Sunday 17 January 2016

Contoh Ayat Perkataan "sesebuah"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "sesebuah" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Salah satu parameter asas sesebuah organisma ialah jangka hayatnya.
  2. Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan.
  3. Mitokondrion merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel.
  4. Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.
  5. Aktiviti berterusan dengan perlahan untuk sesebuah bulan, sehingga 16 Ogos.
  6. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.
  7. Sel juga dianggap sebagai bahagian asas proses patologi sesebuah organisma.
  8. Di mana guna tenaga adalah tenaga buruh yang bekerja dalam sesebuah ekonomi.
  9. Pengukuran KDNK lazimnya digunakan untuk tahu keadaan ekonomi sesebuah negara.
  10. Jalinan endoplasma merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel.
  11. Media massa dapat mencapai khalayak yang besar seperti penduduk sesebuah negara.
  12. Setiap objek yang terdapat dalam sesebuah set adalah ahli atau unsur bagi set itu.
  13. Pada asasnya, sesebuah sistem pengendalian akan melakukan tugas asas yang berikut:
  14. Kerajaan sering memelihara kerahsiaan sesebuah rang undang-undang yang akan dibahaskan.
  15. Glif wajah bagi sesebuah nombor mewakili dewa dewi yang dikaitkan dengan nombor tersebut.
  16. Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa.
  17. Taraf kelogaman kini dipercayai menentukan kemungkinan sesebuah bintang mempunyai planet .
  18. Dalam sesetengah kes, sekeping gambar sahaja sudah cukup untuk menerangkan sesebuah teorem.
  19. Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit, yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan.
  20. Dengan pengangguran yang tinggi juga boleh meningkatkan kadar kemiskinan dalam sesebuah negara.
  21. Oleh itu, sesebuah populasi hidupan liar sentiasa ada variasi, hanya butirannya sentiasa berubah.
  22. Pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara akan menimbulkan kesan kepada ekonomi dan sosial.
  23. Secara amnya, sesebuah unsur terdiri daripada tiga komponen, iaitu tag, atribut dan kandungan sebenar.
  24. Keluaran dalam negara kasar sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional sesebuah negara.
  25. Apabila sesebuah planet mencapai diameter yang lebih besar dan bulan Bumi, ia mula mengumpul atmosfera lanjut.
  26. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara.
  27. Jadi konsep sesebuah teorem secara asasnya adalah deduktif , berbeza dengan konsep teori saintifik yang empirikal.
  28. Jawatan ini sesuai kepada lepasan graduan yang mahir dalam merekabentuk dan menganalisis sesebuah pembangunan sistem.
  29. Pengkorporatan organisasi kerajaan bermaksud menukarkan sesebuah organisasi kerajaan menjadi perbadanan atau syarikat.
  30. Mereka ini digolongkan dalam tenaga buruh sesebuah negara, iaitu mereka yang berumur 15 ke 64 tahun dan sanggup bekerja.
  31. Kelab itu juga memegang rekod unik dengan menamatkan sesebuah musim tanpa kalah sebarang perlawanan dalam musim 1991-92.
  32. Sebuah ukuran alternatif, yang memfokuskan terhadap kadar kemiskinan di sesebuah negara, dipanggil Indeks Kemiskinan Manusia.
  33. Dalam bidang pertanian, buah merupakan ovari yang telah masak, bersama-sama dengan bijinya dari sesebuah pokok yang berbunga.
  34. Pengiktirafan ini juga memberikan sesebuah negara hak untuk memasuki perjanjian dengan negara lain pada peringkat antarabangsa.
  35. Di seluruh dunia, sambutan Krismas dirai dalam pelbagai bentuk, dicerminkan oleh kepelbagaian budaya dan tradisi sesebuah negara.
  36. Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit.
  37. Zigot sentiasa dizahirkan daripada percantuman dua gamet, dan menjadi peringkat pertama dalam perkembangan sesebuah organisma individu.
  38. Dan meskipun lebih dari satu bukti diketahui untuk sesebuah teorem, hanya satu sahaja yang diperlukan untuk mengesahkan teorem tersebut.
  39. Dalam sesetengah kes, ahli-ahli dewan pernah diberikan salinan pada hari yang sama sesebuah rang undang-undang itu dibentang di parlimen.
  40. Vakuol merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel iaitu ruang berisi teras sel yang terdiri daripada air dan zat terlarut.
