Saturday 16 July 2016

Contoh Ayat Perkataan "pandai"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "pandai" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai "akal dalam ilmu pengetahuan."
  2. Selain daripada itu mereka juga telah pandai menggunakan api untuk memasak, memanaskan badan dan menakutkan binatang.
  3. Menurut lagenda Jepun, pedang Jepun dicipta oleh pandai besi bernama 'Amakuni' pada 700 CE, bersama denga proses lipatan besi.
  4. Institusi sosial Algeria mencapai ke tahap kemuncak apabila kadar pandai membaca, menulis, dan mengira jatuh ke tahap yang paling rendah.
  5. Pada Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.Mereka turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.Mereka juga pandai menghasilkan keranda yang berbentuk perahu.
  6. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien.
  7. Raja yang baharu yang hendak dilantik tersebut haruslah seorang lelaki beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat negeri Johor, cukup umur, individu yang merdeka dan bukan dari kalangan hamba, mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik, serta mempunyai ilmu pengetahuan yang luas yang pandai menulis dan membaca.
  8. Persepsi masyarakat pada ketika itu menganggap ahli alkimia adalah pseudosaintis, penipu dan orang yang mengaku dirinya pandai akan sesuatu, yang menguji bagaimana hendak menukar bahan murah kepada emas, mempercayai bahawa Bumi terkandung daripada empat elemen utama iaitu tanah, air, api dan angin, dan menghabiskan masa mereka-reka sesuatu yang ajaib, racun, dan penawar magis.
  9. Kedudukan mereka membolehkan mereka mendapat pandangan keseluruhan perlawanan, dan kerana kebanyakan tindakan berlaku di dalam kebanyakan kawasan mereka, pemain tengah juga biasanya bersungguh-sungguh memberikan kawalan yang paling tinggi bagaimana satu-satu perlawanan ini dimainkan.Di bahagian padang ini dikenali sebagai satu "bilik enjin" pasukan, kerana pasukan yang bagus jarang berjaya tanpa pemain tengah yang berkemahiran atau pemain tengah sentral yang pandai memberikan arahan.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...