Saturday, 9 January 2016

Contoh Ayat Perkataan "demi"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "demi" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Beliau menggemari Melayunesia demi kemudahan pihak kolonial.
  2. Rundingan demi rundingan telah dijalankan tetapi tidak berjaya.
  3. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis.
  4. Untuk mendapatkan ton warna gelap, warna ditindihkan lapisan demi lapisan.
  5. Biasanya, hukuman mati itu dilaksanakan demi menegakkan keadilan di dalam masyarakat.
  6. Piawai ini memperluas kod alfa-3 ISO 639-2 demi meliputi semua bahasa sejadi yang diketahui.
  7. Jika setiap barang itu dibundarkan satu demi satu , maka jumlah yang tidak betul ialah RM8.05.
  8. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.
  9. Banyak pasukan dari berbagai kerajaan yang dikirim ke wilayah ini, demi mendapatkan wilayah yang lebih makmur.
  10. Maka digalakkan untuk kita memakan pelbagai jenis warna buah dan sayur demi kesihatan yang cemerlang dan sihat.
  11. Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur.
  12. Semua haiwan juga merupakan heterotrof, iaitu perlu memakan organisma lain atau hasil keluarannya demi menyara hidup.
  13. Sejarah terkini Nepal telah menyaksikan perjuangan demi kerajaan demokratik sepanjang tempoh pemerintahan raja mutlak.
  14. Bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau sanggup mengorbankan kebebasan rakyat demi kestabilan negara.
  15. Pada tahun 1994, rusuhan demi rusuhan dilakukan oleh golongan Syiah yang tidak berpuas hati dengan ketidakadilan kerajaan.
  16. Dalam konteks nombor kompleks, positif adalah nyata, tetapi demi kejelasan seseorang juga boleh sebut "nombor nyata positif".
  17. Pada masa depan, pekerja yang berkemahiran tinggi akan membantu dalam membangunkan Sarawak demi kebaikan pentadbiran ekonomi.
  18. Kedudukan dan susun atur lapisan germa adalah amat khusus kepada spesies demi spesies, bergantung pada jenis embrio yang dihasilkan.
  19. Setelah wilayah Malaysia ditakluki semula oleh Pihak Berikat, masyarakat tempatan semakin menyambut baik perjuangan demi kemerdekaan.
  20. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil.
  21. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut.
  22. Namun, jambatan Gemencheh, yang telah diletupkan demi menghindar kemaraan Jepun, dapat dibina semula dalam masa enam jam oleh tentera Jepun.
  23. Selain itu, Jepun semakin mempergunakan pertikaian-pertikaian dalaman antara puak-puak Cina untuk mengurangkan kekuatan mereka satu demi satu.
  24. Ketua rumah adalah penjaga utama adat sala orang Iban untuk memastikan kelancaran pelaksanaan adat dan dendanya demi ketenteraman dan keamanan.
  25. Jauh sedikit dari bandar Kuantan sendiri, iaitu ke arah barat dan selatan, barulah budaya tradisi Pahang dapat diperhatikan sedikit demi sedikit.
  26. Kakitangan beliau diberitahu agar mematuhi arahannya dalam menjalankan penyelidikan, lebih-lebih lagi digesa bekerja keras demi memperoleh hasil.
  27. Rejim demi rejim yang bersilih-ganti pada abad ke-19 menangani tekanan sedemikian dengan pembaharuan yang tidak bersungguh-sungguh serta penindasan.
  28. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu.
  29. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur.
  30. "Tentera keramat" ini bertujuan membaktikan sepanjang umur mereka untuk membantu yang lain dan mengejar keadilan demi segala insan tanpa mengira agama.
  31. Perlembagaan Republik dipinda untuk menggantikan tuntutannya terhadap wilayah Ireland Utara sambil mengakui hasrat nasionalis demi Ireland yang bersatu.
  32. Selepas kemenangan Hamas dalam pilihan raya 2006, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah menyekat bantuan ekonomi kepada Palestin, demi memulaukan Hamas.