  41. Pertamanya ialah bukti tidak formal, iaitu ungkapan rapi bahasa asli yang bertujuan untuk meyakinkan khalayak akan kebenaran sesebuah teorem.
  42. Lembaga pengarah ialah badan yang terdiri daripada anggota yang dipilih atau dilantik untuk menyelia kegiatan sesebuah syarikat atau pertubuhan.
  43. Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.
  44. Kadar pekerja yang menganggur juga menunjukkan tahap kecekapan penggunaan sumber manusia sesebuah negara dan menjadi indeks bagi aktiviti ekonomi.
  45. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
  46. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi.
  47. Ini adalah sesebuah rumah ataupun keluarga boleh dianggap mewah dan berada jika mempunyai garam kerana pada masa itu garam amat sukar untuk diperolehi.
  48. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan sebenar sesuatu gunung berapi itu, samada sesebuah gunung berapi itu berada dalam tempoh pendam atau telah mati.
  49. Dalam bidang sains komputer, sistem pengendalian ialah sekumpulan atur cara komputer yang menguruskan sumber perkakasan dan perisian bagi sesebuah komputer.
  50. Menurut pakar ekonomi Keynes, sesebuah negara yang mempunyai kadar pengangguran 4% atau kurang menunjukkan negara tersebut telah mencapai guna tenaga penuh.
  51. Contohnya, sesebuah lagu lama yang diminati oleh generasi demi generasi baru, meskipun penyanyi asalnya sudah lama meninggal dunia, digelar lagu "malar hijau".
  52. Kebanyakan atribut dalam sesebuah unsur berbentuk pasangan nama dan nilai yang dipisahkan dengan "=", dan ditulis dalam tag pembuka unsur, selepas nama unsur itu.
  53. Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import terutamanya bagi sesebuah ekonomi terbuka yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara.
  54. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam.
  55. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar).
  56. Memasang rangkaian, router, switch, kabel dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian.
  57. Kemungkinannya, selepas ketibaan leluhur Jepun kini, setiap puak dan kawasan mempunyai Dewa-dewa dan upacara mereka sendiri tanpa sebarang kaitan rasmi antara sesebuah kawasan.
  58. Dalam analisis angka, kaedah Newton-Raphson yang membundarkan punca kuasa sesebuah fungsi boleh menyebabkan lelaran kacau jika fungsi tersebut tidak mempunyai punca kuasa nyata.
  59. Di dalam sesebuah pertubuhan yang mempunyai anggota pengundi, misalnya sebuah persatuan profesional, lembaganya bertindak bagi pihak perhimpunan agung pertubuhan dan dikuasainya.
  60. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.
  61. Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu.
  62. Secara rasmi mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, selaku Ketua Negara, dan biasanya pemimpin sesebuah parti politik atau parti komponen terkuat dalam Parlimen akan dipilih dan dilantik.
  63. Sesebuah undang-undang yang ingin dicadangkan mestilah disediakan rangkanya terlebih dahulu - kebiasaannya oleh Jemaah Menteri atau sesebuah kementerian dengan dibantu oleh Jabatan Peguam Negara.
  64. Ketua negara sesebuah negara (monarki atau republik) biasanya memegang posisi commander-in-chief atas nama sahaja, meskipun kuasa eksekutif yang sebenar dipegang oleh ketua kerajaan yang berasingan.
  65. Ahli-ahli golongan saudagar berkelas atasan yang berpemikiran awam mendesak untuk pendirian Central Park, taman yang menjadi taman berlanskap pertama dalam sesebuah bandaraya Amerika pada tahun 1857.
  66. Homeostasis merupakan keupayaan sesebuah sistem mengekalkan keadaan dalamannya demi mencapai keadaan yang stabil melalui keseimbangan dinamik berganda yang dikawal oleh mekanisme kawal atur berhubung.
  67. Kelajuan tertinggi yang pernah direkodkan oleh sesebuah kereta api maglev ialah 581 km/j yang dicapai di Jepun pada tahun 2003, iaitu 6 km/j lebih laju daripada rekod kelajuan kereta api TGV konvensional.
  68. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh, tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab pasaran buruh atau pembekalan barangan.
  69. Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.
