Contoh Ayat menggunakan Perkataan "landasan" dalam bahasa Melayu
- Satu landasan lagi menuju ke Padang Besar, Perlis.
- Kedua-dua gerabak dan landasan menghasilkan medan magnet.
- Mereka ditugaskan membina landasan kereta api dan sekolah.
- Bangunan Terminal Utama terletak di antara kedua-dua landasan terbang.
- Pengangkutan ke bandar ini dipermudahkan lagi dengan landasan keretapi.
- Sebuah landasan dengan panjang 3,000 meter dibina dengan arah utara-selatan .
- Selalunya metro menggunakan terowong dan kadangkala menggunakan landasan tinggi.
- Ia merupakan pertemuan persimpangan landasan kereta api barat dan timur Malaysia.
- Kenderaan ini bergerak di atas landasan sejauh 1.6 km dan berjaya diuji sepenuhnya.
- Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad.
- Lapangan Terbang Eastleigh adalah landasan terbang asal bagi syarikat jet pada 1930-an dan 1940- an.
- Selepas ditawan Jepun, sebuah landasan dibina di arah timur-barat untuk kegunaan tentera udara Jepun.
- Di atas landasan perlumbaan, pasukan McLaren dan Williams mendominasi musim-musim 1980-an dan 1990-an.
- Gemas menjadi penting kerana di sini landasan kereta api bercabang dua, satu landasan ke Tumpat, Kelantan.
- Pada abad ke-19, hampagas digunakan sebagai geseran bagi ujikaji landasan atmosfera Isambard Kingdom Brunel.
- Sejarah Tambak Johor bermula pada tahun 1909 apabila landasan keretapi dari Singapura ke Johor Bahru siap dibina.
- Sejak dari tahun [2000]], Betuweroute, landasan kereta api kargo yang laju dari Rotterdam ke Jerman sedang dibina.
- Anderson bersama ramai askar-askar yang lain dihantar ke Thailand untuk bekerja membina landasan kereta Burmaâ€"Thailand.
- Pada mulanya di tahun 1909, tambak ini hanya mengandungi sebatang landasan dari stesen keretapi Johor Bahru ke Singapura.
- Gemas merupakan persimpangan bagi landasan kereta api ke pantai timur dan pantai barat Malaysia kendalian Malayan Railways.
- Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan keretapi mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan mendiami bandar Kluang.
- Penempatan tidak formal telah tumbuh di sepanjang landasan kereta api di Muthurwa, Mukuru dan Kibera dan tempat-tempat lain.
- Pada 16 April 1853, landasan keretapi penumpang sulung di India dibuka untuk menghubungkan Bombay dengan bandar Thane yang berdekatan.
- Ofset yang mengimbangi kedua-dua medan magnet pada gerabak dan landasan menghasilkan daya yang dapat menggerakkan kereta api ke hadapan.
- Fasa pertama melibatkan pembinaan sebuah depot dan landasan monorel dalam bandar sepanjang 8.6 kilometer dengan 11 buah stesen perhentian.
- Medan magnet pada landasan pula dihasilkan oleh medan magnet aruhan yang datang daripada wayar-wayar atau jalur pengalir yang ada pada landasan.
- Sepanjang setengah abad lebih, hampir 40 juta ekor bison Amerika disembelih untuk kulit dan dagingnya serta memudahkan peluasan landasan kereta api.
- Gegelung perejangan pada landasan digunakan untuk menghasilkan daya pada magnet yang terletak pada gerabak dan menggerakkan kereta api itu ke hadapan.
- Keluarga Edison terpaksa berpindah ke Pelabuhan Huron, Michigan apabila landasan kereta api memirau Milan, tetapi kehidupannya di Michigan pahit manis.
- Perkembangan pesat Lembah Klang berubah lagi apabila landasan kereta api dibina pada tahun 1892 yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Port Swettenham.
- Terdapat hanya beberapa jalan dan hanya satu landasan kereta api yang pendek; sistem perhubungan adalah melalui jalan air atau lorong hutan yang sempit.
- Fasa kedua pula melibatkan pembinaan 11 buah stesen perhentian dan landasan monorel 12 kilometer di sepanjang tebing Sungai Klang projek pembangunan Kuala Lumpur Linear City.
- Hubungan antara Bahasa Cina dan bahasa Sino-Tibet yang lain merupakan satu kawasan kajian yang giat dijalankan, serta landasan percubaan membina semula bahasa Proto-Sino-Tibet.
- Kereta api istimewa diperlukan untuk landasan tertentu, misalnya monorel, kereta api laju, maglev, kereta api bawah tanah bertayar getah, kereta api kabel dan kereta api gunung.
- "De Hef" ("Lif"), bekas jambatan-angkat landasan kereta api, dikekalkan sebagai tugu peringatan dalam kedudukan terangkat di antara Noordereiland ("Pulau Utara") dan Rotterdam Selatan.
- Selain itu, ketiadaan batu balas di dalam pembinaan landasan telah mempercepatkan kadar kerosakan landasan di mana mendapan tanah sering berlaku dan mengakibatkan beberapa kegelinciran.
- Setelah diberitahu mengenai kehadiran pasukan penjajah beberapa batu di utara landasan pesawat mereka, pegawai kanan tentera udara di Kota Bharu meminta kebenaran untuk melancarkan serangan.
- Orang Tamil India Selatan bertumpu, khususnya di ladang getah dan landasan kereta api Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor, meskipun sebilangan mereka juga bekerja di limbungan Pulau Pinang.
