian, terutama senibina dan agama, juga semakin berada di bawah kawalan empayar Arab.
  180. Masalahnya semakin meruncing pada bulan Mac 2010 apabila dia sampai di bawah kritikan berat oleh penyokong Inter selepas dia muncul di siaran TV Itali Striscia la Notizia memakai jersi pasukan AC Milan.
  181. Setelah diiktiraf sebagai bandaraya pada Mei 2005 lalu, bandar Miri semakin pesat membangun dan kini lebih dikenali sebagai bandaraya peranginan kerana ia mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik.
  182. Alasan utama penubuhan bandar-bandar tanpa malam ini ialah cubaan kesyogunan Tokugawa untuk menghalang golongan yang semakin kaya-raya chōnin (orang bandar) daripada terlibat dalam rancangan politik jahat.
  183. Ilmu ini menjadi semakin maju selepas 3000SM apabila orang Babylon dan Mesir Purba mula menggunakan aritmetik, algebra asas dan geometri untuk cukai dan lain-lain pengiraan kewangan, pembinaan dan astronomi.
  184. Pengeluaran siri sen pertama diberhentikan pada tahun 1989 apabila siri kedua diperkenalkan, namun masih diterima sebagai wang sah pada tahun 2010 meskipun semakin jarang diedarkan sejak keluarnya siri kedua.
  185. Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, sebab permulaan musim bunga semakin maju sehingga, perayaan Easter yang sudah disepakati sejak Konsili Nicea I pada tahun 325 tidak tepat lagi.
  186. Dahulu, Filipina merupakan antara negara paling maju di rantau Asia Tenggara, namun sekarang telah ketinggalan di belakang apabila pertumbuhan ekonominya semakin merosot dan masalah penyelewengan yang berleluasa.
  187. Pada abad ini , Empayar Rom Timur terus bermasalah, dan semakin bertambah teruk selepas 630-an, apabila Nabi Arab Muhammad mengasaskan Islam secara geografi, dan memulakan langkah kepada pengembangan Empayar Arab.
  188. Denmark berjaya mengelakkan konsesi wilayah mereka tetapi Raja Gustavus Adolphus campur tangan di Jerman dan menandakan ketenteraan di Sweden semakin meningkat manakala ketenteraan Denmark di rantau Eropah menurun.
  189. China dan Taiwan cuba mempengaruhi sokongan Solomon kepada mereka dengan menawarkan bantuan wang, pembiayaan politik, dan pelaburan yang besar dan perkara ini semakin memanipulasi arena politik di Kepulauan Solomon.
  190. Semakin mendalam pemahaman monsum, semakin luasnya pengertian istilah monsun untuk merangkumi hampir semua fenomena yang dikaitkan dengan kitaran cuaca tahunan dalam kawasan tanah tropika dan hampir tropika di Bumi.
  191. Walaupun pada mulanya ia berjaya dengan penurunan kadar inflasi dan pertumbuhan KDNK yang semakin pulih, krisis ekonomi yang melanda Mexico, Asia, Rusia dan Brazil pada 1999 telah mengeruhkan keadaan ekonomi negaranya.
  192. Sosiologi yang muncul pada abad ke-19 dianggap sebagai tindak balas akademik tentang gaya kemodenan; apabila dunia semakin kecil dan lebih bersepadu, pandangan hidup manusia tentang duniasemakin mengecil dan tersebar.
  193. Sepanjang pilihan raya 2006, PRI telah ternyata semakin lemah dan jatuh menjadi kuasa politik ketiga terbesar menurut bilangan kerusi dalam Dewan Perwakilan Chamber of Deputies selepas PAN dan Parti Demokratik Revolusi.
  194. Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat.
  195. Dalam menegakkan orde , Sukarno mencanangkan apa yang disebut Demokrasi Terpimpin, di mana beliau secara bertahap mendapatkan semakin banyak kekuasaan eksekutif sementara tetap mempertahankan sebuah parlimen multi parti.