  33. Sungguhpun demikian, pengetahuan yang diperoleh dari usaha sistem berteknologi mekanik adalah penting demi pembangunan televisyen yang elektronik sepenuhnya.
  34. Program ini bertujuan mengkatalog, menyenarai, menama dan mengabadikan tapak-tapak ulung warisan budaya atau warisan semula jadi penting demi warisan sejagat.
  35. Pada tahun 1950 Pengembang Ugama demi Kerja Amal dibentuk kesatuan wanita (sisterhood) yang turut membantu pesakit kusta dan kawasan malapetaka lain di dunia.
  36. Contohnya, sesebuah lagu lama yang diminati oleh generasi demi generasi baru, meskipun penyanyi asalnya sudah lama meninggal dunia, digelar lagu "malar hijau".
  37. Kini Tentera British tidak ramai bilangannya, dan semakin berkurangan apabila kajian demi kajian dibuat oleh kerajaan mengenai kedudukan Angkatan Tentera British.
  38. Pada 1930, satu akta tanah telah diluluskan yang mengecualikan rakyat Afrika daripada mempunyai ladang terbaik demi menaikkan kepekerkasaan kaum kulit putih di sana.
  39. Di laut, empayar ini bersaing dengan Liga-Liga Suci yang terdiri daripada Sepanyol Habsburg, Republik Venice dan Kesatria Santo Yohanes demi menguasai Mediterranean.
  40. Ada juga di antara kaki judi nombor ekor yang sanggup melakukan perkara syirik seperti memuja kubur kononnya demi mendapatkan nombor ekor yang dikatakan akan mengena.
  41. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung.
  42. Untuk mencapai tujuan tersebut, setiap Legat bekerjasama dengan penguatkuasa tempatan negara masing-masing serta mengkordinasikan penyiasatan demi kepentingan kedua-dua negara.
  43. Seterusnya selepas itu pegawai-pegawai tadbir pun disusun dan pejabat-pejabat kerajaan seperti mahkamah, polis, penjara, hospital, dan lain-lain juga diwujudkan satu demi satu.
  44. Dengan itu, Kim menerima Hadiah Keamanan Nobel "atas usahanya demi demokrasi dan hak asasi manusia di Korea Selatan dan seluruh Asia Timur, khususnya perdamaian dengan Korea Utara."
  45. Kebanyakan masalah ini berjaya diselesaikan, namun sistem bagasi terus menghadapi masalah demi masalah dan kini ia diletakkan sebagai tender untuk mencari pengurusan baru pada 2007.
  46. Oleh itu, tempoh yang berikutnya iaitu tempoh janin, diperikan mengikut organ demi organ dari satu segi, dan berasaskan perkembangan utama mengikut minggu umur gestasi dari segi yang lain.
  47. Kegiatan perdagangan di tempat ini berkembang hingga kota ini ditawan oleh Viking dan dipaksa berpindah ke arah timur di tapak Londinium demi memanfaatkan tembok-temboknya sebagai perlindungan.
  48. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam.
  49. Iago membenci Othello kerana menaikkan pangkat seorang pemuda bernama Michael Cassio mengatasi pangkatnya, lalu memberitahu Roderigo niatnya untuk memperalatkan Othello demi kepentingan dirinya.
  50. Pengacukan antara kucing-kucing besar, termasuk sekali harimau, mula-mula dikonsepkan pada abad ke-19, ketika pihak zoo berminat untuk mencari haiwan aneh untuk dipamerkan demi mengaut keuntungan.
  51. Berabad-abad kemudian, anak lelaki sulung kebanyakan keluarga Hindu di Punjab ditahbiskan sebagai Sikh agar membolehkan anak-anak itu berlatih dan menjadi pahlawan dan berjuang demi rakyat jelatan.
  52. Homeostasis merupakan keupayaan sesebuah sistem mengekalkan keadaan dalamannya demi mencapai keadaan yang stabil melalui keseimbangan dinamik berganda yang dikawal oleh mekanisme kawal atur berhubung.