  70. Tenaga di dalam fizik merupakan suatu kuantiti skalar yang menerangkan jumlah kerja yang dapat dilakukan oleh sesebuah daya dan juga merupakan sejenis ciri pada objek dan sistem yang menuruti sebuah Hukum Keabadian.
  71. Kegunaan asas HDI ialah untuk menyusun negara-negara di dunia mengikut tahap "pembangunan insan", yang lazimnya digunakan untuk menentukan samada sesebuah negara itu ialah negara maju, negara membangun atau negara mundur.
  72. Manakala oleh kerana apa-apa jua permainan boleh dimainkan untuk wang, dan apa jua jenis permainan yang dimainkan untuk wang boleh juga digunakan untuk suka-suka, beberapa permainan biasanya ditawarkan di dalam sesebuah kasino.
  73. Secara praktikalnya ia merujuk kepada kecekapan tentera yang berada didalam kepimpinan eksekutif sesebuah negara; samada ketua negara, ketua kerajaan, menteri pertahanan, kabinet kerajaan atau beberapa badan keserakanan yang lain.
  74. Corak taburan spesies sesebuah kawasan geografi boleh dikaji melalui gabungan faktor-faktor seperti; spesiasi, kepupusan, hayutan benua, kewujudan glasier dan variasi habitat di bawah arus laut atau kawasan sungai dengan halangan geografi.
  75. Panglima Tertinggi, Panglima Besar, Ketua Panglima atau Commander-in-Chief ialah orang atau individu yang mentadbir operasi pemerintahan dan penguasaan tertinggi angkatan tentera sesebuah negara atau elemen-elemen penting ketumbukan tersebut.
  76. Penerbitan sesuatu teorem sering diinterpretasikan sebagai bukti kebenaran sesebuah ungkapan, tetapi jika sistem deduksi yang berbeza digunakan, ia boleh menghasilkan interpretasi yang berbeza, bergantung pada maksud-maksud hukum penerbitannya.
  77. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang.
  78. Asal-usul Istilah "Merdeka" ditakrifkan daripada bahasa Sanskrit Maharddhika yang membawa makna "kekayaan, keagungan dan kekuasaan" Dalam konteks kontemporari, Istilah ini digunakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia untuk melambangkan kedaulatan sesebuah negara.
  79. Oleh kerana fizik klasik kurang sesuai untuk digunakan bagi membincangkan sifat-sifat sesebuah sistem yang kecil, teori mekanik kuantum pula berupaya untuk memberikan kiraan yang tepat bagi ciri-ciri fizikal atom-atom, molekul-molekul, jasad-jasad pejal bahkan sistem biologi.
  80. Hujah-hujah sebegini biasanya mudah untuk diperiksa berbanding yang simbolik sepenuhnya – sememangnya, ramai ahli matematik lebih memilih bukti yang bukan sahaja menunjukkan kesahihansesebuah teorem, tetapi juga yang menerangkan perkara seperti kenapa kesahihannya sangat ketara.
  81. Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit.
  82. Contohnya, seorang pakar ekonomi kewangan mungkin mengkaji sebab harga saham sesebuah syarikat, seorang ahli matematik kewangan pula mungkin mengambil harga saham seperti yang diberikan, dan cuba menggunakan kalkulus stokastik untuk mendapatkan nilai berpatutan pemerolehan pada saham.
  83. Indeks Pembangunan Insan atau Indeks Pembangunan Manusia ialah sebuah rumusan indeks komposit (indeks yang menggabungkan pelbagai petunjuk) yang mengukur pencapaian purata sesebuahnegara dalam tiga aspek asas kehidupan manusia, iaitu kehidupan yang panjang dan sihat, pencapaian pendidikan dan gaya hidup.
  84. Kemajuan robotik semakin menyerapkan elemen-elemen sains komputer seperti kepintaran buatan untuk menjadikan sesebuah robot lebih bijak.Bidang ini mendapat penawaran meluas di dalam universiti dalam dan luar negara memandangkan ia merupakan bidang yang menarik perhatian serta tempat yang meluas dalam industri.
  85. Pemangsa kemuncak dalam sesebuah persekitaran asalnya sukar mengekalkan kedudukannya apabila dimasukkan ke dalam habitat yang lain, seperti seekor anjing di kalangan buaya; spesies pemangsa yang dimasukkan ke dalam kawasan yang tiada pemangsa, seperti kucing dalam persekitaran dalaman, boleh menjadi pemangsa kemuncaknya.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...