Saturday, 9 January 2016

Contoh Ayat Perkataan "wartawan"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "wartawan" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Ia mengakibatkan Tariq Ayoub, wartawan saluran berkenaan meninggal dunia dalam serangan udara tersebut.
  2. Di Malaysia, ejen Indonesia ditangkap dan wartawan media massa menyerang kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.
  3. Akibatnya, ramai pemberita dan wartawan saluran berkenaan diusir keluar dan dihalang dari negara-negara terlibat.
  4. Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.
  5. Pesta olahraga ini disertai oleh 2,250 atlet dari 48 negara di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan, serta didatangi oleh 500 orang wartawan asing.
  6. Dalam memoir 1991, wartawan Washington Post Carl Rowan mendakwa pihak FBI pernah menghantar suatu srat layang kepada King menggalakkannya untuk membunuh diri.
  7. Dia menerima anugerah Golden Boy untuk tahun 2014 daripada panel wartawan sukan pan-Eropah, mengiktirafnya sebagai pemain bawah-21 terbaik yang bermain di Eropah.
  8. Dalam satu peristiwa, satu perintah kerajaan yang membatalkan permit kerja untuk dua orang wartawan asing yang kritis terhadap kerajaan Mahathir telah ditolak oleh Mahkamah Agung.
  9. Seorang lagi penulis yang menggunakan nama 'Tamar Jalis' ialah A Jalil Miran, bekas wartawan tabloid Buletin Rakyat dan Buletin Utama, dikenali dengan cerita seram dan hantu selain sensasi hiburan yang dihasilkannya.
  10. Premesh Chandran, bekas wartawan akhbar The Sun yang ketika itu bertugas dengan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia mengasaskan Malaysiakini bersama Steven Gan yang pernah bekerja dengan akhbar The Nation, di Bangkok, Thailand.
  11. Kes terhadap dua orang wartawan yang tersebut di atas tertimbul ketika John Berthelsen dan Raphael Pura menulis sebuah siri makalah terhadap urusniaga-urusniaga kewangan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang diragui tidak etika dan sah.
  12. Dalam satu sesi temuramah bersama pengarah urusan Al Jazeera English, Nigel Parsons, beliau memberitahu para wartawan bahawa pemilihan Kuala Lumpur ke atas Hong Kong dan Singapura bagi pusat operasi serantau bukan berdasarkan kepada status negara islam Malaysia semata-mata, tetapi atas sebab sokongan dan kerjasama kerajaan Malaysia, kos yang kompetitif, hubungan kebudayaan dan politik antara dua negara yang akrab, kemudahan dan prasarana yang baik serta sumber tenaga manusia yang berkebolehan .

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...