  196. Bagaimanapun, Unikod kini semakin popular sebagai cara untuk memaparkan aksara Cina Tradisional, dan memberikan penekanan yang sama kepada kedua-dua aksara Cina ringkas serta tradisional, tanpa mengutamakan satu sama lain.
  197. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa silat kini semakin tidak mendapat sambutan daripada golongan pemerintah yang sepatutnya memelihara seni ini dengan alasan terdapat unsur-unsur khurafat yang terdapat dalam silat.
  198. Seni-seni silat seperti tai chi dan pelbagai qigong kini juga menjadi semakin popular dengan orang-orang Barat, mungkin disebabkan minat dalam hal-hal negara China semasa negara China termuncul sekali lagi dalam arena dunia.
  199. Dasar ekonomi kerajaan dan strategi keselamatan demokratik yang kontroversi telah menimbulkan satu perasaan yakin yang semakin mendalam dalam ekonomi, dan pertumbuhan KDNK dalam 2003 adalah antara tertinggi di Amerika Latin.
  200. Perpindahan penduduk dari luar bandar ke sini menjadikan Ampang semakin berkembang dengan pertambahan kawasan perumahan dan pusat perniagaan.Ampang juga merupakan salah satu tanah takluk jajahan kepada Kerajaan Sultan Selangor.
  201. Menderita akibat Zaman Meleset, syarat-syarat Persetiaan Versailles yang agak keras dan kerajaan tidak stabil yang silih berganti menyebabkan khalayak umum di Jerman semakin tidak menghiraukan sistem politik demokrasi berparlimen.
  202. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen kerajaan Negeri untuk membangunkan daerah Kluang, peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan kawasan tengah Johor semakin nyata.
  203. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun.
  204. Kebanyakan penduduk di Ipoh bertumpu di Menglembu, Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh menjadikan keluasan bandaraya Ipoh menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-pekan yang terdapat di sekitar pinggir Bandaraya Ipoh.
  205. Namun demikian, RRC kini berdepan dengan sebilangan masalah lain termasuk kependudukan yang semakin berusia kesan dasar anak tunggal, jurang pendapatan yang makin besar antara penduduk bandar dan luar bandar, dan pencemaran alam sekitar.
  206. Sungai Petani menjadi sebuah bandar dengan keluasan bandar ini menjadi semakin besar dengan pertambahan penduduk yang begitu drastik sejak tahun 1990 dimana bandar ini terletak berhampiran dengan bandar lain seperti Kulim dan Pulau Pinang.
  207. Arah aliran untuk negara-negara Eropah telah didokumenkan dengan rapi, dengan kadar-kadar membunuh diri yang naik dengan perlahan-lahan mungkin disebabkan secara tidak langsung oleh kadar kematian atas sebab-sebab yang lain semakin menurun .
  208. Pada masa yang sama, bilangan Melayu yang semakin bertambah telah mengambil agama ini lebih serius, dengan bertambahnya populariti kewangan Islam dan bertambahnya bilangan perempuan memilih untuk memakai tudung atau skaf kepala sebagai bukti.
  209. Apabila ancaman serangan oleh Tentera Jepun semakin memuncak, Operasi Matador disandarkan sebagai rancangan terbaik untuk menyekat kemaraan Tentera Jepun sekiranya mereka mendarat di Songkhla dan Pattani untuk mara ke Semenanjung Tanah Melayu.
  210. Sekembalinya ke jawatan perdana menteri pada tahun 1980, belaiu semakin banyak terlibat dalam satu konflik menjadi-jadi menentang golongan pemisah di Punjab yang akhirnya menagkibatkan beliau dibunuh oleh penjaga keselamatan sendiri pada tahun 1984.
  211. Perbalahan di antara Raja William I dari Prusia dan parlimen yang semakin liberal tercetus kerana pembaharuan cuba dilakukan ke atas pihak tentera pada tahun 1862 dan tindakan raja melantik Otto von Bismarck sebagai Perdana Menteri Prusia yang baru.
  212. Ketika para pemikir semakin memahami bidang penyelidikan bioperubatan merentasi masa, sebagaiman dengan kes pakar psikologi zaman pertengahan contohnya seperti Alhazen dan Avicenna, konsep-konsep psikologi percubaan dan psikologi klinikal baru muncul.