  53. Konflik demi konflik terus meyelubungi penggalnya selaku presiden, yang disifatkan oleh pergolakan buruh tanpa henti, perbalahan peribadi dengan media, dan ketegangan diplomatik dengan Amerika Syarikat dan Jepun.
  54. Rodger menetap di Sepanyol untuk masa yang lama demi mempelajari jenis-jenis jurulatih, dan diajak oleh Jose Mourinho untuk meninggalkan peranan Pengarah Akademi di Reading beliau dan sertai Mourinho di Akademi Chelsea.
  55. Selepas kekalahan demi kekalahan di tangan tentera Jerman, Tentera Merah the Red Army akhirnya berjaya membendung kemaraan Jerman pada 1943, dan pada 1945, menduduki sebahagian besar Eropah Timur termasuk sebahagian Jerman (iaitu Jerman Timur).
  56. Pada tahun 802 M, Jayavarman II menobatkan dirinya sebagai raja dan menandakan permulaan Empayar Khmer yang mekar selama lebih 600 tahun, membolehkan raja demi raja menakluki sebahagian besar wilayah Asia Tenggara di samping mengaut kuasa dan kekayaan yang teramat.
  57. Segala maklumat yang diperolehi dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan Malaysia dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain untuk tujuan pembangunan negara demi kemaslihatan rakyat dan penduk Malaysia pada masa hadapan.
  58. Dalam hal-ehwal dalam negeri, Truman menghadapi cabaran demi cabaran: penukaran semula ekonomi yang kacau-bilau dan yang ditandai oleh kekurangan-kekurangan yang amat teruk, mogok-mogok yang sering berlaku, serta pelulusan Akta Taft-Hartley yang tidak mengendahkan vetonya.
  59. meskipun begitu para sahabat lain seperti Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.
  60. Pada tahun 1989, kematian seorang pegawai penyokong reformasi, Hu Yaobang, sedikit sebanyak mengapi-apikan tunjuk perasaan besar-besaran di Dataran Tiananmen, di mana para mahasiswa dan lain-lain menghabiskan berbulan-bulan untuk berkempen demi peningkatan hak demokrasi dan kebebasan bersuara.
  61. Di Lautan Hindi, tentera laut Uthmaniyyah kerap bertembung dengan armada Portugis demi mempertahankan monopoli turun-temurun ke atas laluan-laluan perdagangan maritim antara Asia Timur dan Eropah Barat; laluan-laluan ini berdepan dengan persaingan baru dengan penemuan Tanjung Harapan oleh Portugis pada tahun 1488.
  62. Abjad Fonetik Antarabangsa atau singkatannya AFA merupakan sistem transkripsi fonetik yang dicipta oleh para pakar bahasa dengan tujuan menawarakan kaedah yang seragam, tepat dan unik bagi mewakili bunyi-bunyi dalam mana-mana bahasa pertuturan, serta juga sering digunakan hari demi hari oleh para pakar bahasa, ahli patologi pertuturan dan pakar terapi pertuturan, guru bahasa asing, pengarang kamus, dan pengalih bahasa.
  63. Faedah itu akan dibahagi kepada lima bahagian sama rata, yang akan diperuntukkan seperti berikut: sebahagian kepada tokoh yang akan melakukan penemuan atau penciptaan terpening dalam bidang fizik; sebahagian kepada tokoh yang akan melakukan penemuan atau pemajuan kimia terpenting; sebahagian kepada tokoh yang akan melakukan penemuan terpenting dalam bidang fisiologi atau perubatan; sebahagian kepada tokoh yang akan menghasilkan karya berkecenderungan idealistik yang paling cemerlang dalam bidang sastera; dan sebahagian kepada tokoh yang akan melakukan kerja terbanyak atau terbaik demi persaudaraan antara bangsa, untuk pembubaran atau pengurangan tentera-tentera yang masih ada dan untuk menganjuran dan promosi kongres keamanan.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...