Monday 7 November 2016

Contoh Ayat Perkataan "berikutan"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "berikutan" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Perlumbaan tersebut dihentikan berikutan kemalangan tersebut.
  2. Pengeroken tanah mengakibatkan pencemaran berikutan tumpahan minyak.
  3. Pertandingan ini akan ditangguhkan selama setahun berikutan Virus SARI.
  4. Pembikinan filem Toping Saitan telah terganggu berikutan Perang Dunia Kedua.
  5. Perjanjian semasa telah ditetapkan untuk berakhir berikutan Piala Dunia FIFA 2010.
  6. Pendatang Ireland dengan ramai dalam tahun 1840-an berikutan Kahat Besar di Ireland.
  7. Sejak itu diadakan 4 tahun sekali kecuali 1942 dan 1946 berikutan Perang Dunia Kedua.
  8. Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
  9. Sebahagian besar skuad yang memenangi kejuaraan itu berpecah berikutan pengharaman tersebut.
  10. Hizbullah wujud berikutan penjajahan tentera Israel terhadap selatan Lubnan pada 1982 dan tahun 2000.
  11. Manchester United menang 6–5 melalui penalti, berikutan keputusan seri 1–1 selepas masa tambahan.
  12. Keadaan ekonomi di Kulai semakin berkembang berikutan pertambahan kilang yang dibina di Kulai dan Senai.
  13. Larangan kegiatan politik ditarik balik pada Julai 2007, berikutan pembubaran parti Thai Rak Thai pada 30 Mei.
  14. Walau bagaimanapun, ini hanya bersifat sementara, dan berikutan pemergian Reid nasib Manchester City terus pudar.
  15. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar.
  16. Masalah yang dihadapi oleh negara dari masalah sistem pencen hingga ke dadah berikutan pengangguran sederhana tinggi.
  17. Warna tradisi bagi pasukan ini adalah biru azure (azzurro, dalam bahasa Itali), berikutan "Azzurro Savoia" (Biru Savoy).
  18. Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail.
  19. Perekrutan berakhir pada tahun 1872 selepas Elmina bertukar tangan kepada United Kingdom berikutan Perjanjian Sumatera 1871.
  20. Selangor juga mempunyai bandar yang terbanyak di Malaysia, ini berikutan pembangunan pesat akibat daripada kemodenan di Lembah Klang.
  21. Kulaijaya masih merupakan antara kawasan penanaman kelapa sawit yang paling utama berikutan banyak ladang kelapa sawit di daerah ini.
  22. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.
  23. Republik ini telah melaksanakan program bagi mengurangkan ahlinya daripada 430, 000 pada tahun 1990-an berikutan kemajuan alatan perangnya.
  24. Jerebu di Asia Tenggara pada 2006 adalah antara yang paling buruk sejak 1998 apabila musim kering adalah agak panjang berikutan kesan el Nino.
  25. Mahkamah tertinggi di New Zealand adalah Mahkamah Agung New Zealand, ditubuhkan pada tahun 2004 berikutan penggubalan Akta Mahkamah Agung 2003.
  26. Pada Februari 2009, terdapat perubahan pada kerajaan negeri berikutan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat yang keluar parti.
  27. Haadyai merupakan wilayah yang masih diselaputi kecemasan dan darurat berikutan dasar berat pincang Perdana Menteri Thailand, Thaksin Sinnawatra.
  28. Pelaburan asing terutamanya dari negara-negara barat, di kota ini adalah rendah berikutan hubungan keruh kerajaan Iran dengan negara-negara barat.
  29. Keengganan Malaysia mengiktiraf Israel menjadi isu berikutan penyertaan Malaysia dalam angkatan pengamanan PBB berikutan krisis Israel-Lubnan 2006.
  30. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973, beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian daripada Tun Dr. Abdullah
  31. Dinasti Qing digulingkan berikutan Revolusi Xinhai, apabila Maharani Balu Longyu turun takhta bagi pihak maharaja terakhir, Puyi, pada 12 Februari 1912.