  213. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu telefon bimbit lebih dikaitkan dengan bidang kejuruteraan, akan tetapi apabila teknologi telefon bimbit semakin berkembang, terdapat banyak teknologi daripada aliran sains komputer diserapkan ke dalam alatan ini.
  214. Diasaskan pada tahun 1978 dengan nama Persatuan Industri Perkhidmatan Pengkomputan Dunia, WITSA semakin memainkan peranan sokongan yang aktif terhadap persoalan-persoalan dasar awam tentang penciptaan infrastruktur maklumat sejagat yang kuat dan berkesan.
  215. Usaha-usaha untuk membuka bandar Batu Pahat semakin giat dijalankan pada tahun 1888 oleh Dato' Yahya bin Awaluddin yang juga dikenali sebagai Dato' Yahya Tinggi di suatu kawasan bernama Bukit Senangin, Kampung Tambak iaitu di tebing kanan Sungai Batu Pahat.
  216. Penduduk di negara-negara barat biasanya menggunakan tulisan Cina tradisional apabila berniaga disebabkan kebanyakan mereka berasal dari negara Hong Kong dan Taiwan tetapi pendatang dari Chinasemakin ramai dan justeru tulisan Cina ringkas pun diperkenalkan.
  217. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, makasemakin ketat mereka akan 'terbelit' dalam kuncian pesilat aliran ini.
  218. George II dan George III berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menuntut semula kuasa raja, tetapi kerumitan dan belanja kerajaan yang semakin bertambah bermakna bahawa seorang menteri yang dapat memperoleh kesetiaan ahli-ahli Dewan Rakyat semakin diperlukan.
  219. Namun, Suharto menambah kekayaan diri serta keluarganya melalui amalan rasuah yang meluas dan beliau akhirnya dipaksa melepaskan jawatannya setelah tercetusnya tunjuk perasaan secara besar-besaran dan keadaan ekonomi negara yang semakin memburuk pada tahun 1998.
  220. Campuran doh itu dibiarkan naik seganda atau lebih (semakin lama rasanya semakin kuat, dengan itu pembuat roti sering menumbuk-numbuk doh dan membiarkannya naik semula), kemudian buku roti dibentuk dan (sekiranya mahu, dibiarkan naik kali) roti dibakar dalam oven.
  221. Bagaimanapun, terdapat sepersetujuan yang semakin bertambah bahawa perkataan "Tajikistani" yang tidak bersifat etnik, dan yang merangkumi kedua-dua etnik Tajik serta etnik-etnik bukan Tajik, merupakan istilah yang tepat untuk merujuk kepada orang-orang Tajikistan.
  222. Pertanian intensif telah dikaitkan dengan kemerosotan mutu tanah di India dan Asia, dan terdapat rasa bimbang yang semakin meningkat tentang kesan buruk baja dan racun perosak pada alam sekitar, khususnya kerana jumlah penduduk serta permintaan makanan kian bertambah.
  223. Sejak pembatalan kawal selia pasaran televisyen dan radio United Kingdom pada dekad 1980-an, BBC telah menghadapi persaingan yang semakin meningkat dari sektor komersil , khususnya perkhidmatan-perkhidmatan televisyen satelit, televisyen kabel, dan televisyen digital.
  224. Pada abad 20-an, kasut bola menjadi ringan dan lembut, seluar pendek dipakai lebih pendek, dan kemajuan dalam pembuatan pakaian dan cetakan membernarkan baju dicipta dengan lebih ringan mengunakna serat sintetik yang semakin berwarna-warni beserta rekabentuk kompleks.
  225. Kegunaan dalam industri kereta juga biasa meskipun terdapat banyak bukti bahawa kimpalan menggunakan karbon dioksida adalah rapuh berbanding yang dilakukan dalam atmosphera lebih stabil - inert, dan kimpalan sedemikian merosot semakin lama akibat pembentukan asid karbonik.
