Saturday 9 January 2016

Contoh Ayat Perkataan "mengarahkan"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "mengarahkan" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Beliau mengarahkan Rejimen ke - 40 supaya menyerang bahagian timur jalan.
  2. Othello mengarahkan keraian umum lalu beredar untuk berduaan dengan Desdemona.
  3. Hasil tindakan itu, pihak Siam mengarahkan pembuat peta Siam menangguhkan kerja mereka.
  4. Kerajaan Thailand dan Brunei mengarahkan pejabat kerajaan mengibarkan bendera separuh tiang.
  5. E. Percival mengarahkan Tentera Komanwel di Singapura di bawah pemerintahannya menyerah kalah.
  6. Di China, pada 212 SM, Maharaja Qin Shi Huang mengarahkan bahawa semua buku tersebut dibakarkan.
  7. Wavell pula kagum dengan Bennett dan mengarahkan Percival memberikan pemerintahan medan kepada Bennett.
  8. Disember 1991 Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah.
  9. Semasa mengarahkan tembakan ke arah kedudukan askar Turki, Bennett mengalami kecederaan dan dipindahkan ke hospital.
  10. Selepas kematian Duncan, Anderson mengambil pemerintah 45 Briged dan mengarahkan pasukan itu berundur ke Parit Sulong.
  11. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.
  12. Pemangku Ketua Polis Sandakan DSP Ooi Guan Siew mengarahkan kerja-kerja memusnahkan bom itu dijalankan pada 27 November 2007.
  13. Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan.
  14. Hal yang sama juga diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengarahkan sekolah-sekolah ditutup jika IPU mencapai 300 .
  15. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  16. Semasa Pahang dalam keadaan hura-hara akibat perang Temenggong Ibrahim telah mengarahkan kawasan itu dibuka semula oleh Dato’ Mohd Ali.
  17. Setiap kementerian diketuai oleh seorang ahli kabinet, yang dibantu oleh seorang setiausaha tetap yang mengarahkan kakitangan kementerian.
  18. Semasa Nabi Muhammad masih berada di Makkah, baginda mengarahkan penganut Islam untuk menyeberangi Laut Merah pergi ke Habsyah / Abyssinia.
  19. Sejerus selepas itu, rakyat mengadakan tunjuk perasaan di depan rumah Gabenor akan tetapi pada 3 Disember kerajaan mengarahkan mereka ditangkap.
  20. Pada tahun 1917, Sultan Johor mengarahkan Onn Jaaafar menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas JMF.
  21. Pada 9 Februari 1942 Taylor mengarahkan 22 Briged Australia berundur dari garisan pertahanan Jurong-Kranji kerana diserang hebat oleh pasukan Jepun.
  22. Mereka juga telah menukar bahasa pelajaran dari Bahasa Perancis kepada Bahasa Inggeris, dan mengarahkan supaya pegawai kerajaan supaya mempelajarinya.
  23. Pada 25 Ogos, Sata menghadiri pengebumian Mwanawasa di Chipata.Namun Maureen Mwanawasa, balu Mwanawasa, mengarahkan Sata meninggalkan majlis pengkebumian.
  24. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.
  25. Kemudian pada 13 Mei, pemerintah Indonesia menaikkan taraf berjaga-jaga kepada taraf tertinggi, merah, dan mengarahkan pemindahan semua penduduk dengan segera.
  26. Beliau mengarahkan satu papan tanda "This Is Anfield" dipasangkan di laluan yangperlu digunakan oleh pemain untuk amsuk ke padang untuk tujuan mengusarkan pihak lawan.
  27. Pemerintah di Malaysia telah mengarahkan pengamal silat mewujudkan persatuan silat dan didaftarkan atas tujuan untuk membina, meyusun dan pengurusan silat yang lebih baik.
  28. In 204 B.C, Hannibal dari Carthage menyediakan belanga tembikar di sisi dengan ular beracun dan mengarahkan tenteranya untuk melontar belanga tersebut kepada kapal Pergamon..
  29. Beliau kemudiannya mengarahkan pembantunya yang merupakan seorang ahli teknologi atau jurutera untuk memperbaiki alat tersebut dengan membuang harmonik daripada hasil bunyinya.
  30. Pada 27 Januari 1942, panglima Malaya Command Leftenan Jeneral AE Percival mengarahkan pasukan British dan Komanwel meninggalkan semenanjung Tanah Melayu dan berundur ke Singapura.
