- Temasya ini juga memanfaatkan banyak kemudahan yang sudah sedia ada sebelum bidaan.
- Sebaliknya, detritivor sekadar memakan apa yang sedia ada tanpa memberikan kesan langsung kepada organisme "penderma".
- Sejak kurun ke-17, penyelidikan tentang kalkulus telah mula berkembang dan mencapai tahap seperti yang sedia ada sekarang.
- Mulai tahun 2012 dan seterusnya, sistem modular baru akan menggantikan sistem terminal yang sedia ada untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia .
- Agama Buddha di Sri Lanka amat dipengaruhi oleh kepercayaan dan tradisi asli, dan juga oleh pengaruh mazhab-mazhab Buddha yang sedia ada di Asia Tenggara.
- Di masa hadapan, janaan dari Empangan Bakun dirancang untuk disambungkan ke Grid Elektrik Borneo, yang akan menghubungkan grid elektrik sedia ada di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan.
- Merujuk kepada Akta Malaysia 1963, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara disekutukan dengan negeri-negeri lain yang sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya ia dinamakan Malaysia.
- Di bawah pelan ECER, Pelabuhan Kuantan akan dinaik taraf menjadi sebuah Bandar Pelabuhan lengkap dengan zon perdagangan bebas, lebuh-lebuh raya baru akan dibina dan lapangan terbang sedia ada dipertingkatkan.
- Boleh menolak undang-undang baru atau pindahan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awal padanya (Artikel 66).
- Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara.
- Melihat kepada Protokol Sempadan itu jelas bahawa perjanjian itu bukan sahaja memindahkan Kelantan, Terangganu, Kedah dan Perlis kepada pemerintahan British tetapi jugak membuat penyesuaian besar kepada sempadan negeri yang sedia ada ketika itu.
- Pembangunan pangkalan data seperti ini bukan sahaja melibatkan isu-isu berkenaan reka bentuk sistem tetapi juga pembangunan antara muka yang kompleks yang membolehkan penyelidik mengakses data yang sedia ada serta mengemukakan data baru atau disemak semula.
- Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut.
- Walaupun terdapat kegunaan televisyen yang lain seperti televisyen litar tertutup, namun kegunaan yang paling utama ialah penyiaran televisyen yang berasaskan sistem penyiaran radio sedia ada yang dibangunkan pada 1920-an, menggunakan pemancar frekuensi radio berkuasa tinggi untuk menyiarkan isyarat televisyen ke penerima TV.
- Dengan kenaikan jumlah trafik penumpang yang menggunakan Terminal Penerbangan Tambang Murah, Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), syarikat yang menguruskan KLIA telah meluluskan pembesaran LCCT bermula pada awal 2007 untuk menampung trafik penumpang yang meningkat setelah LCCT yang sedia ada hampir mencapai kapasiti penuhnya.
- Oleh kerana kereta api maglev tidak mempunyai banyak persamaan dan pertindihan dari segi teknologi berbanding kereta api beroda yang lain, pelaksanaannya sering menghadapi halangan mahupun sekatan samada dari segi teknologi, ekonomi mahupun politik lebih-lebih lagi apabila infrastruktur sedia ada tidak boleh disesuaikan untuk penggunaannya.
- Mengikut Fasal 18 (2)(b) pula, bagi memastikan tindakan baginda adalah mengikut bidang kuasa sedia ada ke atas baginda, Paduka Seri Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budi bicara dan penilaian sendiri) yang ada pada baginda di bawah peruntukan 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh Menteri Besar.
- Fasa kedua projek monorel ini pada mulanya dirancang dengan landasan yang sedia ada akan disambung dengan 1.6 kilometer lagi landasan bermula di Jambatan Chan Koon Cheng ke The Stadhuys.Namun begitu, ianya diubah dari Stesen Hang Jebat di Taman Rempah ke Jalan Tun Mutahir dan Jalan Tun Ali ke Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya sepanjang 1.3 kilometer.Fasa kedua projek itu juga akan mengandungi satu stesen penyelenggaraan di persimpangan Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir bagi memastikan sistem monorel itu menepati piawaian yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat .Antara penambahbaikan yang dilakukan pada fasa kedua projek ini adalah terdapat pintu bantuan kecemasan di gerabak, menyediakan laluan antara gerabak, pusat kawal trafik dan sistem pemindahan automatik selain generator.Proses pembinaan fasa dua bermula pada bulan Disember 2011 dan dijangka siap pada Februari 2013.
Sunday, 17 January 2016
Contoh Ayat Perkataan "sedia ada"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "sedia ada" dalam bahasa Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
Contoh Ayat Perkataan "adat"
Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai adat pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...
No comments:
Post a Comment