Thursday 5 May 2016

Contoh Ayat Perkataan "bersidang"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "bersidang" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Majlis Raja-Raja yang bersidang di Kota Kinabalu menolak usul ini.
  2. Ahli-ahli institusi ini bersidang dan mengundi untuk memilih pemenangnya.
  3. Maka, ia mungkin untuk sebanyak tujuhbelas hakim bersidang dalam satu kes sekali.
  4. Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.
  5. Kemuncak, yang bersidang setiap dua tahun, merupakan kuasa tertinggi, dan terdiri dari pemimpin setiap negara.
  6. Dewan Rakyat bersidang selama maksimum lima tahun dan kemudian terbubar sendiri melainkan jika dibubarkan lebih awal dari itu.
  7. Selepas menang akhirnya, UK menjadi salah satu daripada Tiga Kuasa Besar yang bersidang untuk merancangkan dunia pasca perang.
  8. Secara umumnya mahkamah bersidang sebangku, tetapi dalam limabelas tahun kebelakangan ini ia telah juga bersidang sebagai kamar.
  9. Bagaimanapun, lima orang hakim Mahkamah Agung kemudian bersidang dan memberikan Salleh Abas perintah interlokutori terhadap timbang tara.
  10. Dewan Perwakilan yang baru diundi bersidang di Kathmandu pada 28 Mei 2008 dan memansuhkan sistem beraja yang memerintah selama 240 tahun.
  11. Baginda tidak boleh membiarkan enam bulan dari tarikh terakhir persidangan berlalu tanpa ada tarikh tetap untuk sesi bersidang seterusnya.
  12. Pada 14 Jun 1775, Kongres Kebenuaan yang bersidang di bandar Philadelphia, menubuhkan Tentera Kebenuaan yang diketuai oleh George Washington.
  13. Beliau malah mengajak ahli-ahli sejarah, ahli-ahli sains dan pakar pelbagai bidang yang berkaitan untuk bersidang dan menilai kebenaran Holocaust.
  14. Kongres Benua bersidang di Bandaraya New York dan pada tahun 1789, Presiden Amerika Syarikat yang pertama, George Washington dilantik di Dewan Persekutuan yang terletak di Wall Street.
  15. Berikutan kejatuhan Napoleon Bonaparte, Kongres Vienna bersidang pada tahun 1814 dan menubuhkan Gabungan Jerman, iaitu sebuah liga yang agak longgar yang menghimpunkan 39 negeri-negeri yang berdaulat.
  16. Pada 31 Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.
  17. Pertubuhan Persidangan Islam lahir pada 12 Rejab 1389 Hijrah apabila pemimpin dunia bersidang buat pertama kalinya di Rabat, Maghribi bagi membincangkan strategi ummah berikut pembakaran Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menjadi kiblat pertama umat Islam.
  18. Parlimen United Kingdom yang bersidang di Istana Westminster terdiri daripada dua dewan, iaitu Dewan Rakyat yang dianggotai oleh wakil terpilih, dan Dewan Pertuanan (House of Lords) yang dianggotai oleh wakil lantikan, dan mana-mana Rang Undang-undang yang diluluskan memerlukan Perkenan Diraja supaya terbentuknya undang-undang baru.
  19. Di dalam pilihanraya pertengahan penggal 2006, Parti Demokrat mendapat kenaikan penguasaan majoriti dalam kedua-dua House of Representatives dan Senat Amerika Syarikat, dan akan menyambung tugas sebagai parti majoriti apabila Kongres ke-110 bersidang dalam tahun 2007; Parti Demokrat akan mempunyai 28 gabenor negeri serta menguasai kebanyakan badan perundangan negeri-negeri di Amerika Syarikat.
  20. Status Dewan Rakyat diterangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: "Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat." Kuasa memanggil dewan bersidang dijelaskan di dalam Perlembagaan sebagai hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...