Tuesday 26 January 2016

Contoh Ayat Perkataan "antaranya"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "antaranya" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Terdapat berbagai-bagai bidang sains, antaranya ialah:
  2. Terdapat 12 kampung dalam Mukim Ampang, di antaranya ialah: -
  3. Negara ini terdiri dari 176 pulau, 36 di antaranya berpenghuni.
  4. Terdapat lebih daripada 274 genus di dalam filum Firmicutes dan di antaranya ialah:
  5. Ada pelbagai gelaran bagi Bemuda, antaranya ialah La Garza, Virgineola, dan Pulau Devils).
  6. Anwar mengatakan bahawa penyingkirannya adalah kerana perbezaan politik antaranya dan Mahathir.
  7. Fungsi f disebut dengan pelbagai nama, antaranya fungsi objektif, fungsi kos atau fungsi tenaga.
  8. Di antaranya pula didominasi oleh pertemuan tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan sahel dan steppe.
  9. Sebagian besar pulau di Jepun bergunung-ganang, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi.
  10. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu.
  11. Tanah lanar dijumpai sekitar kawasan pantai, antaranya yang terbesar ialah kawasan Guadalquivir di Andalusia.
  12. Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul orang bunian, antaranya adalah mereka adalah dari keturunan jin.
  13. Rekod-rekod sejarah menunjukkan Bahrain dikenali melalui pelbagai gelaran yang antaranya "Mutiara Teluk Parsi".
  14. Tar, yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen.
  15. Perubahan putaran ini telah menyebabkan pelbagai kesan kepada bumi, antaranya pelbagai perubahan cuaca dan sebagainya.
  16. Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot .
  17. Kerajaan ini runtuh sepenuhnya pada abad ke-13 disebabkan pelbagai faktor, antaranya ialah kebangkitan kerajaan Jawa Majapahit.
  18. Hubungan ini wujud dalam berbagai-bagai bentuk, antaranya berupa aktiviti hubungan pengeluaran, penggunaan dan pengedaran pendapatan.
  19. Getah merupakan sejenis polimer hidrokarbon kenyal yang terhasil dari koloid dalam sap beberapa jenis pokok, antaranya adalah pokok Getah.
  20. Di antaranya adalah pantai-pantai yang menarik seperti Pantai Pasir Lanun dan Teluk Gorek selain pemandangan kampung tradisi yang menawan.
  21. Kejohanan yang dianjurkan oleh AFC antaranya ialah Liga Juara-Juara AFC, sebuah kejohanan tahunan yang paling berprestij diperingkat kelab-kelab Asia.
  22. Ia telah menjadi rumah kepada pelbagai orang sepanjang zaman, antaranya orang Iran purba yang ditubuhkan peranan dominan bahasa Indo-Iran di rantau ini.
  23. Di antaranya adalah di dalam bidang perlumbaan kereta di mana Petronas telah memberikan US$3 juta kepada pasukan Sauber yang diketuai oleh Peter Sauber.
  24. Mereka juga mempunyai beberapa barisan pengarah India yang kukuh untuk dua dekad seterusnya seperti yang dikenali dalam pengarahan filem Melayu antaranya B.
  25. Media Indonesia pula sering menyalahkan syarikat perladangan dari Malaysia yang melakukan pembakaran hutan di Sumatera, antaranya ialah Guthrie dan Tabung Haji.
  26. Ramai juga yang telah berkhidmat dengan cemerlang, antaranya ialah Able Seaman Ramli Mohd Said yang telah dianugerahkan pingat Pacific Star oleh kerajaan British.
  27. Beberapa negara telah menubuhkan konsulat mereka di Kuching, antaranya termasuk Australia, Brunei, China, Denmark, Perancis, Indonesia, Poland dan United Kingdom.
  28. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5.
  29. Dalam perjalanan mereka itu, tentera Jepun terserempak dan mengejutkan tentera British yang sedang berehat akibat kepenatan, antaranya termasuk Lt Hartley dan Bateri 501.