  31. Berikutan kejayaan Portugal dan Sepanyol dalam penjelajahan luar negara, pada tahun 1496, Raja Henry VII mengarahkan John Cabot mengetuai pelayaran untuk mencari laluan ke Asia melalui Atlantik Utara.
  32. Kumpulan itu mengarahkan kepada "Media Besar, pengilang-pengilang tidak dapat membantu, dan pengedar DRM" dan untuk membawa kesedaran awam kepada isu tersebut dan menaikkan penyertaan dalam inisiatif.
  33. Kabinet mengarahkan supaya semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen.
  34. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka.
  35. Suruhanjaya ini yang diketuai oleh musuhnya yang paling ketat Biskop Agung Desmond Tutu telah mendapati bahawa beliau bersalah kerana mengarahkan pengeboman ibupejabat Majlis Gereja-Gereja Afrika Selatan di Johannesburg.
  36. Tunku mengarahkan Ghafar selaku Setiausaha UMNO Melaka mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar pada 18 April 1954, di Dewan Perhimpunan Cina / Chinese Assembly Hall dan turut dihadiri Datuk Sir Tan Cheng Lock, Presiden dan wakil MCA.
  37. Ketetapan ini juga mengarahkan penubuhan sebuah jawatankuasa sekatan yang terdiri daripada 15 ahli terkini dalam Majlis Keselamatan PBB, untuk menyelia penguatkuasaan dan melaporkan kepada Majlis sekurang-kurang pada setiap 90 hari.
  38. Oleh itu, pada akhir 1940, beliau mengarahkan Batalion Kedua, Regiment Punjab Yang Ke-15, bateri meriam berat 6-inch dari Artileri Diraja Hong Kong-Singapura, dan Kompani Kubu Ke-35 untuk ditempatkan di Kuching (Borneo Utara British).
  39. Sementara itu di pihak Jepun, Mejar Jeneral Saburo Kawamura, pemerintah Briged ke - 9 mengarahkan pasukan pimpinan Kolonel Saeki diberi tambahan kereta kebal dan jurutera bagi membolehkan pasukan Jepun menawan jambatan Jitra sebelum British meletupkannya.
  40. Darurat ialah sesuatu pengisytiharan kerajaan yang lazimnya menggantungkan fungsi-fungsi biasa tertentu dalam kerajaan, mengingatkan rakyat agar mengubah tabiat biasa mereka, atau mengarahkanagensi kerajaan untuk melaksanakan rancangan persediaan darurat.
  41. Sekitar tahun 1005 masihi, Maharaja Sri Chulamanivarman yang dirujuk dalam inskripsi-inskripsi India sebagai "Raja Kataha dan Srivijaya" telah mengarahkan pembinaan sebuah kuil Buddha di Nagapattinam, selatan India yang dinamakan bersempena namanya iaitu Chulamanivarmavihara.
  42. Ada yang mendakwa bahawa PKI mengarahkan pembunuhan keenam-enam jeneral itu, ada yang mengatakan Sukarno sendiri berbuat demikian, dan ada yang berpendapat bahawa Suharto yang merancangkan pembunuhan itu untuk menghapuskan pesaing-pesaing yang berpotensi untuk jawatan presiden2.
  43. Pada 22 Januari 1942, Anderson memerintahkan supaya semua kenderaan dan senjata berat dimusnahkan supaya tidak dapat digunakan oleh tentera Jepun, dan mengarahkan pasukannya untuk menyusup keluar daripada kepungan Jepun melalui jalan-jalan kampung supaya tidak tertawan oleh askar Jepun.
  44. Setelah mandi, beliau berkata, "Segar amat badanku ini!", dan seterusnya menamakan sungai tersebut sebagai Segar Amat, yang kemudian berubah menjadi Segamat.Selain itu,nama segamat diambil ketika Bendahara Tepok mengarahkan pembantu kanannya iaitu Selamat Gagah untuk membawanya melarikan diri dengan perkataan Segera Mat,Segera Mat.
  45. Sesetengah sumbangan penting lain oleh Nurhaci termasuk mengarahkan penciptaan bahasa Manchul bertulis yang berasaskan skrip Mongolia, dan penubuhan sistem pentadbiran sivil dan ketenteraan yang kemudiannya menjadi Panji-panji Manchu, unsur yang mendefinasikan identiti Manchu, maka tersedianya asas untuk mengubah wajah puak Jurchen yang renggang pertaliannya menjadi satu negara.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...