  32. Zaman ini sehingga kehilangan 13 koloni berikutan Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat pada akhir kurun ke-18, dirujuk sebagai ”Empayar British I”.
  33. Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981.
  34. Ia berikutan kemenangan tipis pihak Barisan Nasional dalam pilihan raya itu, manakala dari segi jumlah undi popular ia lebih memihak kepada Pakatan Rakyat.
  35. Industri tekstil di Bombay hampir lesap berikutan Mogok Tekstil Besar Bombay pada tahun 1982 apabila hampir 250,000 pekerja bermogok dari lebih 50 kilang kain.
  36. Kerajaan-kerajaan ini telah berkongsi monarki yang sama sejak James VI, Raja Scotland menjadi Raja England pada tahun 1603 berikutan kematian Ratu Elizabeth I.
  37. Pada 1 Jun 2012, Rodgers telah didedahkan sebagai pengurus Liverpool baharu dengan kontrak tiga tahun, berikutan Kenny Daglish meninggalkan kelab itu dua minggu sebelum.
  38. Resolusi berkenaan ditaja oleh Perancis, Jerman dan United Kingdom, mengenakan sekatan ke atas Iran kerana gagal menghentikan program pengkayaan uranium berikutan resolusi 1696.
  39. Demonstrasi jalanan jarang diadakan di Malaysia, tetapi semakin menonjol sejak akhir-akhir ini berikutan peningkatan penggunaan media alternatif serta kebangkitan semula pembangkang.
  40. Walau bagaimanapun pada tahun yang sama, kelab ini telah berdukacita berikutan dengan kematian pengurus legenda dan presiden kelab Matt Busby, yang telah kembali pada 20 Januari 1994.
  41. Pada 26 Mei 1995, berikutan keluarnya "Internet Tidal Wave memo" dalaman Bill Gates, Microsoft mula mengembangkan keluarannya ke dalam bidang perangkaian komputer dan jaringan sejagat.
  42. Di tahun 2006, berikutan kenaikan bahanapi seperti gas asli dan minyak, talian penghantar bawah laut yang yang dahulunya tidak berdaya maju, kini telah dikaji semula untuk dilaksanakan.
  43. Walaubagaimananpun, pelabuhan tersebut telah gagal menempakan kejayaan jangka panjang, berikutan serangan berterusan pihak lanun dan British telah meninggalkan pulau tersebut pada 1805.
  44. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa Sabah telah menjadi sebuah negara mahupun merdeka secara hakiki, berikutan ketiadaan pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
  45. Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong.
  46. Ramai penduduk di Johor Bahru bekerja di Singapura berikutan kadar gaji yang lebih tinggi daripada di Malaysia bagi kerja yang sama, sebahagiannya disebabkan nilai Dolar Singapura yang lebih kukuh.
  47. Pada tahun 1664, England mendapat koloni Belanda New Amsterdam (kemudian dinamakan semula sebagai New York) melalui perundingan berikutan Perang Inggeris-Belanda Kedua sebagai tukaran kepada Surinam.
  48. Beliau juga menjadi orang pertama dipilih mengetuai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (United States Department of Homeland Security) apabila ia telah ditubuhkan berikutan dengan peristiwa September 11.
  49. Pada 10 Mei 1981, Tunku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahandanya, lalu dimasyurkan sebagai Sultan sehari kemudian, beberapa ketika sebelum ayahandanya dimakamkan.
  50. Kekecewaan ini pernah disuarakan oleh bekas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ilyas Din, berikutan kesukaran mendapatkan anggota yang menepati kriteria bagi mengikuti kursus latihan kapal selam.
  51. Sungguhpun retorik Mahathir yang bernama anti-Barat, namun beliau bekerjasama rapat dengan negara Barat, serta melancarkan penentangan terhadap golongan pelampau Islam berikutan serangan 11 September 2001.
  52. Satu pindaan telah dibuat di bawah Perkara 63 Perlembagaan berikutan Peristiwa 13 Mei dengan penambahan Perenggan 4 yang menidakkan Fasal 2 Perlembagaan yang secara amnya memberikan hak-hak kebebasan asasi.
