Saturday 27 February 2016

Contoh Ayat Perkataan "berparlimen"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "berparlimen" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. UK ditadbir oleh sistem berparlimen yang berpusat di ibu negara, London.
  2. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung.
  3. Belize ialah negara demokrasi berparlimen dan ahli-ahli Negara-negara Komanwel.
  4. Jerman ialah sebuah republik persekutuan berparlimen yang mengandungi 16 buah negeri bersekutu.
  5. Sistem politik Itali merupakan republik demokrasi berparlimen yang disertai oleh berbilang parti politik.
  6. Pada 1974, sebuah perlembagaan baru telah diterima yang menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen dan sistem kerajaan bermenteri.
  7. UK mengamalkan kerajaan berparlimen yang berlandaskan sistem Westminster yang dicontohi di seluruh dunia sebagai tinggalan Empayar British.
  8. Eritrea secara rasmi merupakan sebuah demokrasi berparlimen yang terdiri daripada enam kawasan, tetapi kini berfungsi sebagai sebuah negara satu parti.
  9. Singapura ialah sebuah republik berparlimen yang mengamalkan parlimen ekadewan berlandaskan sistem Westminster, yang mewakili pelbagai kawasan pemilihan.
  10. Kanada ialah sebuah negara persekutuan yang ditadbir sebagai demokrasi berparlimen dan negara raja berperlembagaan dengan Ratu Elizabeth II selaku ketua negara.
  11. Israel yang diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang pada masa itu diduduki orang Arab dan mengamalkan demokrasi berparlimen dan merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia.
  12. Pada abad ke-18, United Kingdom memainkan peranan penting untuk membangunkan gagasan sistem berparlimen bergaya Barat di samping memberikan sumbangan besar kepada bidang kesusasteraan, kesenian dan sains.
  13. Sistem berparlimen dicirikan dengan tiadanya pengasingan kuasa yang ketara antara cabang eksekutif dan perundangan, maka mengamalkan resam sekatan dan imbangan yang berbeza berbanding dengan sistem berpresiden.
  14. Dasar Norway adalah kesatuan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dengan Raja Harald V menjadi sebagai ketua negeri .Jens Stoltenberg dilantik menjadi Perdana Menteri Norway setelah memenangi pilihan raya.
  15. Pada 1990, selepas Revolusi 1989, Parti Komunis menyerahkan kuasanya dan Bulgaria beralih kepada sistem demokrasi dan kapitalisme pasaran bebas lalu mengamalkan sistem berparlimen di dalam sebuah republik berperlembagaan satuan.
  16. Sistem berparlimen biasanya jelas membezakan ketua kerajaan dan ketua negara, iaitu ketua kerajaan sebagai perdana menteri, dan ketua negara pula sebagai boneka, tidak kira presiden ataupun raja turun-temurun (raja berperlembagaan).
  17. Sistem berparlimen merupakan sejenis sistem kerajaan yang mana para menteri cabang eksekutif dipilih dari cabang perundangan dan bertanggungjawab kepada badan perundangan, sehingga terjalinnya cabang-cabang eksekutif dan perundangan.
  18. Walaupun undi popular lebih memihak kepada Pakatan rakyat, namun Malaysia mengamalkan sistem pemilihan berparlimen yang diadaptasi dari Sistem Westminster bahawa, kerusi Dewan Rakyat yang terbanyak sahaja boleh mencapai tampuk pemerintahan pusat.
  19. Kanada mempunyai tradisi demokratik kukuh yang diluhurkan oleh kerajaan berparlimen dalam binaan raja berperlembagaan, iaitu monarki Kanada sebagai asas kepada cabang-cabang eksekutif, perundangan, dan kehakiman dan kewibawaannya yang berpunca daripada rakyat Kanada.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...