  30. Ketika itu, nama-nama lain juga dipertimbangkan, antaranya Langkasuka, sempena kerajaan purba yang terletak di kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu pada alaf pertama Masihi.
  31. Namun begitu, pada sekitar 1900-an, beberapa paradoks telah ditemui, antaranya paradoks Russell oleh Bertrand Russell dan Zermelo, yang menunjukkan percanggahan dalam teori set.
  32. Di pelbagai tempat, tanah itu telah dimasukkan dalam empayar serantau yang besar, antaranya Empayar Achaemenid, yang Empayar Macedonia, yang Empayar India Maurya, dan Empayar Islam.
  33. Kemajuan pengetahuan ini terletak pada kajian ahli anatomi perubatan, antaranya Fabricius , Petrus Severinus (1580–1656), William Harvey (1578–1657) dan Edward Tyson (1649–1708).
  34. Terdapat kira-kira 1,600 orang penduduk yang menetap di beberapa petempatan di hujung utara pulau tersebut, antaranya Flying Fish Cove, Bandar Silver, Kampong, Poon Saan, dan Drumsite.
  35. Pulau-pulau kecil yang tidak berpenghuni, antaranya Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, Pulau Suluk dan Pulau Sepanggar, terletak di utara bertentangan dengan Taman Negara Teluk Sepanggar.
  36. Banyak kilang-kilang dari luar negara yang bertapak di negeri ini antaranya Panasonic dari Jepun, Procter & Gamble dari Amerika Syarikat, Unilever dari Belanda, Nokia dari Sweden dan banyak lagi.
  37. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi.
  38. Beberapa bidang matematik gunaan telah bergabung dengan tradisi berkaitan di luar bidang matematik dan telah menjadi satu disiplin yang tersendiri, antaranya statistik, kajian operasi dan sains komputer.
  39. Harimau jadian atau juga dikenali sebagai harimau akuan dalam budaya Melayu dan orang asli, antaranya orang Semai, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki.
  40. Pengiktirafan ini turut dibuktikan dengan kewujudan Mahkamah Anak Negeri bermula tahun 1920 yang dianggotai antaranya 3 pemimpin Melayu iaitu Imam Mustapa, Habib Sheikh dan OKK Abdullah bersama pembantu-pembantu mereka.
  41. Dahulunya ia tanah jajahan Portugis yang dinama Guinea Portugis, tetapi apabila mencapai kemerdekaan, nama ibu kotanya Bissau ditambah kepada nama rasmi negara untuk mengelak terjadi pengeliruanantaranya dengan Republik Guinea.
  42. Beberapa bukti dan pendedahan telah dibebaskan secara melata khususnya melalui laman-laman sesawang dan blog, bagi menguatkan hujah keilatan skandal ini, antaranya pendedahan dari Sarawak Report dan portal berita Wall Street Journal.
  43. Terdapat juga roti yang tidak ditambah sebarang bahan penaik , antaranya seperti roti canai, roti nan, capati dan sebagainya, di mana kebanyakan daripada jenis roti tanpa penaik ini berasal dari negara-negara Asia Tengah seperti India.
  44. Daratan utama negara ini adalah paro timur Pulau Papua, di mana bandar-bandar terbesar ada di sana, termasuk di antaranya ibu kota Port Moresby dan Lae; pulau-pulau utama yang lain adalah Ireland Baru, United Baru, Manus, dan Bougainville.
  45. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati.
  46. Ahli-ahli dan negara bukan ahli Majlis Eropah telah menandatangani beberapa perjanjian penting, antaranya Konvensyen Jenayah Siber, Konvensyen Antipenyalahgunaan Dadah , Konvensyen Perlindungan Habitat Semula jadi dan Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah.