  53. Pada bulan Julai 2015, berikutan pertikaian yang panjang tentang kontrak baru, dia ditandatangani oleh Manchester City dengan perpindahan berpotensi bernilai x49 juta, perpindahan tertinggi untuk pemain Inggeris.
  54. Sharon berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari bulan Mac 2001 hingga April 2006, namun kuasa-kuasa jawatannya dilaksanakan oleh pemangku Perdana Menteri Ehud Olmert berikutan angin ahmar Sharon pada 4 Januari 2006.
  55. Ketika Krisis Julai 1914 yang baru berikutan pembunuhan putera mahkota Austria, Archduke Franz Ferdinand, Empayar Jerman menyokong Austria untuk melancarkan perang ke atas Serbia dan mencetuskan era Perang Dunia Pertama.
  56. Sebaliknya, United Kingdom telah menjadi lebih fokus kepada kepentingan Eropahnya berikutan Krisis Suez, dan New Zealand telah dipaksa untuk mencari pasaran baru selepas UK bergabung dengan Kesatuan Eropah pada tahun 1973.
  57. Syarikat ini mengeluarkan satu penawaran awam permulaan di pasaran saham, di mana disebabkan berikutan kenaikan harga saham telah melahirkan 4,000 orang jutawan dan kira-kira 12,000 jutawan di kalangan kakitangan Microsoft.
  58. Pada bulan Ogos 2010, berikutan perjanjian penajaan jersi tiga tahun dengan King Power Group, Mandarić menjual kelab itu kepada konsortium Thailand, Asian Football Investments diketuai oleh King Power Group, Vichai Raksriaksorn.
  59. Kerajaan Great Britain kemudian telah digantikan oleh Kerajaan Bersatu Great Britain dan Ireland pada tahun 1801, apabila Kerajaan Ireland digabungkan dengan enakmen Akta Kesatuan 1800 berikutantumpasnya Pemberontakan Ireland 1798.
  60. Labuan yang dahulunya didiami oleh nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dan Kolej Matrikulasi Labuan.akan menjadi bandar raya.
  61. Walau bagaimanapun, beliau menyenaraikan alamat laman sawang peribadi mengumumkan bahawa penemuan sebagai /~mbrown/planetlila dan di dalam kacau bilau berikutan kontroversi terhadap penemuan Haumea, beliau terlupa untuk menukarkannya.
  62. Dalam tempoh masa 7 hari selepas penyerahan Tentera Jepun, berikutan kekosongan kuasa pada waktu itu, anggota-anggota MPAJA (kemudiannya dinamakan sebagai PKM) telah keluar dari hutan-hutan dan mula menunjukkan kekuatan dan kuasa mereka.
  63. Banyak stadium runtuh, para penyokong pula berhadapan dengan peralatan yang teruk, hooliganisme sangat berleluasa dan kelab-kelab Inggeris telah dilarang daripada menyertai pertandingan Eropahberikutan kejadian di Heysel dalam tahun 1985.
  64. Republik China Taiwan atau dulu dikenali sebagai Formosa ataupun Republik China Taipei adalah satu negara yang mula memerintah pulau Taiwan secara sendirinya pada tahun 1949 berikutan Perang Saudara Cina yang berlaku di tanah besar sebelumnya.
  65. Beliau berpindah untuk menamatkan pengasingan tradisional negaranya dengan mewujudkan hubungan diplomatik dengan masyarakat antarabangsa dan, berikutan lawatan 1927-28 Eropah dan Turki, memperkenalkan beberapa pembaharuan yang bertujuan untuk memodenkan negaranya.
  66. Ada juga yang mempercayai nama tersebut bermaksud "istana" (daripada perkataan Mahal di dalam bahasa Arab) berikutan pengenalan Islam pada 1153, pulau ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada Portugis (1558), Belanda (1654) dan hak milik penjajah British (1887).
  67. Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak SBUB membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan di situ.
  68. Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.