- Menjelang penghujung abad ke-19 jalan kereta api dari Kuala Lumpur sedang dibina merentasi sempadan Johor, sementara di Singapura cadangan membina jajaran landasan ke Selat Tebrau telah diluluskan.
- Walaupun menghadapi pengepungan dan pengeboman, pembinaan sistem metro Moscow yang dimulakan pada awal dekad 1930-an diteruskan sepanjang peperangan dan pada akhir perang, beberapalandasan metro yang baru dibuka.
- Long Lellang lengkap dengan klinik, sekolah rendah, dan landasan kapal terbang .Ia menjadi pekan tumpuan 7 kampung iaitu dari Long Main, Long Kepang, Long Benali, Long Sabai, Keramu, Pengaran Iman dan Pengaran Kelian.
- Dibawah Pelan Master Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, satu landasan terbang baru dan satu terminal satelit baru akan dibina untuk membolehkan lapangan terbang ini menampung trafik penumpang yang akan meningkat.
- Kerubut Emas California pada tahun 1848â€"49 mendorong lagi penghijrahan ke arah barat, dimudahkan lagi oleh pembinaan landasan kereta api baru yang pada masa yang sama memburukkan lagi perselisihan dengan pribumi Amerika.
- Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916.
- Maka, sejak itu tiada seorang pun pemandu yang terkorban di atas landasan dalam kereta F1, meskipun dua orang marsyal landasan pernah diragut, seorang pada Grand Prix Itali 2000, dan seorang lagi pada Grand Prix Australia 2001.
- Pada 8 Disember 1941, Ketumbukan Ke-25 Tentera Imperial di bawah pimpinan Tomoyuki Yamashita membuat pendaratan di Songkhla dan Pattani dan menggunakan bandar-bandar ini sebagai landasanTentera Jepun untuk penaklukan Tanah Melayu.
- Gegelung ini sebenarnya ialah sejenis motor linear: Arus ulang-alik yang mengalir melalui gegelung itu menghasilkan medan magnet yang sentiasa berubah-ubah yang bergerak ke hadapan sepanjanglandasan dan merangsang gelungan seterusnya.
- Semasa penjajahan Jepun pula industrinya mula membangun, dengan orang Jepun membina kebanyakan infrustruktur yang menolong membangunkan ekonomi Taiwan dengan pesat, contohnya landasankeretapi yang menghubungkan utara dan selatan Taiwan.
- Akhirnya, tapak lapangan terbang ini akan mampu menampung pembinaan infrastuktur yang boleh menampung 100 juta penumpang setahun, 4 landasan terbang dan dua terminal mega yang dihubungkan dengan terminal satelit masing-masing pada tahun 2020.
- Untuk membuka rantau Barat, kerajaan menaja pembinaan tiga landasan keretapi antara benua , membuka tanah prairi kepada petempatan dengan Akta Tanah Dominion, serta menubuhkan Polis Berkuda Barat Laut untuk menegaskan kekuasaannya terhadap wilayah ini.
- Gempa bumi juga mengakibatkan Lapangan Terbang Adi Sutjipto ditutup, akibat gangguan komunikasi serta juga kerosakan bangunan dan landasan kapal terbang sehingga buat sementara, pengangkutan udara dialihkan ke Lapangan Terbang Achmad Yani di Semarang dan Lapangan Terbang Adisumarmo di Solo.
- Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885.
- Pada Mei 2007, terdapat satu cadangan untuk meluaskan liputan landasan LRT ke kawasan Subang Jaya dengan menyambungkan Aliran Kelana Jaya ke kawasan-kawasan stesen KTM Komuter Subang Jaya, SS14, SS15, SS16, Bandar Sunway, USJ 1 dan USJ 8 sebagai peruntukan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.
- Antara kerja-kerja yang berkenaan adalah meluaskan bahu bagi kedua-dua landasan terbang sebanyak 15 meter dan juga laluan taxi pesawat, pembinaan jeti penghubung tambahan pada tiga balai berlepas iaitu C17, C27 dan C37 dan menaik taraf aras mezzanine bagi penumpang dek atas untuk pesawat tersebut di balas berlepas.
- Kdth Sinclair berpendapat bahawa pembinaan landasan ini telah membawa banyak kesan perubahan, termasuk penghijrahan tenaga buruh dari ladang-ladang getah ke kawasan pembinaan jalan kereta api kerana kadar upah yang ditawarkan oleh kontraktor-kontraktor jalan kereta api lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh pihak ladang.
- Fasa kedua projek monorel ini pada mulanya dirancang dengan landasan yang sedia ada akan disambung dengan 1.6 kilometer lagi landasan bermula di Jambatan Chan Koon Cheng ke The Stadhuys.Namun begitu, ianya diubah dari Stesen Hang Jebat di Taman Rempah ke Jalan Tun Mutahir dan Jalan Tun Ali ke Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya sepanjang 1.3 kilometer.Fasa kedua projek itu juga akan mengandungi satu stesen penyelenggaraan di persimpangan Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir bagi memastikan sistem monorel itu menepati piawaian yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat .Antara penambahbaikan yang dilakukan pada fasa kedua projek ini adalah terdapat pintu bantuan kecemasan di gerabak, menyediakan laluan antara gerabak, pusat kawal trafik dan sistem pemindahan automatik selain generator.Proses pembinaan fasa dua bermula pada bulan Disember 2011 dan dijangka siap pada Februari 2013.
No comments:
Post a Comment