  47. Kuala Terengganu merupakan pusat bagi pelbagai agensi, jabatan dan badan kerajaan negeri dan persekutuan, antaranya seperti Jabatan Imigresen dan Kastam, Unit Perancang Ekonomi Negeri, pejabat besar Pos Malaysia, Perpustakaan Negeri Terengganu, dan lain-lain.
  48. Baginda pernah memegang beberapa jawatan penting dalam bidang ketenteraan, antaranya Leftenan Muda Rejimen Kedua Pasukan Peninjau , Kapten Kehormat Rejimen Askar Wataniah, Kolonel Kehormat Rejimen 504 Pasukan Simpanan dan Kolonel kehormat Rejimen Renjer Malaysia.
  49. Kini, Vienna menjadi bandar global dengan banyak pejabat-pejabat dibuka di sini antaranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum, dan juga Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama Eropah.
  50. Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort Homes.
  51. Topografi Mexico terdiri dari beberapa banjaran pergunungan, di antaranya Sierra Madre Occidental di sebelah barat, Sierra Madre Oriental di timur, Cordillera Neovolcxnica di tengah, dan Sierra Madre del Sur di selatan; dataran rendah kebanyakan sepanjang pesisir dan di Semenanjung Yucatan.
  52. Pusat-pusat pengajian daripada berbagai-bagai universiti juga terlibat dalam penanggulangan bencana ini, antaranya Pusat Pengajian Pengurangan Bencana ITB Bandung, Pusat Pengajian Pengurusan Bencana UPN Veteran Yogyakarta, Pusat Pengajian Bencana Alam UGM, dan CEEDED Universiti Islam Indonesia.
  53. Terdapat macam-macam makanan tradisoanal yang sedap dan berkhasiat di negeri Terengganu antaranya Tahi Itik, Akok, Nganang, Brolok Sagu, Sagong, Bikee nyor, Blebab Ubi, Nek Bak, Tok Aji Serbang, Ketupat Sotong, Beekang, Roti Paung, Buah Bung Sambal, Kuih Kapur nyor, Apam Dewa, Apam Kuah dan banyak lagi.
  54. Sibu mempunyai keunikan tersendiri yang mempunyai hasil tani, buahan serta sayuran tempatan yang mungkin tidak atau jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia antaranya ialah buah Dabai dan buah Engkalak yang merupakan buahan bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak terutamanya masyarakat Melayu, Melanau dan Iban.
  55. Beberapa pertandingan baharu—12 jika diasingkan mengikut jantina—disertakan dalam edisi kali ini, antaranya biathlon berganti-ganti campuran, lompat ski wanita, luncur ais berbunga berpasukan campuran, luge berpasukan campuran, ski paip separuh, slopestyle ski dan papan luncur salji, dan slalom selari papan luncur salji.
  56. Bekas pekerja lombong ini melarikan diri dari kawasan bijih timah di negeri Perak kerana tidak mahu terlibat dengan pergaduhan yang sering berlaku di antara Kumpulan Kongsi antaranya kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang sering ditubuhkan oleh pekerja-pekerja lombong negeri Perak bagi merebut kawasan yang kaya dengan bijih timah.
  57. Kebanyakan universiti-universiti di Eropah Barat dilahirkan di bawah naungan Gereja Roman Katolik, biasanya sebagai sekolah gereja melalui piagam Paus sebagai Studia Generali (Nota: Perkembangan sekolah gereja menjadi universiti sebenarnya kelihatan amat jarang, antaranya Universiti Paris - rujuk Leff, Paris and Oxford Universities).
  58. Pada masa yang sama, wajah bumi Malaysia berubah kerana bangkitnya berbilang-bilang projek mega, antaranya Menara Berkembar Petronas , Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Projek Lebuhraya Utara Selatan, Litar Antarabangsa Sepang, Koridor Raya Multimedia, empangan hidroelektrik Bakun dan pusat pentadbiran persekutuan baru, iaitu Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...