  69. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa signal yang belum dikenal pasti diberikan oleh pihak Polis Sabah, Bersih Sabah dan dijangka tidak akan memberikan pengumuman tentang tempat perhimpunan Bersih yang akan diadakan berikutan kegusaran akan diambil tindakan oleh pihak berwajib.
  70. Orang Tamil yang dibawa dari India oleh penjajah British sebagai buruh kontrak untuk bekerja di ladang-ladang estet, hampir 50% daripada mereka adalah yang dihantar balik ke negara asal berikutankemerdekaan Sri Lanka pada tahun 1948, dipanggil orang Tamil "berasal-usulkan India".
  71. Selepas kemenagan Komunis di China berikutan berakhirnya perang itu, pemimpinnya Mao Zedong mengistiharkan Republik Rakyat China pada tahun 1949 dan memaksa Republik China bersama kerajaan Kuomintangnya berundur ke pulau Taiwan, yang diperintah ia sejak berakhirnya Perang Dunia II.
  72. Raja Azlan Shah telah ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa I,
  73. Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km pulau-pulau serta perairan di sekelilingnya kepada pihak British, penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu Puteh.
  74. Pertandingan itu dibentuk sebagai FA Premier League pada 20 Februari 1992 berikutan keputusan kelab-kelab dalam Football League First Division untuk berpisah daripada The Football League, yang pada asalnya ditubuhkan pada 1888, dan mengambil kesempatan hak-hak penyiaran televisyen menguntungkan.
  75. Suhakam telah menghantar kumpulan penyelidik ke Long Jingu dan Long Jaik di Ulu Belaga berikutan aduan oleh dua pemimpin masyarakat Penan, Alung Ju dan Matu Tugang (Long Jaik) pada 26 Julai 2006 yang tidak puas hati dengan aktiviti pembalakan, ladang kelapa sawit dan penanaman semula hutan di sana.
  76. Namun Ferguson kemudiannya menulis dalam autobiografinya yang menyatakan bahawa Rangers mengetahui tentang mazhab yang dianuti isterinya semasa beliau menyertai kelab tersebut, dan Ferguson meninggalkan kelab itu dengan rasa berat hati berikutan konflik yang terjadi semasa final Piala Scotland tersebut.
  77. Ciri-ciri orbit lebih spesifik dikategorikan sebagai sebuah objek cakera berselerak, atau sebuah TNO yang dipercayai "diselerakkan" daripada lingkaran Kuiper ke tempat lebih jauh dan unusual orbitnya yang di luar kebiasaan berikutan interaksi gravitinya dengan Neptun disebabkan pembentukan Sistem Suria.
  78. Sekitar Mei hingga September 2008, ringgit mengalami penurunan nilai yang mendadak berbanding dolar As ekoran ketidaktentuan politik berikutan pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil yang memenangkan Anwar Ibrahim, kejatuhan harga petrol serta kurangnya campur tangan oleh Bank Negara untuk meningkatkan kadar faedah yang agak rendah..
  79. Pada tahun 1998, sebuah pergerakan politik yang dikenali sebagai Reformasi bergiat di bandaraya ini, berikutan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di samping mencetuskan berkali-kali perarakan bantahan sehingga tahun 1999, yang mana para penyokong Anwar menyesakkan jalan-jalan untuk menggesa pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan, antara lainnya.
  80. MPSJ yang baru ditubuhkan, bukan sahaja memegang kuasa pentadbiran tempatan di Subang Jaya, malah juga di USJ, Bandar Sunway, Puchong dan tempat-tempat lain di daerah Petaling.Ia telah ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 4 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No: 26 bertarikh 2 Januari 1997 berikutan eksesais kenaikan taraf dari Majlis Daerah Petaling.
  81. Jaminan pertahanan British tamat berikutan keputusan Britain untuk mengundurkan tenteranya dari kawasan timur Terusan Suez pada tahun 1967, lalu digantikan oleh [[]] 1971 with the Perjanjian Pertahanan Lima Negara iaitu Britain, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura bersepakat untuk bekerjasam dalam bidang pertahanan, serta “berunding” sekiranya Malaysia atau Singapuara menghadapi ancaman.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...