  226. Semenjak tulisan Rumi semakin bertapak di dunia Melayu, tulisan Jawi kini dipelihara terutamanya untuk wacana keagamaan dan kebudayaan Melayu di negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis dan Johor di Malaysia, Patani di Thailand, dan juga Sulu dan Marawi di Filipina.
  227. Kini merupakan kaum minoriti di India moden, komuniti-komuniti Jainisme semakin bertumbuh di luar India, seperti Amerika Syarikat, Eropah Barat, Afrika, Timur Jauh, serta tempat-tempat yang lain, dan terus memeliharakan tradisi kezahidan atau Shraman (श्रमण) yang kuno.
  228. Formulasi logik untuk matematik tulen dicadangkan oleh Bertrand Russell dalam bentuk satu struktur pengkuantiti proposisi yang menjadikannya kelihatan semakin munasabah kerana semakin banyak bahagian matematik yang diaksiomkan, dan oleh itu ia tertakluk pada kriteria bukti rigor.
  229. Gelombang besar imigrasi moden yang pertama ke Israel bermula pada tahun 1881 apabila orang-orang Yahudi melarikan diri daripada penyeksaan yang semakin bertambah, atau selepas idea-idea Zionisme Sosialis mengenai "penebusan tanah" dicadangkan oleh Moses Hess dan orang-orang lain.
  230. Dengan semakin bertambahnya pengetahuan mengenai monsun, definisi "monsun" telah melebar, dan kini termasuk segala fenomena yang berkaitan dengan siklus cuaca tahunan di benua Asia, Australasia, dan Afrika yang tropika dan subtropika serta lautan dan samudera di wilayah-wilayah tersebut.
  231. Sebagai contoh, pada masa kini, dalam kalangan masyarakat Amerika Utara, jumlah mereka yang menganggap masalah kebantutan dan obesiti sebagai penyakit telah meningkat sepanjang tempoh 40 tahun lalu, sebaliknya jumlah mereka yang menganggap homoseksual sebagai penyakit semakin berkurangan.
  232. Hasil peristiwa-peristiwa inilah China beralih dari ekonomi terancang menjadi ekonomi campuran yang semakin terbuka persekitaran pasarannya, iaitu sistem yang diistilahkan sebagai "sosialisme pasaran" oleh sesetengah pihak, dan secara rasminya "Sosialisme bercirikan China" oleh kerajaan RRC.
  233. Lalulintas yang berat dan kesesakan di kawasan-kawasan kota raya terbesar masih menjadi punca isu alam sekitar dan kesihatan yang mendesak, meskipun tahap asbut banyak menurun sejak 1970-an dad 80-an, dan pencemaran asbut ini semakin jarang dialami di samping pengurangan tahap sulfur dioksida.
  234. Tuduhan itu tidak berhenti di situ sahaja, malah semakin menjadi-jadi pada pilihan raya parlimen Zimbabwe 2005 yang diadakan pada 31 Mac dan tuduhan tersebut dibuat oleh parti Gerakan Perubahan Demokratik dan Jonathan Moyo, yang mahukan penyiasatan dibuat terhadap 32 daripada 120 kawasan parlimen.
  235. Kawasan hutan semakin berkurangan dan memberi laluan kepada perluasan padang rumput, maka berubahlah rupa bentuk dan sifat kuda yang beralih kepada rumput sebagai makanan, bertumbuhsemakin besar, dan berlari lebih pantas kerana perlunya menyelamatkan diri daripada pemangsa yang juga semakin pantas.
  236. Sebagai reaksi terhadap pemberontakan tersebut, pada tarikh 8 Disember 1982 pihak tentera melakukan penembakan terhadap 15 tokoh pembangkang demonstran.Peristiwa ini telah mengakibatkan dihentikannya bantuan pembangunan Belanda kepada Suriname, yang memberi kesan semakin buruk keadaan ekonomi Suriname.
  237. Pada awal tahun 80-an, rakyat semakin bosan dengan kerajaan kerana masalah ekonomi yang semakin meruncing, korupsi berleluasa dan kekalahan di tangan tentera United Kingdom dalam "Perang Falkland" (di Argentina dikenali sebagai Perang Malvinas iaitu nama Argentina untuk pulau tersebut) pada tahun 1982.
