Tuesday 10 May 2016

Contoh Ayat Perkataan "kurangnya"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "kurangnya" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Ini mungkin disebabkan oleh kaitan saiz badan dengan ruang persekitarannya, ataupun kurangnya bekalan mangsa.
  2. Bahasa pengaturcaraan Java banyak meminjam sintaks daripada C dan C++ tetapi mempunyai model objek yang mudah dan kurangnya fasiliti aras-rendah.
  3. Kekurangan dana menyebabkan kurangnya jumlah permainan video yang dikeluarkan Atari, jumlah pengeluaran konsol yang rendah serta pengedaran yang sangat terhad.
  4. Di pedalaman, iklimnya lebih cenderung kepada iklim benua dengan musim panas yang terik dan diselubungi ribut, musim sejuk yang lebih dingin dan kurangnya hujan.
  5. Kambing betina yang berahi biasanya mengibas-ngibas ekor, mendekati kambing jantan jika ada, bersuara lebih lantang, dan mungkin juga menunjukkan kehilangan selera dankurangnya susu sepanjang tempoh berahi.
  6. Sekitar Mei hingga September 2008, ringgit mengalami penurunan nilai yang mendadak berbanding dolar As ekoran ketidaktentuan politik berikutan pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil yang memenangkan Anwar Ibrahim, kejatuhan harga petrol serta kurangnya campur tangan oleh Bank Negara untuk meningkatkan kadar faedah yang agak rendah..
  7. Kemboja merupakan sebuah "negeri pasaran bebas sedikit komunis dengan kerajaan campuran agak autoritarian yang memerintah negara demokrasi superfisial." Negara ini berdepan dengan banyak cabaran dan isu sosiopolitik, termasuklah kemiskinan berleluasa, amalan rasuah berleluasa, kurangnya kebebasan berpolitik, pembangunan insan rendah, dan kadar kelaparan yang tinggi.
  8. Kesannya banyak bercampur-campur setelah ketiadaan cengkaman mekanikal menyebabkan pereka-pereka yang lebih bijak menutup kepincangan ini dengan cengkaman aerodinamik - menolakkan lebih daya pada tayar melalui sayap, alatan aerodinamik dan sebagainya - yang turut menyebabkan kurangnya pemotongan dalam perlumbaan kerana alatan-alatan ini sering menyebabkan ekor kereta menjadi 'kotor' lalu menghalang kereta lain daripada merapatinya, akibat pergantungannya kepada udara 'bersih' untuk memastikan kereta masih di atas trek.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...