  238. Kemajuan robotik semakin menyerapkan elemen-elemen sains komputer seperti kepintaran buatan untuk menjadikan sesebuah robot lebih bijak.Bidang ini mendapat penawaran meluas di dalam universiti dalam dan luar negara memandangkan ia merupakan bidang yang menarik perhatian serta tempat yang meluas dalam industri.
  239. Richard Sakwa menulis bahawa kerajaan Rusia bahawa kerajaan Rusia dianggap sah tanpa keraguan oleh majoriti besar rakyat Rusia dan berusaha menyampaikan barangan awam tanpa menggunakan cara-cara di luar batas demokrasi, namun masih dipertikaikan sama ada sistem demokrasi ini semakin tidak liberal atau terpencar.
  240. Bintang politik beliau semakin terserlah apabila memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha UMNO Melaka, Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan UMNO Malaya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Presiden UMNO , Ketua Perhubungan UMNO Sabah (1991) , Pengerusi BN Sabah (1992), dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (1974-1993).
  241. Asalnya tiket yang dikeluarkan adalah percuma, namun atas sebab menjaga kualiti dan piawai sistem penyelenggaraan jejantas dan pelantar pemandangan yang dilihat semakin memerlukan kos yang tinggi, pihak pengurusan Jejantas Menara Berkembar Petronas telah mengambil keputusan untuk mengenakan caj lawatan pada harga yang berpatutan.
  242. Sewaktu abad ke-12, institusi-insitusi kerajaan pusat yang sebelum ini sentiasa mengiringi kerabat diraja yang berpindah-randah ke merata negara, menjadi semakin besar dan canggih dan juga tertumpu di satu tempat, iaitu Westminster pada kebiasaannya, namun perbendaharaan diraja yang berpindah dari Winchester pula menetap di Menara London.
  243. Pada tahun 1540, Xavier diutuskan ke istana Portugal oleh Ignatius bagi memenuhi hasrat John III, Raja Portugal, yang inginkan mubaligh-mubaligh Jesuit dihantar ke Hindia Timur Portugis kerana baginda mempercayai bahawa nilai-nilai Kristiani di kalangan peneroka-peneroka Portugis semakin terhakis di wilayah-wilayah tersebut, terutamanya di Goa.
  244. Di dalam buku Government and Politics in Southeast Asia' cabang eksekutif cenderung untuk mendominasi aktiviti politik, dengan pejabat Perdana Menteri menjadi satu kedudukan untuk mempengerusikan "sekumpulan kuasa yang semakin membesar dan meluas supaya tindakan dapat diambil terhadap individu atau organisasi," dan "memudahkan peluang perniagaan".
  245. Maka dengan itu, nama penuh Dominion of Canada digunakan seharian sehingga 1970-an.Apabila Kanada menegaskan autonomi politiknya dari United Kingdom, kerajaan persekutuan semakin kerap menggunakan Canada sahaja pada dokumen kerajaan dan perjanjian; perubahan ini dicerminkan dalam penukaran nama cuti hari kebangsaan daripada Hari Dominion kepada Hari Kanada pada tahun 1982.
  246. Mohammad Ali Hosseini, jurucakap bagi Kementerian Luar Iran, telah berkata bahawa resolusi "tidak memberi kesan atau menghadkan aktiviti nuklear Iran, tetapi akan mencemarkan keputusan Majlis Keselamatan, yang mana kuasanya semakin merosot." Oleh kerana resolusi itu di bawah Perkara 41 daripada Bab 7 dari Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, ia tidak boleh dipaksa menerusi penggunaan ketenteraan.
  247. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai budu.Budu salah satu makanan yang paling popular di negeri kelantan.Sekarang masyrakat makin mengenali budu dan semakintahu khasiat budu.Di samping itu nasi kerabu juga popular di negeri kelantan , hanya masyarakat kelantan dapat menghasilkan nasi kerabu yang sedap.Terdapat macam-macam makanan yang sedap-sedap dinegeri kelantan.
  248. Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...